PENDEKATAN KOGNITIF

9
\PENDEKATAN KOGNITIF, HUMANISTIK, BEHAVIORISME, ISLAM Rajah 1 : Teori teori dalam psikologi Psikologi didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang tingkah laku dan proses mental organisma. Psikologi merupakan kajian yang dibuat secara sistematik dan saintifik terhadap tingkah laku manusia. Melalui psikologi kita dapat lihat bahawa tingkah laku manusia adalah berbeza- beza. Bagi memahami seseorang individu, kita perlu mengkaji dan memahami tingkah laku serta tindak balasnya dalam situasi yang berbeza-beza. Ahli-ahli psikologi sentiasa berusaha mengkaji cara-cara bagaimana mereka boleh membantu manusia memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang memberi manfaat kepada mereka dan pada masa akan datang. Ini menyebabkan ahli psikologi mengkaji dan membina teori pembelajaran yang berbeza untuk menerangkan bagaimana manusia dan organisma belajar. Teori pembelajaran memberi penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran. Terdapat dua perkataan yang hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia tergolong dalam kaedah iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) menyatakan bahawa pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Oleh itu, ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajarandalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pembelajaran dengan langkah penyampaian tersusun. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Azman Wan Chik (1987) pula teknik itu ialah apa yang dilihat didalam bilik darjah. Sebagai contoh, jika guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu merupakan satu teknik. Psikologi pendidikan pula menjelaskan berbagai-bagai bidang dalam kajian pendidikan, termasuk reka bentuk pengajaran, teknologi pendidikan, Kognitif Humanistik Behaviorisme Islam

description

kognitif

Transcript of PENDEKATAN KOGNITIF

Page 1: PENDEKATAN KOGNITIF

\PENDEKATAN KOGNITIF, HUMANISTIK, BEHAVIORISME, ISLAM

Rajah 1 : Teori – teori dalam psikologi

Psikologi didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang tingkah laku dan proses mental

organisma. Psikologi merupakan kajian yang dibuat secara sistematik dan saintifik terhadap

tingkah laku manusia. Melalui psikologi kita dapat lihat bahawa tingkah laku manusia adalah

berbeza-beza. Bagi memahami seseorang individu, kita perlu mengkaji dan memahami

tingkah laku serta tindak balasnya dalam situasi yang berbeza-beza. Ahli-ahli psikologi

sentiasa berusaha mengkaji cara-cara bagaimana mereka boleh membantu manusia

memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang memberi manfaat kepada mereka dan

pada masa akan datang. Ini menyebabkan ahli psikologi mengkaji dan membina teori

pembelajaran yang berbeza untuk menerangkan bagaimana manusia dan organisma belajar.

Teori pembelajaran memberi penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar dan

memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran.

Terdapat dua perkataan yang hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia tergolong

dalam kaedah iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) menyatakan bahawa

pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran iaitu cara bagaimana suatu mata

pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Oleh itu, ia merupakan satu set teori yang sistematik.

Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif

pelajarandalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif

pembelajaran dengan langkah penyampaian tersusun. Manakala teknik pula ialah kemahiran

guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Menurut Azman Wan Chik (1987) pula teknik itu ialah apa yang dilihat

didalam bilik darjah. Sebagai contoh, jika guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat

komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu merupakan satu teknik. Psikologi

pendidikan pula menjelaskan berbagai-bagai bidang dalam kajian pendidikan, termasuk reka

bentuk pengajaran, teknologi pendidikan, perkembangan kurikulum, pembelajaran organisasi,

pendidikan khas dan pengurusan bilik darjah.

KognitifHumanistikBehaviorismeIslam

Page 2: PENDEKATAN KOGNITIF

1. Teori pembelajaran kognitif

Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran,

pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi

dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk

pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan

kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-

kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan

seseorang kanak-kanak.

Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek

seseorang proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola

berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari

lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau

doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses

kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada

membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget. Beliau

berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara

berperingkat-peringkat

Teori kognitif adalah menekankan kepentingan proses pemikiran dalam pembelajaran

dan memberikan perhatian kepada pengaruh factor dalaman dalam pembelajaran. Ramai ahli

psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses dalaman yang mana

ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung dari tindakbalas manusia (Mok Soon Sang,

2001). Proses kognitif pula adalah proses yang mempunyai kaitan antara pemikiran dengan

pemahaman. Ianya menerangkan bagaimana seseorang individu itu berfikir tentang pemikiran

dan bagaimana perubahan pemikiran yang dilakukan itu berubah setiap masa. Dalam proses

kognitif maklumat dan peristiwa yang diterima boleh dihuraikan mengikut beberapa tahap

yang dinyatakan.

Page 3: PENDEKATAN KOGNITIF

Pendekatan teori pembelajaran kognitif

Teori ini dapat dilihat berkesan sekiranya seseorang guru berupaya mempersembahkan

sesuatu maklumat umum tentang sesuatu topik sebelum masuk kepada maklumat yang lebih

khusus. Hal ini penting supaya murid boleh mengenal sesuatu konsep di dalam sesuatu topik.

Sebagai contoh, murid perlu memahami konsep jenis haiwan yang hidup di darat dan di air

sebelum mengenal haiwan tersebut sama da berdarah panas atau sejuk. Bagi mengukuhkan

kefahaman murid, guru juga boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada pada murid disamping

mengimbas kembali topik pembelajaran yang lepas. Hal ini penting bagi memastikan murid

tersebut tidak salah dari segi konsep.

Dalam hal ini, guru perlulah membantu pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan

terdahulu kerana ia sangat berkait rapat dengan pelajaran yang baru. Pada masa yang sama,

guru perlulah bertindak sebagai pemudah cara kepada murid-murid untuk belajar. Dalam hal

ini guru tidak perlulah memberi tunjuk ajar sepenuhnya cukuplah sekadar menunjukkan jalan

kepada mereka. Contohnya, guru perlulah menyediakan segala alat, bahan dan sebagainya

bagi membantu murid memahami konsep jisim dan berat sama ada ditunjukkan dalam bentuk

gambar, simulasi, lakonan dan sebagainya. Hal ini penting bagi memastikan mereka bebar-

benar tahu membezakan kedua-dua konsep tersebut. Oleh itu, penggunaan bahan maujud

sangat diperlukan bagi memudahkan penyampaian pengajaran guru di dalam mengajar murid

supaya mudah difahami.

Seterusnya, teori ini jelas membawa kepada keberkesanan dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran apabila seseorang guru dapat mengintegrasikan maklumat baru yang

dipelajari oleh murid, melalui pertandingan antara idea baru dengan idea lama. Sebagai

contoh, murid telah belajar mengenai konsep rumah iaitu mempunyai bilik, tandas dan

sebagainya. Kemudian murid telah belajar mengenai pangsapuri. Konsep rumah tidak perlu

diubah walaupun murid tidak pernah melihat pansapuri. Walaubagaimanapun, apabila guru

memperkenalkan rumah igloo, konsep rumah perlu diubah kerana rumah juga boleh diperbuat

daripada ais kerana tidak semestinya rumah diperbuat daripada simen dan kayu sahaja.

Jelaslah bahawa, jika guru berupaya memperkenalkan dan membantu murid membuat

perbezaan dalam sesuatu konsep. Hal ini dapat memastikan keberkesanan murid untuk

mempelajari sesuatu tipok yang bakal diajar pada masa akan datang.

Page 4: PENDEKATAN KOGNITIF

2. Teori pembelajaran humanistik

Psikologi humanistik ialah satu perspektif psikologi yang menekankan kajian

mengenai keseluruhan manusia. Psikologi humanistik melihat tingkahlaku manusia bukan

sahaja melalui pemerhatian orang lain, tetapi juga melalui pandangan individu

bertingkahlaku. Ahli psikologi humanistik percaya setiap tingkahlaku individu berkaitan

dengan perasaan dalaman dan imej kendiri. Tidak seperti ahli psikologi tingkahlaku, ahli

psikologi humanistik percaya yang manusia bukan hasil daripada persekitaran semata-mata.

Psikologi humanistik ini lebih berminat mengkaji pengertian manusia, memahami dan

mengalami apa yang terlibat dalam pertumbuhan, pengajaran dan pembelajaran. Mereka

menitikberatkan ciri- ciri yang dapat dikongsi oleh semua manusia seperti perasaan saying,

sedih, mengambil berat, dan harga diri. Ahli psikologi humanistik juga mengkaji bagaimana

manusia dipengaruhi oleh persepsi mereka sendiri dan keperibadian yang menghubungkan

dengan pengalaman mereka. Ahli psikologi humanistik secara dasarnya tidak mengambil kira

gerak naluri, tindak balas kepada rangsangan luaran atau pengalaman lalu. Mereka lebih

berminat menganggap pemilihan sedar, tindakbalas kepada keperluan dalaman dan

pemerihalan terkini penting dalam membentuk tingkahlaku manusia.

Pendekatan teori pembelajaran humanistik

Teori pembelajaran humanistik turut memainkan peranan yang penting dalam

memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi lebih

berkesan. Seorang guru yang dapat mengesan keadaan dan situasi murid-muridnya yang

mempunyai pelbagai keperluan yang harus dipenuhi adalah bertepatan dengan teori

humanistik bagi memastikan pembelajaran menjadi lebih efektif. Sebagai contoh, ada pelajar

yang belum bersarapan atau mengantuk di dalam kelas. Apabila guru mengetahui situasi

murid tersebut, guru perlu memberi ruang untuk murid makan dan juga memberi masa untuk

murid yang mengantuk untuk tidur sekejap. Hal ini bukan sahaja akan meningkatkan mood

untuk murid belajar, malah ia akan menjadikan murid lebih menumpukan kepada aktiviti

pembelajaran yang berlangsung didalam kelas.

Disamping itu, guru perlulah mengajar dengan fokus kepada pelajar, bukan hanya

mengajar subjek yang diajar semata-mata. Dalam hal ini, keperluan pelajar haruslah

diutamakan. Jika hal ini dilakukan, pastinya proses pembelajaran akan menjadi lebih

berkesan. Guru bertanggungjawab untuk memberikan kefahaman kepada pelajar sebaik

Page 5: PENDEKATAN KOGNITIF

mungkin. Sebagai contoh guru sains mengajar mengenai planet di alam semesta. Guru harus

mengenalkan murid kepada planet supaya murid tahu, bukanya menyampaikan apa yang guru

tahu mengenai planet sehingga murid tidak faham apa yang diajar oleh guru. Perkara ini

haruslah disedari oleh semua guru supaya murid boleh menerima pengajaran guru dan

seterusnya supaya keberkesanan murid untuk belajar topik yang akan datang menjadi lebih

mudah.

Akhir sekali, teori humanistik dapat dilihat keberkesanannya melalui tindakan guru

yang sentiasa menjadi contoh teladan yang baik kepada muridnya. Sebagai contoh, setiap pagi

akan ada kelas yang bertugas untuk memungut sampah. Guru yang bertugas untuk memantau

para pelajar boleh menunjukkan contoh yang baik dengan turut sama bersama para pelajar

memungur sampah. Hal ini bukan sahaja menimbulkan rasa percaya terhadap pelajar malah

ianya dapat memupuk tabiat suka menjaga kebersihan dalam kalangan pelajar dan guru.

Haruslah diingat bahawa seorang guru bukan sahaja mengajar akademik dan kokurikulum

sahaja malah guru juga turut sama bertanggungjawab membentuk sahsiah, akhlak dan

peribadi pelajar agar berketerampilan mulia di dalam kehidupan seharian.

3. Teori pembelajaran behaviorisme

Behaviourisme yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh

Thorndike dan Skinner. Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan

perubahan tingkah laku. Kajian mereka kebanyakkannya dihasilkan melalui ujian dan juga

pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam

makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan

‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris

menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau

tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori pembelajaran ini juga menjelaskan

bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori behaviorisme

menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi

tingkah laku. Pendekatan behaviorisme terhadap pembelajaran memberi tumpuan kepada

perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan dan pengaruh persekitaran terhadap

perubahan tersebut. Pelaziman diertikan sebagai satu proses pembentukan tingkah laku di

mana tindak balas organisma menjadi lebih kerap atau lebih mudah diramal akibat daripada

latihan atau peneguhan. Terdapat dia jenis pelaziman untuk menerangkan pembelajaran iaitu

Page 6: PENDEKATAN KOGNITIF

pelaziman klasik dan pelaziman operan. Tokoh-tokoh pelaziman klasik terdiri daripada Ivan

Pavlov dan J.B. Watson. Manakala, tokoh-tokoh pelaziman operan merupakan Edward

Thorndike dan B. F. Skinner. mereka berpendapat kecenderungan tingkah laku termasuk trait-

trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan, aspirasi dan lain-lain yang dipelajari.

Pendekatan teori pembelajaran behaviorisme

Keberkesanan teori behaviorisme dapat dilihat apabila guru telah bersedia

menyediakan matlamat, objektif pengajaran dan analisis tugasan yang spesifik, realistik dan

boleh dicapai sebelum aktiviti pembelajaran dan pengajaran bermula. Sebagai contoh, guru

akan mengajar kemahiran menambah dan menolak sesuai dengan aras murid yang lemah,

sederhana dan tinggi. Guru tersebut akan memperincikan tugasan yang telah dirancang

dengan membantu murid aras sederhana dan lemah bagi menguasai kemahiran tersebut

langkah demi langkah. Manakala murid aras tinggi pula akan diberi latihan tambahan bagi

memantapkan lagi kemahiran menambah dan menolak. Hal ini sekaligus dapat membantu

guru tersebut bagi mencapai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan didalam

pengajaran.

Selain itu, bagi memastikan pembelajaran akan menjadi lebih efektif, guru perlu

mengajar step by step dan mengaplikasikan teknik peneguhan dan hukum kesediaan dengan

betul dan semestinya berupaya meningkatkan keberkesanan salam pengajaran dan

pembelajaran. Kita ambil contoh seorang guru yang mengajar kemahiran menilis tulisan jawi.

Guru tersebut akan mengajar kemahiran dari sekecil-kecilnya seperti memegang pensel

sehinggalah kemahiran yang lebih besar seperti boleh menghasilkan tilisan jawi dengan cantik

dan kemas. Kemahiran ini akan dapat dikuasai oleh murid sekiranya guru berjaya mencungkil

rasa ingin tahu murid untuk belajar sepertimana yang terdapat dalam hukum kesediaan

disamping menggunakan teknik peneguhan yang sesuai sama ada dalam bentuk pujian

mahupun ganjaran dalam bentuk hadiah dan sebagainya sebagai menghargai hasil kerja

murid.

Seterusnya, keberkesanan teori behavior dapat dilihat apabila seseorang guru dapat

mengaplikasikan hukum latihan, hukum kesan/akibat disamping menyediakan amalan disiplin

bilik darjah yang kondusif. Sebagai contoh seorang guru menyediakan set latihan latih tubi

yang banyak untuk dan memberi ganjaran bagi yang menjawab kesemua soalan dengan betul.

Page 7: PENDEKATAN KOGNITIF

Hal ini bermakna, dia telah berupaya mengaplikasikan hukum latihan dan hukum kesan /

akibat dengan baik. Tambahan pula, perkara ini dapat dimantapkan lagi apabila suasana bilik

darjah menjadi lebih positif dengan adanya peraturan kelas dan juga budaya belajar yang baik

dalam kalangan pelajar.

4. Teori pembelajaran islam

Dari perpektif islam pengertian proses pengajaran dan pembelajaran dalam islam

merupakan segala perubahan atau peristiwa yang berlaku ke atas diri seseorang individu

adalah merupakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran dalam

pendidikan islam merupakan satu ibadah dan amanah kepada guru untuk diberikan kepada

murid-murid. Ia merupakan satu-satunya jalan dan teknik bagi manusia untuk sampai kepada

kebenaran (hakikat) yang bertolak dari premis tauhid serta tidak memisahkan aspek akal dan

jasad sebagai suatu yang bersepadu. Pengajaran dan pembelajaran manurut islam merupakan

pembentukan keseluruhan potensi diri individu dengan berlandaskan nilai-nilai ketuhanan

atau rohani supaya manusia boleh menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi dan

sebagai hamba Allah SWT yang terbaik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ tiada

pemberian orang tua terhadap anaknya yang lebih utama selain pendidikan yang baik “ dan “

ajarlah anak-anak kamu kalimah La Ilaha Ilallah (tiada tuhan melainkan Allah) sewaktu ia

mulai berbicara dan ajarlah mereka untuk membaca La Ilaha Ilallah sewaktu menghadapi

kematian.

Psikologi islam adalah berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Hadis dimana di dalam

islam itu sendiri psikologi ialah pengetahuan mengenai roh. Dua sumber ini merupakan

sumber yang tepat dan sah dalam mengemukakan bukti-bukti kewujudan manusia dan roh

manusia. Roh disini ialah Sejumlah sifat jiwa yang membentuk perangai individu dan

personalitinya yang membezakan daripada orang lain. Sifat-sifat jiwa itu seperti sentimen,

perasaan marah, takut, cinta, benci,naluri, adat serta lain-lain lagi. Roh juga dikenali sebagai

suatu jawhar atau elemen yang bukannya benda yang berbeza-beza daripada tubuh badan,

yang terbit daripada segala jenis perasaan jiwa seperti sentimen, marah, takut, cinta, benci dan

lain-lain. Secara teorinya, kewujudan psikologi islam merupakan salah satu proses islamisasi

ilmu yang berlaku apabila bermulanya kritikan terhadap ilmu pengetahuan  yang membawa

manusia jauh dari nilai-nilai kemanusiaan dan lebih kepada materialistik semata-mata.

Hassan Langgulung (1986) menyatakan bahawa kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak

Page 8: PENDEKATAN KOGNITIF

mengkaji jiwa tetapi sebaliknya kepada kajian tingkah laku. Menurutnya lagi, dari mana asal

dan bagaimana bentuk jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi barat tetapi tidak psikologi islam

kerana islam mempunyai bukti benar mengenai jiwa. Perbezaan jelas juga dilihat dimana

psikologi barat menggunakan kemampuan intelektual semata-mata untuk menemukan dan

mengungkapakan asas-asas kejiwaan, sementara psikologi islam mendekatinya dengan

memfungsikan akal dan keimanan dalam satu masa yang sama.

Pendekatan teori pembelajaran Islam

Mendidik murid-murid perlu menggunakan ilmu yang tepat atau diambil daripada al-

Quran dan hadis. Guru perlu mengambilnya sebagai panduan untuk mendidik murid-murid

mereka. Iman dan takwa adalah asas dalam pendidikan awal murid-murid khususnya murid-

murid saudara baru kerana dengan asas inilah Rasulullah SAW berjaya mendidik para

sahabatnya. Murid-murid saudara baru perlu diperkenalkan supaya mencintai Rasulullah

SAW dan mencintai keluarga bahginda. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh at Tabrani

daripada Ali bin Talib yang bermaksud “ajarlah anak-anak kamu tiga perkara, mencintai

nabi kamu dan mencintai keluarganya serta membaca al-Quran”. Sebab para pembaca al-

Quran berada di arasy Allah SWT bersama-sama para anbiya’Nya dan ashfiyaNya pada hari

tiada naungan melainkan naungan Allah AWT sahaja.

Murid-murid saudara baru juga perlu dibiasakan untuk mentaati kedua ibu bapa dan

guru. Perasaan kasih dan takut terhadap ibu bapa dan hormat kepada guru akan menghalang

mereka daripada bersikap melawan atau menentang. Guru atau ibu bapa bergaul dengan anak

didik mereka hendaklah secara berhikmah dan kasih sayang. Selain itu perlulah membiasakan

murid-murid saudara baru dengan adab susila yang baik sejak mereka kecil lagi amat dituntut.

Sebagai rujukan asas kepada para pendidik, Allah SWT menjelaskan dalam al-Quran tentang

kebijaksanaan Luqman Hakim dalam mendidik anaknaya secara berperingkat-peringkat

sebagai proses pengajaran dan pembelajaran anaknya.

Menurut Imam Al Ghazali r.a menyebut tentang ilmu mahmudah sebagi ilmu yang

baik dan berfaedah di dunia dan di akhirat. Al Quran meletakkan para ilmuan di tempat yang

tinggi dan mulia serta mewajibkan semua orang mencari ilmu di merata tempat. Ada ilmu

yang Qadim iaitu yang kekal dan ilmu hadis, ilmu baru kurniaan Allah SWT kepada semua

makhluk. Islam memandang umat manusia sebagai makhluk yang dilahirkan dalam keadaan

kosong, tidak berilmu pengetahuan akan tetapi tuhan memberipotensi yang bersifat jasmaniah

Page 9: PENDEKATAN KOGNITIF

dan rohaniah untuk belajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan serta teknologi yang

canggih untuk kemudahan umat manusia itu sendiri.