PENCEMARAN BUNYI

download PENCEMARAN BUNYI

of 13

description

pencemaran bunyi yang memberi kesan negatif kepada persekitarannya.

Transcript of PENCEMARAN BUNYI

PENGURUSAN TEKNOLOGI ALAM SEKITAR(BPF 42003)SEKSYEN 1

NAMA PELAJAR :Nina Amirah Bt. Marali (CP120055)

NAMA PENSYARAH : Pn. Sharifah Meryam Bt. Shareh MusaTARIKH HANTAR : 21 Oktober 2015

ISI KANDUNGAN

NOMUKA SURAT

1.0PENGENALAN1

2.0ISU-ISU1

3.0DEFINISI

3.1 Pencemaran Bunyi2

4.0PUNCA-PUNCA

4.1Pembangunan Industri3

4.2 Pengangkutan 4

4.3 Aktiviti Masyarakat5

4.4 Kuari5

5.0KESAN-KESAN

5.1 Kesan kepada telinga6

5.1.1 Kesan Semesta6

5.1.2 Kesan kronik6

5.2 Kesan di luar telinga7

5.2.1 Psikologi7

5.2.2 Kesihatan7

5.2.3 Kesan Psikomatik7

5.2.4 Kesan Tingkah Laku7

6.0LANGKAH-LANGKAH

6.1 Perindustrian8

6.2 Pengetahuan8

6.3 Penguatkuasaan Undang-undang8

6.4 Penggunaan Teknologi8

6.5 Pendidikan9

6.6 Kawalan Manusia9

7.0CADANGAN9

8.0 KESIMPULAN10

Rujukan

PENCEMARAN BUNYI DI KAWASAN PENDUDUK SETEMPAT

1.0PENGENALAN

Pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang tidak dipandang serius berbanding dengan pencemaran yang lain. Pencemaran bunyi ini di mana pencemaran yang tidak nampak melalui mata kasar tetapi dapat di rasai dengan telinga. Keadaan ini juga yang boleh menyakitkan pendengaran dan mengganggu emosi seseorang individu. Seseorang individu tertentu boleh mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi terhadap rangsangan bunyi yang tidak diingini. Mengikut undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum yang dibenarkan bagi kawasan bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi adalah 65 disebel (dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang tidak mematuhi undang-undang di bawah akta kualiti alam sekeliling boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan (Tan, 2010).

2.0ISU-ISU

Di dapati projek pembinaan yang berhampiran dengan kawasan kediaman perumahan telah mengganggu ketenteraman penduduk di sekitarnya dan penduduk kediaman juga mengadu pencemaran bunyi bising yang berlaku tersebut. Aktiviti bunyi bising ini berlaku tidak kira siang ataupun malam. Ini kerana pihak kontraktor ingin mempercepatkan penyiapan projek tersebut. Akibat daripada kerja-kerja pembinaan tersebut telah menyebabkan keretakan dan kegelinciran tanah di kawasan perumahan (Ezli, 2013).Selain itu juga, melalui satu kajian yang dibuat oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) di kawasan pasar raya di sekitar Lembah Klang menghasilkan bunyi bising hingga melebihi 90 desible (dBa) yang menyamai pencemaran bunyi lalu lintas pada waktu puncak. Kajian di pusat membeli belah di Puchong pula telah menghasilkan bunyi bising melebihi 120 desible (dBa). Kesan yang berterusan ini boleh menjejaskan pendengaran terutamanya kanak-kanak (Mariah, 2003)

3.0DEFINISI

3.1Pencemaran Bunyi

Bunyi secara fiziknya yang bermaksud merupakan getaran yang berada di dalam udara atau atmosfera yang diterima masuk ke dalam telinga. Manakala, kebisingan pula bermaksud bunyi yang tidak dikehendaki ramai. Maka boleh disimpulkan bahawa, pencemaran bunyi merupakan bunyi hasilan daripada mesin, haiwan atau manusia yang boleh mengganggu aktiviti dan keseimbangan kehidupan manusia dan hidupan (Umi, 2010).Menurut Tan (2010) pula, Pencemaran bunyi didefinisikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Bunyi bising yang keterlaluan boleh memekakkan telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya. Pencemaran bunyi yang melebihi 80 desible(dB) boleh mengakibatkan seseorang menjadi pekak. Pencemaran bunyi boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebisingan selenja, kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls dan kebisingan selang-seli (Tan, 2010).

a) Kebisingan selenja : Kebisingan yang selar dan kurang 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.

b) Kebisingan fluktasi:Merupakan kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenja. Getaran gelombang adalah sekitar 3dB sahaja. Contohnya apabila seseorang sedang berbual-bual dan bunyi enjin tidak dimatikan.

c) Hentakan impuls : Bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada tahap ini, getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Intensiti bunyi juga adalah melebihi 80 Db dan kemudian akan menurun dengan lebih cepat.

d) Kebisingan selang-seli :Merupakan bunyi bising yang menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contohnya, ketika seseorang sedang menggergaji kayu.

4.0PUNCA-PUNCA

4.1Pembangunan Industri

Pencemaran bunyi dalam kawasan industri biasanya terjadi daripada bunyi bising yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera dan kenderaan. Bunyi daripada kerja-kerja pembinaan bangunan dan bunyi mesin daripada industri perkilangan juga merupakan faktor pencemaran bunyi. Di kilang biasanya akan menghasilkan bunyi yang bising semasa melakukan operasinya. Individu yang mungkin akan terjejas kesihatannya adalah pekerja-pekerja kilang itu sendiri. Di tapak pembinaan pula, akan melakukan beberapa aktiviti yang mengeluarkan bunyi bising, seperti menggerudi, menanam cerucuk ke dalam tanah dengan menggunakan hentakkan jack hammer. Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.

Rajah 1: menunjukkan pekerja menggunakan alatan yang bising.

4.2Pengangkutan

Pengangkutan menghasilkan bunyi yang berterusan pada setiap hari, bunyi bising yang terhasil seperti ekzos kenderaan, bunyi enjin dan hon boleh mengganggu zon keselesaan pada telinga. Seperti jet, ia memerlukan kuasa yang tinggi untuk terbang dan menjalankan operasinya. Keadaan ini menyebabkan jet akan mengeluarkan bunyi yang tinggi untuk berlepas dan ketika berada di udara. Tekanan ini akan dapat di rasai dengan lebih mendalam oleh pemandu jet tersebut. Juga sama seperti kapal terbang, yang berlepas dan mendarat.Selain itu, kenderaan berkereta dan bermotor yang ada di jalan raya dan diubah suai oleh pemiliknya serta menjadikan bunyi nya amat kuat, keadaan ini yang menjadi punca berlakunya bunyi bising di jalan raya.

Rajah 2 : Menunjukkan kenderaan yang menghasilkan bunyi yang bising.

4.3Aktiviti masyarakat

Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan suara yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi. Selain itu, mengadakan konsert yang rancak setelah lewat malam juga boleh menyebabkan gangguan bunyi.

Rajah 3: Aktiviti masyarakat yang menghasilkan bunyi yang bising di waktu malam.

4.4kuari

Dalam kerja-kerja kuari, di mana pemecahan batu-batu yang akan menghasilkan bunyi yang kuat. Bagi individu di persekitarannya akan merasa terbiasa terhadap bunyi bising yang terhasil tersebut walaupun pemecahan batu menggunakan bahan letupan bagi memecahkan bongkah batu yang besar.

Rajah 4 : Batu-batu hasil pecahan akibat daripada kerja pemecahan batu.

5.0KESAN-KESAN

5.1Kesan kepada telinga

5.1.1Kesan semesta

Ini disebabkan bunyi yang kuat iaitu melebihi 120 dB. Bunyi ini boleh menyebabkan pecahnay selaput tympanum, kerosakan tulang kecil pendengaran mahupun hilang pendengaran kekal.

5.1.2Kesan kronik

Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat (>85 dB 5 tahun. >8jam sehari). Keadaan ini menyebabkan lebih tinggi frekuensi dan kerosakkan koklia yang tinggi.ini sering terjadi kepada pekerja yang bekerja di suasana yang bising.

5.2Kesan di Luar Telinga

5.2.1Psikologi

Terhadap kesan psikologi pendengar akan merasa letih apabila berhadapan dengan masalah pencemaran bunyi yang agak lama. Keadaan ini akan mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan mengganggu proses mental (Tan, 2010).

5.2.2Kesihatan

Dari segi aspek kesihatan, keadaan ini akan meningkatkan tekanan darah individu tersebut serta boleh meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil. Selain itu juga, ia boleh memberi kesan kepada jantung. Didapati, bunyi siren boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi diserang sakit jantung (Chen, 2010).

5.2.3Kesan Psikomatik

Dari segi kesan psikomatik pula seperti gejala sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tidak dapat dikawal, gangguan percakapan dan memberi kesan kepada tingkah laku.

5.2.4Kesan Tingkah Laku

Gangguan yang berterusan ini, boleh menyebabkan mutu kerja dan kecekapan seseorang menurun kerana gangguan ini boleh mempengaruhi perubahan sikap seseorang.

Kesan-kesan ini biasanya akan berlaku kepada orang-orang yang selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau di sekitar tempat kediaman. Contoh pekerja kilang dan penduduk di sekitar lapangan terbang, mereka berisiko terhadap gangguan bunyi dan mengakibatkan kehilangan pendengaran yang secara perlahan-lahan tanpa disedari oleh individu itu sendiri.6.0LANGKAH-LANGKAH

6.1Perindustrian

Kilang atau industri yang berbahaya, di mana boleh mencemarkan alam sekitar hendaklah di pantau dan menitik beratkan kelulusan permit mereka. Selain itu, memastikan pembinaan kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan (Revathy, 2011)

6.2Pengetahuan

Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar. Perkara yang dekat adalah dengan bantuan adanya media massa dalam memainkan peranan dalam membentuk cara pemikiran pengguna mengenai isu pencemaran supaya masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran (Revathy, 2011)

6.3Penguatkuasaan undang-undang

Kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengawal dan menguatkuasakan undang-undang terhadap sesiapa yang menyumbang kearah pencemaran bunyi. Kerajaan juga perlu menetapkan syarat kepada kontaraktor binaan supaya tidak melakukan aktiviti binaan pada waktu malam, kerana ia boleh mengganggu penduduk setempat (Mazwani, 2011)

6.4Penggunaan Teknologi

Menggunakan penghalang bunyi, mengehadkan berat kenderaan, menggunakan kawalan trafik agar tidak mengalami tekanan brek dan pecutan bagi kenderaan (Shally, 2011).

6.5Pendidikan

Memberi kesedaran serta membentuk sikap positif terhadap alam sekitar terutamanya dari peringkat rendah. Memperkenalkan kesan-kesan negatif yang akan berlaku terhadap alam sekitar dan manusia (Shally, 2011)

6.6Kawalan manusia

Hampir 80% pengeluaran bunyi dikeluarkan oleh manusia sendiri, bagi pengeluaran kenderaan perlulan memikirkan pengeluaran kenderaan yang enjinnya lebih senyap dan mesra alam. Masyarakat juga perlu menghormati orang lain dalam aspek mengawal bunyi agar tidak menganggu orang lain. Kawalan boleh dilakukan dengan menggunakan penghalang bunyi, mengehadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan, mengehadkan kenderaan berat di jalanan dan lain-lain (Mazwani, 2011).Selain itu, penggunaan alat keselamatan menggunakan head phone semasa menjalankan aktiviti yang mengeluarkan bunyi yang bising.

7.0CADANGAN

Jabatan kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar yang bertanggungjawab harus berusaha mengadakan kempen dan memberi informasi kepada orang awam, serta pelajar tentang betapa seriusnya gangguan bunyi ini di mana juga boleh menjejaskan kesihatan sendiri dan orang lain. Dengan adanya kempen ini juga, sekaligus boleh menyemaikan perasaan cinta kepada alam sekitar dalam kalangan ahli masyarakat dalam mewujudkan masyarakat tanpa pencemaran.Selain itu, berkongsi kereta juga boleh dijadikan strategi dalam membantu mengurangkan kesesakan lalulintas, juga boleh mengurangkan kos dan mengurangkan pencemaran bunyi. Cara ini boleh digalakkan kepada semua masyarakat dan dipertimbangkan keberkesanannya.Dalam industri pembinaan, menggunakan jentera yang berteknologi berbanding dengan jentera yang lama adalah sesuai, sekiranya jentera berteknologi ini dapat membantu dalam mengurangkan penghasilan bunyi walaupun terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi. Penggunaannya amat sesuai bagi kawasan perumahan setempat. Ini kerana penggunaan jentera canggih ini akan membantu dalam mempercepatkan proses pembinaan terutamanya alat menanam cerucuk dan menggerudi. Sesuai untuk projek perumahan berfasa yang memakan masa dak berhampiran dengan penduduk perumahan.

8. KESIMPULAN

Pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang kurang di ambil serius oleh semua pihak, tetapi jika pencemaran ini dibiarkan secara berterusan akan berlakulah masalah-masalah seperti gangguan emosi dan masalah kesihatan yang tidak kelihatan. Pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan pencemaran ini dipantau dengan lebih kerap sama seperti pencemaran yang lain.

Rujukan :

Chen (2010). Pengurusan : Pencemaran Bunyi. Di capai pada 29 September, 2015 dari Pengurusanuum2010.blogspot.com/2010/08/pencemaran-bunyi.html?m=1

Ezli (2013) Penduduk Seksyen 7 Bimbang Kren Pembinaan Terlalu Hampir Dengan Rumah. Di capai pada 29 September, 2015 dari www.selangorku.com/?p=31183

Mazwani (2011). Pencemaran Bunyi. Di capai pada 29 September, 2015 dari eportfolio.utm.my/view/view.php?id=8537

Mariah(2003) Pencemaran Bunyi Pasar Raya Tinggi, Berita Harian. Di capai pada 29 September, 2015 dari psasir.upm.edu.my/1467

Shally (2011). pencemaran air, udara dan bunyi. Di capai pada 29 September, 2015 dari shally8899.blogspot.ca/2011/07/pencemaran-air- udara-dan-bunyi.html

Revathy(2011). Pencemaran Bunyi. Di capai pada 29 September, 2015 dari 12.blogspot.ca/p/pencemaran-bunyi.html?m=1

Tan (2010). Jenis Jenis Pencemaran : Pencemaran Bunyi Alam sekitar. Di capai pada 29 September, 2015 dari bmp.blogspot.ca/p/jenis-jenis-pencemaran_9947.html?m=1

13