Pendidikan inklusif

7
KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 1.0 Tujuan Kertas cadangan ini dibuat adalah bertujuan untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif bagi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran di Sek. Keb. Kirokot, Ranau, Sabah. Program Inklusif mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dimana murid bermasalah pembelajaran ini akan dibantu oleh seorang guru pembimbing yang mana guru ini merupakan guru yang didatangkan khas dari Sekolah Pendidikan Khas. Murid-murid yang bermasalah pembelajaran ini akan dibantu oleh guru Pendidikan Khas dengan nisbah 1:5, yang mana seorang guru pembimbing akan membimbing tidak lebih daripada lima orang murid. Semua guru di arus perdana akan diberi pendedahan tentang murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif dalam bentuk kursus yang akan diberikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan badan pendidikan khas yang lain. Daripada pelaksanaan ini diharapkan akan dapat memupuk semangat kerjasama antara guru arus perdana dengan guru Pendidikan Khas untuk membantu pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. 2.0 Latar belakang Program Pendidikan Inklusif merupakan satu program pendidikan yang mengambil kira keperluan kanak-kanak bekeperluan khas dalam bidang pendidikan. Program ini memberi peluang pendidikan

description

Pendidikan inkulusif

Transcript of Pendidikan inklusif

Page 1: Pendidikan inklusif

KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0 Tujuan

Kertas cadangan ini dibuat adalah bertujuan untuk mencadangkan pelaksanaan Program

Pendidikan Inklusif bagi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran di Sek. Keb. Kirokot,

Ranau, Sabah. Program Inklusif mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dimana murid

bermasalah pembelajaran ini akan dibantu oleh seorang guru pembimbing yang mana guru ini

merupakan guru yang didatangkan khas dari Sekolah Pendidikan Khas. Murid-murid yang

bermasalah pembelajaran ini akan dibantu oleh guru Pendidikan Khas dengan nisbah 1:5,

yang mana seorang guru pembimbing akan membimbing tidak lebih daripada lima orang

murid. Semua guru di arus perdana akan diberi pendedahan tentang murid-murid bermasalah

pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif dalam bentuk kursus yang akan diberikan

oleh pihak Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan badan pendidikan

khas yang lain. Daripada pelaksanaan ini diharapkan akan dapat memupuk semangat

kerjasama antara guru arus perdana dengan guru Pendidikan Khas untuk membantu

pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran.

2.0 Latar belakang Program

Pendidikan Inklusif merupakan satu program pendidikan yang mengambil kira keperluan

kanak-kanak bekeperluan khas dalam bidang pendidikan. Program ini memberi peluang

pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama

rakan sebaya dengan mengikuti kurikulum biasa. Mereka mendapat bimbingan yang sama

rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh Guru Pendidikan Khas (guru pembimbing)

bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Program Pendidikan

Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid

berkeperluan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran

perdana. Ini selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.

3.0 Pernyataan Masalah

Pada masa kini, program Pendidikan Inklusif terutamanya di negara kita tidak dapat

dilaksanakan sepenuhnya disebabkan beberapa kekangan daripada beberapa pihak yang tidak

bersedia untuk menerima program ini. Bagi Sek. Keb Kirokot sendiri, murid berkeperluan

Page 2: Pendidikan inklusif

khas yang bersekolah di sekolah ini mengikuti kurikulum murid aliran perdana dan hanya

dibimbing oleh guru pemulihan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik sahaja.

Program kurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah lebih banyak merujuk kepada

murid aliran perdana berbanding murid berkeperluan khas. Kepercayaan dan keyakinan ibu

bapa masih kurang dalam memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang

berkeperluan khas disebabkan ibu bapa murid itu sendiri tidak berkemampuan dari segi

kewangan untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Pendidikan Khas. Selain itu,

penglibatan daripada organisasi tertentu dalam hal penyediaan guru pembimbing yang boleh

mengajar murid berkeperluan khas ini juga kurang yang membawa kepada implikasi

kegagalan peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru di aliran

perdana kurang atau langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang program inklusif. Oleh

yang demikian, cadangan pelaksanaan program pendidikan inklusif di Sek. Keb. Kirokot

perlu dijalankan agar dapat membantu murid-murid yang bermasalah pembelajaran dengan

lebih berkesan.

4.0 Rasional

Pendidikan inklusif merupakan satu faktor penting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf

hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua dengan lebih adil.

Pelaksanaan program inklusif akan dapat memastikan murid-murid berkeperluan khas

berpeluang untuk berinteraksi dengan murid lain, pengagihan sumber dan perkhidmatan yang

lebih luas dan adil, peluang untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat dan juga penerapan

nilai-nilai moral antara murid berkeperluan khas dengan murid aliran perdana.

3.0 Objektif

Melalui pelaksanaan program inklusif ini diharapkan dapat;

i. Memberi peluang kepada semua murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan

pembelajaran dan menyertai semua aktiviti di sekolah bersama dengan murid arus

perdana.

ii. Murid berkeperluan khas dapat belajar dengan suasana pembelajaran dalam konteks

yang lebih natural berbanding dengan keadaan yang terpisah daripada murid aliran

perdana.

iii. Menggalakkan perhubungan sosial yang lebih luas antara murid aliran perdana

dengan murid berkeperluan khas.

iv. Menyediakan peluang yang lebih kepada murid berkeperluan khas untuk berdikari.

Page 3: Pendidikan inklusif

v. Memberi pendedahan kepada murid aliran perdana untuk turut serta dalam membantu

mengendalikan rakan-rakan ’khas’ sekelas mereka ini tanpa mengira perbezaan,

kekurangan dan juga kecacatan.

5.0 Cadangan Pelaksanaan

i. Mewujudkan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif

ii. Memberikan pendedahan kepada guru aliran perdana dan ibu bapa tentang keperluan

program inklusif kepada murid berkeperluan khas dari segi sosial, keyakinan diri,

derdikari, untuk diterima dalam masyarakat, dan mengurus diri.

iii. Memberi pendedahan tentang tugas dan peranan guru aliran perdana dalam

melaksanakan program inklusif.

iv. Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas aliran

perdana yang akan terlibat dengan pelaksanaan program pendidikan inklusif.

v. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid berkeperluan khas yang

akan mengikuti program pendidikan inklusif.

vi. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas aliran perdana.

vii. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang

bersesuaian dengan keperluan murid berkeperluan khas ini.

viii. Menyediakan bahan bantu mengajar mengikut keperluan murid berkeperluan khas.

ix. Murid berkeperluan khas ini ditempatkan dalam kelas murid aliran perdana semasa

mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.

x. Pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara kolaboratif dengan guru mata

pelajaran dan juga guru pembimbing berdasarkan kepada jadual induk sekolah.

xi. Menyelaras, mengenal pasti dan juga mengambil tindakan bagi setiap keputusan yang

diambil berkaitan dengan perkembangan semasa dalam Program Pendidikan Inklusif.

xii. Membuat penilaian secara kolaboratif (Guru mata pelajaran dan Guru Pemulihan)

secara berperingkat-peringkat.

xiii. Menyediakan pelaporan perkembangan pembelajaran semasa mesyuarat kurikulum

dan pelaporan kepada ibubapa murid berkeperluan khas agar pelaksanaan program

inklusif dapat diketahui.

Page 4: Pendidikan inklusif

6.0 Sasaran

Murid yang telah disahkan menghadapi masalah pembelajaran oleh doktor yang ditauliahkan

untuk membuat pengesahan terhadap Murid Berkeperluan Khas.

Maklumat Murid Berkeperluan Khas

1. Nama : Waydunne Jurin

Jantina : Lelaki

Tarikh Lahir :

Umur : 9 Tahun

Kategori MBK : Bermasalah Pembelajaran

2. Nama : Elbister Parisin

Jantina : Lelaki

Tarikh Lahir :

Umur : 12 Tahun

Kategori MBK : Bermasalah Pembelajaran

5.0 Implikasi

i. Guru Pendidikan Khas dibayar elaun khas manakala guru aliran perdana tidak.

ii. Murid Berkeperluan Khas mengganggu pengajaran dan pembelajaran dalam aliran

perdana.

iii. Kurangnya guru terlatih yang mempunyai pengalaman dalam menangani murid

berkeperluan khas.

7.0 Penutup

Sungguhpun program pendidikan inklusif boleh dilaksanakan dalam sekolah aliran perdana

namun ia memerlukan kerjasama dan dilaksanakan dengan ikhlas dari semua pihak untuk

menjayakan pelaksanaannya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………

Page 5: Pendidikan inklusif

(Md.Salleh A. Rahman)

Penyelaras Program