Pendahuluan Tema Seminar - web.usm.myweb.usm.my/hadith/brosurhadith.pdf · Tonggak Pembangunan...

2
Pendahuluan Bidang hadith merupakan bidang teras bukan sahaja bagi Pengajian Islam sebagai satu disiplin ilmu malah bagi Islam sebagai satu kepercayaan dan peraturan hidup. Bidang ini menjadi semakin berkembang sebagai satu bidang pengkhususan ilmu dengan usaha yang dilakukan oleh tokoh-tokoh ilmu hadith. Malah, bidang hadith turut menjadi penyumbang kepada pembangunan negara melalui hadith-hadith yang sarat dengan ilmu teori dan praktikal. Al-Qur’an dan Hadith: Tonggak Pembangunan Ummah menjadi pilihan tema seminar. Namun demikian, penekanan kali ini adalah kepada bidang hadith sebagai perbahasan seminar kerana seminar tentang al-Qur’an telah pun dianjurkan oleh Bahagian Pengajian Islam pada tahun 2001. Mengenali tokoh-tokoh hadith, kesarjanaan, pemikiran dan sumbangan mereka memerlukan para pengkaji menyelami hampir separuh dari bidang ilmu ini. Tokoh-tokoh hadith sepanjang zaman telah memberi sumbangan yang amat bermakna dalam memelihara kesucian teras syariat Islam. Dalam kesungguhan masyarakat memahami syariat Islam, maka peribadi tokoh-tokoh berserta pemikiran dan sumbangan mereka patut diketengahkan. Seminar ini dijangka dihadiri oleh seorang tokoh hadith terkenal yang dijemput sebagai pembentang jemputan, iaitu: Syeikh Salim al-Hilali dari Jordan. Objektif Seminar Beberapa objektif seminar ini telah digariskan, iaitu: Memperkenalkan ketokohan pakar-pakar hadith pasca kurun ke-13 Hijrah ke atas. Melihat bidang kepakaran yang pelbagai dalam bidang hadith yang dimiliki oleh setiap tokoh. Menonjolkan hasil kepakaran mereka yang merupakan sumbangan kesarjanaan. Ini memandangkan ketokohan mereka lebih hampir dimanfaatkan di era sekarang. Mendapatkan analisis kritis terhadap pandangan mereka dalam bidang hadith. Memupuk perbincangan akademik dan penyelidikan dalam kalangan pakar hadith. Tema Seminar Tema seminar ialah Al-Qur’an dan Hadith Tonggak Pembangunan Ummah. Berikut pula merupakan sub tema seminar ini: Tokoh-tokoh Hadith dan Penyelesaian Kepada Isu- isu Semasa. Retrospek dan Prospek Ketokohan Sarjana Hadith. Pemikiran Tokoh-tokoh Hadith Dalam Perkembangan Fiqh Mu’asirah. Peranan Tokoh-tokoh Hadith dalam Gerakan Tajdid. Tokoh-tokoh Hadith dan Globalisasi. Penyertaan Seminar Penyertaan dalam seminar ini amat dialu-alukan. Ahli akademik, para pelajar Institusi Pengajian Tinggi termasuk pelajar Ijazah Tinggi dan masyarakat awam dijemput menyertai seminar ini. Penyertaan sebagai pembentang kertas kerja juga sangat digalakkan. Sila hantar abstrak mengenai kertas kerja yang ingin dibentangkan kepada Urusetia Seminar. Syarat-syarat bagi penghantaran abstrak adalah seperti berikut: Topik hendaklah menyentuh subtema seminar. Abstrak tidak melebihi 500 patah perkataan. Abstrak boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Ditulis dengan menggunakan font Times New Roman, saiz 12pt dan dilangkau dua baris (double spacing). Diserahkan kepada urusetia melalui emel dengan menggunakan format MS Word kepada Dr. Mohd. Farid b. Mohd. Sharif di alamat: [email protected] (format lain tidak akan dilayan). Tarikh tutup penerimaan abstrak ialah 30 April, 2007. Penyumbang abstrak akan dimaklumkan tentang penerimaan abstrak mereka sebelum 31 Mei, 2007. Penyumbang yang berjaya dikehendaki menyerahkan kertas kerja penuh sebelum 31 Julai, 2007. Untuk mendaftar, sila lengkapkan maklumat dalam brosur ini dan hantar kepada urusetia berserta yuran penyertaan. Tuan/puan juga boleh mendaftar secara online dengan melayari laman www.usm.my/hadith/ , kemudian menghantar yuran penyertaan secara pos. Yuran penyertaan adalah seperti berikut: Organisasi/syarikat/institusi RM400 Individu RM300 Pelajar RM100 Bayaran ini merangkumi kit seminar, minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Semua pembayaran hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 31 Julai, 2007 . Pembayaran boleh dilakukan melalui beberapa cara, iaitu: tunai, cek, wang pos ataupun local order (untuk jabatan kerajaan sahaja). Cek dan wang pos hendaklah dibayar kepada: "Bendahari Universiti Sains Malaysia" dan dihantar kepada Urusetia Seminar melalui alamat di sebelah.

Transcript of Pendahuluan Tema Seminar - web.usm.myweb.usm.my/hadith/brosurhadith.pdf · Tonggak Pembangunan...

Page 1: Pendahuluan Tema Seminar - web.usm.myweb.usm.my/hadith/brosurhadith.pdf · Tonggak Pembangunan Ummah menjadi pilihan tema seminar. Namun demikian, penekanan kali ini adalah kepada

Pendahuluan Bidang hadith merupakan bidang teras bukan sahaja

bagi Pengajian Islam sebagai satu disiplin ilmu malah

bagi Islam sebagai satu kepercayaan dan peraturan

hidup. Bidang ini menjadi semakin berkembang sebagai

satu bidang pengkhususan ilmu dengan usaha yang

dilakukan oleh tokoh-tokoh ilmu hadith. Malah, bidang

hadith turut menjadi penyumbang kepada

pembangunan negara melalui hadith-hadith yang sarat

dengan ilmu teori dan praktikal. Al-Qur’an dan Hadith:

Tonggak Pembangunan Ummah menjadi pilihan tema

seminar. Namun demikian, penekanan kali ini adalah

kepada bidang hadith sebagai perbahasan seminar

kerana seminar tentang al-Qur’an telah pun dianjurkan

oleh Bahagian Pengajian Islam pada tahun 2001.

Mengenali tokoh-tokoh hadith, kesarjanaan,

pemikiran dan sumbangan mereka memerlukan para

pengkaji menyelami hampir separuh dari bidang ilmu

ini. Tokoh-tokoh hadith sepanjang zaman telah

memberi sumbangan yang amat bermakna dalam

memelihara kesucian teras syariat Islam. Dalam

kesungguhan masyarakat memahami syariat Islam,

maka peribadi tokoh-tokoh berserta pemikiran dan

sumbangan mereka patut diketengahkan.

Seminar ini dijangka dihadiri oleh seorang tokoh

hadith terkenal yang dijemput sebagai pembentang

jemputan, iaitu: Syeikh Salim al-Hilali dari Jordan.

Objektif Seminar Beberapa objektif seminar ini telah digariskan, iaitu:

Memperkenalkan ketokohan pakar-pakar hadith

pasca kurun ke-13 Hijrah ke atas.

Melihat bidang kepakaran yang pelbagai dalam

bidang hadith yang dimiliki oleh setiap tokoh.

Menonjolkan hasil kepakaran mereka yang

merupakan sumbangan kesarjanaan. Ini

memandangkan ketokohan mereka lebih hampir

dimanfaatkan di era sekarang.

Mendapatkan analisis kritis terhadap pandangan

mereka dalam bidang hadith.

Memupuk perbincangan akademik dan

penyelidikan dalam kalangan pakar hadith.

Tema Seminar Tema seminar ialah Al-Qur’an dan Hadith Tonggak

Pembangunan Ummah. Berikut pula merupakan sub

tema seminar ini:

Tokoh-tokoh Hadith dan Penyelesaian Kepada Isu-

isu Semasa.

Retrospek dan Prospek Ketokohan Sarjana Hadith.

Pemikiran Tokoh-tokoh Hadith Dalam

Perkembangan Fiqh Mu’asirah.

Peranan Tokoh-tokoh Hadith dalam Gerakan

Tajdid.

Tokoh-tokoh Hadith dan Globalisasi.

Penyertaan Seminar Penyertaan dalam seminar ini amat dialu-alukan. Ahli

akademik, para pelajar Institusi Pengajian Tinggi

termasuk pelajar Ijazah Tinggi dan masyarakat awam

dijemput menyertai seminar ini.

Penyertaan sebagai pembentang kertas kerja juga

sangat digalakkan. Sila hantar abstrak mengenai kertas

kerja yang ingin dibentangkan kepada Urusetia

Seminar. Syarat-syarat bagi penghantaran abstrak

adalah seperti berikut:

Topik hendaklah menyentuh subtema seminar.

Abstrak tidak melebihi 500 patah perkataan.

Abstrak boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau

Bahasa Inggeris.

Ditulis dengan menggunakan font Times New

Roman, saiz 12pt dan dilangkau dua baris (double

spacing).

Diserahkan kepada urusetia melalui emel dengan

menggunakan format MS Word kepada Dr. Mohd.

Farid b. Mohd. Sharif di alamat: [email protected]

(format lain tidak akan dilayan).

Tarikh tutup penerimaan abstrak ialah 30 April, 2007. Penyumbang abstrak akan dimaklumkan tentang

penerimaan abstrak mereka sebelum 31 Mei, 2007.

Penyumbang yang berjaya dikehendaki menyerahkan

kertas kerja penuh sebelum 31 Julai, 2007.

Untuk mendaftar, sila lengkapkan maklumat dalam

brosur ini dan hantar kepada urusetia berserta yuran

penyertaan. Tuan/puan juga boleh mendaftar secara

online dengan melayari laman www.usm.my/hadith/,

kemudian menghantar yuran penyertaan secara pos.

Yuran penyertaan adalah seperti berikut:

Organisasi/syarikat/institusi RM400

Individu RM300

Pelajar RM100

Bayaran ini merangkumi kit seminar, minum pagi,

makan tengahari dan minum petang. Semua

pembayaran hendaklah dikemukakan sebelum atau

pada 31 Julai, 2007.

Pembayaran boleh dilakukan melalui beberapa

cara, iaitu: tunai, cek, wang pos ataupun local order

(untuk jabatan kerajaan sahaja). Cek dan wang pos

hendaklah dibayar kepada:

"Bendahari Universiti Sains Malaysia" dan dihantar

kepada Urusetia Seminar melalui alamat di sebelah.

Page 2: Pendahuluan Tema Seminar - web.usm.myweb.usm.my/hadith/brosurhadith.pdf · Tonggak Pembangunan Ummah menjadi pilihan tema seminar. Namun demikian, penekanan kali ini adalah kepada

Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari:

www.usm.my/hadith/ atau hubungi:

Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi b. Othman (Pengarah) Tel: 04-6533888, samb. 3331

Emel: [email protected]

Dr. Mohd. Nizam b. Sahad (Setiausaha) Tel: 04-6533888, samb. 3864

Emel: [email protected]

Pendaftaran penyertaan seminar pula hendaklah

menggunakan alamat di bawah:

Urusetia,

Seminar Tokoh-tokoh Hadith Pasca Kurun ke-13 Hijrah,

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

Universiti Sains Malaysia,

11800 Pulau Pinang.

(u.p. Dr. Hasanah bt. Abd. Khafidz)

Tel: 04-653 3888, samb. 2873

Faks: 04-656 3707

Emel: [email protected]

Sila hantar borang pendaftaraan lengkap bersama

yuran seminar sebelum: 31 Julai, 2007.

BORANG PENDAFTARAN

Nama:

Jawatan:

Organisasi:

Alamat:

Tel (P):

H/P:

Faks:

Emel:

……………………………………………….. ……………………………………………….. ……………………………………………….. ……………………………………………….. ……………………………………………….. ……………………………………………….. ……………………………………………….. ……………………………………………….. ………………………………………………..

Sila daftarkan saya sebagai Peserta Peserta dan pembentang kertas kerja

Tajuk:……………………………………………… Bersama ini disertakan wang tunai/ cek/ wang pos

berpalang no:………………………… atas nama

Bendahari Universiti Sains Malaysia sebanyak

RM…………………… sebagai bayaran yuran seminar.

Bayaran adalah sebagai peserta

Organisasi/syarikat/institusi Individu Pelajar

Saya dengan ini bersetuju untuk mendaftar Seminar Tokoh-tokoh Hadith Pasca Kurun ke-13 Hijrah: Kesarjanaan dan Sumbangan. Saya juga memahami bahawa pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan mengenai seminar tersebut.

Tandatangan:

Tarikh: