PENDIDIKAN KESELAMATAN

19
PENDIDIKAN KESELAMATAN ( PKE 3102 ) DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABD RAHANI (900601-06-5971) MUHAMMAD SAIFUL BIN HARUN KESELAMATAN DIRI

Transcript of PENDIDIKAN KESELAMATAN

Page 1: PENDIDIKAN KESELAMATAN

PENDIDIKAN KESELAMATAN( PKE 3102 )

DISEDIAKAN OLEH :

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABD RAHANI (900601-06-5971)

MUHAMMAD SAIFUL BIN HARUN

KESELAMATAN DIRI

Page 2: PENDIDIKAN KESELAMATAN

KONSEP KESELAMATAN DIRI

Keselamatan diri dipersepsi sebagai seseorang yang berasa

selesa dan mesra terhadap gerak blas dirinya terhadap orang

lain seperti keluarga, rakan dan masyarakat sekelilingnya.

ASPEK EMOSI

ASPEK FIZIKAL

Ia melibatkan seseorang itu bebas daripada sebarang ancaman

penderitaan atau kesakitan yang berpunca daripada kecedaraan

dan kemalangan. Kecederaan boleh berpunca daripada keadaan

tanpa niat (unintentional) seperti kemalangan dan dengan niat

(intentional) seperti penderaan dan penculikan.

Page 3: PENDIDIKAN KESELAMATAN

Berdasarkan Teori Motivasi Maslow, seteoah tahap

keperluan makanan dipenuhi, seseorang itu perlukan

keselamatan. Setelah tahap keperluan keselamatan

dipenuhi, seseorang itu akan melangkah ke tahap

keperluan sosial iaitu keperluan berkawan dan

berhubung dengan orang lain ( Saccuzo, 1987).

Tuntutan ini menyebabkan manusia melakukan pelbagai

perkara untuk menjamin tahap dan standard aspek

keselamatan diri sentiasa dipenuhi, dihormati dan

dijamin.

Page 4: PENDIDIKAN KESELAMATAN

DEFINISI KESELAMATAN DIRI

Ia boleh didefinisikan sebagai keupayaan atau kebolehan

seseorang untuk melindungi diri daripada mendapat

kemudaratan secara fizikal dan emosi sebagai gerak balas

terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinya dan

di sekitarnya.

Keupayaan menjaga keselamatan diri ini melibatkan adanya

usaha dan tindakan awal seseorang untuk mengelak sesuatu

kemudaratan seperti kemalangan dan kecederaan daripada

berlaku.

Manusia memberi respon kepada perkara-perkara yang

mengancam keselamatan dirinya. Misalnya, lari

menyelamatkan diri apabila dikejar anjing.

Page 5: PENDIDIKAN KESELAMATAN

KONSEP KESELAMATAN DI TEMPAT-TEMPAT TERTENTU

TEMPAT TERTENTU

BANGUNANPEJABAT

RUMAH

JALAN RAYASEKOLAH

TAMAN PERMAINAN

Page 6: PENDIDIKAN KESELAMATAN

KONSEP KESELAMATAN DI PEJABAT (BANGUNAN)

• Keselamatan Bangunan – mengisitiharkan sebagai kawasan

larangan / tempat

larangan / terperingkat.

• Mengadakan pagar dan lampu keselamatan serta mengehadkan pintu

ekses.

• Mengadakan pengawal keselamatan sama ada mempunyai kuasa

khas atau tidak di bawah undang-undang.

• -Semua cadangan penggunaan perkhidmatan awam atau swasta

perlu merujuk

kepada KPKK.

• Mengadakan papan kenyataan di tempat-tempat yang sesuai bagi

menunjukkan kawasan atau tempat itu sebagai tempat larangan atau

kawasan larangan.

• Mewujudkan sistem pas keselamatan atau kad pengenalan jabatan.

Page 7: PENDIDIKAN KESELAMATAN

KONSEP KESELAMATAN DI RUMAH

PERANAN IBUBAPA PERANAN ANAK-

ANAK

Pastikan lantai sentiasa kering dan tidak licin

Pasang jeriji pada tingkap atau jauhkan kerusi dari tingkap

Jauhi dari benda yang boleh menyebabkan lemas dan tercekik

Susun dan kemas barang mainan yang berbentuk objek selepas bermain

Tidak berlari-lari di dalam rumah

Memaklumkan kepada ibubapa setiap kali melakukan sesuatu

Page 8: PENDIDIKAN KESELAMATAN

KONSEP KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN

IBUBAPA ANAK-ANAK

Mereka haruslah sentiasa

memantau dan mengawasi

pergerakan anak mereka.

Sentiasa memberi panduan tentang keselamatan di

tempat tersebut.

Kanak-kanak mestilah

memaklumkan setiap pergerakan mereka ketika di

taman permainan.

Menjaga sikap dan tidak

mengganggu orang lain

Page 9: PENDIDIKAN KESELAMATAN

KONSEP KESELAMATAN DI SEKOLAH

PIHAK SEKOLAH

MURID

Membentuk Jawatankuasa

Menentukan bidang tugas

Melaksanakan Pemantauan

Membuat PenilaianMerangka semula

perlaksanaan

• Sentiasa mengingati pesanan guru dan pihak pentadbir supaya menjauhi kawasan tersebut.

• Melarang rakan yang cuba memasuki kawasan tersebut dan melaporkan kepada guru jika rakannya tidak mengendahkan larangannya.

Page 10: PENDIDIKAN KESELAMATAN

KONSEP KESELAMATAN DI JALAN RAYA

PIHAK BERKUASA

PENGGUNA JALAN RAYA

Menguatkuasakan undang-undang jalan

raya

Mengenakan denda atau kompaun

kepada pengguna yabg melanggar undang-undang

memastikan jalan raya selamat

digunakan

Memandu dengan selamat dan memakai tali

pinggang dan topi keledar

Pejalan kaki haruslah memastikan jalan selamat sebelum

melintas.

Page 11: PENDIDIKAN KESELAMATAN

KEPENTINGAN PENGAWALAN KESELAMATAN

Tahap pengawalan keselamatan berbeza mengikut situasi

persekitaran dan tahap umur seseorang.

Kanak-kanak tidak dapat menjaga keselamatan diri mereka dan

memerlukan sokongan khas terutamanya daripada ibubapa,

penjaga, guru dan sebagainya.

Pengawalan keselamatan amat berguna dalam memupuk sikap

sentiasa berwaspada terhadap keadaan persekitaran.

Ia juga harus dilihat dari aspek peraturan dan undang-undang

kerana konsep penjagaan keselamatan diri tidak dilakukan

dengan menggugat keselamatan orang lain.

Page 12: PENDIDIKAN KESELAMATAN

PERALATAN PERLINDUNGAN KESELAMATAN

JENIS TEMPAT

PERSONAL/ INDIVIDU

TEMPAT KERJA

RUMAHSEKOLAH

TEMPAT AWAM

Page 13: PENDIDIKAN KESELAMATAN

INDIVIDU/PERSONAL

Penggunaan topi keledar keselamatan bagi penunggang

dan pembonceng motosikal merupakan salah satu alat

perlindungan yang amat penting bagi mengurangkan

kesan kecederaan akibnat kemalangan jalan raya.

Page 14: PENDIDIKAN KESELAMATAN

Panduan berkaitan pemilihan dan penggunaan topi keledar :

Topi keledar diluluskan oleh pihak berkuasa khasnya SIRIM.

Ia mestilah digunakan dengan betul. Ia mestilah padan dan boleh

diikat dengan selesa di bawah dagu pengguna

Ia mesti berwarna terang dengan penggunaan pelekat yang

memantulkan cahaya pada waktu malam

Jenis topi keledar mengikut tahap umur seseirang khasnya untuk

orang dewasa dan kanak-kanak

Penggunaan topi keledar sebagai suatu amalan keselamatan

semasa menunggang motosikal.

Page 15: PENDIDIKAN KESELAMATAN

RUMAH

Aspek keselamtan di rumah tidak boleh diambil mudah.

Golongan seperti bayi, kanak-kanak, orang dewasa serta

individu berkeperluan khas juga memerlukan peralatan

keselamatan yang berbeza.

Kepatuhan kepada aspek keselamatan di rumah berbeza

mengikut keperluan golongan.

Page 16: PENDIDIKAN KESELAMATAN

Panduan penggunaan peralatan perlindungan keselamatan yang perlu diutamakan :

Menggunakan sarung tangan dan pemegang khas untuk

memegang peralatan panas seperti ketuhar,kuali.

Menggunakan cermin mata khas (goggles) apabila melakukan

kerja mengimpal, bertukang dan sebagainya. Tujuannya

melindungi mata dari terkena percikan api and partikel.

Mengguna jubin yang ada permukaan yang kesat di bilik mandi,

dapur dan sebagainya untuk mengelakkan tergelincir dan terjatuh.

Menutup soket elektrik dengan penutup khas unutk elakkan bayi

atau kanak-kanak memasukkan objek ke dalam lubang soket

untuk elakkan renjatan elektrik.

Page 17: PENDIDIKAN KESELAMATAN

TEMPAT KERJA

Antara tanggungjawab majikan yang termaktub dalam Akta

Keselamatan dan Kesihatan Pekerja ialah menyediakan

peralatan perlindungan diri kepada pekerjanya.

Majikan juga harus mendidik pekerja dan memastikan segala

peraturan penggunaan peralatan diri ini sentiasa dipatuhi di

tempat kerja.

Page 18: PENDIDIKAN KESELAMATAN

Peralatan keselamatan diri yang digunakan di tempat kerja

Topi Keselamatan – mengurangkan kesan hentakan benda berat dan

kecederaan di atas kepala

Kasut Keselamatan – menahan hentakan objek berat, renjatan

lektrik, haba panas dan tercucuk benda tajam.

Sarung Tangan Keselamatan – ada beberapa jensi sarung tangan

berdasarkan bidang kerja sarung tangan pelapik aluminium, sarung

tangan pelapik besi dan sebagainya.

Cermin Mata Keselamatan – untuk melindungi mata dari habuk,asap

dan cahaya yang terang.

Palam Telinga dan Peranti Telinga – diguna di tempat pembinaan,

lapangan terbang, kilang yang mengeluarkan bunyi bising.

Page 19: PENDIDIKAN KESELAMATAN