Penataran Format Sains 2016

download Penataran Format Sains 2016

of 111

description

Penataran Format Sains 2016

Transcript of Penataran Format Sains 2016

  • PENATARAN

    FORMAT INSTRUMEN

    PENTAKSIRAN

    BAGI PEPERIKSAAN

    UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH

    RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

  • OM1 :

    Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat

    tentang dunia di sekeliling mereka.

    OM2 :

    Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik

    dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

    OM3 :

    Meningkatkan daya kreativiti murid.

    OM4 :

    Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.

    Objektif Mata Pelajaran (OM)

    Sains Sekolah Rendah

  • OM5 :

    Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan

    kemahiran secara kritis,kreatif dan analitis bagi membuat

    keputusan dan menyelesaikan masalah.

    OM6 :

    Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya

    membolehkan murid mengamalkannya.

    OM7 :

    Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.

    Objektif Mata Pelajaran (OM)

    Sains Sekolah Rendah

    Dokumen Standard, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM 2013

  • OP1 :

    Pengetahuan asas sains rendah.

    OP2 :

    Kefahaman terhadap pengetahuan sains.

    OP3 :

    Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman sains

    OP4 :

    Menganalisis data dalam pelbagai bentuk komunikasi.

    OP5 :

    Menilai pelbagai situasi untuk membuat keputusan dalam

    menyelesaikan masalah.

    Objektif Pentaksiran (OP)

    Sains Sekolah Rendah

  • OP6 :

    Mencipta sesuatu yang baru berdasarkan idea

    secara kreatif dan inovatif.

    OP7 :

    Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara

    kritis dan kreatif.

    OP8 :

    Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

    ke arah kehidupan lestari.

    Objektif Pentaksiran (OP)

    Sains Sekolah Rendah

    Berdasarkan Taksonomi Bloom, KBAT dan

    Komponen Kemahiran Mata Pelajaran Sains Rendah

  • SAINS 018/028/038 BIL PERKARA KERTAS 1 KERTAS 2

    1 Jenis Instrumen Ujian Objektif Ujian Objektif dan Subjektif

    2 Jenis Item Objektif Aneka Pilihan * Objektif pelbagai bentuk * Respons terhad dan

    berstruktur

    3 Bilangan / Bahagian Soalan

    40 (Jawab Semua Soalan) 8 (Jawab Semua Soalan)

    4 Jumlah Markah 40 40

    5 Tempoh Masa 1 jam 1 jam

    6 Konstruk Mengetahui Memahami Mengaplikasi

    Mengetahui Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta Kemahiran Proses Sains

    7 Cakupan Konteks Semua bidang pembelajaran berdasarkan KSSR Tahun 1-6

    Semua bidang pembelajaran

    berdasarkan KSSR Tahun 1-6

    8 Kaedah penskoran

    Dikotumus Analitikal

  • Konstruk Yang Diuji

    Pengetahuan

    Kefahaman

    Elemen KBAT

    Kemahiran Proses Sains

  • Kertas 1

    Slide 40

    Kertas 2

  • Pengetahuan P1 Fakta

    Mengingat semula maklumat yang khusus serta maklumat yang terpisah-pisah.

    P2 Istilah / Terminologi

    Pengetahuan tentang penerangan atau defenisi dan penggunaan istilah yang betul

    dalam suatu komunikasi

    P3 Pengelasan / Kategori

    Pengetahuan tentang kelas-kelas, set atau bahagian

    P4 Aliran / Urutan

    Pengetahuan tentang susunan mengikut tertib seperti dalam proses eksperimen,

    arah, aliran dan gerakan

    P5 Pengkaedahan / Metodologi

    Pengetahuan tentang kaedah membuat siasatan, teknik atau prosedur yang

    digunakan dalam sesuatu bidang

    P6 Konsep / Prinsip

    Pengetahuan tentang idea utama, skim dan corak yang digunakan untuk penyusunan

    atau pembentukan sesuatu seperti fenomenon

  • Kefahaman K1 Penterjemahan

    Kebolehan menterjemah ditunjukkan melalui penelitian dan

    ketetapan yang digunakan dalam menulis semula dan

    mengemukakan sesuatu komunikasi daripada satu bentuk

    komunikasi kepada bentuk komunikasi lain

    K2 Pentafsiran

    Kebolehan menghubung kait bahagian- bahagian dalam satu set

    komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain (verbal atau bentuk

    grafik ) dengan mengekalkan makna set komunikasi itu

    K3 Ekstrapolasi

    Kebolehan untuk menjangkau atau meluaskan aliran atau

    kecenderungan, melampaui data-data yang diberikan bagi

    menentukan, implikasi, akibat, hasilan, kesan dan sebagainya

    mengikut keadaan-keadaan yang dihuraikan dalam komunikasi asal

  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

    KB1 Mengaplikasi

    Menggunakan maklumat dalam situasi yang baharu.

    Menunjuk cara, menjalankan, menggunakan

    KB2 Menganalisis

    Mencerakinkan maklumat kepada komponen-komponen untuk memahami

    struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen

    Membanding beza, mengurus, menyelesaikan masalah,menghuraikan

    KB3 Menilai

    Membuat pertimbangan berdasarkan kriteria yang spesifik

    Mengkritik, membuat hipotesis, memberi hujah/pendapat, membuat

    keputusan

    KB4 Mencipta

    Menyatukan elemen untuk membentuk idea atau struktur yang baharu

    Merekacipta, menggabungkan, merangka, membina

  • STIMULUS

    Menggunakan stimulus secara meluas untuk

    menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis

    PELBAGAI ARAS PEMIKIRAN

    Mempelbagai kata tugas untuk mentaksir pelbagai

    aras pemikiran dalam domain kognitif

    KONTEKS BUKAN LAZIM

    Menggunakan situasi baharu di luar bilik darjah

    Menggalakan murid berfikir lebih mendlm & bukan sekadar mengingat semula apa yg dipelajari dlm bilik darjah

    SITUASI SEBENAR DLM KEHIDUPAN SEHARIAN

    Mencabar murid utk menyelesaikan suatu masalah

    kehidupan sebenar dgn menggunakan pembelajaran drp

    pelbagai disiplin

    ITEM TIDAK BERULANG

    (Item berbeza setiap tahun)

    Menggunakan bahan yang melangkau bahan buku teks, buku kerja, buku latihan dll

    CIRI-CIRI ITEM KBAT

  • Kemahiran Proses Sains (KPS) KPS1 Pemerhatian

    Pemerhatian berdasarkan stimulus serta pemerhatian lain /

    tambahan untuk menyokong inferens.

    KPS2 Mengelas

    Mengelas objek mengikut kumpulan berdasarkan ciri-ciri dan

    menyatakan perbezaan dan persamaan berdasarkan kriteria

    KPS3 Mengukur menggunakan nombor

    Merekod menggunakan nombor

    KPS4 Membuat inferens

    Membuat kesimpulan awal yang munasabah sama ada benar atau

    tidak untuk menerangkan sesuatu pemerhatian

  • Kemahiran Proses Sains (KPS)

    KPS5 Meramal

    Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan data

    KPS6 Berkomunikasi

    Mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, jadual,

    graf atau rajah

    KPS7 Menggunakan perhubungan ruang dan masa

    Memperihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk,

    saiz, isipadu, berat, jarak dan jisim dengan masa

    KPS8 Mentafsir data

    Membuat pernyataan tentang maksud data atau pola atau corak serta

    dapat menyatakan hubungan / kesimpulan antara pembolehubah

    berdasarkan maklumat yang dikumpul

  • KPS9 Mendefinisi secara operasi

    Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep atau istilah dengan

    menyatakan perkara yang diperhatikan

    KPS10 Mengawal pembolehubah

    Menyatakan pembolehubah yang perlu digunakan dalam

    penyiasatan atau pembolehubah dimanipulasi atau pembolehubah

    bergerakbalas dan pembolehubah yang dimalarkan.

    KPS11 Membuat Hipotesis

    Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara

    pembolehubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu

    perkara atau peristiwa

    KPS12 Mengeksperimen

    Menentukan peralatan yang diperlukan bagi sesuatu eksperimen dan

    menyatakan langkah-langkah serta melaporkan keputusan

    eksperimen yang telah dijalankan

    Kemahiran Proses Sains (KPS)

  • 4 Sekumpulan murid menjalankan satu penyiasatan

    tentang persaingan antara tumbuhan.

    Antara berikut yang manakah paling utama untuk

    dipertimbangkan dalam penyiasatan itu?

    A Jenis bekas

    B Jenis biji benih

    C Tempat penyiasatan

    D Jarak antara biji benih

    Pengetahuan: P1 Fakta (K1)

  • Pengetahuan: P1 Fakta (K2)

    1 Kemandirian spesies ialah keupayaan haiwan untuk

    mengekalkan spesiesnya daripada kepupusan.

    (a) Nyatakan satu cara bagaimana haiwan

    mengekalkan spesiesnya daripada kepupusan.

    ...................................................................................

    [1 markah]

  • Pengetahuan: P1 Fakta (K2)

    2 Rajah 2.1 menunjukkan sejenis haiwan.

    Rajah 2.1

    (a) Nyatakan organ pernafasan haiwan tersebut.

    ...............................................................................

    [1 markah]

  • Pengetahuan: P2 - Istilah/ Terminologi

    11 Apakah yang dimaksudkan dengan siratan

    makanan?

    A Hubungan makanan antara hidupan

    B Gabungan dua atau lebih rantai makanan

    C Jenis makanan yang dimakan oleh haiwan

    D Kepentingan keseimbangan bilangan hidupan

    dalam sesuatu habitat

  • Pengetahuan: P3 Pengelasan / Kategori

    10 Rajah 7 menunjukkan tiga jenis tumbuhan, X, Y dan Z.

    Rajah 7

    Antara berikut, yang manakah betul berdasarkan cara perlindungan diri

    daripada musuhnya?

  • Pengetahuan: P4 - Aliran / Urutan 23 Rajah 16 menunjukkan tiga situasi menjemur kain.

    W X Y

    Rajah 16

    Manakah urutan yang betul menunjukkan kain yang paling

    cepat kering kepada yang paling lambat kering?

    A X, Y, W

    B W, Y, X

    C W, X, Y

    D Y, W, X

  • Pengetahuan: P5 - Pengkaedahan

    17 Encik Adam hendak memasang jubin pada

    lantai pejabatnya.

    Apakah yang perlu dilakukannya sebelum

    membeli jubin yang diperlukan?

    A Mengukur luas pejabat

    B Mengukur lebar pejabat

    C Mengukur isi padu pejabat

    D Mengukur panjang pejabat

  • Pengetahuan: P6 - Konsep / Prinsip (K1)

    21 Rajah 14 menunjukkan penyiasatan tentang sifat gas.

    Rajah 14

    Apakah sifat gas tersebut?

    A Boleh mengalir

    B Memenuhi ruang

    C Mempunyai jisim

    D Mempunyai isi padu yang tetap

  • 8 Raul menjalankan satu penyiasatan tentang litar elektrik dan

    kecerahan mentol.

    Rajah 8 menunjukkan susunan litar elektrik.

    (a) Nyatakan kecerahan mentol dalam litar Y dan Z.

    Rajah 8

    [1 markah]

    Pengetahuan: P6 - Konsep / Prinsip (K2)

  • Kefahaman: K1 - Penterjemahan 15 Maklumat berikut membandingkan masa yang diambil oleh tiga orang

    murid untuk menamatkan acara 100 meter.

    Carta palang yang manakah mewakili maklumat di atas?

    Masa yang diambil oleh Rizal lebih singkat berbanding Siva dan Fitri

    Masa yang diambil oleh Fitri lebih lama berbanding Rizal dan Siva

  • Kefahaman: K2 Pentafsiran (K1)

    8 Rajah 5 menunjukkan satu siratan makanan dalam suatu habitat.

    Rajah 5

    Antara berikut, yang manakah karnivor?

    A Q dan R

    B S dan U

    C T dan V

    D R dan S

  • Kefahaman: K2 Pentafsiran (K2) 1 Kemandirian spesies ialah keupayaan haiwan untuk mengekalkan

    spesiesnya daripada kepupusan.

    (b) Rajah 1.1 menunjukkan satu spesies haiwan.

    Rajah1.1

    Berdasarkan Rajah 1.1, bagaimanakah haiwan ini mengekalkan

    kemandirian spesiesnya?

    .........................................................................................................................

    [1 markah]

  • Kefahaman: K3 - Ekstrapolasi (K1)

    32 Rajah 23 menunjukkan sebahagian daripada Sistem Solar.

    Rajah 23

    Apakah yang akan berlaku sekiranya Bumi berada di X?

    A Oksigen bertambah

    B Suhu menjadi rendah

    C Udara bertambah panas

    D Cahaya matahari menjadi lebih terang

  • Kefahaman: K3 - Ekstrapolasi (K2) 4(c) Cawan J mengandungi sudu besi, manakala K ialah cawan

    kosong.

    Air mendidih dituangkan ke dalam kedua-dua cawan.

    (i) Selepas lima minit, ramalkan apakah yang akan berlaku

    kepada suhu dalam cawan J berbanding dengan suhu air

    dalam cawan K.

    Tandakan ( ) pada jawapan yang betul.

    Kurang dari K

    Sama

    Lebih dari K

    [1markah]

  • KBAT : KB1 Aplikasi (K1) 3 Rajah 2 menunjukkan anak-anak ayam dalam sebuah reban.

    Rajah 2

    Anak-anak ayam itu menjadi lemah selepas dua hari.

    Antara yang berikut, yang manakah boleh menyelesaikan masalah ini?

    A Gantikan anak ayam itu dengan anak ayam yang lain

    B Letakkan lebih banyak anak ayam ke dalam reban itu

    C Alihkan beberapa ekor anak ayam ke dalam reban lain

    D Bekalkan lebih banyak air kepada anak ayam dalam reban itu

  • KBAT : KB1 Aplikasi (K2)

    4(c) Cawan J mengandungi sudu besi, manakala K ialah cawan kosong.

    Air mendidih dituangkan ke dalam kedua-dua cawan.

    (i) Selepas lima minit, ramalkan apakah yang akan berlaku kepada suhu

    dalam cawan J berbanding dengan suhu air dalam cawan K.

    Tandakan ( ) pada jawapan yang betul.

    Kurang dari K

    Sama

    Lebih dari K

    [1markah]

    (ii) Apakah yang perlu kamu lakukan untuk menjadikan air itu sejuk?

    ................................................................................................................

    [1 markah]

  • KBAT : KB2 - Analisis

    (c) Kehidupan air mati akibat pembuangan bahan buangan dari kilang ke

    Habitat N.

    Apakah akan berlaku kepada bilangan bangau? Berikan sebab.

    Bilangan bangau : .....................................................................................

    Sebab : ........................................................................................................

    [2 markah]

  • KBAT : KB3 - Menilai

    (c) Rajah 1.2 menunjukkan satu haiwan.

    Rajah 1.2

    (ii) Sesetengah peniaga kerap menawarkan aksesori yang diperbuat

    daripada cengkerang haiwan ini. Pada pendapat kamu, adakah

    tindakan peniaga itu boleh diterima?

    Ya Tidak

    Berikan alasan anda.

    ....................................................................................................

    [1 markah]

  • KBAT: KB4 Mencipta

    Lukiskan sebuah pelan bangunan yang lain yang mempunyai

    keluasan yang sama dengan kedua-dua P dan Q. Bangunan itu mesti

    mempunyai tiga buah bilik.

    Nyatakan ukuran panjang dan lebar bagi setiap bilik

    [3 markah]

    Rajah menunjukkan pelan sebuah bangunan yang mempunyai dua bilik P dan Q.

    Ukuran panjang dan lebar bilik P dan Q dinyatakan seperti di bawah

    P

    Q 4 m

    6 m 8 m

    2 m

  • Larutan gula dengan yis

    Larutan gula tanpa yis

    K L

    Aminah menjalankan satu penyiasatan tentang proses hidup mikroorganisma.

    Rajah 3 menunjukkan langkah-langkah Aminah untuk penyiasatan.

    Rajah 3

    Keputusan penyiasatan selepas 10 minit adalah seperti berikut:

    Kemahiran Proses Sains : KPS1 Pemerhatian

    1. Masukkan 50 ml larutan gula ke dalam botol K dan botol L

    2. Tambahkan satu sudu teh yis ke dalam botol L

    a) Nyatakan satu pemerhatian berdasarkan keputusan penyiasatan itu.

    [1 markah]

  • Kemahiran Proses Sains : KPS2 Mengelas

    Rusty

    Berkarat

    Non Rusty

    Tidak berkarat

    Kelaskan objek berikut berdasarkan sifat-sifat pengaratannya.

    Cawan seramik parang rantai basikal tikar mengkuang

    [1 markah]

  • Kemahiran Proses Sains : KPS3 Mengukur menggunakan nombor

    4 Puan Rose membawa anaknya ke klinik. Doktor mendapati suhu

    badan anaknya tinggi.

    (b) (i) Rajah di bawah menunjukkan bacaan suhu badan budak itu.

    Nyatakan bacaan suhu badan budak tersebut.

    ........................ C [1 markah]

  • Kemahiran Proses Sains : KPS4 Membuat Inferens

    7 Johan menjalankan satu eksperimen. Dua klip kertas yang diperbuat

    daripada besi diletakkan di dalam dua bekas yang berbeza yang

    mengandungi kapas lembab dan minyak.

    (a) Apakah yang akan berlaku kepada klip kertas dalam bikar V dan bikar W

    selepas tujuh hari?

    Bikar V : ...........................................................................................................

    Bikar W : ..........................................................................................................

    [2 markah]

    (b) (i) Nyatakan inferens bagi jawapan di 7(a).

    .......................................................................................................................

    [1 markah]

  • Kemahiran Proses Sains : KPS5 Meramal

    (b) (i) Ramalkan keadaan belalang, jika kepalanya direndam di

    dalam air selama dua minit.

    ..................................................................................................

    [1 markah]

  • Kemahiran Proses Sains : KPS6 Berkomunikasi

    6 (b) Maklumat di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan.

    Berdasarkan maklumat yang diberi, bina sebuah jadual untuk

    menunjukkan keputusan penyiasatan.

    [2 markah]

  • Kemahiran Proses Sains : KPS7 Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

    Bilangan Hari Bilangan Daun

    1

    3

    12

    24

    Hari Pertama Hari ke-3 Hari ke- 12 Hari ke- 24

    Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan tentang percambahan biji benih

    Rajah 1

    i. Perhatikan perubahan yang berlaku kepada biji benih dan catatkan dalam Jadual I

    Jadual 1

    [ 1 markah ]

    ii. Nyatakan perubahan yang berlaku kepada biji benih semasa ia bercambah

    . [ 1 markah ]

  • Kemahiran Proses Sains : KPS8 Mentafsir data

    (c) Apakah pola bilangan ayunan jika tali dipendekkan?

    .............................................................................................

    [1 markah]

    6 Rajah 6 menunjukkan satu penyiasatan tentang bilangan ayunan dalam 30

    saat dengan menggunakan panjang tali yang berbeza.

  • Kemahiran Proses Sains : KPS9 Mendefinisi Secara Operasi

    Bahan Perubahan Kertas Litmus

    Biru Merah

    L Menjadi Merah Tidak Berubah

    M Tidak Berubah Menjadi Biru

    N Tidak Berubah Tidak Berubah

    Jadual 1 menunjukkan pemerhatian yang dikumpul semasa menguji sifat kimia bahan

    Jadual 1

    1. Apakah sifat kimia bahan M

    [ 1 markah ]

    2. Berdasarkan pemerhatian pada Jadual 1 di atas, apakah yang kamu faham

    tentang sifat bahan kimia M?

    [ 1 markah ]

  • Kemahiran Proses Sains : KPS10 Mengawal pemboleh ubah

    7 Johan menjalankan satu eksperimen. Dua klip kertas yang diperbuat

    daripada besi diletakkan di dalam dua bekas yang berbeza yang

    mengandungi kapas lembab dan minyak.

    (c) Nyatakan dua pembolehubah dimanipulasi dalam penyiasatan ini.

    1. ................................................................................................................

    2. ................................................................................................................

    [2 markah]

  • Kemahiran Proses Sains : KPS11 Membuat Hipotesis

    Aminah meneruskan penyiasatan dengan menambah jumlah yis yang

    berbeza di dalam empat botol yang berlainan.

    Padankan maklumat maklumat di bawah dengan betul ?

    Amount of yeast

    Jumlah yes

    Volume of sugar solution

    Isipadu larutan gula

    The size of ballon

    Saiz belon

    Manipulated variable Pembolehubah

    manipulasi

    Responding variable

    Pembolehubah bergerakbalas

    Constant variable

    Pembolehubah dimalarkan

    Cadangankan satu hipotises yang boleh diuji oleh Aminah dalam

    penyiasatan ini

    [1 markah]

    [1 markah]

  • Kemahiran Proses Sains : KPS12 - Mengeksperimen Rajah menunjukkan beberapa radas yang akan digunakan bagi menjalankan

    satu eksperimen

    Berdasarkan radas-radas tersebut :

    1. Apakah tujuan eksperimen ?

    [ I markah ]

    2. Nyatakan :

    i. Pemboleh ubah dimanipulasi .. ii. Pemboleh ubah bergerakbalas iii.Pemboleh ubah dimalarkan [ 3 markah ]

    3. Bina satu hipotesis berdasarkan eksperimen di atas.

    [ 1 markah ]

  • Kertas 1

    1 Rajah 1 menunjukkan pengelasan haiwan berdasarkan struktur

    pernafasan masing-masing.

    Rajah 1

    Antara yang berikut, yang manakah mewakili M dan N?

    Pengelasan Thn 4 / R

  • 2 Abdullah mendapati banyak pokok padi di sawahnya

    dimusnahkan oleh tikus.

    Antara berikut, spesies burung manakah yang boleh

    membantu Abdullah menyelesaikan masalahnya?

    A Pipit

    B Helang

    C Bangau

    D Kelicap

    Kertas 1

    Aplikasi Thn 5 / R

  • Kertas 1

    3 Rajah 2 menunjukkan anak-anak ayam dalam sebuah reban.

    Rajah 2

    Anak-anak ayam itu menjadi lemah selepas dua hari.

    Antara yang berikut, yang manakah boleh menyelesaikan masalah ini?

    A Gantikan anak ayam itu dengan anak ayam yang lain

    B Letakkan lebih banyak anak ayam ke dalam reban itu

    C Alihkan beberapa ekor anak ayam ke dalam reban lain

    D Bekalkan lebih banyak air kepada anak ayam dalam reban itu

    Aplikasi Thn 6 / S

  • Kertas 1

    Fakta Thn 6 / T

    4 Sekumpulan murid menjalankan satu penyiasatan tentang persaingan antara tumbuhan.

    Antara berikut yang manakah paling utama untuk

    dipertimbangkan dalam penyiasatan itu?

    A Jenis bekas

    B Jenis biji benih

    C Tempat penyiasatan

    D Jarak antara biji benih

  • Kertas 1

    Aplikasi Thn 6 / S

    5 Diana memelihara beberapa ekor ikan tilapia di dalam sebuah

    bekas. Selepas tiga bulan, dia mendapati sebahagian daripada

    ikan-ikan itu tidak membesar.

    Antara berikut, yang manakah boleh menambahkan saiz ikan-

    ikan itu?

    A Kurangkan air di dalam bekas itu

    B Tambahkan pelbagai jenis ikan di dalam bekas itu

    C Masukkan ikan tilapia itu ke dalam bekas yang lebih menarik

    D Beri lebih banyak makanan kepada ikan tilapia di dalam bekas itu

  • Kertas 1

    Fakta Thn 4 / R

    6 Rajah 3 menunjukkan sistem pernafasan manusia.

    Rajah 3

    Manakah urutan yang betul bagi pengaliran udara semasa

    menghembus nafas?

  • Kertas 1

    Pentafsiran Thn 5 / R

    7 Rajah 4 menunjukkan empat jenis haiwan.

    Rajah 4

    Apakah kesimpulan yang paling tepat tentang haiwan-haiwan itu?

    A Memastikan kemandirian spesies

    B Memberi makan kepada anak-anaknya

    C Mempunyai cara pembiakan yang sama

    D Melindungi spesies daripada cuaca yang melampau

  • Kertas 1

    Pentafsiran Thn 5 / S

    8 Rajah 5 menunjukkan satu siratan makanan dalam suatu habitat.

    Rajah 5

    Antara berikut, yang manakah karnivor?

    A Q dan R

    B S dan U

    C T dan V

    D R dan S

  • Kertas 1

    Pentafsiran Thn 4 / R

    9 Rajah 6 menunjukkan reaksi seorang budak lelaki apabila seekor

    katak tiba-tiba melompat ke arahnya.

    Rajah 6

    Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan reaksi budak

    lelaki itu?

    A Manusia boleh melihat

    B Manusia akan menjerit apabila terkejut

    C Manusia bergerak balas terhadap rangsangan

    D Manusia melindungi diri sendiri daripada bahaya

  • Kertas 1

    Pengelasan Thn 5 / S

    10 Rajah 7 menunjukkan tiga jenis tumbuhan, X, Y dan Z.

    Rajah 7

    Antara berikut, yang manakah betul berdasarkan cara perlindungan diri

    daripada musuhnya?

  • Kertas 1

    Istilah Thn 5 / R

    11 Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan?

    A Hubungan makanan antara hidupan

    B Gabungan dua atau lebih rantai makanan

    C Jenis makanan yang dimakan oleh haiwan

    D Kepentingan keseimbangan bilangan hidupan dalam

    sesuatu habitat

  • Kertas 1

    Pentafsiran Thn 6 / R

    12 Rajah 8 menunjukkan satu aktiviti haiwan.

    Rajah 8

    Pernyataan manakah yang betul menerangkan aktiviti ini?

    A Pembiakan haiwan

    B Kepupusan haiwan

    C Interaksi antara hidupan

    D Hidupan melindungi spesiesnya

  • Kertas 1

    Pentafsiran Thn 3 / T

    13 Rajah 9 menunjukkan suatu penyiasatan menggunakan sebuah bekas

    kaca yang mengandungi beberapa objek.

    Rajah 9

    Sebatang magnet didekatkan kepada bekas itu.

    Klip kertas dan paku tekan tertarik ke arah magnet itu.

    Apakah yang dapat dibuktikan oleh penyiasatan itu?

    A Semua logam adalah bahan magnet

    B Bahan magnet tertarik ke arah magnet

    C Magnet hanya boleh menarik klip kertas

    D Tarikan magnet lebih kuat di bahagian kutub

  • Kertas 1

    Fakta Thn 4 / R

    14 Alat manakah yang paling sesuai untuk mengukur aktiviti yang

    mengambil masa yang pendek?

  • Kertas 1

    Penterjemahan Thn 6 / T

    15 Maklumat berikut membandingkan masa yang diambil oleh tiga orang

    murid untuk menamatkan acara 100 meter.

    Carta palang yang manakah mewakili maklumat di atas?

  • Kertas 1

    Pengelasan Thn 6 / T

    16 Rajah 10 menunjukkan kaedah untuk mengurangkan geseran.

    Rajah 10

    Apakah R dan S?

  • Kertas 1

    Kaedah Thn 4 / S

    17 Encik Adam hendak memasang jubin pada

    lantai pejabatnya.

    Apakah yang perlu dilakukannya sebelum membeli jubin

    yang diperlukan?

    A Mengukur luas pejabat

    B Mengukur lebar pejabat

    C Mengukur isi padu pejabat

    D Mengukur panjang pejabat

  • Kertas 1

    Aplikasi Thn 5 / T

    18 Rajah 11 menunjukkan Amran sedang mengayuh basikal.

    Rajah 11

    Apakah yang perlu dilakukan oleh Amran untuk

    mencerahkan mentol?

    A Kayuh di atas permukaan yang lebih licin

    B Gunakan mentol yang lebih besar

    C Gunakan roda yang lebih besar

    D Kayuh lebih laju

  • Kertas 1

    Aplikasi Thn 6 / S

    19 Rajah 12 menunjukkan dua orang lelaki cuba untuk menggerakkan

    sebuah perahu ke pantai.

    Rajah 12

    Apakah cara terbaik untuk memudahkan kerja itu?

    A Tolak perahu itu

    B Tarik perahu itu dengan tali

    C Gunakan troli untuk membawa perahu itu

    D Letakkan penggolek di bawah perahu itu

  • Kertas 1

    Aplikasi Thn 6 / S

    20 Rajah 13 menunjukkan seorang atlit menjalani latihan memanjat

    tembok menggunakan tali.

    Rajah 13

    Apakah yang patut dia lakukan bagi mengelak dirinya

    daripada tergelincir?

    A Menanggalkan kasut

    B Memakai sarung tangan

    C Membasahkan tapak tangan

    D Menyapu losyen di tapak tangan

  • Kertas 1

    Prinsip Thn 5 / S

    21 Rajah 14 menunjukkan penyiasatan tentang sifat gas.

    Rajah 14

    Apakah sifat gas tersebut?

    A Boleh mengalir

    B Memenuhi ruang

    C Mempunyai jisim

    D Mempunyai isi padu yang tetap

  • Kertas 1

    Kaedah Thn 5 / T

    22 Rajah 15 menunjukkan satu persembahan wayang kulit.

    Rajah 15

    Bayang-bayang terbentuk di atas skrin.

    Bagaimanakah saiz bayang-bayang itu boleh dibesarkan?

    A Besarkan saiz skrin

    B Tambah kecerahan mentol

    C Dekatkan patung ke arah skrin

    D Dekatkan patung ke arah mentol

  • 23 Rajah 16 menunjukkan tiga situasi menjemur kain.

    Rajah 16

    Manakah urutan yang betul menunjukkan kain yang paling cepat

    kering kepada yang paling lambat kering?

    A X, Y, W

    B W, Y, X

    C W, X, Y

    D Y, W, X

    Urutan Thn 5 / S

    Kertas 1

  • 24 Rajah 17 menunjukkan satu aktiviti.

    Rajah 17

    Apakah kesan daripada aktiviti ini?

    A Mengeluarkan bau busuk

    B Kualiti air semakin kurang

    C Berlaku pencemaran udara

    D Suhu di kawasan perumahan bertambah

    Pentafsiran Thn 6 / R

    Kertas 1

  • Prinsip Thn 5 / S

    25 Rajah 18 menunjukkan satu aktiviti untuk menyiasat sifat gas.

    Rajah 18

    Apakah yang akan berlaku kepada asap jika kadbod dikeluarkan?

    A Masih di dalam bekas H

    B Keluar daripada kedua-dua bekas

    C Mengisi ruang hanya di dalam bekas G

    D Mengisi ruang di dalam kedua-dua bekas

    Kertas 1

  • 26 Rajah 19 menunjukkan penyiasatan tentang pengaliran arus elektrik.

    Rajah 19

    Apakah yang akan berlaku jika rod besi digantikan dengan rod kaca?

    A Mentol tidak menyala

    B Rod kaca menjadi panas

    C Suhu jus limau meningkat

    D Gelembung-gelembung udara terhasil di dalam bikar

    Ekstrapolasi Thn 4 / T

    Kertas 1

  • 27 Azri mahu membawa sebotol air panas ke sekolah. Dia

    hendak mengekalkan suhu air tersebut.

    Bahan yang manakah paling sesuai digunakan untuk

    membalut botol itu?

    A Kapas

    B Plastik

    C Kertas tisu

    D Habuk kayu

    Fakta Thn 4 / R

    Kertas 1

  • Prinsip Thn 5 / S

    28 Rajah 20 menunjukkan satu eksperimen.

    Rajah 20

    Mengapakah belon berubah saiz apabila botol itu dipindahkan

    daripada bekas J ke dalam bekas K?

    A Belon menjadi sejuk

    B Haba telah dibebaskan ke udara

    C Udara mengecut apabila disejukkan

    D Udara mengembang apabila dipanaskan

    Kertas 1

  • 29 Seorang nelayan mendapat hasil tangkapan ikan

    yang banyak.

    Bagaimanakah nelayan itu boleh mengelakkan ikannya

    daripada menjadi busuk?

    A Bersihkan ikan

    B Bubuh garam pada ikan

    C Simpan ikan dalam bekas

    D Bungkus ikan dengan plastik

    Aplikasi Thn 6 / S

    Kertas 1

  • Aplikasi Thn 5 / S

    30 Rajah 21 menunjukkan sebotol jem yang penutupnya tidak dapat

    dibuka oleh Azie.

    Rajah 21

    Rajah manakah menunjukkan cara yang dapat membantu Azie

    membuka penutup botol itu?

    Kertas 1

  • 31 Rajah 22 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk

    menyiasat kejadian siang dan malam.

    Rajah 22

    Lubang manakah pada kotak membenarkan lampu suluh

    memancarkan sinar pada bola polistirena itu dengan betul?

    A I

    B II

    C III

    D IV

    Prinsip Thn 5 / T

    Kertas 1

  • 32 Rajah 23 menunjukkan sebahagian daripada Sistem Solar.

    Rajah 23

    Apakah yang akan berlaku sekiranya Bumi berada di X?

    A Oksigen bertambah

    B Suhu menjadi rendah

    C Udara bertambah panas

    D Cahaya matahari menjadi lebih terang

    Ekstrapolasi Thn 4 / S

    Kertas 1

  • 33 Maklumat manakah yang berkaitan dengan kejadian fasa-

    fasa Bulan?

    A Putaran Bulan pada paksinya

    B Peredaran Bulan mengelilingi Bumi

    C Bulan memancarkan cahayanya sendiri

    D Bulan berada di antara Bumi dengan Matahari

    Fakta Thn 5 / S

    Kertas 1

  • Pengelasan Thn 4 / S

    34 Rajah 24 menunjukkan suatu pengelasan planet-planet.

    Rajah 24

    Apakah S dan T?

    Kertas 1

  • 35 Rajah 25 menunjukkan fenomena Gerhana Matahari.

    Rajah 25

    Antara carta palang berikut yang manakah mewakili bahagian Matahari

    yang dapat dilihat ketika gerhana?

    Penterjemahan Thn 6 / S

    Kertas 1

  • 36 Rajah 26 menunjukkan peta Semenanjung Malaysia.

    Rajah 26

    Jika seorang pelayar belayar dari Pulau Langkawi ke Pulau Pinang,

    buruj manakah yang boleh membantunya menuju ke arah yang betul ?

    Aplikasi Thn 6 / T

    Kertas 1

  • 37 Adam sedang berdiri di atas puncak sebuah bukit. Dia ingin

    melihat sekolahnya yang terletak 1 km dari bukit itu.

    Alat yang manakah sesuai digunakan untuk melihat

    sekolahnya dengan jelas?

    A Teleskop

    B Binokular

    C Mikroskop

    D Kanta pembesar

    Aplikasi Thn 4 / R

    Kertas 1

  • 38 Apakah maksud mesin ringkas?

    A Satu cara untuk melakukan kerja dengan lebih mudah

    B Alat yang digunakan untuk menggerakkan kotak

    yang berat

    C Kaedah yang digunakan untuk mengangkat beban

    yang berat

    D Alatan yang menggunakan sedikit daya bagi

    memudahkan kerja

    Istilah Thn 6 / R

    Kertas 1

  • 39 Rajah 27 menunjukkan suatu model dibina menggunakan

    surat khabar.

    Rajah 27

    Apakah faktor yang mempengaruhi kestabilan model itu?

    A Tinggi dan luas tapak

    B Luas tapak dan bentuk

    C Tinggi dan bahan yang digunakan

    D Bentuk dan bahan yang digunakan

    Fakta Thn 5 / S

    Kertas 1

  • 40 Rajah 28 menunjukkan gear pada basikal Eddy.

    Rajah 28

    Apakah yang akan berlaku apabila rantai dipindah dari gear V

    ke gear W?

    A Kelajuan bertambah

    B Daya kayuhan berkurang

    C Jarak perjalanan lebih singkat

    D Arah pergerakan berubah

    Ekstrapolasi Thn 6 / T

    Kertas 1

  • Kertas 2

    1 Kemandirian spesies ialah keupayaan haiwan untuk

    mengekalkan spesiesnya daripada kepupusan.

    (a) Nyatakan satu cara bagaimana haiwan mengekalkan

    spesiesnya daripada kepupusan.

    ...........................................................................................

    [1 markah]

    Fakta / Rendah

  • Kertas 2

    (b) Rajah 1.1 menunjukkan satu spesies haiwan.

    Rajah1.1

    Berdasarkan Rajah 1.1, bagaimanakah haiwan ini

    mengekalkan kemandirian spesiesnya?

    ...........................................................................................................

    [1 markah]

    Pentafsiran / Sederhana

  • Kertas 2

    (c) Rajah 1.2 menunjukkan satu haiwan.

    Rajah 1.2

    (i) Nyatakan bagaimana haiwan ini melindungi telur-telurnya

    daripada musuhnya.

    ...................................................................................................

    [1 markah]

    Fakta / Sederhana

  • Kertas 2

    (ii) Sesetengah peniaga kerap menawarkan aksesori

    yang diperbuat daripada cengkerang haiwan ini.

    Pada pendapat kamu, adakah tindakan peniaga

    itu boleh diterima?

    Berikan alasan anda.

    ....................................................................................

    [1 markah]

    Menilai / Tinggi

  • Kertas 2

    2 Rajah 2.1 menunjukkan sejenis haiwan.

    Rajah 2.1

    (a) Nyatakan organ pernafasan haiwan tersebut.

    ....................................................................................

    [1 markah]

    Fakta / Rendah

  • Kertas 2

    (b) (i) Ramalkan keadaan belalang, jika kepalanya

    direndam di dalam air selama dua minit.

    .................................................................................

    [1 markah]

    (ii) Nyatakan alasan kamu berdasarkan jawapan

    di 2 (b)(i).

    ................................................................................

    [1 markah]

    Analisis / Sederhana

    Meramal / Sederhana

  • Kertas 2

    (c) Rajah 2.2 menunjukkan kitaran hidup seekor katak.

    Rajah 2.2

    Berdasarkan Rajah 2.2, di peringkat manakah haiwan ini hidup di

    dalam air?

    Berikan alasan.

    Peringkat : ......................

    Alasan :

    .........................................................................................................

    [1 markah]

    Membuat inferens / Sederhana

  • Kertas 2

    3 Rajah 3.1 menunjukkan jenis-jenis bahan buangan.

    (a) Isikan Rajah 3.1 dengan dua jenis bahan buangan.

    Rajah 3.1

    [2 markah]

    Mengelas / Tinggi

  • Kertas 2

    (b) (i) Pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pasaraya mengenakan bayaran

    sekiranya ingin menggunakan beg plastik. Ini adalah untuk

    mengurangkan penggunaan plastik. Mengapakah penggunaan

    plastik perlu dikurangkan?

    ................................................................................................................

    [1 markah]

    (ii) Nyatakan satu kesan pembuangan plastik ke dalam sungai.

    .................................................................................................................

    [1 markah]

    Menilai / Tinggi

    Ekstrapolasi / Sederhana

  • Kertas 2

    (c)

    Mengapa?

    ....................................................................................

    [1 markah]

    Analisis / Tinggi

  • Kertas 2

    4 Puan Rose membawa anaknya ke klinik. Doktor

    mendapati suhu badan anaknya tinggi.

    (a) Apakah alat yang digunakan untuk menyukat

    suhu badan anak tersebut?

    ...................................................................................

    [1 markah]

    Fakta / Rendah

  • Kertas 2

    (b) (i) Rajah di bawah menunjukkan bacaan suhu badan

    budak itu.

    Nyatakan bacaan suhu badan budak tersebut.

    ........................ C [1 markah]

    (ii) Apakah yang akan berlaku kepada badan manusia, jika

    suhu badan meningkat kepada 40C?

    ..................................................................................................

    [1 markah]

    Mengukur Menggunakan Nombor / Rendah

    Ekstrapolasi / Sederhana

  • Kertas 2

    (c) Cawan J mengandungi sudu besi, manakala K ialah cawan kosong.

    Air mendidih dituangkan ke dalam kedua-dua cawan.

    (i) Selepas lima minit, ramalkan apakah yang akan berlaku kepada suhu

    dalam cawan J berbanding dengan suhu air dalam cawan K.

    Tandakan (/ ) pada jawapan yang betul.

    [1 markah]

    (ii) Apakah yang perlu kamu lakukan untuk menjadikan air itu sejuk?

    .................................................................................................................

    [1 markah]

    Ekstrapolasi / Sederhana

    Aplikasi / Tinggi

  • Kertas 2

    5 (a) Nyatakan satu pengeluar di dalam habitat M atau N.

    ....................................................................................................

    [1 markah]

    (b) Berdasarkan habitat M, bina satu siratan makanan.

    [2 markah]

    Fakta / Rendah

    Berkomunikasi / Tinggi

  • Kertas 2

    (c) Kehidupan air mati akibat pembuangan bahan buangan dari

    kilang ke habitat N.

    Apakah akan berlaku kepada bilangan bangau? Berikan sebab.

    Bilangan bangau :

    ............................................................................................

    Sebab :

    .............................................................................................................

    [2 markah]

    Ekstrapolasi / Rendah

    Analisis / Rendah

  • Kertas 2

    6 Rajah 6 menunjukkan satu penyiasatan tentang bilangan ayunan dalam 30

    saat dengan menggunakan panjang tali yang berbeza.

    Rajah 6

    (a) (i) Nyatakan satu alat lain yang boleh digunakan untuk menyukat masa.

    ...................................................................................................................

    [1 markah]

    (ii) Mengapakah alat dalam Rajah 6 dan alat yang dinamakan di 6(a)(i)

    boleh digunakan untuk menyukat masa?

    ...................................................................................................................

    [1 markah]

    Fakta / Sederhana

    Prinsip / Sederhana

  • Kertas 2

    (b) Maklumat di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan.

    Berdasarkan maklumat yang diberi, bina sebuah jadual untuk

    menunjukkan keputusan penyiasatan.

    [2 markah]

    (c) Apakah pola bilangan ayunan jika tali dipendekkan?

    .........................................................................................................................

    [1 markah]

    Berkomunikasi/ Sederhana

    Mentafsir data / Rendah

  • Kertas 2

    7 Johan menjalankan satu eksperimen. Dua klip kertas yang diperbuat

    daripada besi diletakkan di dalam dua bekas yang berbeza yang

    mengandungi kapas lembab dan minyak.

    (a) Apakah yang akan berlaku kepada klip kertas dalam bikar V dan bikar

    W selepas tujuh hari?

    Bikar V : ........................................................................................................

    Bikar W : ........................................................................................................

    [2 markah]

    (b) (i) Nyatakan inferens bagi jawapan di 7(a).

    ............................................................................................................

    ............................................................................................................

    [1 markah]

    Meramal / Sederhana

    Analisis / Sederhana

  • Kertas 2

    (c) Nyatakan dua pembolehubah dimanipulasi dalam penyiasatan ini.

    1. ...........................................................................................................

    2. ..............................................................................................................

    [2 markah]

    Mengawal pemboleh ubah /

    Sederhana

    (ii) Apakah yang perlu dilakukan ke atas klip kertas di dalam bikar

    V untuk menghalangnya daripada berkarat selepas diletakkan

    di dalam kapas lembab?

    ............................................................................................................

    [1 markah] Aplikasi /

    Sederhana

  • Kertas 2

    8 Raul menjalankan satu penyiasatan tentang litar elektrik dan

    kecerahan mentol.

    Rajah 8 menunjukkan susunan litar elektrik.

    (a) Nyatakan kecerahan mentol dalam litar Y dan Z.

    Rajah 8

    [1 markah] Prinsip /

    Sederhana

  • Kertas 2

    (b) Nyatakan pembolehubah yang terlibat dalam rajah 8.

    (i) Pembolehubah bergerak balas: .................................................

    (ii) Pembolehubah dimalarkan : .......................................................

    [2 markah]

    (c) Ramalkan apa akan berlaku, jika satu mentol dalam litar

    Y ditambah.

    ..........................................................................................................

    [1 markah]

    Mengawal pemboleh ubah / Sederhana

    Meramal / Sederhana

  • Kertas 2

    (d) Rajah di bawah menunjukkan satu susunan litar elektrik yang lain.

    Lukiskan litar elektrik di atas dalam bentuk simbol.

    [2 markah]

    Berkomunikasi / Tinggi

  • KONSTRUK :

    APA (perkara) yang ditaksir. Ia merupakan dimensi

    manusia yang berbentuk :

    i. konkrit

    ii. abstrak

    Dibangun atau diperkembang melalui hasil

    pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

    Konstruk yang diukur dalam instrumen pentaksiran

    bagi suatu mata pelajaran dikenalpasti berdasarkan

    dokumen kurikulum mata pelajaran tersebut

  • PENUTUP

    Pelaksanaan format baharu UPSR mulai 2016 adalah

    selaras dengan transformasi kurikulum kebangsaan yang

    diterakan dalam KSSR dan aspirasi sistem pendidikan

    dalam PPPM 2013-2025. Mohon ahli Mesyuarat

    Jawatakuasa Kurikulum Kebangsaan mengambil maklum

    tentang format UPSR yang akan dilaksanakan mulai tahun

    2016 kepada murid Tahun 6 sekolah rendah.

  • TERIMA KASIH