PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan...

16
PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) DIINTEGRASIKAN MENERUSI PENDEKATAN PROJEK Norazizah binti Abdul Rahman, Noor Ashikin binti Mohd Yusop dan Sopia binti Md Yassin Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris E-mel: [email protected] Abstrak Kajian ini dijalankan untuk melihat bagaimana enam tunjang dalam KSPK dapat diintegrasikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran menerusi Pendekatan Projek. Menerusi “Kaca Mata ECO PA” enam tunjang utama KSPK iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusian, ketrampilan diri, fizikal dan estetika serta sains dan teknologi dapat digabung jalinkan. Pengabung jalinan isi kandungan dengan standard pembelajaran adalah mengikut topik atau cetusan idea dari kanak-kanak. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes ke atas sebuah tadika di negeri Perak. Data kajian diperolehi menerusi pemerhatian menggunakanr akaman video, analisis dokumen dan temubual bagi mengenal pasti cara guru mengaplikasikan “Fokus Integrasi Kurikulum Kaca Mata ECO PA” semasa merancang pengabung jalinan kurikulum dengan aktiviti penerokaan oleh kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peta jaringan merupakan teknik yang paling sesuai digunakan semasa merancang pengabung jalinan kurikulum. Malah guru mendapati lebih mudah untuk menghasilkan dan menyokong aktiviti yang autentik menerusi “Fokus Integrasi Kurikulum Kaca Mata ECO PA” iaitu mengikat topik yang mengandungi konsep dengan standard dan kemahiran yang telah dikemukakan oleh KSPK. Dapatan turut menunjukkan hasil pembelajaran kanak-kanak menerusi pendekatan projek bagi tema alam sekitar adalah melangkaui standard kandungan dan standard pembelajaran yang telah ditetapkan dalam KSPK. Justeru, keupayaan guru untuk mengintegrasikan standard yang terkandung dalam KSPK mampu melahirkan model insan yang bersedia menghadapi cabaran dunia global. Malah, pembentukan modal insan yang berkualiti melalui pembelajaran sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta berupaya membawa kepada perubahan sikap dan tingkahlaku yang lebih baik. Kata Kunci: Pendidikan sepanjang hayat, Pendekatan projek, KSPK, Alam sekitar, Kaca Mata ECO PA

Transcript of PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan...

Page 1: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH

KEBANGSAAN (KSPK) DIINTEGRASIKAN MENERUSI PENDEKATAN PROJEK

Norazizah binti Abdul Rahman, Noor Ashikin binti Mohd Yusop dan Sopia binti Md Yassin

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara

Universiti Pendidikan Sultan Idris

E-mel: [email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk melihat bagaimana enam tunjang dalam KSPK dapat

diintegrasikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran menerusi Pendekatan

Projek. Menerusi “Kaca Mata ECO PA” enam tunjang utama KSPK iaitu komunikasi,

kerohanian, sikap dan nilai, kemanusian, ketrampilan diri, fizikal dan estetika serta sains dan

teknologi dapat digabung jalinkan. Pengabung jalinan isi kandungan dengan standard

pembelajaran adalah mengikut topik atau cetusan idea dari kanak-kanak. Kajian kualitatif ini

menggunakan reka bentuk kajian kes ke atas sebuah tadika di negeri Perak. Data kajian

diperolehi menerusi pemerhatian menggunakanr akaman video, analisis dokumen dan

temubual bagi mengenal pasti cara guru mengaplikasikan “Fokus Integrasi Kurikulum Kaca

Mata ECO PA” semasa merancang pengabung jalinan kurikulum dengan aktiviti penerokaan

oleh kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peta jaringan merupakan teknik

yang paling sesuai digunakan semasa merancang pengabung jalinan kurikulum. Malah guru

mendapati lebih mudah untuk menghasilkan dan menyokong aktiviti yang autentik menerusi

“Fokus Integrasi Kurikulum Kaca Mata ECO PA” iaitu mengikat topik yang mengandungi

konsep dengan standard dan kemahiran yang telah dikemukakan oleh KSPK. Dapatan turut

menunjukkan hasil pembelajaran kanak-kanak menerusi pendekatan projek bagi tema alam

sekitar adalah melangkaui standard kandungan dan standard pembelajaran yang telah

ditetapkan dalam KSPK. Justeru, keupayaan guru untuk mengintegrasikan standard yang

terkandung dalam KSPK mampu melahirkan model insan yang bersedia menghadapi cabaran

dunia global. Malah, pembentukan modal insan yang berkualiti melalui pembelajaran

sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan

dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta berupaya membawa kepada

perubahan sikap dan tingkahlaku yang lebih baik.

Kata Kunci: Pendidikan sepanjang hayat, Pendekatan projek, KSPK, Alam sekitar, Kaca

Mata ECO PA

Page 2: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

Pendidikan Sepanjang Hayat : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Pengenalan

Kejayaan pelaksanaan kurikulum dalam sesebuah organisasi sekolah adalah terletak pada

keberkesanan pengajaran dan mutu penyampaian yang sempurna oleh seorang guru.

Kemantapan penguasaan ilmu pedagogi serta pelbagai strategi dan pendekatan abad ke-21

merupakan nadi kecemerlangan untuk seorang guru dalam memastikan proses pemerolehan

pengetahuan, penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap dan kepercayaan dalam diri

kanak-kanak. Oleh yang demikian, bagi memenuhi tuntutan ini menurut Suseela & Noaziyan

(2006) pembelajaran sepanjang hayat adalah merupakan suatu wadah yang perlu diberi

penekanan dalam kalangan guru-guru agar mereka sentiasa memperbaharui ilmu pengetahuan

dan kemahiran. Malahan dengan mengamalkan PSH, seseorang guru akan mampu

melahirkan masyarakat yang berilmu serta dapat memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan

Negara.

Pembelajaran Sepanjang Hayat Untuk Pembangunan Sumber Manusia

Dunia pendidikan tidak asing dengan perbincangan dan membahaskan mengenai persediaan

kanak-kanak untuk menghadapi abad ke 21 (Gardner, 1999; Rotherham & Willingham,

2009). Gardner (2008) melihat bahawa isu ini harus dipandang secara global, ini adalah

kerana kanak-kanak bakal menerajui dunia yang bergerak tanpa sempadan dan sentiasa

berubah-ubah. Justeru, Gardner (2008) bersetuju bahawa kanak-kanak di peringkat pra

sekolah akan meningkat dewasa dan mereka akan berhadapan dengan cabaran dan peluang

yang tidak dapat dijangka.

Selain dari melihat kemahiran literasi dan numerasi sebagai aspek yang penting

namun terdapat beberapa penambahan dalam alaf ini. Di mana kanak-kanak sewajarnya

dibentuk sebagai seorang individu yang bijak dalam menyelesaikan masalah, mempunyai

daya pemikiran yang fleksibel dan bersedia untuk menghadapi perubahan pesat teknologi,

pasaran gobal serta cabaran alam sekitar dalam isu penambahan populasi manusia (Gardner,

1999; Rotherham & Willingham, 2009).

Page 3: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

Selain itu, bagi merealisasikan wawasan dalam pembentukan modal insan yang

berdaya saing maka guru (pekerja) merupakan sumber yang paling bernilai dalam sesebuah

organisasi pendidikan (sekolah). Tanpa guru, sesebuah sekolah tidak dapat berfungsi dengan

berkesan, ini adalah kerana guru merupakan insan yang membentuk kanak-kanak menerusi

pengalaman dan kemahiran. Malah, aktiviti yang melibatkan pembelajaran yang

menyeronokkan akan memudahkan sesuatu objektif pembelajaran dapat difahami dan

dihayati oleh kanak-kanak serta memberi pengalaman yang berterusan sehingga melangkah

ke alam dewasa.

Oleh itu, Gardner (2008) berpendapat bahawa meskipun pencapaian akademik

merupakan kunci untuk kejayaan seseorang individu namun demikian dalam dunia yang

pesat membangun memiliki pengetahuan tidak menjamin seseorang untuk terus berjaya

dalam abad ke-21. Justeru, apa yang perlu adalah sedikit penambahan yang harus berlaku

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penambahan ini adalah melibatkan pembentukan

otak dan perkembangan kapasiti minda dalam memastikan berterusan untuk melahirkan

seorang insan yang mampu berdikari dan berkeyakinan tinggi dengan memiliki kemahiran

menyelesaikan masalah.

Gardner (2008) turut melihat bahawa kemahiran yang tinggi ini mampu membentuk

seorang individu dewasa yang mempunyai semangat dan kegigihan yang tinggi dalam

memahami isu dan masalah persekitaran, memilik fikiran kreatif dan segala usaha yang

dibuat adalah secara kolaboratif dan berterusan.

Justeru, untuk memastikan keberhasilan dan kemenjadian diri kanak-kanak terbentuk

secara holistik, guru harus sentiasa bersedia untuk berubah dari segi kepercayaan dan

kefahaman mengenai bagaimana proses pembelajaran kanak-kanak berlaku (Helm, 2015).

Kajian turut dilakukan oleh Zull (2002) menurut beliau sekiranya guru dapat

menyediakan sesuatu pengalaman atau tugasan yang dapat memenuhi keempat-empat

bahagian korteks otak maka pembelajaran yang berlaku adalah lebih mendalam. Ini adalah

kerana menurutnya se6makin luas kawasan otak yang diguna maka semakin banyak

penghasilan neuron dan pembentukan jaringan saraf. Malah, proses pembelajaran akan

menjadi lebih bermakna.

Page 4: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

Dengan erti kata lain, sekiranya guru dapat menyediakan keadaan pembelajaraan yang

menggunakan deria sebagai pengalaman dan peluang untuk meneroka maklumat dengan

sendiri, serta mencipta idea baru dan kemudian menggunakan idea tersebut maka guru

sebenarnya telah membantu kanak-kanak menggunakan keseluruhan bahagian korteks otak

dengan tepat (Zull, 2011).

Malahan, menurut Zull (2011) otak merupakan pusat untuk mengintegrasikan

maklumat yang memberi fokus kepada memberi pengalaman yang bermakna kepada kanak-

kanak. Oleh itu kanak-kanak meneroka sesuatu maklumat yang baharu, akan memikirkan

mengenai maklumat yang diperolehi serta cuba untuk mengenal pasti dan

menghubungkaitkan antara satu sama lain. Implikasinya kepada kanak-kanak adalah

menyediakan mereka ke arah minda berfikiran tinggi.

Selain itu,Pendekatan projek adalah merupakan pendekatan untuk kurikulum. Oleh

itu, keperluan kurikulum adalah penting bagi tujuan proses pemilihan topik. Meskipun,

pengendalian sesuatu projek adalah mengikut struktur yang ditetapkan menerusi Pendekatan

Projek adalah urutan sehala, namun demikian bukan dengan satu strategi sahaja yang boleh

digunakan namun fokus utama perlaksanaannya adalah dengan menggunakan pelbagai

kaedah dalam memenuhi matlamat kurikulum. Justeru, guru perlu mengenal pasti sama ada

sesuatu topik dapat memenuhi keperluan dari segi konteks kurikulum atau akan menyumbang

kepada matlamat sesuatu standard (Katz & Chard, 2000).

Fogarty (2002) menghuraikan bahawa sesuatu standard dalam kurikulum adalah amat

penting kerana Fogarty menterjemahkan kurikulum sebagai

“It’s not standard or curriculum, but rather, standard and curriculum. Standards help

to prioritize content teaching in a overloaded, fragmented, and sometimes outdated

curriculum. Standard provide the foundation for what student need to know and able

to do. Well-designed standards help set the curricular priorities necessary for an

integrated, coherent and authentic curriculum” (p. xviii).

Fogarty (2002) membahaskan bahawa fokus untuk sesuatu asas standard

pembelajaran adalah perbincangan mengenai penguasaan kanak-kanak dan keupayaan dalam

melakukan sesuatu. Maka konsep yang diperlukan untuk mengintegrasikan kurikulum adalah

Page 5: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

dengan melibat praktis untuk berubah atau berlaku transformasi dalam sesuatu pembelajaran.

Penguasaan ilmu adalah berdasarkan kepada pengalaman dalam kehidupan sebenar dan

kanak-kanak menjadikan ilmu tersebut sebagai kekuatan dan diaplikasikan di masa hadapan.

Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian adalah rancangan, strategi atau cadangan bagi menjalankan kajian yang

melibatkan interaksi antara falsafah kajian, strategi penyelidikan dan metodologi kajian

(Creswell, 2009). Dalam penyelidikan ini kajian kes dipilih sebagai reka bentuk kajian bagi

meneroka proses Mengintegrasikan KSPK menerusi Pendekatan Projek untuk kanak-kanak

pra sekolah di Malaysia. Bentuk kajian kes ini sesuai digunakan apabila penyelidik ingin

menjawab persoalan penyelidikan berbentuk “apa”, “kenapa” dan “bagaimana” (Noriah,

2010). Ini selari dengan persoalan dalam kajian ini iaitu bagaimanakah enam tunjang dalam

KSPK dapat diintegrasikan menerusi Pendekatan Projek dapat diterokai.

Malah, data diperolehi menerusi pemerhatian menggunakan rakaman video dan nota

lapangan berbentuk ‘learning story’. Pemerhatian dijalankan terhadap seorang guru bersama-

sama dua puluh orang kanak-kanak dari sebuah tadika yang terletak di Tanjung Malim,

Perak.

Analisis berbentuk naratif menerusi pemerhatian digunakan dalam pendekatan

kualitatif ini adalah untuk menggambarkan peranan guru menerusi menggunakan strategi

Ikatan tali leher bentuk rama-rama yang digunakan dalam kajian ini adalah diadaptasi dari

Helm (2015). Namun demikian, pengkaji telah mengemukakan konsep yang agak berlainan sedikit

bagi tujuan untuk penyesuaian mengikut bentuk dan acuan kurikulum yang telah digunapakai di

Malaysia.

Page 6: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

Rajah 1 Ikatan ‘Tali Leher Bentuk Rama-Rama’ antara topik yang diminati

bersama kurikulum

Rajah 1. Kandungan dan standard diikat bersama menerusi penglibatan kanak-kanak

dalam topik yang paling diminati,” Adaptasi daripada “Becoming Young Thinkers Deep

Project Work in The Classroom,” oleh Judy Harris Helm, 2015, hlm 63. Cetakan 2015

oleh NAEYC.

.

Penglibatan

kanak-kanak

dalam topik

Topik yang

paling

diminati

Kemahiran

Akademik

& Standard

Ikat isi kandungan dengan

objektif/standard menerusi

penglibatan kanak-kanak

Malah, menurut Helm (2015) ke semua strategi yang dikemukakan adalah untuk

penambahbaikan kurikulum kerana kanak-kanak menguasai pengetahuan dan kemahiran pada

ketika kanak-kanak ingin mengetahui mengenai informasi dan bersedia untuk melakukan

sesuatu yang berguna bagi menjawab segala bentuk persoalan dari perasaan ingin tahu yang

tinggi.

Page 7: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

Dengan erti kata lain, menyimpul atau mengikat bersama-sama matlamat akademik

atau standard kurikulum dengan kandungan (minat) untuk kanak-kanak mengambil bahagian

dalam proses pembelajaran menerusi penguasaan secara akademik. Rajah 1

mengilustrasikan proses untuk mengikat bersama kandungan yang mempunyai minat dan

matlamat kurikulum. Oleh itu, penglibatan kanak-kanak dalam sesuatu topik membuatkan

matlamat dan standard menjadi relevan.

Helm, Beneke & Steinheimer (2007), mencadangkan bahawa guru boleh memulakan

proses perancangan dengan mengimaginasikan simpulan yang dibuat dengan ikatan tali leher

bentuk rama-rama untuk mengikat topik yang mengandungi konsep kepada kemahiran

akademik dan standard (rujuk Rajah 1), guru akan mendapati lebih mudah untuk

menghasilkan dan menyokong aktiviti yang authentik.

Kaca Mata ECO PA

Bagi kajian ini pengkaji telah mengaplikasikan Fokus Integrasi Kurikulum Kaca Mata ECO

PA terhadap partisipan iaitu terdiri daripada dua orang guru Pra Sekolah. Malah, kajian ini

memberi fokus terhadap tema Alam Sekitar dalam kalangan kanak-kanak berusia 4+ dan 5+.

Topik /idea

yang

paling

digemari

Standard

Kandungan &

Standard

Pembelajaran

KSPK Peranan guru

menerusi

strategi

Perancah &

penglibatan

ibubapa

Penglibatan kanak-

kanak secara aktif

menerusi dunia

penyiasatan

Penghayatan dan

membina budaya

mencintai alam

sekitar menerusi

projek.

Page 8: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

Dapatan Kajian

Tema tumbuh-tumbuhan merupakan tajuk yang sinonim dengan tema pembelajaran

Prasekolah. Penggunaan tema tumbuhan ini adalah sangat sesuai dan mampu merangsang

minat kanak-kanak untuk melakukan penerokaan dan penyiasatan yang berkaitan dengan

tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Elemen penyiasatan merupakan aktiviti yang

berkeupayaan menarik minat dan merangsang daya pemikiran kanak-kanak untuk

meneruskan sesi pembelajaran yang autentik.

Tema tumbuhan ini merupakan topik yang luas dari sudut skop pembelajarannya.

Justeru, berperanan sebagai responsif manakala kanak-kanak pula bertindak sebagai perantis

muda dalam memulakan penerokaan menerusi aktiviti projek. Malah Web jangkaan guru

adalah penting untuk membantu guru merancang aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan

kanak-kanak. Selain itu, idea dan pengalaman sedia ada kanak-kanak juga diambil kira di

sepanjang pelaksanaan pendekatan projek. Seperti yang umum ketahui, bahawa tumbuhan

berada dalam persekitaran kanak-kanak, justeru jangkaan awal guru menerusi Web jangkaan

adalah lebih terbuka dan proses pengabungjalinan tidak hanya terikat dengan KSPK sahaja

malah di akhir fasa ketiga Web jangkaan guru menjadi lebih kompleks malah melangkaui

standard yang telah ditetapkan dalam silibus/sukatan.

Page 9: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

NO

WEB JANGKAAN GURU

TUMBUH-

TUMBUHAN

Page 10: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

Cetusan Idea Kanak-kanak Dokumen

Rasmi

Standard

Kandungan

Standard

Pembelajaran

Struktur tumbuh-tumbuhan

KSPK - Sains

dan

Teknologi

(ST 3.3)

Meneroka

bahagian-

bahagian

tumbuhan iaitu

daun, bunga,

buah serta

pertumbuhan

anak benih.

(ST 3.3.5)

Memerhati dan

mengumpulkan

daun daripada

persekitaran

sekolah dan

kediaman

mengikut ciri

berikut:

a. warna

b. saiz

c. tekstur

d. bentuk

e. urat daun

Pengelasan biji benih

KSPK - Sains

dan

Teknologi

(ST 3.3)

Meneroka

bahagian-

bahagian

tumbuhan iaitu

daun, bunga,

buah serta

pertumbuhan

anak benih.

(ST 3.3.8)

Memerhati dan

mengumpulkan

buah-buahan

yang biasa

dijumpai

mengikut ciri

warna dan berbiji

Page 11: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

Cetusan Idea Kanak-kanak Dokumen

Rasmi

Standard

Kandungan

Standard

Pembelajaran

Proses percambahan biji benih

KSPK –

Sains dan

Teknologi

(ST 3.3)

Meneroka

bahagian-

bahagian

tumbuhan iaitu

daun, bunga,

buah serta

pertumbuhan

anak benih.

(ST 3.3.9)

Memerhati dan

merekodkan

proses

percambahan biji

benih dan

peryumbuhan

anak benih dari

segi ketinggian

dan pertambahan

daun dengan

bimbingan

Shape

T: “What the shape of banana tree

leaves?

C1: Fan

C3: Triangle

KSPK –

Komunikasi

Bahasa

Inggeris

(BI 3.2) Read

simple words

with

understanding

(BI 3.2.4) Hear

and say the initial

sound of a word,

e.g. cup.

Struktur tumbuhan berdasarkan

jenis:

Akar, daun dan batang

DSP Sains

Tahun 3

B1D4

Ciri tumbuhan

B1D4E1

Mengenal pasti

jenis urat daun

tumbuhan

B1D4E4

Mengenal pasti

tumbuhan

berkayu dan tidak

berkayu

B1D4E5

Mengenal pasti

tumbuhan akar

tunjng dan akar

serabut

Page 12: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

Cetusan Idea Kanak-kanak Dokumen

Rasmi

Standard

Kandungan

Standard

Pembelajaran

Pembiakan tumbuh-tumbuhan

melalui:Biji benih, anak pokok,

sulur, keratan batang dan daun

Batang Bawah Tanah

DSP Sains

Tahun 3

B1D4

Ciri tumbuhan

BID4E7

Mengenal pasti

cara tumbuhan

membiak iaitu

melalui biji

benih, spora,

daun, keratin

batang, anak

pokok dan batang

bawah tanah

Proses serapan air oleh xilem

DSKP Sains

Tahun 4

5.1 Tumbuhan

bergerak balas

terhadap

rangsangan

5.1.1 Murid boleh

membuat

kesimpulan

bahagian

tumbuhan yang

bergerak balas

terhadap

rangsangan (akar

bergerak balas

terhadap air)

Cetusan Idea Kanak-kanak Dokumen Standard Standard

Page 13: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

Rasmi Kandungan Pembelajaran

Fotosintesis

DSKP Sains

Tahun 4

5.2 Fotosintesis 5.2.1

Menyatakan

tumbuhan

membuat

makanan sendiri

dengan

menjalankan

proses

fotosintesis

melalui

pemerhatian

menerusi media.

5.2.2

Menyatakan

proses

fotosintesis

memerlukan

karbon dioksida,

air, cahaya

matahari dan

klorofil melalui

pemerhatian

menerusi

pelbagai media.

Page 14: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

Kesimpulan

Pendidikan sepanjang hayat mampu dibentuk dalam diri setiap kanak-kanak menerusi aktiviti

yang berbentuk pengalaman menerusi projek. Malah, proses pembentukan individu yang

produktif dan kreatif hanya dapat dijayakan menerusi usaha guru yang kompeten semasa

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan sumber manusia dalam

usaha menuju negara maju haruslah bermula dari akar umbi dalam sesuatu sistem pendidikan,

justeru kanak-kanak pra sekolah yang telah menerima pengetahuan baharu di sepanjang

proses pembelajaran mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian sehingga

dewasa.

Dapatan kajian menunjukan bahawa keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran oleh guru akan memberi impak yang besar sekiranya guru sentiasa

mentransformasikan pedagogi ke arah melahirkan modal insan yang berfikiran saintifik dan

berdaya saing. Justeru, usaha guru dalam proses pengabungjalinan secara bersepadu

menerusi penggunaan Kaca Mata Eco PA dalam melaksanakan sesuatu projek dapat

meningkatkan minat dan perasaan ingin tahu kanak-kanak semasa menjalankan sesuatu

penyiasatan. Fokus dan matlamat pembelajaran adalah bergantung sepenuhnya terhadap

soalan dan perasaan ingin tahu kanak-kanak malah hasil pembelajaran dalam memperolehi

pengetahuan baharu secara ‘hands-on’ mampu menjana daya pemikiran tinggi dalam

kalangan kanak-kanak.

Page 15: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan

Rujukan

Creswell, J. W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods

Approaches (3rd

ed.). Los Angeles: Sage Publications.

Fogarty, R. (2002). How To Integrate The Curricula (2nd

edition). Pearson Education: USA

Gardner, H. (1999). Intelligence reframed: Multiple intelligences for the 21st century. New

York, NY: Basic Book.

Gardner, H. (2008). Five minds for the future. Boston, MA: Harvard Business Press.

Helm, J. H. (2015). Becoming young thinkers: Deep project work in the classroom. New

York, NY: Teachers College Press.

Helm, J. H., Beneke, S., & Steinheimer, K. (2007). Windows on learning: Documenting

young children’s work (2nd

ed.). New York, NY: Teachers College Press.

Katz, L., & Chard, S. C. (2000). Engaging children's minds: The project approach. (2nd

ed.).

US: Ablex Publishing Corporation.

Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: Mc Graw Hill. Sdn. Bhd.

Pendidikan, 31(1). Universiti Malaya

Rotherham, A. J. & Willingham, D. (2009). 21st century skills: The challenges ahead.

Educational Leadership, 67 (1), 16-21.

Suseela & Noaziyan (2006) . Sistem Penilaian Prestasi Guru: Realiti dan Cabaran. Masalah

Zull, J. E. (2002). The art of changing the brain: Enriching teaching by exploring the

biology of learning. Sterling,VA: Stylus.

Zull, J. E. (2011). From brain to mind: Using neuroscience to guide change in education.

Sterling,VA: Stylus.

Page 16: PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD … · sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan