Pencemaran Air

10
Profesionalisme Pekerjaan Pencemaran Air 1 Pengenalan Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas. Saya memilih tajuk pencemaran air kerana, tahap pencemaran air di Malaysia adalah pada tahap yang hampir kritikal. Ini kerana, punca utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang bahan pembuangan daripada badan manusia dan binatang ternakan seperti ayam, khinzir, lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang khinzir pada tahun 1980-an. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat apabila sampai ke laut. Para petani yang bekerja di Tanah Tinggi Cameron telah mengamalkan penggunaan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang

description

Assignment tentang pencemaran air yang berlaku di Malaysia

Transcript of Pencemaran Air

Page 1: Pencemaran Air

Profesionalisme PekerjaanPencemaran Air

1

Pengenalan

Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau

warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam

pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas.

Saya memilih tajuk pencemaran air kerana, tahap pencemaran air di Malaysia adalah

pada tahap yang hampir kritikal. Ini kerana, punca utama pencemaran air

di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang

sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang bahan pembuangan daripada badan

manusia dan binatang ternakan seperti ayam, khinzir, lembu dan lain-lain ke dalam

sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang

khinzir pada tahun 1980-an.

Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada

pencemaran air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke

dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari

udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau

Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat apabila sampai ke

laut.

Para petani yang bekerja di Tanah Tinggi Cameron telah mengamalkan penggunaan

baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai

Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang

sempurna sehingga menyebabkan najis manusia tidak dapat dirawat dengan betul. Kes

ini juga telah didedahkan kepada wartawan dan dipertontonkan di televisyen. Selepas

itu, barulah Majlis Daerah Cameron Highlandsmengambil peranan dengan turut sama

mengambil tindakan bagi memperbetulkan keadaan.

Saya berharap agar projek ini dapat membantu untuk memberikan kesedaran kepada

semua pihak termasuklah saya sendiri dalam menjaga alam sekitar daripada sebarang

pencemaran yang boleh mengakibatkan kemudaratan kepada generasi yang akan

datang.

Page 2: Pencemaran Air

Profesionalisme PekerjaanPencemaran Air

2

Definisi

Pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung

kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam

sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga

menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan

memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain

seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

Punca-Punca Pencemaran Air

Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di

sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah,

minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan

seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara

sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang

tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.

Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang

sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air.

Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah

timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan

mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan

terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram

sebelum membuangnya kedalam laut.

Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut

mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran

tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran

laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3

yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya

pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.

Page 3: Pencemaran Air

Profesionalisme PekerjaanPencemaran Air

3

Tumpahan minyak di Teluk Mexico April'10

Kesan Pencemaran Air

Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar

mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh

memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada

jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf.

Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian

sepertidisentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.

Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak

yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan

tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam

akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah

mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan

mendorong kepada kepupusan hidupan laut.

Page 4: Pencemaran Air

Profesionalisme PekerjaanPencemaran Air

4

Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan

habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus

daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh

dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan

menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.

Langkah Mengatasi Pencemaran Air

Page 5: Pencemaran Air

Profesionalisme PekerjaanPencemaran Air

5

Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk

meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen

kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi

kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian.

Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam

sekitar.

Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-

undang.Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah

mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang

melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh

dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu

denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih

daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan

tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua

kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan

air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

Teknologi untuk mengatasi Pencemaran Air

1. Rotary Biological Contactor

Dalam kaedah putar Contactor biologi, beberapa cakera bulat yang

melekat pada paksi yang berputar. Secara umumnya, cakera yang dibuat

daripada gentian plastik yang diperkuatkan dengan garis lipatan kompleks

berbentuk, di mana mikroorganisma boleh berpaut dan hidup dengan mudah.

Rawatan Sistem Biologi

Sistem rawatan biologi berdasarkan kaedah pengelompokan putar

menggunakan cakera berliang yang diperbuat daripada gentian kimia. Ia

mempunyai dua siri peranti dengan seni bina yang sama yang seli mengulangi

"berhenti" dan "pergi" dalam membekalkan air sisa untuk menguraikan bahan-

Page 6: Pencemaran Air

Profesionalisme PekerjaanPencemaran Air

6

bahan organik di dalam air dengan berkesan. Walaupun aliran masuk air sisa

berterusan, penguraian dalam air bahan-bahan organik memecut disebabkan

tahap yang sesuai bagi pertumbuhan dan detasmen mikroorganisma pada

permukaan cakera. Walaupun perhentian aliran masuk air sisa, rantaian

makanan merebak ke bahagian dalam cakera, mencegah enapcemar lebihan

daripada menjana hampir semua.

2. Edaran aliran (Stream Circulation)

Edaran aliran adalah satu kaedah untuk membekalkan oksigen, dilarutkan

di dalam air melalui permukaan air dalam persekitaran semulajadi, dari lapisan

permukaan untuk lapisan bawah. Ia menggiat semula fungsi-fungsi semulajadi

penulenan air tanpa menggunakan apa-apa proses mekanikal untuk

membekalkan udara luaran atau oksigen. Kerosakan oleh alga hijau – biru atau

merah air pasang surut untuk industri pelancongan dan perikanan semakin

meningkat dalam badan-badan air tertutup seperti empangan, Kolam, tasik dan

Teluk dalam.

Cekap tenaga ditubuhkan pada peranti telah dibangunkan dan

dikomersilkan untuk mencergaskan semula fungsi-fungsi semulajadi penulenan

air dan untuk mengelakkan alga biru hijau-biru atau lain-lain daripada

berkembang. Ia boleh menggantikan sistem

pengudaraan yang mahal.

Kesimpulan

Page 7: Pencemaran Air

Profesionalisme PekerjaanPencemaran Air

7

Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak

sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti

yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan

impian negara dapat di capai.

Rujukan

Internet

1. http://www.jetro.go.jp/ttppoas/special/env_rep_english/env_rep_04_4b.html

2. http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com.tr/2010/08/pencemaran-air.html

3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_air

4. https://www.google.com/search?

q=Rotary+Biological+Contactor&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0CAgQ_AU

oAmoVChMI5envhcHYxwIVo4RyCh3EjA73&biw=1137&bih=665&dpr=0.9#imgrc

=LOclvBb5DZ8TPM%3A

5. http://imtranslator.net/translation/english/to-malay/translation/