Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul...
Transcript of Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul...
2
Penafian
Segala strategi yang digariskan dalam eBook ini mungkin
tidak sesuai untuk setiap individu dan tiada jaminan
dikeluarkan untuk mengeluarkan sesuatu keputusan.
Segala nasihat, idea dan cadangan adalah ditulis sebagai
panduan asas dan nasihat profesional mungkin
diperlukan.
Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan atau
kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalamnya,
bagi kedua-duanya penulis dan penerbit secara khusus
tidak bertanggungjawab terhadap apa jua liabiliti,
kerugian atau risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang
berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung,
daripada penggunaan dan aplikasi daripada apa jua
kandungan daripada buku ini.
3
Hak Cipta Terpelihara © 2017 KakiProperty & Dr. Bad
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian isi kandungan daripada buku ini
termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk
dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman,
cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih
dahulu mendapat izin bertulis daripada kakiproperty.com
Edisi Ketiga Disember 2017
4
Biodata
DR. HAJI BADRUL HISHAM BIN MOHD YUSOFF
CFP, CA(M), CMIIA, MMIM MBA, BACCT (HONS), ASA(Aust), CRMA
Penulis bersama merupakan Pengarah Urusan kepada
firma Badrul & Co Berpengalaman luas dalam bidang
perakaunan, hartanah, pengurusan kewangan, khidmat
latihan dan perbankan. Pernah berkhidmat sebagai
pengurus kanan audit di beberapa syarikat GLC dan
institusi kewangan sebelum menguruskan firma Badrul &
Co secara sepenuhnya.
5
Isi Kandungan
Penafian .......................................................................................................................................... 2
Biodata ............................................................................................................................................ 4
Kata Pengantar ............................................................................................................................... 7
Rujukan Pantas ............................................................................................................................. 10
Singkatan Perkataan ................................................................................................................. 10
Jadual Cukai Tahun Taksiran 2017 .......................................................................................... 11
Jadual Cukai Tahun Taksiran 2018 .......................................................................................... 13
Derma & Hadiah Tahun Taksiran 2017/18 ............................................................................... 15
Pelepasan Cukai Tahun Taksiran 2017/18 .............................................................................. 16
Rebat Tahun Taksiran 2017-2018 ............................................................................................ 18
Jadual Cukai Taksiran Syarikat Korporat ................................................................................. 18
Formula Pengiraan Cukai Pendapatan ..................................................................................... 19
Buat Bisnes? Daftar Syarikat enterprise ...................................................................................... 20
Siapa yang menjalankan bisnes pemilikan tunggal? ............................................................... 21
Kelebihan Enterprise ................................................................................................................. 22
Kelemahan Enterprise ............................................................................................................... 23
Dapat Duit, Bayar Cukai ................................................................................................................ 24
Jualan ........................................................................................................................................ 26
Kos Jualan ................................................................................................................................ 28
Untung Pakai, Tolak Cukai ........................................................................................................... 30
Pebelanjaan yang dibenarkan .................................................................................................. 31
Perbelanjaan yang tidak dibenarkan ........................................................................................ 33
Barang Sendiri, Bisnes Pakai........................................................................................................ 34
Belanja Orang, Tolak Cukai........................................................................................................... 37
Bayar Gaji, Carum KWSP .............................................................................................................. 39
Perancangan Cukai: Bayar Gaji Untuk Isteri ............................................................................ 40
Pinjam Duit, Kena Faedah ............................................................................................................ 43
Beri Hutang, Ada Tak Bayar .......................................................................................................... 45
6
Potongan Cukai Berganda ............................................................................................................ 47
Elaun Modal .................................................................................................................................. 49
Elaun Modal untuk Kenderaan ..................................................................................................... 53
Kesalahan dengan Cukai .............................................................................................................. 57
Kesilapan Pemilik Bisnes ............................................................................................................. 59
Tidak menyimpan rekod kewangan, resit, baucer semasa. ..................................................... 59
Tidak buat bajet dan ramalan kewangan tahunan. ................................................................. 61
Tidak berjumpa dengan akauntan profesional ........................................................................ 63
Tidak menyimpan semua dokumen dalam fail dan tersusun.................................................. 64
Enterprise ke Sdn Bhd .................................................................................................................. 67
Contoh Pengiraan ......................................................................................................................... 70
Senario 1 ................................................................................................................................... 70
Senario 2 ................................................................................................................................... 77
Senario 3 ................................................................................................................................... 80
Penutup ......................................................................................................................................... 81
7
Kata Pengantar
Fuh, Lega! Siap semua kerja percukaian untuk bisnes kita
pada tahun ini. Bagi anda yang belum lagi membayar
cukai, diingatkan untuk kita yang ada pendapatan
perniagaan, perlu melunaskan bayaran cukai pada atau
sebelum 30 Jun setiap tahun (Borang B).
Nak lari? Tidak mahu bayar cukai? Buangkanlah angan-
anganmu itu. Lambat laun, anda akan tertangkap juga.
Anda perlu tahu, banyak kelebihan jika kita membayar
cukai walaupun hanya RM1.
Untuk individu yang makan gaji (Borang BE), mereka
mungkin (tidak semua) tidak ambil berat sangat
mengenai cukai ini. Kerana bagi mereka, setiap tahun
adalah sama dan hanya berbeza jika ada penambahan
pendapatan.
8
Bagi kita yang menjalankan perniagaan walaupun
pendapatan hanya sedikit, cukai amat penting sekali. Ia
merupakan ‘slip gaji’ dan dokumen yang diguna pakai
untuk membuat pinjaman bank.
Kita perlu tahu bagaimana untuk membuat perancangan
percukaian kita sendiri. Maklumlah LHDN telah
memberikan kepercayaan kepada kita untuk menaksir
sendiri cukai kita setiap tahun.
Jadi, adalah tanggungjawab semua pihak untuk
memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul
dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi
individu yang berniaga dan sekaligus menguruskan
percukaian. Malah, pakar percukaian pun boleh pening
kepala dengan undang-undang cukai yang sentiasa
berubah.
Ebook ini akan memberikan ilmu asas percukaian dan
kefahaman menguruskan bisnes supaya kita boleh
9
mendapat faedah maksimum daripada insentif cukai dan
elaun.
Saya pasti ramai diantara pemilik perniagaan kecil-
kecilan masih tidak menaksirkan cukai mereka. Apatah
lagi membayarnya.
Kerana tidak tahu bagaimana menaksirkan cukai sendiri,
dan kekurangan bajet untuk mendapatkan bantuan
profesional tentang percukaian, ramai yang terperangkap
dan terpaksa membayar penalti yang berlipat kali ganda.
Saya berharap dengan ebook yang mampu milik ini, ramai
yang akan memperolehi manfaat daripadanya. Saya
bukan pakar percukaian. Tetapi saya belajar dari
kesilapan saya sendiri.
Semoga Allah s.w.t memberkati anda semua yang tidak
berhenti mencari ilmu. Ilmu adalah kuasa, tetapi hanya
apabila ia dipraktikkan. Selamat Berjaya!
10
Rujukan Pantas
Singkatan Perkataan
LHDN Lembaga Hasil Dalam Negeri
KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
SSPN Skim Simpanan Pendidikan Nasional
Sdn. Bhd. Sendirian Berhad
SOCSO Pertubuhan Keselamatan Sosial
OKU Orang Kelainan Upaya
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
ICT Teknologi Komunikasi dan Informasi
PCB Potongan Cukai Bulanan
BOP Business Opportunity Program/ Program Peluang Perniagaan
MAKNA Majlis Kanser Nasional
11
Jadual Cukai Tahun Taksiran 2017
Pendapatan Bercukai (RM) Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai(RM)
5,000 – 20,000 5,000 pertama 15,000 berikutnya
1
0 150
20,001 – 35,000 20,000 pertama 15,000 berikutnya
5
150 750
35,001 – 50,000 35,000 pertama 15,000 berikutnya
10
900 1,500
50,001 – 70,000 50,000 pertama 20,000 berikutnya
16
2,400 3,200
70,001 – 100,000 70,000 pertama 30,000 berikutnya
21
5,600 6,300
100,001 – 250,000 100,000 pertama 150,000 berikutnya
24
11,900 36,000
250,001 – 400,000 2500,000 pertama 150,000 berikutnya
24.5
47,900 36,750
400,000 – 600,000 400,000 pertama RM berikutnya
25
84,650 50,000
600,000 -1,000,000 600,000 pertama RM berikutnya
26
134,650 104,000
12
Pendapatan Bercukai (RM) Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai(RM)
Melebihi 1,000,000 1,000,000 pertama RM berikutnya
28
238,650
13
Jadual Cukai Tahun Taksiran 2018
Pendapatan Bercukai (RM) Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai(RM)
5,000 – 20,000 5,000 pertama 15,000 berikutnya
1
0 150
20,001 – 35,000 20,000 pertama 15,000 berikutnya
3
150 450
35,001 – 50,000 35,000 pertama 15,000 berikutnya
8
600 1,200
50,001 – 70,000 50,000 pertama 20,000 berikutnya
14
1,800 2,800
70,001 – 100,000 70,000 pertama 30,000 berikutnya
21
4,600 6,300
100,001 – 250,000 100,000 pertama 150,000 berikutnya
24
10,900 36,000
250,001 – 400,000 2500,000 pertama 150,000 berikutnya
24.5
46,900 36,750
400,000 – 600,000 400,000 pertama RM berikutnya
25
83,650 50,000
600,000 -1,000,000 600,000 pertama RM berikutnya
26
133,650 104,000
14
Pendapatan Bercukai (RM) Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai(RM)
Melebihi 1,000,000 1,000,000 pertama RM berikutnya
28
237,650
15
Derma & Hadiah Tahun Taksiran 2017/18
Butiran Derma & Hadiah Penolakan (RM)
Hadiah wang tunai kepada kerajaan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan
Mengikut Jumlah Pembayaran
Hadiah wang :
Kepada institusi atau organisasi diluluskan Atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan atau
badan sukan yang diluluskan Atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan
negara yg diluluskan
Terhad 7% daripada Pendapatan Agregat
Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan Tidak Melebihi RM20,000
Hadiah wang untuk kos peralatan perubatan kepada badan kesihatan Tidak melebihi RM20,000
Hadiah wang untuk sumbangan bagi menyediakan kemudahan di tempat awam untuk orang kelainan upaya (OKU)
Mengikut Jumlah Pembayaran
Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan Mengikut Jumlah Pembayaran
Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara Mengikut Jumlah Pembayaran
16
Pelepasan Cukai Tahun Taksiran 2017/18
Butiran Pelepasan Cukai Pelepasan (RM)
Diri Sendiri & Saudara Tanggungan 9,000
Suami/ Isteri/ Alimoni 4,000*
Suami/ Isteri Kurang Upaya 3,500
Perubatan, Keperluan Khas dan Penjagaan ibu bapa 5,000*
Peralatan Alat Sokongan Asas untuk isteri, anak atau ibu bapa 6,000*
Individu Kurang Upaya 6,000
Yuran Pendidikan Sendiri 7,000*
Perbelanjaan Perubatan Sakit Kronik sendiri, isteri atau anak
Pemeriksaan Perubatan Penuh (maksimum RM500)
6,000*
Gaya Hidup
i. Pembelian Buku ii. Pembelian Komputer peribadi
iii. Peralatan Sukan iv. Langganan Internet
2,500*
Pembelian Peralatan Penyusuan 1,000*
17
Butiran Pelepasan Cukai Pelepasan (RM)
Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia – SSPN (Tabungan Bersih) (Sehingga Tahun Taksiran 2020 sahaja)
6,000*
Yuran Anak di Pra Sekolah atau Pusat Asuhan 1,000*
Faedah Pinjaman Perumahan untuk satu unit hartanah kediaman di mana Perjanjian Jual Beli bertarikh di antaran 10 Mac 2009 dan 31 Disember 2010. (Dibenarkan untuk 3 tahun berturut-turut)
10,000*
Insuran Nyawa
Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP)
6,000*
Anak yang belum berkahwin
Kurang daripada 18 tahun
Lebih daripada 18 tahun
Belajar sepenuh masa
Dalam Negeri (Diploma ke atas)
Luar Negeri (Ijazah ke atas)
Kurang Upaya yang belajar di universiti/ kolej
Kurang Upaya (fizikal & mental)
2,000
8,000
8,000
8,000
14,000
6,000
Premium Insuran Perubatan atau Pendidikan 3,000*
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti tertunda (untuk Tahun Taksiran dari 2012 hingga 2021)
3,000*
*Pelepasan Maksimum
18
Rebat Tahun Taksiran 2017-2018
Butiran Rebat Cukai Rebat (RM)
Individu yang berpendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000 400
Suami/ Isteri yang telah dibenarkan pelepasan Isteri/ Suami (berpendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000)
400
Taksiran bersama Suami & Isteri dan berpendapatan bersama bercukai tidak melebihi RM35,000
800
Zakat atau Fitrah (dengan resit yang diperakui oleh LHDN) Amaun maksimum tertakluk kepada
cukai yang dikenakan
Jadual Cukai Taksiran Syarikat Korporat
Pendapatan Bercukai (RM)
Tahun Taksiran 2015
Tahun Taksiran 2016
Tahun Taksiran 2017
RM500,000 pertama 20% 19% 18%
Melebihi RM500,000 25% 24% 24%
19
Formula Pengiraan Cukai Pendapatan
Pendapatan Kasar Penggajian/ Jualan RM xxx
(Tolak) Perbelanjaan dibenarkan RM xxx
Untung bersih sebelum cukai RM xxx
(Tambah) Perbelanjaan yang tidak dibernarkan
RMxxx
Pendapatan Larasan/ Berkanun RM xxx
(Tambah) Pendapatan Berkanun Lain (Faedah, Royalti, Sewa, Pendapatan lain)
RM xxx
Pendapatan Agregat RM xxx
(Tolak) Elaun Modal RM xxx
Pendapatan Statutori RM xxx
(Tolak) Derma Yang diluluskan RM xxx
Jumlah Pendapatan RM xxx
(Tolak) Pelepasan Cukai RM xxx
Pendapatan Bercukai RM xxx
Jumlah Cukai Pendapatan (Mengikut Jadual) RM xxx
(Tolak) Rebat RM xxx
Cukai Kena Bayar RM xxx
(Tolak) Potongan Cukai Bulanan (PCB)/ Ansuran CP500
RM xxx
Baki Cukai Kena Dibayar/ Cukai Terlebih Bayar RM xxx
20
Buat Bisnes? Daftar Syarikat
enterprise
Kebanyakan bisnes start-up akan memilih untuk
mendaftarkan syarikat mereka dengan pemilikan tunggal,
selalunya dipanggil enterprise. Ini bermaksud mereka
mempunyai kuasa mutlak terhadap operasi perniagaan
mereka. Ia mudah ditubuhkan dan tidak melibatkan
prosedur yang rumit.
Untuk anda yang baru bermula untuk berniaga, saya
sarankan untuk mendaftarkan peniagaan anda dengan
segera. Sedikit sebanyak anda dapat menggunakan
kelebihan pengurangan cukai yang ada untuk membawa
perniaagan anda ke satu tahap yang lain.
Cukai akan dikenakan dalam bentuk perseorangan
melalui cukai Pendapatan LHDN. Ini bermakna, kita akan
21
menaksir sendiri cukai dan menghantar Borang B pada 30
Jun setiap tahun.
Siapa yang menjalankan bisnes pemilikan
tunggal?
Peruncit
Pengedar
Penjaja
Agen Insuran
Agen MLM
Agen Unit Amanah
Teksi
Bisnes Perkhidmatan
Katering
Bisnes Internet
Agen Perlancongan
Freelancer
Perunding cara
Dan banyak lagi..
22
Kelebihan Enterprise
Hak milik persendirian dan anda mempunyai hak
sepenuhnya ke atas segala keuntungan mahupun
kerugian. Segala maklumat dan rahsia dapat
disimpan dengan baik. Hanya rekod kewangan perlu
didedahkan kepada LHDN dan bukan kepada orang
awam atau pesaing.
Kos Operasi yang rendah berbanding dengan
Syarikat Sdn. Bhd kerana ia tidak melibatkan
setiausaha syarikat yang melibatkan kos rata-rata
RM4,500 sehingga RM20,000. Tidak perlu diaudit.
Peratusan cukai yang rendah berbanding Syarikat
Sdn. Bhd. Untuk RM500,000 pertama, sebanyak 20%
kadar cukai dikenakan untuk Sdn. Bhd. Manakala
25% untuk pendapatan bercukai melebih RM500,000.
Jadi jika keuntungan bersih bisnes anda bawah
RM300,000, maka anda masih lagi membayar cukai
lebih rendah berbanding syarikat Sdn. Bhd.
23
Kelemahan Enterprise
Pemilik terdedah dengan bahaya risiko muflis kerana
menangung liabiliti yang tidak terhad. Segala harta
persendirian, aset bisnes akan hilang jika pemilik
diisytiharkan muflis.
Sukar mendapat bantuan modal yang besar untuk
berkembang ataupun menyelamatkan dalam
keadaaan bisnes yang merundum.
Kadangkala bank akan mengenakan kadar faedah
yang tinggi untuk pemilikan tunggal berbanding
syarikat Sdn. Bhd kerana akaun tidak diaudit dan
berisiko tinggi.
24
Dapat Duit, Bayar Cukai
Mudah! Segala duit yang kita dapat dan hasil jualan/
bayaran perkhidmatan di Malaysia akan dikenakan cukai.
Jadi, jika anda mendapat pendapatan dari luar Malaysia,
anda tidak akan dikenakan cukai. Ini berita gembira!
Demi menggalakkan pelaburan syarikat Malaysia ke luar
negera, kerajaan telah membuat pengecualian cukai sejak
Tahun Taksiran 2004.
Jangan seronok sangat! Jika seluruh pengurusan dan
operasi bisnes anda, masih di Malaysia, ianya masih
dianggap sumber pendapatan bisnes di Malaysia.
Pendapatan kasar daripada jualan di luar negara akan
menjadi sebahagian daipada pendapatan perniagaan
yang dianggap diperolehi di Malaysia. Ia akan dikenakan
cukai di Malaysia.
25
Contoh 1
Ahmad menjual ebook yang bernilai USD97 dan ada pelanggan dari
Brazil yang membeli ebook tersebut menerusi transaksi online. Hasil
jualan tersebut akan dikenakan cukai.
Contoh 2
Tony merupakan pereka grafik freelance. Beliau bekerja dari rumah dan
segala urusan bisnes dilakukan melalui syarikat beliau Grafiks
Enterprise. Beliau mendapat satu projek dari firma Singapura untuk
membuat beberapa design pengiklanan yang bernilai SGD1000. Beliau
terpaksa pergi ke Singapura untuk berbincang dan menghantar artwork
tersebut. Pendapatan tersebut akan dikenakan cukai.
Contoh 3
Aqif telah mendaftarkan syarikat di Amerika Syarikat melalui
legalzoom.com dan membuka akaun bank di sana. Beliau mempunyai
alamat pejabat di San Francisco, California, walaupun langsung tidak
pernah pergi ke Amerika Syarikat. Segala pendapatan yang beliau dapat
diluar negara tidak akan dikenakan cukai di Malaysia.
26
Jualan
Jika sesuatu produk dan nilai jualan bertukar tangan, ia
akan dikira sebagai pendapatan. Begitu juga dengan
perkhidmatan, apabila sesuatu khidmat diselesaikan dan
sudah menerima bayaran penuh, ianya akan dikira
sebagai pendapatan.
Contoh 4
Fariz merupakan pereka perisian komputer. Beliau mendapat satu projek
dari Syarikat XXX pada 1 Oktober 2014 untuk membuat perisian
mengenai pengurusan projek. Jumlah bayaran yang akan beliau perolehi
pada penyerahan projek ialah RM50,000 pada 28 Februari 2015. Tetapi
pada awal permulaan projek, beliau telah dibayar sebanyak RM10,000.
Bagaimana beliau perlu menaksir pendapatannya?
Keseluruhan bayaran RM50,000 akan dikira sebagai pendapatan Fariz
pada tahun 2015. Jadi, ia akan menjadi sebahagian daripada
pendapatan untuk tahun taksiran 2015 yang perlu dihantar pada 30 Jun
2016. RM10,000 belum lagi dikira sebagai pendapatan kerana kerja yang
dilakukan belum lagi siap.
27
Berbeza dengan projek yang memakan masa yang lama,
2 tahun atau lebih. Pembayaran secara berperingkat
mengikut peratusan siap (projek pembinaan), boleh
dianggap sebagai pendapatan untuk tahun taksiran
penerimaan bayaran.
28
Kos Jualan
Ini khusus untuk peniaga yang mempunyai stok
perniagaan. Stok adalah aset bisnes anda dan dicatatkan
di dalam Penyata Kunci Kira-kira Syarikat. Bagi
memudahkan pemahaman, mari kita lihat contoh.
Contoh 5
Azman merupakan penjual penapis air beralkali. Pada tahun 2014,
beliau telah mendapatkan 20 unit penapis air dengan kos sebanyak
RM4,000 seunit. 15 unit penapis air dapat dijual dengan harga
RM6,000 seunit. Pada 31 Disember 2014, terdapat 5 unit penapis air
yang belum terjual.
Jualan (RM6,000 x 15 unit) RM 90,000
(Tolak) Kos Jualan (RM4,000 x 15 unit) RM 60,000
Untung Kasar RM 30,000
*5 penapis air akan dinyatakan dalam penyata kunci kira-kira untuk
dibawa ke tahun kewangan seterusnya.
29
Oleh sebab itu, saya sarankan apa jua bisnes yang
menyimpan stok, harus memiliki nota pengurusan
pengeluaran – Kawalan inventori agar segala maklumat
jualan dan jumlah stok dalam keadaan terbaik.
Bukan itu sahaja, ianya penting bagi kualiti stok dalam
keadaan yang sempuran, memeriksa risiko kecurian atau
kehilangan.
Simpan dokumen stok inventori, penyata kunci kira-kira
secara rapi selama 7 tahun kerana pihak berkuasa
percukaian akan memeriksa dokumen tersebut semasa
cukai anda diaudit.
30
Untung Pakai, Tolak Cukai
Perbelanjaan menguruskan perniagaan boleh ditolak
cukai. Di sinilah memainkan peranan yang penting, bagi
anda yang ingin menguruskan perniagaan dengan bijak.
Bayar cukai, Untung Pakai! Inilah tajuk ebook ini. Maksud
saya di sini, bukan apabila anda mendapat untung anda
boleh bersuka ria. Bukan! Apabila mendapat untung, anda
membelanjakan duit tersebut untuk mengukuhkan
kestabilan syarikat, kembangkan ia melalui promoso-
promosi, hargai pekerja anda dan bermacam-macam lagi.
Saya amat tertarik dengan pemikiran Robert Kiyosaki
mengenai cukai. Menurut beliau, pekerja akan mendapat
gaji, menolak amaun yang dikenakan cukai dan barulah
berbelanja dengan baki yang tinggal. Berbeza dengan
orang kaya, mereka dapat wang, berbelanja terlebih
dahulu dan barulah membayar cukai. Dua senario yang
amat berbeza bukan?
31
Kita tidak lari dari membayar cukai. Kita ikut satu persatu
undang-undang cukai dan ditetapkan dan ketetapan
umum yang dikeluarkan oleh LHDN.
Berikut ialah formula yang terlibat dalam pengiraan
pendapatan pelasaran setelah ditolak dengan
perbelanjaan yang dibenarkan.
Hasil Jualan RM xxx
(Tolak) Kos Jualan (RM xxx)
Pendapatan Kasar Jualan RM xxx
(Tolak) Perbelanjaan dibenarkan (RM xxx)
Pendapatan Larasan/ Berkanun RM xxx
Pebelanjaan yang dibenarkan
Sewa pejabat
Utiliti (Elektrik, Air, telefon dan internet)
Pajak atau Sewa peralatan atau mesin
Kos pengiklanan untuk meningkatkan jualan
32
Yuran profesional (Akauntan dan peguam) yang
berkaitan dengan perniagaan sahaja.
Bayaran komisen
Perbelanjaan keraian
Alat tulis dan bahan bacaan untuk pejabat
Elaun perjalanan pekerja
Kos memperbaharui lesen
Membaik pulih pejabat
Kos promosi – pemberian hadiah
Wang tunai yang dicuri/ hilang
Perbelanjaan perubatan pekerja
Gaji pekerja
Insuran api dan kecurian
Petrol, kos baik pulih kenderaan dan servis
Perbelanjaan kursus
Perbelanjaan rundingcara
Yuran keahlian untuk badan profesional.
33
Semua perbelanjaan yang dibenarkan ini mestilah sesuai
mengikut jenis perniagaan yang tercatit di dalam Sijil
perniagaan SSM anda (Borang E).
Perbelanjaan yang tidak dibenarkan
Perbelanjaan insuran api dan kecurian prabayar
Sewa pejabat prabayar
Kos renovasi atau pembinaan pejabat dan cat baru
Penalti dari LHDN
Yuran guaman untuk Perjanjian Jual Beli premis
Derma untuk parti politik, persatuan keagamaan
Deposit sewa
Perbelajaan pendaftaran dan lesen
Saman trafik atau kastam
Pembelian aset atau kelengkapan tidak dikategorikan
sebagai kos jualan dan perbelanjaan yang dibenarkan.
Namun, ia digantikan semula dengan elaun modal.
34
Barang Sendiri, Bisnes Pakai
Sudah pasti bila anda baru ingin memulakan bisnes, anda
akan gunakan apa saja yang ada untuk mengurangkan
modal dan kos permulaan.
Sememangnya ini tidak dapat dielakkan untuk bisnes
yang baru mula bertapak. Jangan khuatir, anda masih
boleh menggunakan kelebihan anda menjalankan bisnes
dengan menolak kos-kos yang terlibat.
Jadi, perkara yang perlu diambil perhatian ialah
mengasingkan perbelanjaan bisnes dengan pebelanjaan
sendiri. Jangan pula resit membeli bawang dimasukkan
dalam perbelanjaan sedangkan anda menjalankan bisnes
consultancy.
Ingat! Ada perbelanjaan yang boleh ditolak cukai dan ada
yang sebaliknya. Ikut kesesuaian bisnes anda. Petrol, kos
baik pulih kenderaan dan bil telefon merupakan perkara
35
biasa yang akan ditolak daripada keuntungan. Tetapi
bukan 100% kerana perbelanjaan ini sudah bercampur
untuk kegunaan peribadi sebagai contoh, menghantar
anak dan isteri pergi ke sekolah dan tempat kerja,
menggunakan telefon untuk kegunaan sendiri dan
sebagainya.
Contoh 6
Annuar ialah seorang ejen insuran takaful yang menjalankan
perniagaannya dari rumah. Beliau menjadikan satu bilik dirumahnya
sebagai pejabat di mana beliau menyimpan rekod-rekod pelanggan
dan membuat segala urusan menelefon pelanggan serta menghantar
emel.
Beliau juga menggunakan kereta peribadi untuk berjumpa dengan
pelanggan disamping mengambil anak, membeli barangan dan juga
bersiar-siar.
Kesemua perbelanjaan untuk menampung kos di atas boleh ditolak
cukai, tetapi perlu dibahagikan dengan perbelanjaan kegunaan sendiri.
- Petrol, Kos Baik Pulih Kenderaan = 30% Kegunaan Sendiri
- Telefon Bimbit = 25% kegunaan sendiri
- Unifi dan Telefon = 25% Kegunaan sendiri
- Utiliti rumah, faedah atas pinjaman = 20%
36
Jadi, bagaimana kita hendak tahu berapa peratusan
untuk kegunaan sendiri? Kebiasaannya, kita
menggunakan 30%, 25% dan 20% sebagai peratusan
untuk kegunaan sendiri.
Jadi, senang cerita hanya kita yang tahu bisnes kita, dan
apa yang kita belanjakan. Dengan kaedah sistem
pentaksiran sendiri ini, walaupun nampak mudah tetapi
jika kita salah mentaksir, buruk padahnya.
37
Belanja Orang, Tolak Cukai
Bahasa yang digunakan oleh LHDN ialah Perbelanjaan
keraian atau lebih dikenali sebagai entertainment
expenses oleh ramai orang bisnes.
Perbelanjaan ini sebenarnya amat penting bagi
mengukuhkan keadaan bisnes anda dan untuk
meningkatkan jualan.
Umumnya, hanya 50% jumlah perbelanjaan keraian ini
boleh ditolak cukai. Tetapi ada beberapa perbelanjaan
keraian yang boleh ditolak 100% daripada keuntungan
bisnes kita.
[+] Tips Perancangan Cukai
Berikut ialah perbelanjaan keraian yang dibenarkan oleh
LHDN untuk 100% perbelanjaan dibenarkan:
38
Kemudahan pekerja seperti penyediaan makanan
dan minuman di pejabat, majlis amakan malam
tahunan pekerja, rombongan pekerja dan hari
keluarga syarikat.
Hadiah promosi untuk meningkatkan hasil jualan di
pameran dalam dan luar negara
Sampel promosi untuk produk baru dan diberikan
secara percuma
Peruntukan untuk membuat acara hiburan, sukan
dan kebudayaan di tempat awam untuk
mempromosikan perniagaan.
Peruntukan untuk penyediaan barangan promosi,
pengiklanan yang mempunyai logo syarikat.
Peruntukan untuk semua aktiviti hiburan dengan
tujuan meningkatkan jualan syarikat.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Ketetapan
Umum terkini, Perbelanjaan Keraian yang dikeluarkan
oleh LHDN.
39
Bayar Gaji, Carum KWSP
Pembayaran Gaji dan KWSP boleh ditolak cukai. Tidak
kira pekerja anda itu bekerja sepenuh masa atau separuh
masa.
Disebabkan anda pemilik bisnes, maka gaji dan caruman
KWSP anda tidak boleh ditolak cukai.
Adalah tanggungjawab majikan untuk mencarumkan
pekerja semasa pekerja dalam perkhidmatan bersama
kita. Jika belum mendaftar, sila rujuk
http://www.kwsp.gov.my
Gaji Caruman Majikan Caruman Pekerja Jumlah
RM5,000 ke bawah 13% 11% 24%
RM5,001 ke atas 12% 11% 23%
40
Perancangan Cukai: Bayar Gaji Untuk Isteri
[+] Tips Perancangan Cukai
Salah satu cara untuk menjimatkan pembayaran cukai
adalah dengan mengajikan isteri anda. Saya yakin isteri
anda adalah orang yang banyak membantu anda dalam
bisnes. Dialah penasihat, dialah kerani, dialah akauntan
dan sebagainya.
Mari kita lihat situasi, di mana saya mengambil contoh
Johan yang menjalankan perniagaan menjual Mee
Bandung di Muar. Pendapatan perniaagaan beliau pada
tahun 2016 ialah RM100,000. Beliau sudah berkahwin dan
belum lagi mempunyai anak.
Situasi Pertama: Taksiran hanya untuk diri sendiri.
Situasi Kedua: Pemberian Gaji dan Caruman kepada
Isteri. Gaji bulanan Isteri ialah RM4,000 (RM48,000
setahun)
41
Situasi Pertama
Situasi yang seterusnya, saya menggunakan RM100,000
jumlah pendapatan untuk dibahagi diantara Johan, Isteri
dan caruman KWSP (12%).
Pendapatan Johan = Jumlah pendapatan perniagaan – Gaji isteri – 12%
caruman KWSP isteri
Pendapatan Johan = RM100,000 – RM48,000 – ( 12% x RM48,000 )
Pendapatan Johan = RM46,240
Jumlah Pendapatan Perniagaan Johan RM 100,000
(Tolak) Pelepasan Cukai
Pelepasan Diri Sendiri (RM9,000)
Pelepasan Untuk Isteri (RM4,000)
Insurans Nyawa (RM6,000)
Jumlah Pelepasan (RM19,000)
Pendapatan Bercukai RM 81,000
RM70,000 pertama RM5,600
21% untuk RM berikutnya (RM81,000 – RM70,000) x 24%
RM2,310
Jumlah Cukai Pendapatan RM 7,910
42
Situasi Kedua
Johan Isteri
Jumlah Pendapatan RM46,240 RM48,000
(Tolak) Pelepasan Cukai
Pelepasan Diri Sendiri (RM9,000) (RM9,000)
Insurans Nyawa (RM6,000)
KWSP (11% x RM48,000) (RM5,280)
Jumlah Pelepasan (RM15,000) (RM14,280)
Pendapatan Bercukai RM31,240 RM33,720
RM20,000 Pertama RM150 RM300
6% Untuk RM berikutnya RM562 RM686
Jumlah Cukai Pendapatan RM974 RM986
Jumlah cukai pendapatan yang perlu Johan bayar untuk
situasi yang kedua ialah RM1,960. Berbanding situasi
yang pertama iaitu RM7,910. Penjimatan cukai sebanyak
RM5,950. Tetapi ingat, Johan harus membayar kepada
KWSP sebanyak RM11,040 iaitu 12% caruman majikan
dan 11% caruman isteri (23% x RM48,000). Kaedah ini
amat bermanfaat untuk simpanan hari tua bersama.
43
Pinjam Duit, Kena Faedah
Jika anda meminjam duit sebagai modal permulaan
sebagai contoh dengan SME Bank, atau bank-bank yang
seumpamanya, sudah tentu anda akan dikenakan faedah
atas pinjaman.
[+] Tips Perancangan Cukai
Jangan khuatir, anda boleh tolak cukai mengikut kadar
faedahnya.
Jikalau anda pinjam dengan Ah Long, saya tidak
beberapa pasti ada surat perjanjian dan terma & syarat
perjanjian?
Contoh 7
Faizal telah meminjam RM20,000 dengan Maybank untuk membuka
studio fotografi di kampungnya. Faedah atas pinjaman yang dikenakan
ialah 4% setahun. Ini bermakna RM800 boleh ditolak cukai.
44
Berlainan pula jika, menggunakan duit pinjaman tersebut
untuk kegunaan sendiri.
Begitu juga dengan penggunaan kereta peribadi sebagai
kenderaan untuk menjalankan perniagaan. Hanya
sebahagian boleh ditolak mengikut peratusan penggunan
untuk bisnes.
Contoh 8
Berdasarkan contoh 7. Faizal telah menggunakan RM10,000 untuk
majlis perkahwinannya (perbelanjaan peribadi). Hanya RM10,000
sahaja yang digunakan untuk studionya. Ini bermakna hanya RM400
boleh ditolak cukai.
45
Beri Hutang, Ada Tak Bayar
Saya tidak begitu menggalakkan untuk yang baru
mulakan bisnes, memberikan kredit kepada pelanggan.
Perkataan mudah, beri hutang kepada orang lain
walaupun kita kenal sangat dengan orang itu.
Kita juga baru bertatih dan perlukan aliran tunai yang
cepat. Ada bisnes yang tersungkur sebab menangung
banyak hutang lapuk.
Anda boleh tolak cukai jika anda mempunyai pelanggan
yang berhutang dengan anda. Tetapi, ia mestilah aset
tetap yang dijual kepada pelanggan. Bukannya, pinjaman
wang. Anda beri hutang duit kepada orang, tidak boleh
ditolak cukai. Sebab anda bukan Ah Long.
Jadi, sebagai pemilik bisnes, anda perlu tentukan siapa
yang anda percayai untuk menjalankan perniagaan. Jika
terdapat penghutang yang liat membayar hutangnya,
46
pastikan jangan lagi berurusan dengannya. Suruh kerani
anda membuat tindakan yang sewajarnya untuk
mengutip wang anda.
Ada beberapa peruntukan, di mana cukai boleh ditolak
100% disebabkan hutang tidak berbayar ini. Antaranya
ialah:
Penghutang meninggal dunia
Penghutang bankrup
Penghutang melarikan diri
Penghutang telah membubarkan perniagaannya
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Ketetapan
Umum terkini, Potongan Untuk Hutang Lapuk & Hutang
Ragu dan Layanan ke atas Pemulihan yang dikeluarkan
oleh LHDN.
47
Potongan Cukai Berganda
Salah satu yang perlu kita ambil perhatian ialah potongan
cukai berganda. Jika kita berpeluang untuk
melaksanakannya di dalam bisnes kita, sudah tentu anda
akan menikmati pengurangan cukai yang sah.
Antara insentif potongan cukai berganda ialah:
Melatih graduan menggangur di bawah program
SL1M (Skim Latihan 1Malaysia). Hanya sehingga 31
Disember 2020.
Ganjaran untuk syarikat yang mengambil pekerja dari
golongan orang kelainan upaya (OKU).
Perbelanjaan dalam proses mendapatkan pensijilan
halal.
Pembayaran Premium Insurans kepada Syarikat
Insurans Malaysia untuk import eksport kargo dan
barang mentah.
48
Peruntukan perbelajaan oleh majikan untuk
penyediaan Pusat Jagaan Kanak-kanak.
Perbelanjaan syarikat dalam latihan yang terlibat
dalam sektor pengeluaran yang diluluskan
Yuran terhadap syarikat kecil yang menghantar
pekerja mereka untuk latihan di NPC, SIRIM, MIT,
MARDI, FRIM, CIAST, PSDC, IKM, ITI, GMI atau MTIB
Ini hanyalah sebahagian yang saya rasa perlu anda tahu
untuk potongan cukai berganda. Yang tidak tersenarai
hanyalah digunakan untuk syarikat yang besar dan
melibatkan kos yang besar.
Contoh 9
Fizo telah menggajikan seorang akauntan yang kelainan upaya (OKU)
dan berikan gaji bulanan sebanyak RM2,500 (RM30,000 setahun).
Maka, jumlah potongan yang dinikmati oleh Fizo ialah RM60,000.
49
Elaun Modal
Aset tetap yang digunakan untuk bisnes akan diberikan
pelepasan cukai melalui elaun modal. Ini kerana tiada
potongan yang diberikan untuk perbelanjaan modal atau
susut nilai bagi aset terbabit dalam mendapatkan
pendapatan tersebut.
Berikut ialah formula yang terlibat dalam pengiraan
pendapatan jika terdapat elaun modal.
Pendapatan Larasan RM xxx
(Tolak) Elaun Modal (RM xxx)
Pendapatan Statutori RM xxx
Elaun modal akan dipotong untuk beberapa tahun
taksiran cukai. Jadi, jumlah elaun modal yang dituntut
sepanjang beberapa tahun taksiran cukai akan
bersamaan dengan kos aset tetap terbabit.
50
Untuk bab ini, mungkin banyak terma-terma yang
digunakan dalam prinsip akaun . Sesiapa yang ambil
prinsip akaun sewaktu SPM dahulu, mungkin tiada
masalah memahaminya.
Jenis dan Kadar Elaun Modal
Jenis Aset Elaun Permulaan Elaun Tahunan
Jentera berat/ Kenderaan Bermotor
20 20
Loji dan Jentera 20 14
Komputer dan peralatan ICT
20 40
Lain-Lain 20 10
Aset bernilai Kecil (Nilai satu aset ≤ RM1,000 dan Jumlah aset ≤ RM10,000.)
100 -
Nota :
Jentera Berat - Jentolak, kren, penarik, jengkaut, jemparas, pengangkut, riper rola, pencabut akar, pencakar, penyodok, jentarik, vibrator wagon dan
sebagainya.
Kenderaan Bermotor - semua jenis kenderaan yang beroperasi dengan motor seperti kereta, motorsikal, kapal terbang, kapal dan sebagainya.
Loji dan Jentera - Loji dan jentera am yang tidak termasuk dalam jentera berat seperti penyaman udara, pemampat, lif, peralatan perubatan dan
makmal, ketuhar dan sebagainya.
Lain-Lain - Peralatan pejabat, perabot, dan kelengkapan.
Sumber dari htpp://www.hasil.gov.my
51
Contoh 10
Embun Bayu Enterprise telah membeli sebuah Rotary Oven pada tahun
2014 untuk bisnes rotinya dengan harga RM50,000. Mesin tersebut
mampu membakar 400 biji bun dalam masa 20 minit.
Kos Modal yang Layak RM50,000
(Tolak) Elaun Modal
Elaun Permulaan 2014 (20%) RM10,000
Elaun Tahunan 2014 (14%) RM7,000 (RM17,000)
Baki Perbelanjaan RM33,000
Elaun Tahunan 2015 (14%) (RM7,000)
Baki Perbelanjaan RM26,000
Elaun Tahunan 2016 (14%) (RM7,000)
Baki Perbelanjaan RM19,000
Elaun Tahunan 2017 (14%) (RM7,000)
Baki Perberlanjaan RM12,000
Elaun Tahunan 2018 (14%) (RM7,000)
Baki Perbelanjaan RM5,000
Elaun Tahunan 2019 (baki) (RM5,000)
Baki Perbelanjaan RM 0
52
Itu adalah contoh bagaimana pengiraan elaun modal dan
berapa banyak potongan yang layak diperolehi untuk
beberapa tahun.
[+] Tips Perancangan Cukai
Jadi bagi bisnes kecil-kecilan dan tidak memerlukan aset
tetap yang berharga, gunakan sebaik-baiknya peluang
untuk mendapatkan potongan 100% elaun modal untuk
tahun taksiran pemilikan. Sebagai contoh, pembelian
kipas, mesin cetak, telefon mudah alih, kalkulator, mesin
daftar tunai dan lain-lain.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Ketetapan
Umum terkini, Pemilikan Dan Penggunaan Aset Bagi
Tujuan Tuntutan Elaun Modal dan Elaun Khas Bagi Aset
Bernilai Kecil yang dikeluarkan oleh LHDN.
53
Elaun Modal untuk
Kenderaan
Kenderaan yang digunakan untuk bisnes layak mendapat
potongan cukai melalui elaun modal. Namun, LHDN telah
menetapkan had maksimum perbelanjaan modal layak
untuk tuntutan ialah RM100,000 dengan syarat:
Kenderaan yang dibeli adalah kenderaan baru
Harga atas jalan kenderaan terbabit tidak lebih dari
RM150,000.
Untuk kenderaan yang tidak memenuhi 2 syarat di atas,
had perbelanjaan modal layak ialah RM50,000.
54
Contoh 11
Alif Bina Enterprise telah membeli sebuah Mitsubishi Triton terpakai
pada 1 September 2014 untuk bisnes pembinaannya dengan harga
RM79,400. Dengan wang pendahuluan sebanyak RM20,000. Bayaran
Bulanan bermula 1 Oktober ialah RM1,800.
Harga Kenderaan RM79,400
(Tolak) Wang Pendahuluan (RM20,000)
Nilai Pembiayaan Sewa Beli RM59,400
Tahun Pembiayaan 3 tahun 36 bulan
Bahagian Modal bagi Bayaran Ansuran RM1,650
Kos Modal Yang Layak
Wang Pendahuluan 2014 RM20,000
Ansuran (3 bulan) 2014 RM4950
RM24,950 RM24,950
Elaun Permulaan 2014 (20% x RM24,950) (RM4,990)
Elaun Tahunan 2014 (20% x RM24,950) (RM4,990)
Baki Perbelanjaan RM14,970 RM24,950
55
Ansuran 2015 (12 x RM1,650) RM19,800 RM19,800
RM34,770 RM44,750
Elaun Permulaan 2015 (20% x RM19,800) (RM3,960)
Elaun Tahunan 2015 (20% x RM44,750) (RM8,950)
Baki Perbelanjaan RM21,860 RM44,750
Ansuran 2016 (Had Maksimum) RM5,250 RM5,250
RM27,110 RM50,000
Elaun Permulaan 2016 (20% x RM5,250) (RM1,050)
Elaun Tahunan 2016 (20% x RM50,000) (RM10,000)
Baki Perbelanjaan RM16,060
Elaun Tahunan 2017 (20% x RM50,000) (RM10,000)
Baki Perbelanjaan RM6,060
Elaun Tahunan 2018 (Baki) RM6,060
Baki Perbelanjaan RM0
Nota:
1) Mitsubshi Triton ialah kenderaan terpakai. Hanya layak mendapat
RM50,000 untuk modal tuntutan.
2) Faedah Pinjaman Sewa Beli (RM1,800-RM1,650) = RM150 boleh
ditolak cukai.
56
Untuk bisnes yang baru, mungkin anda akan
menggunakan aset tetap peribadi anda untuk
menjalankan operasi perniagaan. Pastikan aset yang
benar-benar digunakan dalam bisnes sahaja yang boleh
ditaksirkan di dalam cukai anda.
Ingat! Untuk aset tetap peribadi, tiada Elaun Permulaan.
Hanya Elaun Tahunan sahaja yang dibenarkan.
Contoh 12
Al Amiin yang menjalankan perniagaan MLM telah memidahkan
beberapa aset tetap peribadi untuk kegunaan bisnesnya . Antaranya
ialah komputer dan perabot untuk digunakan di pusat stokisnya.
Komputer RM3,000, Elaun Tahunan 40% = RM1,200
Perabot RM1,000, Elaun Tahunan 10% = RM100
Jumlah Perbelanjaan Elaun Modal Yang Layak ialah RM1,300
Jika Al Amiin masih menggunakan aset tersebut untuk kegunaan
peribadi, hanya 60% daripada Elaun Modal yang dibenarkan untuk
potongan cukai. Ini bermakna hanya RM780 sahaja yang layak untuk
dibuat penolakan sebagai elaun modal.
57
Kesalahan dengan Cukai
Terfikir untuk lari daripada cukai? Baca kesalahan dan
denda di bawah. Anda pasti tidak akan atau tidak mahu
lagi menjadi pelarian cukai.
Jenis Kesalahan Peruntukan Di Bawah Akta
Cukai Pendapatan 1967 Jumlah Denda (RM)
Tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan
112 (1) 200 – 2,000/ penjara/ kedua-
duannya
Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai
112 (1) 200 – 2,000/ penjara/ kedua-
duannya
Tidak melaporkan pendapatan sebenar
113 (1) (a) 1,000 – 10,000 dan 200% atas
cukai terkurang lapor
Memberikan maklumat yang tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri/ orang lain
113 (1) (b) 1,000 – 10,000 dan 200% atas
cukai terkurang lapor
Sengaja mengelak cukai/ membantu orang lain mengelak cukai
114 (1) 1,000 – 20,000/ penjara/
kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor
58
Jenis Kesalahan Peruntukan Di Bawah Akta
Cukai Pendapatan 1967 Jumlah Denda (RM)
Meninggalkan negara tanpa membayar cukai
115 (1) 200 – 2,000/ penjara/ kedua-
duannya
Membantu/ menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai
114 (1A) 2,000 – 20,000/ penjara/
kedua-duanya
Menggangu/ menghalang pegawai LHDNM menjalankan tugas
116 1,000 – 10,000/ penjara/
kedua-duanya
Tidak menyimpan rekod 119A 300 – 10,000/ penjara/ kedua-
duanya
Tidak memberikan maklumat yang dikehendaki oleh LHDN
120 (1) 200 – 2,000/ penjara/ kedua-
duanya
Tidak memaklumkan pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan
120 (1) 200 – 2,000/ penjara/ kedua-
duanya
59
Kesilapan Pemilik Bisnes
Tidak menyimpan rekod kewangan, resit,
baucer semasa.
Ini ialah kesilapan nombor satu bagi kebanyakan orang
yang terlibat dalam perniagaan. Tidak mengendahkan
dengan rekod kewangan. Tidak pernah simpan dengan
kemas. Malah, ada yang tidak simpan langsung. Dapat
resit bayaran, terus dibuang. Isi minyak, tidak ambil resit.
Makan di kedai, malu minta resit. Akhirnya, tiada rekod
kewangan untuk bisnes anda.
Hah! Satu lagi, bukan sekadar simpan sahaja. Anda perlu
merekodkan semua perbelanjaan secara bertulis supaya
anda sentiasa dapat memastikan jumlah perbelanjaan
terkini. Gunakan perisian excel. Amalkan sebelum masuk
hari baru, selesaikan kerja rekod kewangan anda. Jangan
melengah-lengahkan kerja ini.
60
Mesti ada yang beri cadangan untuk menggunakan
aplikasi smartphone untuk merekodkan semua dokumen
ini. Apa pendapat anda? Secara benarnya, saya ada
banyak aplikasi kewangan ini di telefon saya, tetapi saya
tidak pernah gunakan satu pun! Mungkin cara saya
ortodoks – guna excel dan simpan resit dalam fail. Apa-
apa pun, ikut cara yang anda suka.
Malas? Itu tak boleh kata apa-apa. Tapi masih ada
solusinya. Anda boleh menggajikan freelance akauntan
untuk mengemaskini semua rekod anda. Upahnya tidak
sampai pun RM500.
61
Tidak buat bajet dan ramalan kewangan
tahunan.
Jika anda tidak ada sebarang target atau matlamat,
bagaimana anda nak tahu bahawa anda di landasan yang
betul? Patutlah bisnes anda biasa-biasa sahaja.
Ada pula yang cakap tak tahu membuat ramalan
kewangan. Erm.. anda seorang sahaja yang tahu operasi
bisnes anda. Berapa jualan bulanan? Berapa kos operasi?
Berapa kos barangan? Berapa keuntungan bersih?
Sebelum cukai berapa? Selepas cukai berapa?
Bajet dan ramalan ini perlu dibuat berdasarkan
pengalaman anda dalam bidang bisnes ini dan juga data
jualan yang anda perolehi pada tahun-tahun lepas.
Jadikan ia sebagai panduan.
62
Apabila berkata soal target, secara umumnya, mesti ada
peningkatan dari bulan ke bulan. Jangan takut untuk
tetapkan target. Ianya akan membuatkan anda bekerja
dengan lebih kuat.
Dengan membuat bajet dan ramalan ini, anda boleh
menganggarkan berapa cukai yang perlu anda bayar
pada tahun hadapan dan anda boleh merancang untuk
mengembangkan perniagaan anda atau membuat
pelaburan.
63
Tidak berjumpa dengan akauntan
profesional
Ramai orang takut untuk berjumpa dengan akauntan.
Takut caj yang dikenakan terlalu mahal. Gunakan
kepakaran orang lain untuk membawa anda pergi jauh.
Jangan berkira atau lokek.
Berjumpalah dengan akauntan sekali setiap bulan untuk
memastikan tahap kewangan syarikat anda berada di
paras yang betul.
Saya percaya, tumpuan kita sewaktu bisnes masih kecil
ialah penjanaan pendapatan. Tapi, jangan lupa aspek
pengurusan dan kewangan. Hire orang! Duit boleh kita
cari lagi.
64
Tidak menyimpan semua dokumen dalam
fail dan tersusun
Nampak macam perkara kecil dan tidak penting, tapi
inilah asas untuk memastikan rekod kewangan dan
dokumen syarikat kita dalam keadaan yang terbaik.
Setiap dokumen mempunyai fail yang tertentu dan
dilabelkan. Setiapkali ada rekod baru, terus simpan ke
dalam fail. Benda yang nampak remeh tapi boleh
menimbulkan kelecehan dalam bisnes anda.
Simpan fail rekod kewangan anda selama 7 tahun. Ini
bagi membantu pihak LHDN untuk membuat audit dan
memastikan taksiran anda adalah betul.
Antara dokumen yang penting yang perlu ada untuk audit
cukai ialah:
Penyata Bank
65
Segala penyata Keluar Masuk duit. Penyata Kad
Kredit dan sebagainya
Invois daripada pembekal
Invois Jualan untuk pelanggan
Akaun Simpanan dan segala penyata punca
pendapatan – Dividen, Royalti dan lain-lain
Baucar Pembayaran (Payment Voucher) untuk setiap
pembayaran yang dilakukan.
Semua resit-resit – petrol, tol, belanja keraian,
pembelian alat tulis dan sebagainya.
Borang Tuntutan (Claim Form) – Penting jika anda
banyak menggunakan wang peribadi untuk kegunaan
bisnes.
Akaun Pengurusan yang lengkap – Penyata Aliran
Tunai, Penyata Pendapatan & Kunci Kira-kira kerana
66
segala maklumat untuk aset tetap akan diperiksa di
sini.
Penyata caruman KWSP atau SOCSO
Lain-lain dokumen sokongan – surat tawaran
pinjaman dari pihak bank, dokumen pembelian aset
tetap.
67
Enterprise ke Sdn Bhd
Ramai yang bertanya kepada saya, bila waktunya untuk
upgrade bisnes mereka ke Sdn Bhd. Sebenarnya, tiada
istilah upgrade di sini. Cuma, anda perlu berjumpa
setiausaha syarikat yang berdaftar dan buka syarikat
baru iaitu syarikat Sdn Bhd.
Bila sepatutnya sesuatu bisnes mendaftar sebagai satu
entiti Sdn Bhd?
1) Apabila bisnes anda sudah maju. Keuntungan anda
melebihi RM300,000. Kadar taksiran cukai syarikat
Sdn Bhd ialah 20% untuk RM500,000 pertama dan
anda boleh banyak menggunakan insentif dan
potongan cukai dengan lebih meluas dengan entiti
ini.
68
2) Apabila anda perlukan suntikan modal dari rakan-
rakan atau pelabur. Lebih senang diuruskan sebagai
pemegang saham syarikat.
3) Menjaga kepentingan dan aset peribadi di masa
hadapan. Sekiranya berlaku penutupan perniagaan
disebabkan muflis, pemilik dan aset peribadi akan
selamat. Yang disita, hanyalah hartan benda syarikat
sahaja.
4) Meningkatkan kredibiliti bisnes anda selaras dengan
keuntungan yang anda perolehi. Boleh
mengembangkan bisnes pada tahap yang lebih
besar.
5) Legasi bisnes anda dapat diteruskan walaupun anda
telah meninggal dunia. Maksudnya, ada pengarah
dan pemegang saham menjadi wakil anda untuk
diberikan kepada yang hak.
69
Apa yang terjadi dengan enterprise anda?
Terpulanglah kepada anda. Anda boleh tutup dan fokus
kepada syarikat Sdn Bhd ini atau kecilkan peranan
enterprise ini atau gunakan untuk bisnes yang baru.
Walaubagaimanapun, anda masih lagi boleh
memindahkan segala aset dan liabiliti yang berada di
bawah enterprise ke dalam syarikat Sdn Bhd anda yang
baru.
70
Contoh Pengiraan
Senario 1
En. Razif menjalankan perniagaan jualan langsung yang
beliau sertai. Beliau hanya beroperasi dari rumah untuk
kerja-kerja pengurusan downline dan mengadakan
perjumpaan ahli-ahlinya dirumah. Beliau juga
menggunakan kereta peribadinya untuk urusan
perniagaan.
Berikut ialah Penyata Untung Rugi En. Razif untuk tahun
perniagaan berakhir pada 31 Disember 2015.
PENYATA UNTUNG RUGI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2015
RM RM
Pendapatan daripada perniagaan
230,000.00
Tolak: Kos Jualan
35,200.00
Pendapatan Kasar
194,800.00
Tolak: Perbelanjaan
Faedah (kereta)
4,500.00
71
Gaji Diri Sendiri
48,000.00
Promosi & Pengiklanan
15,200.00
Selenggaraan
4,300.00
Upah/ Pengurusan stokis
20,000.00
Perjalanan dan Pengangkutan
15,800.00
Percutian keluarga
3,000.00
Perbelanjaan Keraian
5,000.00
Bil telefon & Internet
3,600.00
Kelengkapan Home Office
2,000.00
Perbelanjaan Seminar/ Roadshow
19,000.00 140,400.00
Pendapatan Bersih Sebelum Cukai
54,400.00
PENYATA CUKAI PENDAPATAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2015
Pendapatan Bersih
54,400.00
Tambah: Perbelanjaan yang tidak dibenarkan
Gaji Diri Sendiri
48,000.00
Percutian Keluarga
3,000.00
Perbelanjaan Keraian -50%
2,500.00
1/4 Bil telefon & Internet
900.00
1/3 Pengangkutan, Faedah kereta dan Selenggaraan 7,380.00
1/5 Kelengkapan rumah
400.00 62,180.00
Pendapatan Larasan
116,580.00
Tolak: Elaun Modal
Projektor 2014
2,400.00
Desktop Apple
1,200.00
Perabot
300.00 3,900.00
Pendapatan Statutori
112,680.00
Tolak: Derma
72
Derma untuk Tabung MAKNA
5,000.00
Jumlah Pendapatan
107,680.00
Tolak: Pelepasan
Diri sendiri
9,000.00
Buku
980.00
Insuran
6,000.00
Peralatan Sukan
300.00
Pemeriksaan Perubatan Penuh
500.00
2 orang anak
2,000.00 18,780.00
PENDAPATAN YANG BOLEH DIKENAKAN CUKAI
88,900.00
Cukai di atas RM 70,000.00 pertama
6,650.00
Cukai di atas RM 18,900.00 24%
4,536.00
CUKAI PENDAPATAN YANG DIKENAKAN
11,186.00
Tolak: Rebat
1) Zakat
5,000.00
CUKAI PENDAPATAN TAHUN 2014
6,186.00
73
Nota:
Perbelanjaan Yang Tidak dibenarkan
1) Gaji pemilik bisnes enterprise tidak akan diambil kira
untuk potongan cukai.
2) Percutian keluarga dikira sebagai perbelanjaan
peribadi. 100% tidak boleh ditolak cukai. Tidak ada
kena mengena dengan bisnes.
3) Perbelanjaan untuk pengedar-pengedar. Hanya 50%
sahaja yang dibenarkan untuk pemotongan cukai.
4) Perbelanjaan yang bercampur (kegunaan sendiri dan
bisnes) perlu ditolak dengan peratusan yang sesuai
seperti bil telefon dan internet, pengangkutan dan
kelengkapan pejabat.
Pelepasan
Gunakan pelepasan sebaik mungkin untuk kebaikan anda
sekeluarga. Amalkan pemeriksaan kesihatan secara
menyeluruh di hospital setiap tahun, supaya anda tahu
74
kondisi kesihatan anda. Lagipun, anda boleh mendapat
pelepasan cukai daripada bayaran pemeriksaan
kesihatan (terhad RM500 setahun).
Maksimumkan pelarasan untuk buku, insuran nyawa dan
peralatan sukan.
Pengiraan Elaun Modal
Pembelian Projektor baru untuk tujuan seminar & BOP pada tahun 2014
dengan harga RM4,000.
Kos Modal yang Layak RM4,000
(Tolak) Elaun Modal
Elaun Permulaan 2014 (20%) RM800
Elaun Tahunan 2014 (40%) RM1,600 (RM2,400)
Baki Perbelanjaan RM1,600
Elaun Tahunan 2015 (40%) (RM1,600)
Baki Perbelanjaan RM0
75
Pembelian Desktop untuk tujuan pengurusan pada tahun 2013 dengan
harga RM5,000.
Kos Modal yang Layak RM5,000
(Tolak) Elaun Modal
Elaun Permulaan 2013 (20%) RM1,000
Elaun Tahunan 2013 (40%) RM2,000 (RM3,000)
Baki Perbelanjaan RM2,000
Elaun Tahunan 2015 (Baki) (RM2,000)
Baki Perbelanjaan RM0
Perbelanjaan Deskop tersebut bercampur untuk kegunaan peribadi dan
anak-anak, hanya 60% dibenarkan untuk elaun modal.
RM2,000 x 60% = RM1,200 yang dibenarkan
76
Pembelian kelengkapan untuk pejabat di rumah pada tahun 2012
dengan harga RM2,000.
Kos Modal yang Layak RM5,000
(Tolak) Elaun Modal
Elaun Permulaan 2012 (20%) RM1,000
Elaun Tahunan 2012 (10%) RM500 (RM1,500)
Baki Perbelanjaan RM3,500
Elaun Tahunan 2013 (10%) (RM500)
Baki Perbelanjaan RM3,000
Elaun Tahunan 2014 (10%) (RM500)
Baki Perbelanjaan RM2,500
Elaun Tahunan 2015 (10%) (RM500)
Baki Perbelanjaan RM2,000
Elaun Tahunan 2016 (10%) (RM500)
Baki Perbelanjaan RM1,500
… dan seterusnya hingga Elaun tahunan 2019.
Perbelanjaan peralatan tersebut bercampur untuk kegunaan peribadi,
hanya 60% dibenarkan untuk elaun modal.
RM500 x 60% = RM300 yang dibenarkan
77
Senario 2
Joseph (Perbezaan Taksiran 2016 dan 2017)
Joseph bekerja dan gaji RM13,000 sebulan.
Isterinya suri rumah sepenuh masa.
Mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah (seorang anaknya
adalah OKU).
Potongan KWSP = 17,160.00
Belian buku akademik = RM1,700.00
Simpanan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
= RM7,200.00
Premium Insurans Nyawa = RM3,600.00
Premium Insurans Perubatan = RM8,400.00
Potongan Cukai Bulanan (PCB) = RM 18,000.00
78
CUKAI JOSEPH TAHUN TAKSIRAN 2016
CUKAI JOSEPH TAHUN TAKSIRAN 2017
RM RM RM RM
Pendapatan Tahunan (RM13,000 x 12 bulan)
156,000 Pendapatan Tahunan (RM13,000 x 12 bulan)
156,000
Tolak: Derma 0 Tolak: Derma 0
Jumlah Pendapatan 156,000 Jumlah Pendapatan 156,000
Tolak Pelepasan Cukai: Tolak Pelepasan Cukai:
Diri (9,000) Diri (9,000)
Isteri (4,000) Isteri (4,000)
KWSP & Insurans Nyawa (Terhad RM6,000)
(6,000) KWSP & Insurans Nyawa (Terhad RM6,000)
(6,000)
Insurans Perubatan & Pendidikan
(3,000) Insurans Perubatan & Pendidikan
(3,000)
Buku (1,000) Gaya Hidup - Buku (1,700)
SSPN (Terhad RM6,000) (6,000) SSPN (Terhad RM6,000) (6,000) Anak 4 orang (RM2,000 x 4 orang)
(8,000) Anak 4 orang (RM2,000 x 4 orang)
(8,000)
Anak OKU 1 orang (6,000) (42,000) Anak OKU 1 orang (6,000) (42,700)
Pendapatan Bercukai 114,000* Pendapatan Bercukai 113,300*
Cukai atas RM100,000 pertama : 11,900 Cukai atas RM100,000 pertama : 11,900
Cukai atas baki 14,000 x 24% : 3,360 Cukai atas baki 13,300 x 24% : 3,192
Jumlah Cukai Pendapatan 15,260 Jumlah Cukai Pendapatan
15,092
Tolak : Tolak :
Rebat Cukai (Diri) Tidak Layak
Rebat Cukai (Diri) Tidak Layak
Rebat Zakat Tiada 0 Rebat Zakat Tiada 0
Jumlah Cukai Dikenakan 15,260 Jumlah Cukai Dikenakan 15,092
Tolak: Tolak:
Potongan Cukai Bulanan (PCB)
(18,000) Potongan Cukai Bulanan (PCB)
(18,000)
Baki Cukai Kena Dibayar (2,710) Cukai Terlebih Bayar (2,908)
79
Penjimatan Cukai Tahun Taksiran 2016 berbanding Cukai Tahun Taksiran 2017 ialah:
RM15,260 – RM15,092 = RM162
* Amaun pendapatan bercukai melebihi RM35,000.00, maka Joseph tidak
layak menikmati rebat cukai (diri sendiri) sebanyak RM400.00
* Adanya Pelepasan Gaya Hidup pada tahun 2017 sebanyak RM2,500
(terhad) untuk jumlah pembelian buku, komputer peribadi, alatan sukan
dan langganan internet.
Bagi Individu berkeluarga yang mempunyai pendapatan bulanan RM4,000
pula akan keluar dari tanggungan bayar cukai mulai Tahun Taksiran 2015
sekiranya:
1. Hanya seorang sahaja mempunyai sumber pendapatan iaitu
samada suami atau isteri (layak menikmati Pelepasan Diri RM9,000
dan pelepasan pasangan yang tidak bekerja RM4,000).
2. Sekurang-kurangnya mempunyai potongan KWSP.
80
Senario 3
Pendapatan Bulanan RM4,000.
Isteri tidak bekerja dan tidak mempunyai anak.
Mempunyai Caruman KWSP.
KIRAAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2017
KIRAAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2018
RM RM RM RM
Pendapatan Tahunan (RM13,000 x 12 bulan)
48,000 Pendapatan Tahunan (RM13,000 x 12 bulan)
48,000
Jumlah Pendapatan 48,000 Jumlah Pendapatan 48,000
Tolak Pelepasan Cukai: Tolak Pelepasan Cukai:
Diri (9,000) Diri (9,000)
Isteri (4,000) Isteri (4,000)
KWSP & Insurans Nyawa (Terhad RM6,000)
(5,280) (18,280) KWSP & Insurans Nyawa (Terhad RM6,000)
(5,280) (18,280)
Pendapatan Bercukai 29,720 Pendapatan Bercukai 29,720
Cukai atas RM20,000 pertama : 150 Cukai atas RM20,000 pertama : 150
Cukai atas baki RM10,720 x 5% : 536 Cukai atas baki RM10,720 x 3% : 322
Jumlah Cukai Pendapatan
686 Jumlah Cukai Pendapatan
472
Tolak : Tolak :
Rebat Cukai (Diri) (400) Rebat Cukai (Diri) (400)
Rebat Isteri (400) (800) Rebat Isteri (400) (800)
Jumlah Cukai Dikenakan (114) Jumlah Cukai Dikenakan (328)
81
Penutup
Bayar Cukai, Untung Pakai. Semuanya bermula dari
perancangan cukai di awal tahun perniagaan. Bukannya
setelah habis tahun taksiran, barulah mencari jalan untuk
mengurangkan cukai. Ini pentingnya ilmu perancangan
cukai.
Jika anda bijak, anda boleh menikmati lebih banyak
insentif dan elaun yang telah diberikan oleh kerajaan,
untuk mengembangkan perniagaan kita.
Jangan buat kerja last minute. Pada bulan Mei baru
tergesa-gesa mengumpulkan semua data untuk taksiran
cukai. Sebab itulah setiap kali taksiran, anda terpaksa
berdepan dengan jumlah yang banyak.
Sebagai umat Islam, kita mempunyai kelebihan untuk
membayar zakat. Bayarlah zakat sebanyak-banyaknya
demi kepentingan ummah.
82
Jadi bermula dari sekarang, buat perancangan tentang
kewangan dan juga cukai anda. Yang mana telah
membuat potongan cukai bulanan (PCB). Bagus,
teruskan! Jika tidak, cuba bayar 2 bulan sekali bagi
mengelakkan anda kehabisan duit untuk membayar cukai
pada tarikh mengemukakan penyata cukai. Bayar cukai
lebih mudah dengan online banking .
Saya berharap anda memperoleh manfaat daripada
pembacaan ebook ini. Jangan lupa untuk
mempraktikkannya.
Selamat berjaya!