Pendidikan falsafah islam dan timur
-
Upload
ana-roshila -
Category
Documents
-
view
4.530 -
download
14
description
Transcript of Pendidikan falsafah islam dan timur
Falsafah Pendidikan Islam
dan Timur
Konsep Falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh sebab falsafah pendidikan Islam berasaskan daripada ajaran al-Quran, maka kurikulum pendidikan Islam merujuk kepada ajaran al-Quran sebagai pengajian utama, diikuti dengan bahasa Arab sebagai media pengantar.
Kurikulum pendidikan merangkumi bidang pengajian kemanusiaan, termasuk psikologi, sosiologi, sejarah dan ekonomi, serta bidang ilmu mengenai alam tabii atau sains semula jadi, seperti astronomi, biologi botani dsb.
Pendidikan Islam juga menyepadukan pendidikan ilmu keduniaan dengan ilmu akhirat.
Pendidikan Islam Berasaskan ajaran al-Quran Mengikut Hassan Langgung (1979), perkara-perkara yang menjadi dasar Pendidikan Islam ialah:
Keesaan Allah S.W.T Kepercayaan pesuruh-pesuruhNya Kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kpd Nabi-nabi Manusia mempunyai potensi dlm perkembangan moral dan kerohanian Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri Kehidupan keduniaan dan akhirat Persamaan dan persaudaraan sejagat di antara semua umat Islam
Menurut ajaran al-Quran, Pencipta mengurniakan manusia:
Kuasa dan menurut kehendakNya, melindungi dunia serta membangunkannya menjadi makmur dan maju – mengurniakan dua buah kitab, sebuah al-Quran, sebuah yang lain ialah alam sekitar termasuk manusia.Menurut Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas, ilmu islam pada masa kini merangkumi dua disiplin utama, iaitu:
Disiplin Agama
Disiplin Kognitif
Disiplin Agama
Ajaran al-Quran Teologi
Metafizik
Bahasa ArabSastera
Disiplin Kognitif
Kemanusiaan
Alam sekitar
Sains Gunaan
Teknologi
Pendidikan Islam dididik dalam diri pelajar adalah untuk:
-bertingkah laku baik-mencapai kesempurnaan rohani-melakukan kebajikan-membiasakan diri dengan kebersihan, keikhlasan dan amalan baik
Pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih minda, tubuh, roh, dan emosi manusia, dan membimbing pendidik untuk membentuk pelajar berdasarkan ajaran Islam.
Pandangan tokoh-tokoh Islam
Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan.
Pendidikan juga boleh memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi, fizikal, intelek dan rohani manusia.
Mohammad Qatb
Pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal,emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.
Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi
Proses pendidikan sebagai pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam.
Amam al-Shaibani
Pendidikan digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat.
Al-Ghazali (Abu Hamed Mohammad ibn Mohammad al-Ghazali)
Proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
Beliau terkenal dalam sejarah Islam sebagai seorang falsafah, ahli teologi dan ahli juri yang amat disegani
Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah)
Merupakan tokoh pendidikan Islam yang sangat berpengaruh di Indonesia dalam abad ke-20. Pendidikan ialah suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap meredahkan diri, sabar, menghormati orang tua dsb.
Al-FarabiLatar belakang:
“terkenal sebagai tokoh Islam yang banyak menyumbangkan pemikiran beliau dalam bidang sains, falsafah, logik, sosiologi, perubatan, matematik dan muzik.”
Sumbangan:
Sumbangan utama adalah dalam bidang falsafah, logik dan sosiologi. Beliau merupakan seorang Neoplatonist yang telah banyak menggabungkan pemikiran Plato dan Aristotle dengan teologi. Al-Farabi juga telah membahagikan pengajian logik kepada dua kategori iaitu Takhayyul (idea) dan Thubut (bukti).
Latar belakang “Abdurahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Al-Hasan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurahman bin Ibn Khaldun. Lahir pada tahun 1332 di Tunis, Tunisia. Seorang tokoh falsafah, sejarah dan sosiologi yang amat terkenal dalam sejarah dunia Islam.” Pandangan beliau terhadap falsafah bersamaan dengan Al-Ghazali di mana beliau juga berfokuskan kepada ilmu mistik dan teologi. Sumbangan utama - dalam bidang falsafah sejarah dan sosiologi (Umraniyat) Berusaha menulis mengenai sejarah dunia - Naskhah tersebut dikenali sebagai al-Muqaddimah atau Prolegomena mengenal pasti unsur-unsur psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbangkan kepada tamadun kita serta sejarah masa kini. Menganalisis tentang dinamika hubungan kelompok serta menunjukkan kepentingan al-‘Asabiyya (perasaan kekitaan) bagi mewujudkan tamadun baru serta meningkatkan kuasa politik dalam kalangan masyarakat.
Ibn Khaldun
SECARA KESIMPULANNYA :
Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat
FALSAFAH
PENDIDIKAN CHINA
bermula kira-kira 2500 tahun dahulu
Didahulu dengan pembelajaran
falsafah
Menghasilkan buku teks utama kanak-
kanak pada zaman dinasti Ming (The
Classic Of Three Characters)
menonjolkan falsafah pendidikan
Konfusianisme dengan bermula ayat
‘Fitrah manusia mulanya ialah berakhlak
mulia’.
Terdapat tiga mazhab utama iaitu
Konfusianisme, Taoisme, Buddhisme dan
Neo-Konfusionisme
FALSAFAH
KONFUSIANISME
berasas dari pemikiran Confucius
Mempunyai ramai pengikut seperti
Mengzi, Xunzi dan Hanyu
“Dari pandangan tokoh-tokoh
Konfusianisme,ramai antara mereka berpendapat
bahawa peranan utama manusia ialah membina
tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang
berakhlak mulia,mengikut peraturan serta taat
dan cinta kepada pemerintah dan negara.”
Falsafah Pendidikan Confucius
merupakan seorang tokoh pendidik,
ahli falsafah dan digelar mahaguru di
China
Mengusulkan amalan li (peraturan
hubungan antara manusia) dan ren
(sifat murni manusia sebagai intisari
utama untuk membina masyarakat
harmoni)
Pendidikan sebagai proses memupuk
kesempurnaan tingkah laku manusia
Mengajar muridnya mengikut
kebolehan masing-masing kerana
mengakui setiap individu mempunyai
potensi berbeza
menggunakan strategi perbincangan
dalam menyampaikan pelajaran
FALSAFAH
PENDIDIKAN
MENGZI
dikenali juga sebagai Mencius
Digelar mahaguru arif kedua
Memperkembang amalan ren dan
merangkuminya dengan alturisme
Mencadangkan amalan benevolence
(kemurahan hati) dan righteousness
(tingkah laku yang wajar dan adil
Mempunyai kepercayaan bahawa
asal fitrah manusia adalah bersifat
murni
FALSAFAH PENDIDIKAN
XUN ZI
pengikut Konfusionisme
Berpendapat bahawa fitrah manusia adalah
dilahir bersifat jahat yang sentiasa mengejar
kepentingan diri sendiri
Mengutamakan pendidikan moral dan
undang-undang
Menjadikan sistem peraturan sivil sebagai
pembentukan masyarakat yang aman dan
teratur
RUMUSAN FALSAFAH
PENDIDIKAN CHINA
Pendidikan sebagai medium
untuk mengekalkan nilai dan
norma masyarakat.
Fitrah manusia mengandungi nilai
baik hati atau sebaliknya.
PENGARUH FALSAFAH
PENDIDIKAN BARAT DI
CHINA
mula dipengaruhi pendidikan Barat pada
zaman Komuintang
Yan Fu mula menterjemahkan karya-karya
ahli falsafah dan pendidik dari Barat
Hushi memperkenalkan idea-idea
pragmatisme dan progresivisme dalam
kurikulum sekolah China
Hushi menyarankan kaedah induktif untuk
mengkaji tatabahasa dan mengutarakan
pendekatan “berani membentuk hipotesis,
cermat mencari bukti”
Hushi menyarankan kesepaduan subjek
manusia dengan sains untuk
mengemabngkan potensi individu
TAOISME
TAOISME
Lao Zi
Zhuang Zi
Xiang-Guo
LAO ZI
81 ajaran berbentuk
puisi
Diklasifikasikan kepada komponen yang utama
DAO DE JIN(KLASIK MORAL)
Jalan yang betul
Prinsip Nilai Murni
DAO
Sumber asal bagi semua
perwujudan dunia
Nilai-nilai
murni
Dao sebagai jalan yang
membimbing pelaksanaan De sebagai
amalan kesejahteraan
hidup manusia
Manusia menurut peraturan bumi
Bumi menurut peraturan syurga
Syurga menurut peraturan Dao
Dao menurut peraturan diri
KEHIDUPAN YANG SEJAHTERA
ZHUANG ZI
Mengembangkan idea Dao meliputi kebebasan dan kehidupan harmoni yang
mematuhi peraturan semulajadi dari syurga
Manusia sempurna (pengikut Dao) bertindak spontan tanpa rintangan
luar/ kurnia syurga sebagai seorang yang sebenar
Pengikut Taoisme adalah bebas daripada peraturan dan undang masyarakat
Dao yang diamalkan (jalan syurga) justeru tidak harus mengandungi hasrat atau
nafsu dan tiada usaha agar mencapai kesejahteraan
hidup (prinsip wu wei)
Amalan prinsip wu wei
tiada rancangan dan tindakan dan hanya mengikut
prinsip semulajadi sahaja.
DeNilai-nilai murni dan membimbing
mempelajari semulajadi tanpa
dikongkong peraturan dan
undang-undang negara.
XIANG-GUO
SEBAB-SEBAB PENIRUAN ADALAH SILAP
Sia-sia dan menentang fitrahnya.
Meniru orang yang bijaksana tidak akan
menjadikan seseorang itu bijaksana.
Destruktif. Kehilangan kebolehan diri.
KONFUSIANISME
HAN YU Pengikut
konfusianisme &
pensyarah
Universiti Di-Raja
Esei Shi Dao
(Profesionalisme
Keguruan)
peranan guru
Melatih tenaga kerja
Menjelaskan keraguan
Menyebarkan idea Dao
Konfusianisme di dalam Dinasti Tang
Mula dipengaruhi falsafah Buddisisme
dan Taoisme
Neo- Konfusianisme
Neo-Konfusianism
e
Lebih berpengaruh di bawah pemerintah Dinasti
Tang.
Raja Tang telah memerintah agar bangunan Kuil
Confucius dibina dalam universiti Di-Raja.
Tempat sarjana dan cendekiawan berkumpul
menyediakan Klasik Konfusion.
Telah menetapkan Klasiks Konfusian sebagai
kurikulum untuk sistem peperiksaan pemilihan
pegawai-pegawai pentadbiran.
Pengenalan
Han Yu (768-824 TM)
Tokoh pendidik dan pengikut Konfusianisme.
Pensyarah di Universiti Di-Raja. Telah menghasilkan banyak esei dan
disertasi mengenai falsafah pendidikan Konfusianisme.
Sebahagian masih lagi dijadikan bahan teks pelajaran masa kini: Asal Dao Asal Musnah Profesionalisme Keguruan
Dalam esei ‘Shi Dao’ (Profesionalisme Keguruan) – telah menghuraikan peranan guru:- Melatih tenaga kerjaya Menjelaskan keraguan Menyebarkan idea dao berdasarkan
Konfusianisme
Kandungan Konfusianisme ketika Dinasti Tang mula dipengaruhi: Falsafah Buddisisme Falsafah Taoisme
Konfusianisme yang baru mula berkembang secara beransur-ansur hingga menggantikan Konfusianisme ketika Dinasti Song (960-1279 TM)
Konfusianisme baru dikenali sebagai Neo-Konfusianisme.
Diasaskan oleh dua orang adik-beradik
• Cheng Yi (1133 –
1108 TM)• Mempelopo
ri Mazhab Li (School
of Principle)
• Cheng Hou (1032-1055
TM)• Mempelopori Mazhab Minda
Universal (School of Universal
Mind)Menjadi aliran pemikiran utama dalam Dinasti Song
Mazhab Neo-Konfusianisme
Mazhab Li ( The school of principle)
• Dipelopori oleh Cheng Yi pada 1133 – 1108 TM.• Diperkembangan dan disempurnakan oleh Zhu
Xi pada 1130 – 1200 TM selepas Dinasti Sung berpindah ke China Selatan.
• Turut dikenali sebagai Mazhab Cheng-Chu atau Li Xue (Pengajian Prinsip / Pengajian Hukum).
• Ching Yi dan Zhu Xi telah mengembangkan konsep Li berlandaskan Apendiks daripada buku Ji Ying (Book of Changes)
• Telah menghuraikan konsep Dao sebagai multi-prinsip yang mengawal kategori dalam alam semesta.
• Menurut mereka, alam semesta mengandungi Qi (udara yang membentuk semua benda, hidup dan bukan-hidup) dan Li (Prinsip/Hukum).
• Falsafah pemikiran ini adalah serupa dengan Plato dan Aristotle yang menegaskan semua benda yang boleh dibentuk merangkumi prinsip yang berkaitan.
• Cheng Yi menjelaskan ciri prinsip Li adalah keabadian, tidak bertambah atau berkurang.
• Bertujuan untuk memupuk semangat spiritual, individu yang menumpukan perhatian dalam pembelajaran untuk mengembang ilmu pengetahuan.
• Zhu Xi berpendapat, fitrah manusia ialah prinsip humaniti yang sejadi dalam individu yang lain.
• Bagi semua manusia, prinsip Li adalah sama, hanya Qi yang berbeza mengikut individu tersebut.
• Dalam Teori Zhu Xi – fitrah dan minda adalah tidak sama.
• Fitrah merangkumi prinsip Li.• Minda ialah fakulti mental.
• Perbezaan utama di antara fitrah dengan minda manusia – fitrah adalah abstrak dan minda adalah konkrit.
• Menurut Zhu Xi: • minda boleh memikir dan merasa.• Fitrah tidak mempunyai perasaan atau
fikiran.• Beliau menegaskan, kita tidak akan
mengetahui abstrak tanpa melalui konkrit.
Zhu Xi bersetuju dengan Cheng Yi bahawa tujuan kaedah inkuiri – memperkembang ilmu manusia melalui prinsip
luaran.
Prinsip tersebut perlu dilakukan secara terus menerus agar kita dapat memahami ilmu alam semesta, yang
dimanifestasikan melalui enlightenment.
Beliau menjelaskan : berilmu membawa amal tetapi amalan adalah lebih penting daripada berilmu.
Teori enlightenment Zhu Xi serupa dengan teori Plato yang mengusulkan manusia memperoleh intisari pelbagai ilmu
sebelum kelahiran.
Teori enlightenment Zhu Xi – kadangkala dihayati sebagai Mazhab Idea Platonik (School of Platonic Ideas).
Rumus
an
Mazhab
Li• Chenghao, Cheng Yi dan Zhu Xi telah
memperkenalkan unsur rasionalisme dalam falsafah pendidikan Konfusianisme.
• Mereka menyarankan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu pengetahuan.
• Tujuan pendidikan sebagai:• Perkembangan kecerdasan individu• Pembentukan individu bermoral tinggi• Berbudaya sempurna
• Dipelopori dan diasaskan oleh Cheng Hao.
• Diperkembangkan dan disempurnakan oleh Lu Qiu
Yuan (1139 – 1193) dan Wang Shouren (1472 –
1528) dalam Dinasti Ming (1368 – 1644).
• Mazhab Neo-Konfusianisme Minda Universal
dikenali sebagai Mazhab Lu-Wang.
Mazhab Minda Universal (School of
Universal Mind)
• Menurut Cheng Hao, pelajar harus terlebih dahulu memahami ren yang mengandungi nilai-nilai murni:
• Kebenaran• Tatasusila• Kebijaksanaan• Kejujuran dan kebaikan • Memupuknya dengan keikhlasan• Penumpuan perhatian secara penuh• Terus menerus dengan lancar• Tanpa sebarang usaha dititikberatkan
• Dengan amalan secara beransur-ansur, pelajar akan mencapai kesepaduan diri dengan alam semesta.
• Kehilangan kesepaduan – minda telah disekat oleh nafsu kepentingan diri.
•Wang Shouren- alam semesta merupakan satunya yang menyeluruh dan di dalam satu dunia yang kita mengalami.•Konsep Zhu Xi- tiada tempat di dunia lain yang ada prinsip Li & minda adalah diintegrasikan sebagai satunya.
Konsep Alam Semesta
Mazhab Minda mengutamakan
kepentingan ilmu intuitif.
Wang Shouren- ilmu intuitif merupakan sinar minda dalaman manusia dan perkembangan ilmu intuitif merupakan manifestasi nilai murni dalaman.
Ilmu intuitif merupakan ilmu yang baik dan sekiranya kita enggan menggunakan ilmu intuitif ini, ia akan kehilangan kebaikannya.
Setiap individu mempunyai ilmu intuitif yang terkandung dalam mindanya.
Mazhab Minda
Rumusan Neo-Konfusianisme
• Merupakan falsafah Konfusianisme yang baru dan dikembangkan melalui sintesis intisari falsafah Konfusianisme, Taoisme dan Buddhisme, terutama Chanisme yang mementingkan kepuasan nafsu kepentingan diri dan usaha mencapai tahap enlightenment sebagai matlamat utama.
• Wang Shouren – ilmu intuitif adalah terkandung dalam jiwa mental setiap individu.
• Menentang pengunaan kaedah inkuiri untuk memperoleh ilmu.
• Menyarankan teknik peneguhan dan motivasi untuk menimbulkan minat terhadap aktiviti dalam pembelajaran.
• Ilmu boleh diperolehi daripada latihan dan proses pembelajaran tidak dapat dipisahkan daripada amalan.
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMURDI INDIA
Asasnya ditumpukan kepada ajaran agama
- Hinduisme- Buddhisme
HINDUISME Mula berakar umbi lebih 4000 tahun
yang lalu di India. Mempunyai 75% penganut
BUDDHISME
• Pengasasnya Siddharta Gautama (563-483 SM) iaitu Putera di Nepal
Falsafah di India-VEDAS-
Bermakna suci Moksa(Nirvana) : Kelepasan daripada
penderitaan Penganut percaya mereka akan terlepas
daripada nirvana jika dapat melepaskan diri daripada nafsu keduniaan dalam kehidupan.
Penganut Hinduisme percaya yoga sesuatu amalan untuk mendisplinkan mental dan fizikal
KARMA
SISTEM KASTA
BRAHMIN-Sami dan sarjana
KSHATRIGA-Pahlawan dan
pentadbir
VAISYA-saudagar dan
pedagang
SUDRA-Hamba dan buruh
MENJELMA SEMUAREINCARNATION
EDO TENSEI
DHARMA
Peraturan untuk Karma Terdapat peraturan tersendiri untuk
setiap ahli dalam sistem Kasta yang harus dipatuhi sepebuhnya untuk melepaskan diri daripada Karma
Iainya tentang tanggungjawab duniawi
LAPAN LANGKAH(Eightfold Path)
Pengamatan secara betul Pemikiran secara betul Pertuturan secara betul Tindakan secara betul Cara hidup secara betul Usaha secara betul Kesedaran secara betul Bertafakur secara betul
MAHATMA GANDHI(1869-1948) PEMIMIPIN NASIONALIS DAN
REFORMIS SOSIAL YANG MENGGUNAKAN FALSAFAH INDIA(ASETISISME dan PRINSIP AHIMSA)
BERJAYA MENYATUKAN PENDUDUK DAN MERDEKA
Rabindranath Tagore menyifatkan Gandhi sebagai “Mahajiwa terkandung dalam kain koyak-rabak pengemis”
NASIONALISME DAN
INTERNASIONALISME
Rabindranath Tagore (1861-1941)
Ahli falsafah dan penyair dari India
Pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohaniandengan penuh bermakna.
Pendidikan harus menjadi suatu proses berhidup, dinamik serta realistik
Sharifah Alwiah Alsagoff
Falsafah Pendidikan(1984), menyenaraikan idea-idea penting yang terkandung dalam falsafah pendidikan Rabindranath Tagore: Pendidikan tubuh badan Pendidikan intelek Pendidikan kerohanian Pendidikan realistik Pendidikan harus hidup dan dinamik Pendidikan dalam perkara semula jadi Pendidikan untuk nasionalisme tulen Pendidikan untuk internasionalisme Pendidikan perkembangan individu Pendidikan untuk perkhidmatan sosial
dan kecekapan