PENDEKATAN PENGAJARAN KOSA KATA BAHASA ARAB … 6/g) Artikel Kosa Kata.pdf · Begitu juga...

download PENDEKATAN PENGAJARAN KOSA KATA BAHASA ARAB … 6/g) Artikel Kosa Kata.pdf · Begitu juga percakapan dalam bahasa asing tidak ... Pembelajaran bahasa Arab yang berjaya, hendaklah

If you can't read please download the document

Transcript of PENDEKATAN PENGAJARAN KOSA KATA BAHASA ARAB … 6/g) Artikel Kosa Kata.pdf · Begitu juga...

  • 1

    PENDEKATAN PENGAJARAN KOSA KATA BAHASA ARAB DI PERINGKAT MENENGAH RENDAH : KAJIAN KEPADA GURU BAHASA ARAB DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA LUMPUR

    (SMKAKL)

    Dr. Rosni bin Samah Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia

    Nilai Abstrak Pengajaran bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula sejak tahun 1977 dengan 11 buah sekolah rintis. Kurikulumnya digubal khas bagi mencapai objektif komunikasi. Pelajar-pelajarnya mampu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji apakah pendekatan pengajaran kosa kata yang diaplikasikan oleh guru-guru bahasa Arab dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Bagi mendapatkan data kajian, satu set borang soal selidik dibina dengan mengambil kira pandangan sarjana pendidikan bahasa Arab melalui sorotan kajian. Borang tersebut diedar kepada sampel kajian yang terdiri daripada guru-guru bahasa Arab di SMKAKL. Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru tersebut mengaplikasikan pendekatan pengajaran kosa kata yang diutarakan oleh sarjana pendidikan bahasa Arab. Kata kunci: kosa kata, pendekatan, pengajaran bahasa Arab, bahasa Arab.

    Abstract

    The teaching of Arabic language has been introduced in the religious secondary school (SMKA) with the establishement of 11 pioneering schools. A special curriculum was designed to meet the requirements of the national level with a special focus on communicative abilities in Arabic language. This study is then aimed to investigate the pedagogical approach utilised by the teachers involved in the teaching and learning process of Arabic in such schools. To obtain data for this study, a set of questionnaire focusing on specific pedagogical process in teaching vocabulary that were identified by renowned Arabic scholars, were adapted and contructed before being distributed to Arabic teachers selected in several schools. Based on the findings, it can be deduced that most of the teachers were found to be in line with the pedagogical approach in teaching vocabulary as proposed by the scholars. Pengenalan

    Dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar khasnya pelajar di peringkat Menengah Rendah terdapat permasalahan utama yang perlu diberi perhatian, iaitu kelemahan pelajar dalam penguasaan kosa kata Arab. Faktor kelemahan ini akan memberi kesan negatif kepada pelajar dalam usaha menguasai bahasa Arab, baik dalam berkemahiran mahupun dalam pencapaian peperiksaan.

    Faktor kelemahan penguasaan kosa kata ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami teks atau artikel yang dibaca, bahkan tidak mampu membina ayat yang tepat

  • 2

    apatah lagi membina karangan yang berkualiti. Selain itu, dari aspek kemahiran berkomunikasi pula, kelemahan penguasaan kosa kata menyebabkan pelajar tidak dapat bertutur dengan baik.

    Banyak faktor yang mendorong ke arah ketidakupayaan pelajar menguasai kosa kata Arab dengan baik, antaranya kelesuan dan kegagalan guru dalam memilih pendekatan pengajaran yang tepat. Salah memilih pendekatan dan metod yang tepat secara langsung menyebabkan kegagalan pelajar menguasai kosa kata dengan berkesan. Kajian ini cuba melihat adakah guru-guru bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKAKL) menggunakan pendekatan yang diutarakan oleh sarjana pendidikan dalam proses pengajaran dan melihat apakah pendekatan yang banyak digunakan oleh mereka dalam proses tersebut.

    Objektif Kajian

    Terdapat banyak kajian yang dijalankan tentang pengajaran bahasa Arab di Malaysia khususnya di peringkat sekolah. Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mencapai objektif seperti di bawah:

    1. Mengenal pasti pendekatan pengajaran kosa kata yang diguna-pakai oleh guru-guru di sekolah tersebut.

    2. Melihat kekerapan penggunaan pendekatan pengajaran kosa kata dalam kalangan guru.

    3. Melihat keutamaan pendekatan pengajaran kosa kata Arab yang diberikan oleh guru bahasa Arab.

    Batasan Kajian

    Kajian ini memberikan tumpuan kepada tujuh orang sampel guru yang dipilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKAKL) dan memfokuskan perbincangan kepada pelaksanaan pengajaran kosa kata, pendekatan pengajaran kosa kata yang diguna-pakai dan diamalkan oleh guru-guru bahasa Arab di sekolah tersebut dan kekerapan penggunaannya.

    Pendekatan Pengajaran Kosa kata

    Kosa kata merupakan aset penting dalam mempelajari bahasa asing. Bahasa yang baik bergantung kepada penguasaan kosa kata yang baik. Makna tidak akan dapat diungkap melainkan melalui bahasa yang mengandungi kosa kata. Tahap penguasaan bahasa asing terletak kepada penguasaan kosa kata. Begitu juga percakapan dalam bahasa asing tidak akan dapat dicapai melainkan dengan adanya kosa kata yang mencukupi untuk menerangkan situasi.

    Penguasaan kosa kata akan dapat dicapai melalui pengumpulan perkataan yang terdapat dalam ayat. Semata-mata menghimpun perkataan tidak akan dapat membantu

  • 3

    untuk bercakap. Kosa kata hendaklah diambil daripada ayat yang menunjukkan makna penggunaannya dan selalu digunakan.

    Rosni Samah (2009:62) membincangkan beberapa pendekatan yang boleh digunakan bagi menggalakkan penguasaan kosa kata. Antaranya ialah memperbanyakkan persoalan dan jawapan supaya pelajar boleh menggunakannya setiap masa, mengemukakan pelbagai situasi dialog dan cerita yang berkisar di sekitar kehidupan pelajar, mendedahkan situasi berhubung dengan aktiviti kemasyarakatan dan situasi-situasi yang boleh membantu pelajar dalam penggunaan bahasa.

    Dalam penguasaan kosa kata ini, pelajar akan menghadapi masalah utama dalam pembelajaran mereka. Masalah tersebut ialah sukar mengingati perkataan dan menggunakannya ketika hendak bercakap. Masalah ini sebenarnya dapat diatasi dengan beberapa pendekatan seperti mengumpul perkataan yang mempunyai hubungan terus dengan situasi yang selalu digunakan oleh pelajar, memberi peluang kepada pelajar untuk sentiasa berlatih dalam menggunakan perkataan-perkataan yang dikuasainya dan sentiasa memberi dan memperingati pelajar dengan perkataan yang dikuasainya secara berkala.

    Pendekatan yang berkesan dan memudahkan pelajar dalam menguasai kosa kata ialah memperbanyakkan bacaan dan memperluaskan bidang bacaan. Dengan adanya bacaan berkala ini, pelajar sentiasa bertemu dengan perkataan baharu yang terdapat dalam teks bacaannya. Setiap kali membaca, beliau akan bertemu dengan perkataan yang sentiasa ditemuinya dan juga perkataan baharu. Perkataan yang selalu ditemuinya akan dapat diingati dengan baik. Perkataan baharu pula dengan sentiasa berjumpa akan menjadi biasa. Akhirnya dengan proses bacaan berkala ini, pelajar dapat mengumpul kosa kata dan menguasai bahasa dengan baik.

    Begitu juga pelajar hendaklah sentiasa mendengar ayat-ayat yang mudah dan senang difahami. Pendengaran ini juga akan dapat menambahkan kosa kata pelajar. Mendengar berita merupakan latihan yang baik bagi menambah kosa kata. Berita yang didengarnya itu mempunyai kosa kata yang selalu digunakan. Pelajar akan dapat mengingati kosa kata yang selalu didengarinya dan menguasai kosa kata yang baharu. Bagi menambah penguasaan kosa kata, pelajar hendaklah mendengar pelbagai bahan. Ini boleh dicapai dengan mendengar siaran Arab atau melalui rakaman.

    Penggunaan kamus juga banyak membantu pelajar dalam menguasai kosa kata. Mereka boleh menggunakan pelbagai kamus bahasa seperti kamus Arab-Melayu, Arab-Arab dan juga Arab-Inggeris. Penggunaan kamus ini bergantung kepada kemahiran pelajar. Dengan banyak melihat kamus, pelajar akan dapat menambahkan penguasaan kosa kata khususnya apabila menggunakan kamus Arab-Arab. Perkataan atau kosa kata baharu hendaklah dicatat dan digunakan seharian. Ini tidak bermakna pelajar menghafal kamus, tetapi menghafal perkataan yang sentiasa digunakan sahaja.

    Pembelajaran bahasa Arab yang berjaya, hendaklah memberi penekanan kepada penguasaan kosa kata, yang merupakan elemen utama dan aset penting dalam penguasaan bahasa tersebut. Kosa kata yang diperolehi hendaklah dibentuk menjadi ayat. Pelajar bahasa Arab pada hari ini kurang mampu menguasai bahasa dengan baik disebabkan

  • 4

    kurang menguasai kosa kata. Ini kerana pembelajaran lebih menekankan sudut terjemahan teks serta memusatkan kepada satu pihak sahaja, iaitu guru dengan kurang interaksi dari pihak kedua, iaitu pelajar.

    Bagi meningkatkan penguasaan bahasa Arab dengan baik, pendedahan kosa kata hendaklah diutamakan. Proses pembelajaran hendaklah diberi penekanan kepada pengumpulan kosa kata dalam pelbagai bidang. Guru hendaklah membimbing pelajar dalam aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan penguasaan kosa kata yang dapat dipertingkatkan melalui kepelbagaian pendekatan pembelajaran. Guru tidaklah hanya menterjemah teks bacaan semata-mata, tetapi hendaklah melibatkan pelajar bersamanya bagi mencari makna perkataan dalam teks bacaan. Dengan adanya interaksi ini, pelajar akan dapat berfikir dan menerima pelajaran dengan mudah, khususnya dalam menguasai kosa kata.

    Menurut Virginia (1983) pelajar tidak boleh mengumpul semua perkataan yang terdapat dalam teks bacaan. Mereka hendaklah mengumpul perkataan yang selalu berulang sahaja. Seterusnya perkataan yang kurang dan perkataan yang ganjil. Perkataan yang selalu berulang hendaklah dikumpul dan dihafal bersama ayatnya bagi memudahkan mengingatinya. Kosa kata ini penting bagi membekalkan bahasa yang baik.

    Tuaimah (1989:194) membincangkan kepentingan pengajaran kosa kata dengan menegaskan bahawa pengajajan kosa kata dalam pengajaran bahasa merupakan asas utama dan keperluan dalam belajar bahasa kedua. Menguasai kosa kata bermakna pelajar mampun menyebut perkataan dengan sebutan yang betul, memahami maknanya dengan tepat mengikut kehendak ayat, mengetahui pola pecahan dan terbitannya serta mengetahui kaedah membina ayat lengkap. Perkara utama, ialah pelajar mampu memilih kosa kata yang tepat bagi makna yang diungkapkannya. Tidaklah bermaksud di sini, pelajar hanya menghafal kamus dan tidak mampu menggunakan perkataan tersebut dalam membina ayat. Pelajar hendaklah memilih perkataan yang selalu digunakan supaya dapat menggunakannya ketika perlu dengan lebih mudah. Kadar minima bilangan tertentu tidak menjadi pengukur dalam menguasai kosa kata ini. Perkara yang penting ialah pelajar menguasai kosa kata utama yang sentiasa digunakan dan beliau mampu menggunakannya ketika menggambarkan sesuatu peristiwa atau situasi.

    Seterusnya beliau membincangkan beberapa asas pemilihan kosa kata. Antaranya ialah:

    Perkataan yang sentiasa berulang dalam penggunaan. Perkataan yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang. Perkataan yang senang diperolehi dan diingati. Perkataan yang familiar atau menjadi kebiasaan dalam penggunaan. Perkataan yang boleh merangkumi pelbagai bidang kegunaan dan makna yang

    luas. Perkataan yang mempunyai kepentingan bidang keperluan pelajar. Perkataan Arab sejati.

    Beliau mengakhiri perbincangannya dengan mengemukakan beberapa cara untuk menerangkan makna pola. Antaranya ialah:

    Menjelaskan dengan menunjukkan objek yang memberi maknanya seperti makna pensil hendaklah ditunjukkan pensil.

  • 5

    Menerangkan makna dengan melakonkan perbuatan, seperti makna menutup pintu, guru hendaklah melakukan perbuatan menutup pintu.

    Menerangkan makna dengan memainkan peranan makna tersebut, seperti menerangkan makna pesakit, guru hendaklah melakonkan dirinya sebagai pesakit.

    Menerang dengan menyebut perkataan berlawanan. Menerang dengan menyebut perkataan sama makna. Menerang dengan menyebut perkataan yang terkandung di dalamnya. Seperti

    menerang makna keluarga dengan menyebut anggota keluarga. Menerang makna dengan membincangkan asal usul perkataan atau pola terbitan. Menerangkan maksud makna perkataan. Menerang dengan mengulanggi bacaan bagi perkataan yang berulang. Mencari makna melalui kamus. Menerangkan makna dengan menterjemahkan makna perkataan dalam bahasa

    ibunda pelajar. Al-Naqah (1985:161) membincangkan kepentingan penguasaan kosa kata di kalangan

    pelajar asing. Ia merupakan langkah pertama dalam mempelajari bahasa tersebut. Ini kerana kosa kata merupakan alat yang membawa makna dan kaedah untuk berfikir. Dengan kosa kata ini, seseorang mampu berfikir kemudian menterjemahkan pemikirannya kepada ayat-ayat yang memberi makna yang dikehendakinya. Pada kebiasaannya, kosa kata dapat dikuasai melalui kemahiran mendengar dan membaca, seterus melalui kemahiran bercakap dan menulis. Ini menunjukkan bahawa kosa kata hendaklah dipelajari melalui ayat atau ungkapan.

    Beliau turut membincangkan pendekatan menguasai kosa kata dengan dipelajari melalui tema-tema yang selalu digunakan oleh pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Terdapat beberapa pengalaman yang boleh digunakan dalam penguasaan kosa kata. Antaranya ialah:

    Berinteraksi dengan mengemukakan persoalan dan jawapan. Mengemukakan pelbagai situasi untuk berdialog dan bercerita sekitar kehidupan

    pelajar. Pengalaman kemasyarakatan yang diterapkan dalam kelas seperti perbincangan,

    menyambut tetamu, berbual, ungkapan penghargaan dan menggunakan peralatan sekolah.

    Antara kaedah penerangan makna kosa kata yang diketengahkan ialah: Menerang dengan ayat-ayat yang menjelaskan maknanya. Menerang maknanya dengan melakukan lakonan. Menerang dengan pergerakan anggota.

    Penguasaan kosa kata ini merupakan proses berterusan dalam mempelajari bahasa asing. Ia hendaklah diperkenalkan kepada pelajar, kosa-kata yang baharu di samping kosa kata yang sedia ada. Dengan penambahan ini, pelajar dapat mempertingkatkan penguasaan bahasanya. Beliau mencadangkan beberapa pendekatan dalam meningkatkan penguasaan kosa kata. Antaranya ialah:

    Mengemukakan perkataan yang mempunyai hubungan rapat dengan situasi yang selalu diungkap dan dibualkan oleh pelajar.

    Memberi peluang untuk mempraktiskan penggunaan kosa kata dalam berkomunikasi.

  • 6

    Cuba mengulangi perkataan dalam jangka masa tertentu yang sistematik supaya pelajar tidak melupainya.

    Banyakkan membaca pelbagai bahan bacaan. Menganalisis makna perkataan melalui ayat dan rangkap. Menggunakan pelbagai ungkapan dan juga kamus.

    Menurut Hasnah Hamzah (1999) dalam kajiannya Penguasaan Perbendaharaan Kata Bahasa Malaysia pelajar luar bandar mempunyai keupayaan yang terhad dalam menulis karangan dan karangan yang dihasilkan mempunyai kualiti yang rendah berdasarkan umur berbanding dengan pelajar yang tinggal di bandar. Fenomena ini berlaku adalah disebabkan oleh masalah penguasaan kosa kata bahasa tersebut. Bukan hanya pelajar sekolah, bahkan masyarakat dewasa sekalipun tidak akan mampu membina karangan yang berkualiti dan penulisan yang baik selagimana masalah penguasaan kosa kata tidak diatasi.

    Dalam kajian yang lain, Mohamad Nasir Omar (1996) turut menyentuh dalam kajiannya yang bertajuk Pengajaran Bahasa Arab Kepada Pelajar-Pelajar Peringkat Permulaan di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengenai kepentingan menguasai kosa kata Arab dalam pengajaran Bahasa Arab. Bagi beliau jenis perkataan yang perlu diberi keutamaan kepada seseorang penutur ialah perkataan yang sering diguna-pakai dalam pertuturan sehariannya kerana perkataan ini akan membantu pelajar mengusai kosa kata mengikut tahap dan kepentingan masa.

    Menurut Sawai Haskanbancha (1995) dalam kajiannya mengenai Pengajaran Pertuturan Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Thailand bahawa penekanan tentang pentingnya pengajaran kosa kata atau perbendaharaan kata dan melatih para pelajar untuk mengungkap ke dalam ayat yang lebih komplek harus diberi keutamaan. Ini adalah kerana kosa kata merupakan faktor penting yang mempengaruhi keupayaan para pelajar dalam pertuturan mereka.

    Kepentingan kosa kata ini diperjelaskan lagi oleh Arif Karkhi Abu Khudhairi (1994: 170) dalam bukunya yang berjudul Talim al-Lughat al-Arabiyyat Li Ghairi al-Arab: Dirasaat Fi al-Manhaj Wa Thuruq al-Tadris (Pengajaran Bahasa Arab Bagi Penutur Bukan Arab Kajian Metod Dan Kaedah Pengajaran). Beliau menyentuh mengenai pengajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah Arab di Negara Brunei Darussalam dan telah membuat kajian pengajaran bahasa Arab di kalangan penutur Melayu di sekolah-sekolah tersebut. Beliau merumuskan bahawa perlunya kepada teknik baharu dan moden untuk mengajar bahasa Arab kepada penutur bukan Arab. Dalam huraiannnya mengenai kemahiran membaca, penulis menekankan betapa pentingnya kemahiran ini, kerana ia membantu memperkayakan kosa kata. Penulis memberi cadangan supaya perkataan-perkataan penting dalam situasi tertentu perlu disenaraikan bagi memudahkan pelajar memperkaya kosa kata. Selain itu beliau juga mencadangkan agar perkataan-perkataan Arab yang diguna-pakai di dalam Bahasa Melayu perlu dititik-beratkan kerana perkataan-perkataan tersebut membantu pelajar dalam pembacaan dan pertuturan mereka. Sebagai contoh perkataan baki, kuliah, alamat dan sebagainya.

    Berdasarkan beberapa kajian yang dibincang, jelas menunjukkan pengajaran bahasa asing hendaklah dimulakan dengan pengajaran kosa kata. Para sarjana membincangkan kepentingan kosa kata dalam penguasaan bahasa. Mereka mendedahkan beberapa pendekatan dalam pengajaran kosa kata. Begitu juga mereka menjelaskan semata-mata kosa kata, penguasaan bahasa tidak akan berlaku. Kosa kata yang

  • 7

    dimaksudkan ini, ialah kosa kata dengan kemahiran membina ayat. Pelajar yang mampu membina ayat berdasarkan kosa kata yang dipelajari, mampu menguasai bahasa dengan baik. Berdasarkan kesimpulan kajian yang diteliti, penyelidik cuba mengenal pasti pendekatan pengajaran kosa kata yang diamalkan oleh guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur untuk dijadikan panduan dalam pengajaran bahasa Arab.

    DAPATAN KAJIAN

    Bagi mendapatkan jawapan untuk persoalan kajian tentang pengajaran kosa kata, borang soal selidik diedarkan kepada guru-guru terbabit dengan pengajaran bahasa Arab. Lima bahagian berkenaan kosa kata dikemukakan seperti di bawah:

    Pemilihan perkataan Menterjemah perkataan Penerangan makna perkataan Pengukuhan perkataan Penggunaan perkataan

    Bab ini membentangkan dapatan daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden mengikut bahagian di atas.

    Jadual 1: Pemilihan perkataan

    Pendekatan Minimum Mean Std. Deviation

    Saya memberi penekanan kepada perkataan yang selalu berulang

    4.00 4.7143 .48795

    Saya memberi penekanan kepada perkataan yang mudah disebut

    3.00 4.4286 .78680

    Saya memberi penekanan kepada perkataan yang khusus dalam bidangnya

    3.00 4.1429 1.06904

    Saya memberi penekanan kepada perkataan baharu ditemui

    4.00 4.5714 .53452

    Jawapan dari borang soal selidik menunjukkan responden memberi jawapan peratus tertinggi bagi semua soalan dengan skala lima, iaitu skala amat berkaitan dengan mereka. Jawapan ini menunjukkan mereka amat memberi penekanan kepada perkataan yang selalu berulang, perkataan yang mudah disebut, perkataan yang khusus dalam bidangnya dan perkataan baharu ditemui.

  • 8

    Dalam bahagian menterjemah perkataan, soalan dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, soalan terus kepada cara guru menterjemahkan perkataan. Kedua, soalan kepada guru tentang cara terjemahan pelajar yang ditugaskan atau diminta.

    Jadual 2: Menterjemah Perkataan

    Minimum Mean Std. Deviation

    Saya menterjemah perkataan ke dalam bahasa Melayu

    4.00 4.8571 .37796

    Saya menterjemah perkataan dengan menerangkan maknanya dalam bahasa Arab

    3.00 4.1429 .69007

    Saya menterjemah perkataan dengan memberi perkataan berlawanan

    3.00 4.4286 .78680

    Saya menterjemah perkataan dengan memberi perkataan sama erti

    3.00 4.4286 .78680

    Saya menterjemah perkataan dengan melakukan aksi

    2.00 3.7143 1.25357

    Saya menterjemah perkataan dengan membuat ayat

    3.00 4.2857 .75593

    Saya menterjemahkan perkataan dengan menggunakan gambar atau objek

    2.00 3.4286 1.13389

    Saya mengajar pelajar cara menterjemah perkataan melalui kamus

    3.00 4.1429 .69007

    Saya meminta pelajar menterjemahkan perkataan ke dalam bahasa Melayu

    4.00 4.5714 .53452

    Saya meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan menerangkan maknanya dalam bahasa Arab

    2.00 3.4286 1.27242

    Saya meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan memberi perkataan berlawanan

    1.00 3.1429 1.21499

  • 9

    Saya meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan member perkataan sama erti

    2.00 3.4286 1.13389

    Saya meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan melakukan aksi

    1.00 2.7143 1.38013

    Saya meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan membuat ayat

    1.00 3.5714 1.51186

    Saya meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan menggunakan gambar atau objek

    1.00 3.2857 1.60357

    Saya meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan berpandukan kamus

    3.00 4.2857 .75593

    Jawapan yang diperolehi menunjukkan guru-guru memberi jawapan peratus tertinggi dengan skala empat dan lima, iaitu berkaitan dan amat berkaitan dengan mereka. Ini menunjukkan mereka beramal dengan pendekatan terjemahan yang dikemukakan. Cara terjemahan yang paling banyak digunakan ialah menterjemah perkataan ke dalam bahasa Melayu, menterjemah perkataan dengan memberi perkataan berlawanan, menterjemah perkataan dengan memberi perkataan sama erti dan menterjemah perkataan dengan membuat ayat.

    Cara terjemahan yang selalu digunakan pula ialah menterjemah perkataan dengan menerangkan maknanya dalam bahasa Arab, menterjemah perkataan dengan melakukan aksi, menterjemah perkataan dengan menggunakan gambar atau objek dan mengajar pelajar cara menterjemah perkataan melalui kamus. Manakala terdapat juga cara yang berkongsi di antara amat digunakan dan selalu digunakan oleh guru. Cara tersebut ialah menterjemah perkataan dengan membuat ayat.

    Soalan kepada guru tentang cara terjemahan pelajar yang ditugaskan atau diminta menunjukkan terdapat guru-guru yang banyak menggunakan kaedah yang dikemukakan dan selalu menggunakannya. Terdapat juga mereka yang kurang pasti dan tidak menggunakannya. Cara yang paling banyak digunakan ialah meminta pelajar menterjemahkan perkataan ke dalam bahasa Melayu. Cara yang selalu digunakan untuk memberi tugasan kepada pelajar ialah meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan memberi perkataan berlawanan, meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan memberi perkataan sama erti, meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan melakukan aksi, meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan membuat ayat, meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan memberi perkataan berlawanan,

  • 10

    meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan memberi perkataan sama erti, meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan melakukan aksi dan meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan membuat ayat.

    Terdapat tiga cara yang berkongsi jawapan peratus tertinggi dengan tiga skala, iaitu tidak berkaitan, tidak pasti dan amat berkaitan. Cara tersebut ialah meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan menerangkan maknanya dalam bahasa Arab dan meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan menggunakan gambar atau objek. Ini menunjukkan majoriti guru tidak menggunakan dua kaedah di atas. Satu soalan berkongsi mendapat peratus tertinggi dua skala, iaitu berkaitan dan amat berkaitan. Ini menunjukkan guru-guru selalu menggunakan cara tersebut, iaitu meminta pelajar menterjemahkan perkataan dengan berpandukan kamus.

    Jadual 3: Penerangan Makna Perkataan

    Minimum Mean Std. Deviation

    Saya membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna secara umum

    1.00 4.0000 1.41421

    Saya membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna semua perkataan

    3.00 4.2857 .75593

    Saya membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna sebahagian perkataan

    1.00 3.7143 1.38013

    Saya membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna perkataan tertentu sahaja

    3.00 3.4286 .78680

    Saya membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna perkataan baharu sahaja.

    3.00 3.4286 .78680

    Saya meminta pelajar membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna secara umum

    2.00 3.5714 .97590

    Saya meminta pelajar membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna semua perkataan

    1.00 3.8571 1.46385

  • 11

    Saya meminta pelajar membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna sebahagian perkataan

    3.00 4.0000 .57735

    Saya meminta pelajar membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna perkataan tertentu sahaja

    2.00 3.5714 .97590

    Saya meminta pelajar membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna perkataan baharu

    1.00 3.1429 1.34519

    Jawapan kepada soalan di atas menunjukkan terdapat satu soalan yang mendapat peratus tertinggi dengan skala lima, iaitu amat berkaitan. Ini menunjukkan majoriti guru menggunakan kaedah tersebut, iaitu meminta pelajar membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna semua perkataan. Empat soalan pula mendapat peratus tertinggi skala empat, iaitu berkaitan. Ini menunjukkan guru-guru menggunakan kaedah berikut dalam pengajaran mereka:

    membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna sebahagian perkataan. Membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna sebahagian perkataan. meminta pelajar membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna

    sebahagian perkataan. meminta pelajar membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna

    perkataan tertentu sahaja.

    Dalam penerangan makna perkataan terdapat dua soalan yang mendapat peratus tertinggi dengan skala tiga, iaitu tidak pasti. Ini menunjukkan guru-guru tidak menggunakan pendekatan tersebut, iaitu:

    membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna perkataan tertentu sahaja. membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna perkataan baharu sahaja.

    Terdapat juga tiga soalan yang berkongsi skala peratus tertinggi. Dua daripadanya berkongsi skala tiga dan empat, iaitu berkaitan dan amat berkaitan. Ini menunjukkan guru-guru selalu menggunakan kaedah seperti di bawah dalam pengajaran mereka:

    membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna secara umum. membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna semua perkataan

    Satu soalan lagi berkongsi skala tidak pasti dan berkaitan. Ini menunjukkan guru-guru jarang menggunakan pendekatan tersebut, iaitu meminta pelajar membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna perkataan baharu.

  • 12

    Jadual 4: Pengukuhan Perkataan

    Minimum Mean Std. Deviation

    Setiap period baru saya mengulangkaji perkataan baharu sebelumnya

    2.00 4.0000 1.00000

    Setiap period baru saya mengulangkaji beberapa perkataan sebelumnya

    2.00 3.8571 1.06904

    Setiap period baru saya mengulangkaji kebanyakkan perkataan sebelumnya

    2.00 3.5714 .97590

    Setiap period baru saya mengabaikan ulangkaji perkataan baharu sebelumnya

    1.00 3.0000 1.41421

    Jawapan yang diperolehi menunjukkan tiga soalan mendapat jawapan peratus tertinggi skala empat iaitu berkaitan. Ini menjelaskan majoriti guru-guru mengamalkan pendekatan berikut dalam pengajaran mereka:

    mengulangkaji perkataan baharu sebelumnya setiap period baharu. mengulangkaji beberapa perkataan sebelumnya setiap period baharu. mengulangkaji kebanyakkan perkataan sebelumnya setiap period baharu.

    Terdapat satu soalan sahaja yang berkongsi skala tiga dan empat, iaitu tidak pasti dan berkaitan. Jawapan ini menunjukkan guru-guru jarang mengabaikan ulangkaji perkataan baharu sebelumnya setiap period.

    Jadual 5: Penggunaan Perkataan

    Minimum Mean Std. Deviation

    Operasi kelas dijalankan dalam bahasa Arab sepenuhnya

    1.00 3.0000 1.15470

    Operasi kelas dijalankan dalam bahasa Melayu sepenuhnya

    1.00 2.5714 .97590

    Operasi kelas dijalankan dalam dwi bahasa 4.00 4.4286 .53452

    Operasi kelas dijalankan majoriti dalam bahasa Arab

    3.00 3.5714 .78680

    Operasi kelas dijalankan majoriti dalam bahasa Melayu

    1.00 3.3333 1.36626

  • 13

    Guru bercakap lebih daripada pelajar dalam kelas

    3.00 4.1429 .69007

    Pelajar bercakap lebih daripada guru dalam kelas 1.00 2.8571 1.21499

    Guru dan pelajar berinteraksi dalam kelas 4.00 4.4286 .53452

    Guru sentiasa bercakap bahasa Arab dengan pelajar

    3.00 4.1429 .69007

    Guru sentiasa menggalakkan pelajar bercakap bahasa Arab

    4.00 4.2857 .48795

    Guru dan pelajar berinteraksi dalam bahasa Arab di luar kelas

    2.00 3.2857 1.11270

    Aktiviti di sekolah dijalankan dalam bahasa Arab

    2.00 3.2857 .95119

    Sebanyak enam soalan mendapat peratus tertinggi skala empat, iaitu berkaitan. Majoriti guru-guru mengamalkan aktiviti berikut untuk mengaktifkan penggunaan bahasa Arab:

    Operasi kelas dijalankan dalam bahasa Arab sepenuhnya. Operasi kelas dijalankan dalam dwi bahasa. Guru bercakap lebih daripada pelajar dalam kelas. Guru dan pelajar berinteraksi dalam kelas. Guru sentiasa bercakap bahasa Arab dengan pelajar. Guru sentiasa menggalakkan pelajar bercakap bahasa Arab. Aktiviti di sekolah dijalankan dalam bahasa Arab.

    Terdapat tiga soalan yang mendapat jawapan peratus tertinggi skala tiga, iaitu tidak pasti. Majoriti guru-guru tidak pasti samada aktiviti di bawah berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka atau tidak. Aktiviti tersebut ialah:

    Operasi kelas dijalankan dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Operasi kelas dijalankan majoriti dalam bahasa Arab. Pelajar bercakap lebih daripada guru dalam kelas.

    Dua soalan berkongsi skala peratus tertinggi. Satu soalan berkongsi skala tidak pasti dan berkaitan bagi aktiviti operasi kelas dijalankan majoriti dalam bahasa Melayu. Satu soalan lagi berkongsi tiga skala, iaitu tidak berkaian, tidak pasti dan berkaitan bagi aktiviti guru dan pelajar berinteraksi dalam bahasa Arab di luar kelas. Jawapan ini menunjukkan operasi kelas berjalan majoriti dalam bahasa Melayu dan tidak berlaku interaksi dalam bahasa Arab di antara guru dan pelajar di luar kelas.

  • 14

    Kesimpulan dan Penutup

    Kajian ini cuba melihat adakah guru-guru menggunakan pendekatan yang diutarakan oleh sarjana pendidikan dalam operasi pengajaran bahasa Arab. Bagi menjawab persoalan di atas, kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen penggumpulan data. Ia diedarkan kepada guru-guru sekolah terbabit. Hasil jawapan yang diperolehi menunjukkan negetif kepada persoalan di atas. Ia dapat menjawab semua persoalan yang dikemukakan.

    Dalam pemilihan perkataan peratus jawapan tertinggi ialah skala amat berkaitan dengan saya, iaitu memberi penekanan kepada perkataan yang selalu berulang. Menterjemah perkataan pula, peratus jawapan tertinggi ialah skala amat berkaitan dengan saya. Ini menunjukkan majoriti guru-guru menterjemah perkataan ke dalam bahasa Melayu dan meminta pelajar menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.

    Penerangan makna perkataan pula, mendapat satu jawapan tertinggi skala amat bekaitan dengan saya. Majoriti guru-guru meminta pelajar membaca keseluruhan teks dengan menerangkan makna kesemua perkataan. Bagi pengukuhan perkataan pula, terdapat satu soalan mendapat peratus jawapan tertinggi skala berkaitan dengan saya. Ini menunjukkan majoriti guru mengulang kaji perkataan baharu sebelumnya pada setiap period bermula. Bagi aktiviti penggunaan perkataan pula terdapat satu soalan mendapat peratus jawapan tertinggi skala berkaitan dengan saya, iaitu guru sentiasa menggalakkan pelajar bertutur bahasa Arab.

    Berdasarkan jawapan, didapati majoriti guru menggunakan pendekatan yang dikemukakan oleh sarjana pendidikan bahasa Arab dalam pengajaran kosa kata. Penjelasan pendekatan dan jawapan sekalanya ialah:

    Jadual 6: Pendekatan dan jawapan

    Pendekatan skala Peratus 1 Pemilihan perkataan 5 71.4 2 Menterjemah perkataan 5 85.7 3 Penerangan makna perkataan 5 42.9 4 Pengukuhan perkataan 4 57.1 5 Penggunaan perkataan 4 71.4

    Rujukan

    Arif Karkhi Abu khudhairi. 1994. Talim al-Lughat al-Arabiyyat Li Ghairi al-Arab Dirasaat Fi al-Manaj Wa Turuq al-Tadris. Kaherah: Dar al-Saqaafah.

    Al Naqah. Mahmud Kamil. 1985. Talim al Lughah al Arabiyyah Linnatiqina Biha. Saudi: Universiti Ummul Qura.

    Haznah Hamzah 1999. Penguasaan Dan Perbendaharaan Kata Bahasa Malaysia Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

  • 15

    Mohamad Nasir Omar 1996. Pengajaran Bahasa Arab Kepada Pelajar-Pelajar Peringkat Permulaan Di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

    Rosni bin Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Nilai: USIM.

    Taimah, Rushdi Ahmad. 1989. Talu, al-Arabiyyah li Ghairi al-Natiqenabiha. Ribath: ISISCO.

    Sawai Haskanbancha @ Abdul Hadi Ibrahim 1995. Pengajaran Pertuturan Bahasa Arab Di Kalangan Pelajar Thai. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    Virginia French Allen. 1993. Techniques in Teaching Vocabulary. Oxford American English. Oxford University Press.