Penebangan Hutan dan Kepupusan Spesies di Malaysia
Click here to load reader
Transcript of Penebangan Hutan dan Kepupusan Spesies di Malaysia
Penebangan Hutan dan Kepupusan Spesies di
MalaysiaNama : Farid bin Aspar
No. Matrik : IES 080013
Malaysia mempunyai liputan hutan sebanyak 59% (19.42 juta hektar) daripada keluasan tanah yang ada iaitu 32.83 juta hektar.
45% (5.88 juta hektar) di Semenanjung Malaysia,
59% (4.30 juta hektar) di Sabah,
69% (9.24 juta hektar) di Sarawak.
Kawasan yang dilitupi tumbuhan akan meningkat lebih 76% (25.90 juta hektar) sekiranya tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko dan kelapa diambil kira.
Pengenalan
Penebangan hutan dapat didefinisikan sebagai pengurangan kawasan yang diliputi hutan asal dalam jangka masa panjang (Ooi, 1993).
FAO pula mendefinisikan ianya sebagai pembersihan kawasan hutan secara menyeluruh daripada pertumbuhan pokok dan digantikan dengan sesuatu yang lain di atas kawasan tersebut.
Penebangan Hutan di Malaysia
Di Malaysia, aktiviti penebangan hutan boleh dibahagikan kepada dua era iaitu :-
- Di zaman penjajahan.
- Selepas penjajahan.
Penebangan Hutan di Malaysia
Di Era Penjajahan
- Hutan ditebang kerana wujudnya kekayaan bahan mineral yang bernilai seperti emas dan bijih timah.
- Contoh kawasan perlombongan di Lembah Kinta.
- Menyebabkan hutan ditebang bagi membolehkan bahan mentah tersebut dibawa keluar daripada kawasan tersebut.
Penebangan Hutan di Malaysia
Selepas Era Penjajahan
- Hutan ditebang untuk membangunkan kawasan-kawasan tertentu yang bertujuan untuk pentadbiran, penempatan dan pertanian.
- Pembukaan tanah juga dibuat oleh FELDA untuk membuka ladang-ladang pertanian untuk mendapatkan sumber makanan.
- Pembalakkan dijalankan secara aktif untuk mendapatkan sumber perkayuan dan pendapatan.
Penebangan Hutan di Malaysia
Pada tahun 1984, Pahang adalah negeri pertama di Semenanjung Malaysia yang mempunyai keluasan hutan yang terluas iaitu sebanyak 2 200.77 hektar.
Perak menduduki negeri kedua mempunyai keluasan hutan yang terluas iaitu sebanyak 1 077.049 hektar.
Manakala Kelantan negeri ketiga dengan keluasan 908.117 hektar.
Penebangan Hutan di Malaysia
Data untuk tahun 2007, jumlah Hutan Simpanan Kekal di Malaysia telah berlaku sedikit perubahan ekoran daripada undang-undang dan tindakan yang telah diambil pihak kerajaan.
Jumlah keluasan keseluruhan hutan ialah sebanyak 19.663 juta hektar.
Keluasan hutan simpan 4.301 juta hektar. 4.696 juta hektar di Semenanjung Malaysia, 3.605 juta hektar di Sabah, 6.000 juta hektar di Sarawak.
Penebangan Hutan di Malaysia
Negara Nilai Eksport (USD, bilion)
Malaysia 3.53
Kanada 29.40
Jerman 15.91
Amerika Syarikat 15.69
Finland 13.54
Sweden 12.9
Austria 6.21
China 5.20
Sumber : Pertubuhan Makanan Sedunia (FAO), 2004
Nilai Eksport Kayu dan Produk Kayu Malaysia bebanding negara-
negara lain pada tahun 2004.
Aktiviti penebangan hutan adalah dibawah kuasa negeri-negeri yang mentadbir.
Oleh yang demikian, kawalan juga dilakukan oleh negeri-negeri. Oleh itu banyak kawasan-kawasan hutan telah direzabkan sebagai kawasan hutan simpan agar ianya dapat dipelihara.
Walaubagaimanapun, negeri-negeri yang mempunyai kawasan hutan yang luas mengeluarkan hasilnya untuk menambah pendapatan.
Penebangan Hutan di Semenanjung Malaysia
Terdapat juga kawasan-kawasan hutan yang dilakukan penebangan hutan untuk membuka ladang-ladang bagi menjalankan aktiviti penanaman kelapa sawit, getah dan koko. Seperti yang dilakukan oleh FELDA dan FELCRA bagi membantu peneroka.
Aktiviti ini juga perlu juga dipantau agar tidak menyebabkan kerosakkan kepada kawasan hutan yang terlibat.
Penebangan Hutan di Semenanjung Malaysia
Di Pahang, Syarikat Konsesi Rimbaka Forestry Corporation menguruskan Hutan Simpan Pekan dan Nenasi untuk mengkomersialkan produk perkayuan.
Dijalankan mengikut standart yang telah ditetapkan bagi mengurangkan kerosakkan hutan.
Menggunakan teknik yang dapat mengurangkan kerosakkan ketika pembalakkan. Apabila pekerja-pekerja yang terlibat juga adalah yang terlatih.
Penebangan Hutan di Semenanjung Malaysia
Di Perak, Syarikat konsesi Perak ITC juga menjalankan pembalakkan yang bertujuan untuk mendapatkan hasil perkayuan yang mampan.
Hutan Simpan Temenggor dibangunkan industri perkayuan mampan di Perak.
Aktiviti ini akan memastikan bahawa hutan tersebut dapat dipelihara daripada kemusnahan dengan menjalankan beberapa pengurusan yang dapat mengawal aktiviti pembalakkan.
Penebangan Hutan di Semenanjung Malaysia
Perak ITC menguruskan hutan tersebut secara pembalakkan berkala hampir 30 tahun.
Pengeluaran hasil kayu utama di Semenanjung Malaysia adalah kayu balak, kayu gergaji, papan lapis, venir dan kayu kumai. Industri berasas kayu meliputi kilang papan, kilang papan lapis/venir, kilang kayu kumai dan lain-lain.
Penebangan Hutan di Semenanjung Malaysia
Perangkaan Utama Perhutanan dan Pembalakan, 2000-2006, Semenanjung Malaysia.
Tahun Keluasan Hutan (‘000) Hektar
Pengeluaran Kayu Balak (‘000) Meter Padu
2000 5 978 5 072
2001 5 924 4 155
2002 5 893 4 358
2003 5 880 4 419
2004 5 867 4 573
2005 5 888 4 406
2006 5 899 4 623
SUMBER : Jabatan Perangkaan Malaysia
Salah satu kawasan yang telah berlaku pembalakkan di Sarawak ialah di Daerah Baram.
Keluasannya 169 440 hektar.
Hutan ini telah dijadikan sebagai hutan yang mengeluarkan hasil dan telah menyebabkan kerosakkan akibat daripada aktiviti penanaman yang dilakukann oleh orang Penan.
Penebangan Hutan di Sarawak
Walaubagaimanapun, ianya telah dimasukkan di dalam projek pembangunan mampan yang akan mengikut kesemua ‘standard’ yang dapat memelihara alam sekitar.
Sawarak juga telah menjadi salah satu negeri di Malaysia yang menghasilkan banyak kayu balak seperti kayu keras untuk dieksort ke luar negara.
Di Sarawak juga, Kuota pengeluaran balak adalah berdasarkan kadar pengeluaran lestari seperti yang
disyorkan oleh pihak International Tropical Timber Organization (ITTO) untuk hutan simpan kekal.
Penebangan Hutan di Sarawak
Tahun Keluasan Hutan (‘000) Hektar
Pengeluaran Kayu Balak (‘000) Meter Padu
2000 8291 14274
2001 8115 12179
2002 8106 11855
2003 8100 12153
2004 8091 12051
2005 8065 12036
2006 8063 11868
SUMBER : Jabatan Perangkaan Malaysia
PERANGKAAN UTAMA PERHUTANAN DAN PEMBALAKAN, 2000 - 2006, SARAWAK
Sabah merupakan sebuah negeri penyumbang kepada sumber perkayuan dan perhutanan Negara.
Aktif mengeluarkan hasil hutan pada tahun 1970 sehingga 1990.
Dianggar 4 kali lebih daripada had yang dibenarkan.
Penebangan Hutan di Sabah
Kajian yang telah dijalankan menunjukkan :-
- Pengambilan hasil hutan telah melebihi had kapasiti hutann tersebut.
- Pengambilan hasil hutan secara berkala menyebabkan hutan tidak dapat kembali kepada keadaan asal.
- Kerosakkan yang berlebihan kepada hutan akibat pembalakkan yang tidak efisyen.
Penebangan Hutan di Sabah
Pengeluaran kayu balak di Sabah meliputi pengeluaran hutan asli dan kayu tanaman.
Industri berasaskan kayu di Sabah meliputi kilang papan, kilang papan lapis, kilang kayu kumai, kilang perabot, kilang papan blok, kilang papan serpai, kilang papan gentian sederhana padat dan kilang papan serpih.
Penebangan Hutan di Sabah
Tahun Keluasan Hutan (‘000) Hektar
Pengeluaran Kayu Balak (‘000) Meter Padu
2000 4425 3727
2001 4420 2588
2002 4412 4436
2003 4400 4959
2004 4380 5415
2005 4360 5958
2006 4340 5253
SUMBER : Jabatan Perangkaan Malaysia
PERANGKAAN UTAMA PERHUTANAN DAN PEMBALAKAN, 2000 - 2006, SABAH
Penebangan hutan di Malaysia juga telah menyebabkan beberapa spesies hidupan telah diancam kepupusan.
Dari segi penebangan hutan, beberapa spesies kayu khususnya telah diancam kepupusan akibat aktiviti ini.
Oleh yang demikian, beberapa jenis spesies kayu telah diwartakan sebagai spesies terancam di Malaysia.
Kepupusan Spesies di Malaysia
Di Malaysia, antara kategori tersebut ialah:-
- Telah diwartakan terancam.
- Sedang dicadangkan untuk diwartakan sebagai terancam.
Kepupusan Spesies di Malaysia
Famili Spesies Catatan
Anacardiaceae Mangifera macrocarpa
Apocynaceae Dyera polyphylla
Bombacaceae Neesia altissima
Bombacaceae Neesia malayana
Burseraceae Canarium pseudosumatranum
Crypteroniaceae Dactylocladus stenoctachys Prioriti Spesies
Dipterocarpaceae Anisoptera costata (Mersawa)
Dipterocarpaceae Neobalanocarpus heimii (Cengal)
Prioriti Spesies
Dipterocarpaceae Shorea albida Prioriti Spesies
Dipterocarpaceae Shorea curtisii
Dipterocarpaceae Shorea rugosa
Spesies kayu di Malaysia yang diwartakan sebagai terancam oleh CITES
Spesies kayu di Malaysia yang diwartakan sebagai terancam oleh CITES
Famili Spesies Catatan
Icacinaceae Cantleya corniculata
Lauraceae Eusideroxylon zwageri Prioriti Spesies
Leguminosae Cynometra elmeri
Leguminosae Cynometra inaequifolia
Leguminosae Cynometra malaccensis
Leguminosae Dalbergia oliveri Prioriti Genus
Leguminosae Dialium cochinchinense
Leguminosae Intsia bijuga
Leguminosae Koompassia excelsa (Tualang) Prioriti Spesies
Leguminosae Koompassia malaccensis (Kempas)
SUMBER : Laporan Bengkel UNEP-WCMC 2008
Spesies yang dicadangkan Malaysia untuk diberikan prioriti sebagai
terancam.
Famili Spesies Huraian
Lauraceae Potoxylon melagangai Spesies yang endemik di Borneo.Sukar untuk ditemui.
Leguminosae Intsia palembanica Sukar untuk ditemui.
SUMBER : Laporan Bengkel UNEP-WCMC 2008
Dactylocladus stenostachys biasa ditemui di Sabah dan Sarawak. Di Sarawak telah menjadi kayu utama dalam perdagangan sejak 1950.
Populasinya menunjukkan penurunan mendadak. Data menunjukkan penurunan dari 235,500 meter padu pada 1995 kepada 10,000 meter padu pada 2006.
Kepupusan Spesies di Malaysia
Ianya diwartakan sebagai spesies yang prioriti untuk diberikan perlindungan. Oleh itu beberapa tindakan diambil untuk terpelihara.
Antaranya ialah memastikan bilangan populasi dan taburan yang masih ada, membuat pemetaan taburan, mewartakannya sebagai kawalan antarabangsa.
Kepupusan Spesies di Malaysia
Balanocarpus heimii (Cengal) adalah spesies yang lambat pertumbuhannya dan menghasilkan kayu yang baik. Dan dijadikan sebagai spesies yang prioriti untuk dilindungi.
Didapati harganya mencecah RM800/Meter padu. Tindakan untuk memeliharanya sama seperti Dactylocladus stenostachys .
Manakala bagi prioriti untuk genus bagi Dalbergia oliveri adalah spesies yang dikaji kewujudan taburannya di Malaysia.
Kepupusan Spesies di Malaysia
Penebangan hutan di Malaysia perlulah dipantau aktivitinya. Suatu pengurusan yang mantap amatlah diperlukan bagi memastikan hutan di Malaysia dapat mengekalkan kehijauannya. Manakala spesies yang didapati kian terancam juga perlulah dipastikan agar terpelihara daripada terus pupus. Pemeliharaan hutan sebenarnya telah merangkumi pemeliharaan spesies yang terdapat di dalamnya.
Penutup
Ooi, Jin Bee (1993), Tropical Deforestation : The Tyranny Of Time. Singapore University Press. Kent Ridge, Singapore.
Samsudin, Abibullah (1994), Industri Balak Di Semenanjung Malaysia : Satu Kajian Kes di Perak. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Tay, John. Chong, Kan Yaw (2005), Asia-Pacific Forestry Commission, In Search Of Excellence : Exemplary forest management in Asia and the Pacific, Deramakot Forest Reserve : The Future is Now. FAO. Bangkok, Thailand.
Majlis Perkayuan Malaysia (MTC), (2007), Pengurusan Hutan Mampan Mac 2007. Majlis Perkayuan Malaysia, Kuala Lumpur.
Gillett. Harriet & Sinovas, Pablo (ed. )(2008), Strategies For The Sustainable Use and Management Of Timber Tree Species Subject To International Trade : South East Asia. UNEP-WCMC,
Rujukan