Penambahan Pecahan

3
Penambahan Pecahan POSTED BY CIKGU FIEZA ON SUNDAY, 30 OCTOBER 2011 1. Cara menambah pecahan wajar yang mempunyai penyebut yang sama. Contoh: 1/4 + 2/4 = 3/4 Bagi pecahan wajar yang penyebutnya sama kita hanya perlu menambah pengangkanya sahaja. Jangan ditambah penyebutnya. Kesilapan banyak dilakukan oleh pelajar dengan menambah kesemua pengangka dan penyebutnya. Cara Begini Salah : 1/4 + 2/4 = 3/8 2. Cara menambah pecahan wajar apabila satu daripada penyebutnya adalah gandaan penyebut yang lain. Contoh: 2/3 + 1/6 = 2 / 3 X 2/ 2 + 1/6 = 4/6 + 1/6 = 5/6 Tukarkan pecahan 2/3 kepada pecahan per enam dengan mendarab pengangka dan penyebutnya dengan 2. Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah dengan mencampur pengangka dan penyebutnya sekali gus. Cara Begini Salah : 2/3 + 1/6 = 3/9

description

PECAHAN

Transcript of Penambahan Pecahan

Page 1: Penambahan Pecahan

Penambahan PecahanPO S TE D B Y   C IKGU F I E ZA   O N SU ND AY , 3 0 O C TO B ER 2 0 11

1.   Cara menambah pecahan wajar yang mempunyai penyebut yang sama. 

     Contoh: 1/4 + 2/4 = 3/4

Bagi pecahan wajar yang penyebutnya sama kita hanya perlu menambah pengangkanya

sahaja. Jangan ditambah penyebutnya. Kesilapan banyak dilakukan oleh pelajar dengan

menambah kesemua pengangka dan penyebutnya.

Cara Begini Salah : 1/4 + 2/4 = 3/8

2.    Cara menambah pecahan wajar apabila satu daripada penyebutnya adalah gandaan penyebut yang lain.

Contoh:

2/3 + 1/6 = 2 / 3 X 2/  2 + 1/6

                = 4/6 + 1/6

                = 5/6

Tukarkan pecahan 2/3   kepada pecahan per enam dengan mendarab pengangka dan penyebutnya

dengan 2.

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah dengan mencampur pengangka dan penyebutnya

sekali gus.

Cara Begini Salah : 2/3 + 1/6 = 3/9

3.      Cara menambah pecahan wajar apabila penyebutnya tidak ada faktor sepunya.

Page 2: Penambahan Pecahan

 2/3 + 3/5 = 2/3 X 5/5 + 3/3 X 3/5

                = 10/15 + 9/15

                =19/15

                = 1 4/15

4.  Pelajar juga boleh menyelesaikan masalah operasi tambah tiga pecahan seperti berikut:

      (a).   Menambah tiga pecahan wajar yang penyebutnya sama.

Contoh:

1/8 + 3/8 + 5/8 = 1/8 + 3/8 + 5/8

                           = 9/8  ( JANGAN LUPA MENUKAR PECAHAN TAK WAJAR KEPADA NOMBOR BERCAMPUR)

                           = 1 1/8 

    (b).   Pelajar juga boleh menambah tiga pecahan yang  penyebutnya tidak sama.

     Contoh:

0 c o m m e n t s :