PENDIDIKAN SENI VISUAL
-
Upload
yeang-theng-yeap -
Category
Documents
-
view
93 -
download
3
description
Transcript of PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENGENALAN
1. Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsure-unsur seni ( garisan , rupa , bentuk , jalinan , ruang dan warna ) untuk menimbulkan gambaran tertentu yang dikehendaki dalam sesuatu gubahan seni visual .
2.Terdapat tujuh prinsip rekaan iaitu harmoni, kontra, penegasan , imbangan , irama dan pergerakan , kepelbagaian dan kesatuan .
3.Setiap gubahan seni visual yang menarik lazimnya mengaplikasikan lebih daripada satu prinsip rekaan dalam proses ciptaannya .
4. Struktur ialah rangka asas sesuatu objek . Semua objek di alam sekeliling kita mempunyai struktur yang memberi sokongan dan perlindungan kepada objek tersebut .
Corak permaidani ini mengaplikasikan prinsip harmoni dan imbangan ( motif sama diulang-ulang), serta prinsip penegasan ( motif di pusat tidak sama dengan hiasan di tepi .
Gubahan corak ini mengutamakan prinsip irama
dan pergerakan ( corak anak panah ), prinsip
kepelbagaian ( rupa anak panah yang berbeza
saiznya ) dan prinsip kontra ( aplikasi warna hitam,
putih dan biru sahaja .
5. Dalam konteks seni , struktur rekaan ialah gaya persembahan sesuatu gubahan seni visual .
6. Jenis struktur yang sering wujud dalam gubahan seni visual ialah struktur linear , struktur pancaran , struktur formal dan struktur tidak formal .
Struktur
berpancar
Bunga Struktur berlingkar-lingkar
Kulit siput