Penda Hulu An

26
Pendahuluan Zaman ini dikatakan sebagai zaman atau era maklumat. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan era maklumat? Seperti mana zaman industri yang mengubah dunia pada tahun 1700-an dahulu, zaman maklumat juga mengubah cara kehidupan manusia. Berlainan dengan zaman industri digerakkan oleh mesin-mesin besar dan berkuasa serta kerahan tenaga manusia, zaman maklumat dipacu oleh teknologi elektronik dan pengkomputeran yang semakin pantas dan pintar. Teknologi ini membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain tanpa batasan. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi mengubah cara manusia menerima dan menyimpan maklumat. Kita juga boleh mendapatkan berita dunia terbaru, maklumat cuaca, maklumat saham dan berbagai-bagai maklumat dengan mendenger radio, menonton televisyen serta melayari internet. Dalam kehidupan seharian, kita memerlukan maklumat bagi melaksanakan pelbagai aktiviti. Ini termasuk penggunaan maklumat bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembelajaran, hiburan dan berkomunikasi. Tanpa disedari, kita mencari maklumat setiap hari. Pencarian maklumat adalah proses di mana manusia dengan tujuan tertentu mencari maklumat bagi mengubah tahap pemahaman ataupun pengetahuan berkaitan sesuatu permasalahan. Pencarian maklumat adalah proses asas bagi manusia, sama seperti belajar dan menyelesaikan masalah. Kesimpulannya, maklumat diperlukan apabila seseorang itu berada dalam keadaan anomali: iaitu keadaan di mana seseorang rasa tidak tahu ataupun tidak pasti. Keadaan seperti ini

description

kemahiran belajar

Transcript of Penda Hulu An

PendahuluanZaman ini dikatakan sebagai zaman atau era maklumat. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan era maklumat? Seperti mana zaman industri yang mengubah dunia pada tahun 1700-an dahulu, zaman maklumat juga mengubah cara kehidupan manusia. Berlainan dengan zaman industri digerakkan oleh mesin-mesin besar dan berkuasa serta kerahan tenaga manusia, zaman maklumat dipacu oleh teknologi elektronik dan pengkomputeran yang semakin pantas dan pintar. Teknologi ini membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain tanpa batasan. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi mengubah cara manusia menerima dan menyimpan maklumat. Kita juga boleh mendapatkan berita dunia terbaru, maklumat cuaca, maklumat saham dan berbagai-bagai maklumat dengan mendenger radio, menonton televisyen serta melayari internet. Dalam kehidupan seharian, kita memerlukan maklumat bagi melaksanakan pelbagai aktiviti. Ini termasuk penggunaan maklumat bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembelajaran, hiburan dan berkomunikasi. Tanpa disedari, kita mencari maklumat setiap hari. Pencarian maklumat adalah proses di mana manusia dengan tujuan tertentu mencari maklumat bagi mengubah tahap pemahaman ataupun pengetahuan berkaitan sesuatu permasalahan. Pencarian maklumat adalah proses asas bagi manusia, sama seperti belajar dan menyelesaikan masalah. Kesimpulannya, maklumat diperlukan apabila seseorang itu berada dalam keadaan anomali: iaitu keadaan di mana seseorang rasa tidak tahu ataupun tidak pasti. Keadaan seperti ini menyebabkan seseorang mencari maklumat bagi memenuhi keperluan itu. Dalam pencarian maklumat, tanpa mengira apa sumber ataupun kemahiran celik maklumat penting bagi mendapatkan maklumat yang betul.

Jenis-jenis Sumber MaklumatSumber Maklumat Primer Sumber maklumat utama adalah maklumat yang diperoleh secara langsung daripada sumbernya. Ia termasuk maklumat yang diperoleh melalui kajian saintifik, bancian penduduk dan rakaman temu ramah. Surat, ucapan, mel elektronik atau e-mel, salinan asal perjanjian atau kontrak, minit mesyuarat, temu ramah, autobiografi dan diari adalah maklumat utama. Begitu juga dengan karya kreatif seperti puisi, drama dan novel. Maklumat utama adalah dalam bentuk yang asal, ia tidak diubah ataupun diedit.Sumber Maklumat Sekunder Maklumat sekunder atau peringkat kedua pula adalah maklumat yang sudah diubah, diedit dan ditafsirkan, Ia adalah pernyataan semula ataupun ringkasan daripada maklumat utama. Maklumat sekunder adalah maklumat yang sudah ditapis oleh orang lain yang bukan sumber asalnya. Contoh maklumat sekunder termasuk buku teks, biografi, artikel dalam jurnal ataupun majalah yang melaporkan ataupun mengulas sesuatu kejadian ataupun artikel dalam surat khabar yang melaporkan sesuatu berita. Biasanya, maklumat utam sukar diperoleh. Kebanyakan maklumat yang dapat dicapai adalah maklumat sekunder. Dalam banyak hal, maklumat sekunder mencukupi keperluan kita. Berbanding maklumat utama, maklumat sekunder mempunyai beberapa kelebihan kerana ia lebih senang diperoleh dengan kos yang lebih murah. Namun demikian, maklumat sekunder juga mempunyai beberapa kekurangan. Ia mungkin tidak dapat memenuhi keperluan maklumat kita kerana sebab-seban tertentu. Ataranya: Ia sisusun bagi tujuan yang berlainan dengan apa yang kita kehendaki Ia mungkin tidak tepat dan sudah ketinggalan. Ia bukan dalam format yang kita inginkan.Sumber Maklumat TertierMaklumat peringkat ketiga juaga dipanggil maklumat rujukan. Ia berfungsi sebagai petunjuk ataupun panduan kepada maklumat yang sebenar. Contoh maklumat ketiga ialah bibliografi, indeks, kamus, ensiklopedia, almanak dan direktori. Dengan mengenali maklumat peringkat ketiga, pencarian maklumat menjadi lebih mudah dan praktikal. Bagi memahami kategori maklumat ini, contoh dapat diambil daripada maklumat saintifik yang melalui kitaran penyebaran maklumat. Penemuan saintifik yang diperoleh daripada kajian ataupun bancian adalah maklumat utama. Selepas itu, maklumat disampaikan kepada orang lain secara tidak formal seperti melalui e-mel ataupun perbualan telefon. Selepas diterbitkan di dalam jurnal, ia diulas ataupun dilaporkan semula di dalam jurnal lain ataupun akhbar. Di sini, ia bertukar menjadi maklumat sekunder, Apabila disenaraikan dalam bibliografi ataupun indeks, maka ia sudah menjadi maklumat peringkat ketiga.Contoh-contoh Maklumat1. Kamus MaklumatDi dalam kamus ialah makna sesuatu perkataan serta cara menggunakannya. Ada juga kamus yang memberi maklumat tentang asal usul perkataan serta sebutan atau bunyinya. Kamus dwibahasa juga ada memberikan makna terjemahan seperti dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dan sebaliknya.2. EnsiklopediaMaklumat yang terperinci dan kasar juga terdapat. Ada ensiklopedia mempunyai jilid maklumat umum atau kasar, yang disebut makro. Jika terdapat jilid yang menerangkan secara terperinci, ia disebut ensiklopedia mikro.3. AtlasMaklumat di atlas asanya ialah maklumat geografi. Kita akan memperolehi maklumat tentang nama negeri nama bandar, nama laut, nama gunung, nama selat, nama kawasan dan bentuk muka bumi yang lain. Daripada atlas juga terdapat maklumat tentang pertanian, perlombongan, pengangkutan, taburan penduduk, kedudukan sesuatu tempat di garisan bujur dan lintang dan sebagainya.4. Buku TahunanBuku Tahunan mengandungi maklumat tentang sesebuah negeri atau bidang di dalam sesuatu tahun. Contohnya , buku Information Malaysia: 1986 Yearbook.5. Almanak Almanak ialah buku yang mengandungi banyak maklumat yang berbagai-bagai dan kemaskini. Ia mengandungi maklumat yang lebih kemaskini dari ensiklopedia. Ia juga mengandungi perangkaan, carta, ringkasan dalam semua bidang, Maklumat di Almanak disusun mengikut bentuk yang sama dengan Buku Tahunan.6. Buku Panduan TelefonMaklumat daripada buku panduan telefon berkaitan dengan nombor telefon, nama pemilik, nombor tersebut serta alamat rumah pemilik.7. GrafMembaca graf garisan memerlukan pengetahuan tentang skala. Kita juga perlu tahu membaca maklumat di paksi X dan paksi Y. Sukatan dan maklumat yang ada di paksi X dan paksi Y tercatat di sebelah kedua-dua paksi. Membaca graf pai pila dijalankan dengan melihat sektor-sektor yang ada di dalam graf pai. Di dalam sektor ini ada label dan nilai. Baca label dan nilai untuk mengetahui sesuatu maklumat seperti jumlah dagangan, jumlah pendudukan, peratus golongan bandar dan luar bandar dan sebagainya.8. GambarSekeping gambar mengandungi banyak maklumat. Maklumat di gambar boleh dikesan dengan melihat bentuk, rupa atau warna yang ada di dalam gambar itu. Selepas dapat mengesan bentuk atau rupa, barulah kita menceritakan tentang ciri sesuatu bentuk, rupa atau warna sesuatu benda. Kita boleh buat lakaran di atas kertas berasaskan kepada rupa bentuk dan kedudukan sesuatu benda yang ada di dalam gambar. 9. MajalahIa bermula dengan mencari tempat dan nama majalah. Senarai makalah yang ada di perpustakaan perlu dibaca dahulu untk mengetahui kehadiran sesuatu makalah atau majalah. Mungkin ia disimpan secara terbuka di rak-rak majalah atau ia perlu diminta dari pustakawan. Penuhkan borang khas untuk mendapatkan majalah dari simpanan tertutup. Baca isi kandungan serta bilangan muka suratnya untuk mendapat muka surat di mana sesuatu penulisan itu dicetak. Senarai kandungan ini boleh terdapat di halaman luar kulit depan atau kulit belakang. Ia juga boleh terdapat di halaman judul majalah itu sendiri. 10. IndeksIndeks merupakan himpunan senarai bahan seperti buku, majalah, akhbar dan bahan-bahan cetakan dan bahan cetakan yang lain. Ia memberikan pengguna mengesan dengan cepat butiran berkenaan dengan satu jenis bahan. Di pusat sumber terdapat banyak jenis indeks. Antaranya ialah indeks majalah seperti Popular Perriodical index. BibliografiMaklumat yang ada di dalam bibliografi lengkap dengan nama pengarang, judul, penerbit, tempat terbitan, tarikh terbitan, saiz buku, bilangan muka surat, harga dan juga jenis jilidan (kulit tebal atau kulit nipis). Di dalam bibliografi am seperti bibliografi Negara Malaysia, ada seksi yang memuatkan indeks pengarang, judul dan siri. Indeks pengarang disusun mengikut abjad. InternetInternet adalah sumber maklumat paling popular pada masa kini. Perkembangan dan penggunaan internet di seluruh dunia meledak dengan cepat, malah paling cepat berbanding media lain. Kemunculan internet mengakibatkan ledakan maklumat atau revolusi maklumat. Disebabkan sifat internat yang kaya maklumat, ramai orang menganggap apa sahaja maklumat yang diperlukan dapat dicati melalui internet. Contoh-contoh laman-laman web adalah seperti Google, Yahoo, Bing, Laman Web dan sebagainya.

Kepentingan memperoleh maklumat Dalam kehidupan seharian, kita memerlukan maklumat bagi melaksanakan pelbagai aktiviti. Ini termasuk penggunaan maklumat bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembelajaran, hiburan dan berkomunikasi. Tanpa disedari, kita mencari maklumat setiap hari. Pencarian maklumat adalah proses asas bagi manusia, sama seperti belajar dan menyelesaikan masalah. Dengan memperoleh maklumat, kita dapat membelajari banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak pernah belajar dan akan meningkatkan taraf hidup kita. Dengan adanya maklumat, kita dapat berlajar dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Maklumat merupakan satu sumber yang penting untuk kita meneruskan pembelajaran di sekolah atau unniversiti. Maklumat memudahkan kita mencari sesuatu yang kita mahu. Melalui maklumat, kita dapat mencari kerja dengan mudah dan dapat dipercayai oleh orang lain. Haln ini kerana ketika memeperoleh maklumat yang banyak, kita dapat berkongsi maklumat dengan orang lain dan menggunakan maklumat yang kiata ada untuk membantu orang yang dalam kesusuahan. Sama seperti semasa kita belajar ataupun hendak menyelesaikan sesuatu masalah, kiat dapat belajar bagaimana merancang strategi iaitu cara ataupun pendekatan paling sesuai yang hendak digunakan bagi mencari maklumat. Kita boleh cuba mengingat kembali, bertanya kepada kawan-kawan ataupun pakar, mencari dalam buku-buku koleksi peribadi, membuat penyiasatan ataupun menggunakan sistem-sistem formal seperti perpustakaan, pusat kajian ataupun agensi kerajaan. Dalam pencarian maklumat, tanpa mengira apa sumber ataupun saluran yang digunakan, kecekapan ataupun kemahiran celik maklumat penting bagi mendapatkan maklumat yang betul. Maklumat adalah penting dalam bidang pendidikan. Banyak negara-negara maju yang menjadikan celik maklumat sebagai teras pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di institusi pendidikan tinggi. Tidak dapat dinafikan, sebahagian memperoleh maklumat adalah dalam suasana formal di dalam kelas dan kewan kuliah. Namun, sebahagian besar daripada juga berlaku dalam suasana tidak fomal iaitu melalui pembacaan, penglihatan dan pengalaman. Sama ada dalam suasana formal ataupun tidak, celik maklumat adalah faktor terpenting yang dapat membantu kita. Pelajar akan menjadi lebih berdikari dan aktif apabila dalam proses memperoleh maklumat. Ia juga melatih para pelajar supaya berupaya menyelesaikan masalah dalam kehidupan sebenar. Tambahan pula, bagi menjadi celik maklumat, pelajar akan lebih bertanggungjawab pada pembelajarannya secara individu ataupun berkumpulan. Apabila mereka menjadi semakin cekap dalam memilih dan menggunakan pelbagai sumber maklumat, mereka akan menyedari cara ataupun gaya pembelajaran masing-masing bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Pelajar dapat mencari dan mengenal pasti sumber dan bahan yang mereka ingin dan perlukan untuk belajar. Mereka menggunakan sumber-sumber yang sama dalam pembelajaran dan kehidupan seharian iaitu buku, majalah, surat khabar, laman web, pangkalan data, CD-ROM, televisyen dan sebagainya. Dari aspek dasar pembangunan negara, celik maklumat dapat membangunkan ekonomi berasaskan k-ekonomi dan k-masyarakat. K-ekonomi ialah satu cabang ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Ekonomi ini adalah satu sistem ekonomi dimana penjanaan dan eksploitasi ilmu dan pengetahuan memainkan peranan yang dominan didalam usaha untuk membina kekayaan. Bagi negara ekonominya maju, lebih daripada 70% tenaga manusia adalah pekerja berilmu . Manakala, k-masyarakat pula ialah masyarakat yang berasaskan pengetahuan. Jadi, disini jelaslah sudah bahawa literasi maklumat amat penting dalam membangun ekonomi dan melahirkan individu yang berdaya saing selaras dengan arus pemodenan dan globalisasi yang terlalu bergantung kepada teknogi maklumat amnya. Selain itu, maklumat juga sangat penting dalam bidang perkerjaan. Hal ini demikian, pekerja yang celik maklumat dapat mempertingkatkan mutu kerja dan kecekapannya dalam banyak aspek. Dengan adanya maklumat yang lengkap, pihak syarikat ataupun organisasi dapat merancang program latihan dan pembelajaran yang melibatkan semua kakitangannya. Program celik maklumat yang melibatkan latihan menggunakan opealatan teknologi maklumat terbaru, latihan menggunakan pangkalan data dan teknik-teknik carian maklumat adalah penting diadakan secara berterusan dalam setiap organisasi. Ini bagi memastikan semua kakitangan dapat bekerja secara optimum dan berkesan. Dalam perniagaan dan industri, setiap maklumat perlu dianalisis daripada segi sumber dan kebenarannya. Maklumat juga perlu disiasat sama ada ia berat sebelah dan adakah ia maklumat terbaru ataupun sebaliknya. Manakala, dari aspek sosial, maklumat yang sudah diproses akan menjadi ilmu yang akan menjadikan kita lebih pandai, proaktif, produktif,kreatif,dan inovatif , iaitu syarat yang dituntut oleh era baru. Dari segi pendapatan negara, menggunakan lebih banyak maklumat bukan sahaja boleh meningkatkan pengeluaran perkhidmatan dan barangan baru, malahan pengeluarannya dapat dilakukan dengan lebih murah, kualiti yang tinggi, dan dalam tempoh jangka masa yang lebih singkat. Contohnya, sistem penempahan tiket kapal terbang. Selain membolehkan prosesnya berjalan lancar, syarikat penerbangan juga dapat memantau dan mengawal perjalanan penumpang di seluruh dunia pada setiap hari. Daya saing syarikat meningkat, keuntungan bertambah dan kos operasi berkurang. Literasi maklumat adalah penting melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang maklumat, Kemahiran ini diperlukan, malah manjadi aset penting dalam membantu manusia mengharungi era maklumat. Literasi maklumat bermakna seseorang itu tahu bagaimana hendak mendefinisikan keperluan maklumatnya dengan jelas dalam bidang ataupun topiknya yang tertentu. Individu yang celik maklumat mampu memilih istilah yang sesuai bagi menyatakan konsep bidang ataupun topik itu. Kemudian, membentuk strategi pencarian yang mengambil kira sumber-sumber maklumat yang pelbagai dan berbeza-beza, menganalisis maklumat yang diperoleh daripada segi kualiti, kebolehpercayaan, kesesuaian dan seterusnya menjadikan maklumat itu sebagai pengetahuan. Orang yang mempunyai kemahiran maklumat dapat memahami di mana dan cara mencari maklumat, keupayaan manilai kegunaan maklumat dan yang paling penting, bagaimana maklumat itu dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah ataupunsu yang perlu ditangani. Memperoleh maklumat dengan betul juga dapat melatih ndiri saudara menjadi celik maklumat dengan menggunakan pelbagi sumber dan bahan maklumat. Ini juga dapat membiasakan diri saudara merujuk pelbagai sumber dan bahan maklumat sebelum membuat keputusan. Jangan cepat percaya pada bahan-bahan maklumat yang saudara baca, lihat ataupun dengar. Sentiasa berfikir secara kritikal apabila berhadapan dengan maklumat yang bersifat kontroversi ataupun propaganda. Justeru, dengan adanya maklumat yang lengkap, kanak-kanak yang diajar kemahiran makklumat dan menjadi celik maklumat akan menjadi individu yang lebih berjaya di era maklumat berbanding mereka yang tidak celik maklumat. Antara kepentingan adalah berupaya menggunakan pelbagai sumber dan bahan maklumat bagi membuat kerja-kerja sekolah, Dengan itu, dapat menghasilkan kerja yang lebih berkualiti dan menarik. Tambahan pula, memeperolehi maklumat secara berterusan juga dapat melatih seseorang mempelajari sesuatu yang baharu dan tidak berhenti untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Dengan memperolehi maklumat tanpa berhenti, kita dapat dilatih untuk belajar sepanjang hayat. Pembelajaran sepanjang hayat didefinisikan sebagai memperoleh dan mengemas kini pengetahuan dan kemahiran bermula daripada usia prasekolah sehingga pasca persaraan. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan yang membolehkan setiap orang menyesuaikan diri dengan era maklumat, seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam semua bidang kehidupan seperti sosial dan ekonomi. Dengan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, seseorang itu lebih menyedari setiap perkembangan dunia yang mempunyai kesan langsung dan tidak langsung kepada kehidupan. Seterusnya, mereka akan lebih berupaya mengawal hala tuju kehidupan. Oleh itu, pembelajaran sepanjang hayat menjadi lebih mudah bagi mereka yang mempunyai kemahiran maklumat atau celik maklumat. Ini kerana, pembelajaran sepanjang hayat berada di luar skop pembelajaran formal. Setiap orang perlu berdikari dan mencari sendiri sumber ataupun bahan pembelajaran yang diperlukan. Pertambahan maklumat yang besar setiap hari menambahkan lagi kesulitan dalam pencarian maklumat pada zaman ini. Bagi memudahkan pencarian maklumat, alat-alat pencari maklumat dicipta. Ini adalah sumber maklumat yang bertujuan mambantu kita mencari maklumat dengan cara menyusun maklumat supaya lebih mudah dicari, dikenal pasti dan dicapai. Bagi menjadi pencari maklumat yang cekap, kita perlu mempelajari cara-cara mencari maklumat dengan berkesan, tahu bila perlu mencari maklumat dan sentiasa mengemas kini maklumat yang ada dalam diri. Perkara yang perlu dielakkan adalah berpuas hati dengan tahap pengetahuan yang ada, tidak mahu menerima idea baru dan tetap dengan cara lama membuat kerja. Kesimpulannya, memperolehi maklumat adalah penting dalam kehidupan kita. Kemahiran tradisi membaca, menulis dan mengira tidak lagi mencukupi bagi kita berdepan dengan kemajuan dunia yang pantas. Kita perlu memperolehi maklumat dengan berterusan supaya tidak tenggelam dalam arus maklumat dan kemajuan kerana maklumat semakin bertambah berlipat ganda setiap masa. Kemajuan teknologi akan mengubah cara hidup kita serta akan memajukan negara supaya menuju kea rah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pengurusan maklumatPengurusan maklumat adalah penting dalam kehidupan kita agar kita dapat maklumat yang kita mahu dan maklumat yang tepat. Oleh kerana terdapat banyak maklumat dalam pelbagai subjek dan format, pengurusan maklumat perlu dilakukan dengan baik supaya kita dapat mencari maklumat yang dikehendaki dengan lebih cepat dan mudah. Selain itu, kita dapat mencari maklumat melalui organisasi yang mengurus maklumat. Terdapat beberapa organisasi yang mengurus maklumat bagi tujuan tertentu. Setiap organisasi itu mengurus maklumat dengan tujuan memudahkan maklumat disimpan dan diurus. Antara yang paling penting adalah perpustakaan, arkib dan internet.PerpustakaanProses pengumpulan maklumat bermula daripada perolehan bahan-bahan maklumat. Ini dipanggil pembangunan koleksi. Di perpustakaan, pembangunan koleksi dapat dilakukan dengan beberapa kaedah. Pustakawan mencari bahan-bahan terbitan terbaru dengan menyemak katalog-katalog penerbit yang terbaru, membaca ulasan terbitan terbaru di akhbar dan majalah dan menerima permintaan daripada pengguna perpustakaan. Pustakawan juga menggunakan bibliografi, indeks dan abstrak bagi menjejaki terbitan bahan-bahan maklumat terbaru dan memilih bahan-bahan yang sesuai bagi koleksi perpustakaan. Selepas bahan-bahan diterima, pihak perpustakaan perlu menyusunnya secara sistematik dengan menggunakan sistem pengelesan dan pengkatalogan tertentu. Rekod bagi setiap bahan diwujudkan dengan menggunakan sistem ini. Rekod ini berfungsi memberi keterangan berkenaan sesuatu bahan maklumat. Rekod yang baik dan berkualiti memberikan keterangan yang tepat, jelas dan terperinci. Dengan ini, apabila seseorang melihat sesuatu rekod buku, dia akan mendapat gambaran yang jelas berkenaan buku itu. Seseorang pengguna boleh membuat keputusan sama ada hendak membaca buku itu ataupun tidak. Setiap rekod bahan maklumat perlu dinyatakan nama penciptanya. Pencipta dapat ditakrifkan sebagai penulis, pelukis, composer ataupun penyunting sesuatu bahan maklumat, Perkara-pekara lain yang perlu dimasukkan ke dalam rekod adalah tajuk, sunjek, penerbit dan tahun terbitan. Rekod-rekod semua bahan maklumat di dalam sesebuah perpustakaan mewujudkan katalog bahan perpustakaan itu. Hampir semua perpustakaan pada masa ini memiliki sistem katalog dalam talian. Dengan ini, maklumat dapat dicapai dengan mudah dan pantas. InternetInternet dapat disamakan dengan perpustakaan elektronik ataupun perpustakan dalam talian. Perbezaannya adalah ia tidak mempunyai rekod ataupun katalog yang dapat dirujuk oleh pengguna bagi mencapai maklumat di internet. Beberapa pendekatan dibuat dalam usaha mengurus maklumat di internet tetapi tidak mudah. Namun demikian, sebahagian besar usaha mengurus maklumat di internet sudah dibuat oleh mereka yang pakar dalam bidang pengkomputeran. Mereka mencipta enjin pencari atau search engine berfungsi mencari maklumat di internet. Enjin pencari adalah perisian yang menggunakan program robot ataupun spider yang berfungsi mengindeks laman-laman web yang terdapat di Internet. Bagi membuat strategi pencarian yang baik, kita perlu mencari dan menyeneraikan kata kunci yang tepat dan sesuai. Kata kunci adalah asas penting bagi semua pencarian maklumat yang sistematik. Perlu selalu diingat, computer hanya dapat memberikan maklumat yang sudah dimasukkan ke dalamnya. Apabila membuat carian, ia sebenarnya hanya mencari karakter tertentu, bukan idea ataupun konsep. Selepas menganalisis keperluan maklumat, kita perlu mengenal pasti konsep-konsep utamanya. Konsep utam ini digunakan bagi mendapatkan kata kunci. Kata kunci adalah perkataan, istilah ataupun frasa yang digunakan secara sendirian ataupun digabungkan bagi mencari maklumat. Dengan membuat carian kata kunci, kita dapat mencari bahan-bahan maklumat yang dikehendaki. Walaupun demikian, tidak mudah bagi mendapatkan kata kunci yang tepat. Ini kerana, enjin pencari hanya mencari maklumat yang tersimpan dalam pangkalan data yang menggunakan kata kunci yang sama. Strategi memperolehi maklumat

Strategi memperolehi maklumat adalah kemahiran yang kedua daripada enam kemahiran utama yang berikut di mana mengenal pasti maklumat itu boleh didapati. Sumber maklumat boleh didapati dalam apa saja bentuk asalkan ia mampu memenuhi keperluan maklumat. Manusia sendiri adalah satu sumber maklumat yang penting. Terdapat banyak maklumat tersendiri yang diketahui oleh individu yang direkodkan oleh individu yang tidak direkodkan. Membuat rujukan daripada orang yang pernah mengalami masalah yang sama dapat member banyak maklumat berguna. Sumber maklumat yang direkodkan pula mungkin terdapat data pebagai format seperti teks dalam bentuk cetakan buku , majalah, manuskrip dan sebagainya. Terdapat juga sumber maklumat yang direkodkan dalam bentuk elektronik dan dipakejkan menggunakan teknologi CD-ROM ataupun internet. Terdapat beberapa sumber maklumat yang dapat membantu pengguna maklumat untuk mencari maklumat tentang permasalahan yang timbul. Antaranya ialah seperti OPAC, ERIC, BOOLEAN dan INTERNET. Sumber-sumber tersebut merupakan contoh pangkalan data yang digunakan pada masa kini oleh pengguna maklumat.Sumber-sumber maklumat tersebut mampu memberi banyak maklumat yang luas dan tepat kepada para pengguna maklumat.

OPAC (On-line Public Access Catalog )

Sistem OPAC adalah salah satu sumber yang digunakan oleh para pengguna maklumat pada masa kini bagi carian maklumat. OPAC atau dikenali sebagai kad catalog atas talian merupakan gantian kepada kad katalog pada ketika dahulu. Pada kad katalog dalam talian ini terdapat banyak punca capaian yang disimpan iaitu nama, tajuk, subjek ataupun perkara, penerbit, tempat terbitan, siri dan nombor panggilan. Punca capaian digunakan bagi mencapai dan mencari maklumat yang dikehendaki.

BOOLEAN

Boolean juga merupakan satu carian maklumat yang digunakan untuk mencari maklumat oleh para pengguna maklumat. Boolean ini sebenarnya dicipta pada awal abad ke-19 oleh seorang ahli matematik Inggeris bernama George Boolean. Boolean ini diambil sempena nama beliau. Boolean ini terbahagi kepada tiga iaitu AND, OR dan NOT berdasarkan system logik binari. Boolean AND digunakan bagi mencari frasa ataupun terma yang berkaitan. Dengan itu,operator AND sesuai digunakan bagi mencari maklumat yang spesifik. Penggunaan AND mengelakkan daripada mendapat hasil pencarian yang terlalu banyak dan tidak relevan.Boolean OR digunakan bagi mencari maklumat lebih banyak dan luas. Konsepnya bertentangan dengan AND. Dengan menggunakan Boolean OR, semua perkataan ataupun istilah yang digunakn akan diperolehi dalam hasil carian. Boolean NOT pula, digunakan supaya tidak memasukkan sesuatu perkataan istilah ataupun frasa dalam pencarian. Ia mencari semua dokumen yang mengandungi perkataan, istilah ataupun frasa pertama mengecualikan semua dokumen yang mengandungi perkataan kedua.

3. ERIC (Education Resources Information Center)

ERIC (Education Resources Information Center) merupakan contoh abstrak iaitu suatu ringkasan yand diambil daripada pangkalan data. ERIC mengumpulkan maklumat dalam bidang pendidikan sahaja.Maklumat itu termasuk dalam buku, artikel dalam jurnal, kertas persidangan dan sebagainya. Pelbagai maklumat dalam bidang pendidikan boleh didapati dalam pangkalan data abstrak ini.

4. Internet Poster

Poster Internet merupakan sumber maklumat yang biasa pengguna maklumat gunakan untuk mencari maklumat penting atau diperlukan oleh mereka. Internet adalah rangkaian komputer yang merangkaikan satu komputer dengan komputer yang lain menggunakan protokol kawalan pengantaraan yang direka khas iaitu TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Semua komputer yang membentuk rangkaian itu menggunakan perisian yang berfungsi memberi capaian bagi mendapatkan maklumat. Di bawah penggunaan internet terdapat beberapa enjin pencari yang membantu dalam pencarian maklumat seperti yang biasa digunakan ialah Google.

Lokasi dan capaianLokasi dan capaian ini bermaksud dimana mendapatkan sumber maklumat yang sudah dipilih dan mencari maklumat didalamnya.Sebagai contoh, mencari maklumat menggunakan internet akan memaparkan alamat seperti ini http:// dimana maklumat itu berada.Dengan mengetahui lokasi dan capaian maklumat tersebut pengguna maklumat akan lebuh mudah untuk mencari maklumat yang diinginkan dan ia akan member kemudahan kepada para pengguna maklumat tersebut.

Penggunaan maklumat

Penggunaan maklumat bermaksud menbaca, mendengar dan melihat maklumat yang sudah dicari dan mengambil maklumat yang relevan. Walaupun teknologi sekarang semakin meningkat tetapi sebagai pengguna maklumat ynag bijak seharusnya tidak terlalu malas untuk membaca, memdengar dan melihat maklumat yang telah diperolehi tersebut. Sebaiknya pengguna maklumat harus meneliti maklumat tersebut agar lebih faham.

Pengumpulan maklumat

Pengumpulan maklumat ini merupakan kemahiran yang kelima dimana segala maklumat yang telah diperolehi dari mana-mana sumber yang digunakan akan dikumpulkan. Maklumat-maklumat yang diperlukan sahaja harus dikumpulkan mengikut keutamaan. Maklumat yang telah dikumpulkan perulah disusun agar maklumat tersebut nampak lebih menarik atau mudah difahami oleh penguna maklumat.Maklumat yang difahami akan memberi jawapan bagi permasalahan yang dihadapi. Oleh itu, pengguna maklumat akan mudah memperolehi maklumat tersebut dan mereka boleh membuat keputusan yang tepat.

Penilaian Maklumat

Penilaian merupakan satu tahap dimana pengguna maklumat harus menilai maklumat tersebut samada ia boleh dipercayai ataupun tidak. Tidak semua maklumat yang diperolehi mempunyai kebenarannya. Oleh itu, pengguna maklumat harus bijak menilai maklumat itu dari segi pengarangnya, tahun terbitan, penerbit atau gaya penulisannya.Kesimpulannya, untuk mencari dan mengurus maklumat bukanlah suatu perkara yang remeh ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang betul agar segala maklumat yang diperolehi terdapat kesahihannya.

RumusanEra globalisasi yang melanda dunia tidak akan lengkap tanpa kewujudan perkembangan teknologi maklumat. Tidak dinafikan bahawa teknologi maklumat membawa dimensi baru yang pelbagai pada corak kehidupan manusia. Penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah tentu akan mempercepat usaha kita untuk mencapai status negara maju. Hal ini disebabkan teknologi ini akan membawa kita ke arah perkembangan yang berkaitan dengan pelbagai cara menerima dan menyampaikan maklumat secara elektronik. Dengan adanya maklumat, kita dapat menyelesaikan masalah serta cabaran yang sering dihadapi dalam kehidupan harian. Apabila kita menghadapi sesuatu perkara yang kita tidak dapat selesai, kita pasti akan rujuk kepada maklumat yang sesuai untuk membantu kita bagi mencari kaedah yang paling baik untuk menyelesaikannya. Bagi mencari maklumat dengan tepat, pelbagai bahan boleh dicari dan digunakan untuk dirujuk. Media maklumat yang banyak digunakan adalah seperti radio, televisyen, telefon dan lain-lain jenis alat elekrtronik. Maklumat ini senang dan mudah dicari atau diperolehi. Selain media maklumat, surat khabar, majalah, buku juga media cetak yang boleh kita cari sebagai sumber maklumat. Malaysia kini telah kian maju memasuki era teknologi maklumat (IT) dengan terbentuknya Koridor Raya Multimedia (MSC). Teknologi maklumat juga satu sumber maklumat yang sering kita gunakan. Oleh itu, pelajar sentiasa disarankan supaya melengkapkan diri dengan kemahiran IT agar dapat menguasai kemahiran memperoleh maklumat. Kemahiran memperoleh maklumat adalah penting untuk pelajar. Penggunaan computer, Internet, e-mel, e-perdagangan, mesin faks, kad pintar, e-pentadbiran dan sebagainya merupakan beberapa contoh penggunaan IT pada masa kini. Kesimpulannya, maklumat membantu seseorang dalam melaksanakan kegiatan atau tugasnya dari hari ke hari. Dengan mempeolehi maklumat yang tepat, ia pasti akan membantu negara untuk berkembangan dengan lebih pesat. Remaja hari ini mesti sentiasa menguasai maklumat terbaru agar berpengetahuan tinggi dan menjadi bakal pemimpin negara yang akan datang serta merealisasikan Wawasan 2020.

Refleksi Salam 1 Malaysia, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan kerana banyak membantu dan memberikan kerjasama. Ketika mula-mula saya mendapat tugasan ini daripada pensyarah, saya berasa agak terkejut kerana saya tidak tahu apa-apa tentang tajuk yang terpaksa saya buat, ini merupakan kali pertama saya mendengar dan belajar tentang tajuk ini. Saya juga membaca dengan teliti dan cuba memahami kehendak soalan, agar menepati kehendak soalan. Setelah memahami kehendak tugasan tersebut saya mula mencari dan mengumpul bahan dari pelbagai sumber dan rujukan. Dengan zaman yang agak moden dan canggih kini pelbagai bahan dapat diperolehi melalui sumber seperti internet, buku-buku rujukan, media massa, media elektronik dan lain-lain. Dengan kemudahan yang disediakan di sini juga seperti pusat sumber dan kemudahan melayari internet telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang telah banyak membantu saya dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan daripada keluarga yang memberi sokongan, rakan-rakan yang turut membantu sedikit sebanyak menyumbang idea dan pendapat. Dalam proses menyiapkan tugasan ini banyak benda yang telah saya belajar dan banyak pengetahuan-pengetahuan baru yang telah saya timba. Dari tugasan yang saya laksanakan tersebut, terdapat banyak pengetahuan baru yang saya perolehi. Antaranya ialah kepentingan memperoleh maklumat. Melalui tugasan ini, saya lebih memahami bagaimana memperoleh maklumat dengan kaedah yang berkesan. Memperoleh maklumat adalah penting untuk memudahkan saya menyelesaikan maslah yang saya hadapi dengan lancar. Jika tiada maklumat yang sesuai, saya akan kehilangan hala tuju dan banyak masalah akan timbul dalam kehidupan kita. Selain itu, saya dapat belajar pelbagai cara untuk mencari maklumat melalui sumber-sumber yang lain. Saya juga dapat mencari maklumat melalui internet. Melalui internet, saya dapat mencari lebih banyak maklumat. Hal ini kerana, maklumat di internet lebih luas daripada maklumat yang lain. Maklumat hendak memenuhi objektif pengguna. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa maklumat itu dapat menolong pengguna menyelesaikan masalah ataupun membuat keputusan. Maklumat yang dapat memenuhi obektif ialah maklumat yang tidak mempunyai sifat bias kerana dengan adanya sifat ini maka seseorang atau pihak akan mementingkan kepentingan diri. Di samping itu, saya juga dapat membelajari cara mencari maklumat yang paling berkesan iaitu mencari maklumat menggunakan kata kunci. Kata kunci adalah asas penting bagi semua pencarian maklumat yang sistematik. Oleh itu, selepas saya menggunakan kaedah ini, saya dapat menyiapkan tugasan atau kerja saya dengan lebih cepat dan tepat. Kesimpulannya, saya berasa amat bangga kerana dapat melaksanakan tugasan ini secara individu. Saya sebagai seorang guru pelatih dan guru pada masa akan datang memupuk keyakinan diri bahawa saya akan meneruskan kerja untuk mengajar murid saya kesantunan berbahasa yang mempunyai keistimewaan. Akhir kata, sesungguhnya yang baik itu datang dari Tuhan dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.