Penentangan Masyarakat Sabah Terhadap Syarikat Borneo Utara British Dan Sarawak Terhadap...

4
Soalan: Bincangkan penentangan masyarakat Sabah terhadap Syarikat Borneo Utara British dan Sarawak terhadap pemerintahan Brooke. Jawapan cadangan: Pertapakan dan perluasan kuasa Britich di negeri- negeri Melayu tidak disenangi oleh masyarakat Melayu terutamanya di Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Perasaan tidak puas hati terhadap dasar pentadbiran Britich dalam bidang politik, ekonomi dan sosial telah mewujudkan penentangan daripada masyarakat tempatan. Oleh itu, dasar Britich yang dilaksanakan dalam Sabah dan Sarawak telah menimbulkan penentangan daripada masyarakat tempatan. Sabah dikuasai dan ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara Britich (SBUB). SBUB telah melaksanakan banyak pembaharuan di Sabah sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan terutamanya para pembesar kerana mereka hilang hak dan kedudukan. Pembesar-pembesar yang tidak berpuas hati telah mengetuai penentangan terhadap SBUB di Sabah. Penentangan telah dilakukan oleh Mat Salleh di Sabah. Nama sebenarnya ialah Muhammad Salleh. Beliau berlahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan Bajau-Sulu. Beliau menjadi pembesar di hulu Sungai Sugut. Mat Salleh telah mengetuai beberapa gerakan untuk menentang pemerintahan SBUB di Sabah disebabkan tindakan SBUB yang mencabar kewibawaannya sebagai seorang pembesar. Selain daripada itu, beliau juga tidak berpuas hati dengan pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan oleh SBUB di Sabah seperti mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat, menggunakan tenaga buruh dengan upah yang sangat rendah dan mengambil alih hak memungut cukai menyebabkan beliau kehilangan sumber pendapatan. Mat Salleh juga memberi amaran kepada SBUB bahawa beliau tidak suka pihak SBUB campur tangan dalam daerahnya tetapi tidak dipedulikan oleh SBUB. Malah, pihak syarikat telah menyerang dan membakar Inanam. Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya telah memusnahkan pusat pentadbiran Britich di Pulau Gaya. Pihak SBUB telah menyerang memusnahkan Inanam sekali lagi. Mat Salleh telah

description

Bincangkan penentangan masyarakat Sabah terhadap Syarikat Borneo Utara British dan Sarawak terhadap pemerintahan Brooke.

Transcript of Penentangan Masyarakat Sabah Terhadap Syarikat Borneo Utara British Dan Sarawak Terhadap...

Page 1: Penentangan Masyarakat Sabah Terhadap Syarikat Borneo Utara British Dan Sarawak Terhadap Pemerintahan Brooke

Soalan: Bincangkan penentangan masyarakat Sabah terhadap Syarikat Borneo Utara British dan Sarawak terhadap pemerintahan Brooke.

Jawapan cadangan:

Pertapakan dan perluasan kuasa Britich di negeri-negeri Melayu tidak disenangi oleh masyarakat Melayu terutamanya di Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Perasaan tidak puas hati terhadap dasar pentadbiran Britich dalam bidang politik, ekonomi dan sosial telah mewujudkan penentangan daripada masyarakat tempatan. Oleh itu, dasar Britich yang dilaksanakan dalam Sabah dan Sarawak telah menimbulkan penentangan daripada masyarakat tempatan.

Sabah dikuasai dan ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara Britich (SBUB). SBUB telah melaksanakan banyak pembaharuan di Sabah sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan terutamanya para pembesar kerana mereka hilang hak dan kedudukan. Pembesar-pembesar yang tidak berpuas hati telah mengetuai penentangan terhadap SBUB di Sabah.

Penentangan telah dilakukan oleh Mat Salleh di Sabah. Nama sebenarnya ialah Muhammad Salleh. Beliau berlahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan Bajau-Sulu. Beliau menjadi pembesar di hulu Sungai Sugut. Mat Salleh telah mengetuai beberapa gerakan untuk menentang pemerintahan SBUB di Sabah disebabkan tindakan SBUB yang mencabar kewibawaannya sebagai seorang pembesar. Selain daripada itu, beliau juga tidak berpuas hati dengan pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan oleh SBUB di Sabah seperti mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat, menggunakan tenaga buruh dengan upah yang sangat rendah dan mengambil alih hak memungut cukai menyebabkan beliau kehilangan sumber pendapatan.

Mat Salleh juga memberi amaran kepada SBUB bahawa beliau tidak suka pihak SBUB campur tangan dalam daerahnya tetapi tidak dipedulikan oleh SBUB. Malah, pihak syarikat telah menyerang dan membakar Inanam. Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya telah memusnahkan pusat pentadbiran Britich di Pulau Gaya. Pihak SBUB telah menyerang memusnahkan

Page 2: Penentangan Masyarakat Sabah Terhadap Syarikat Borneo Utara British Dan Sarawak Terhadap Pemerintahan Brooke

Inanam sekali lagi. Mat Salleh telah membina kubu di Ranau tetapi berjaya dimusnahkan oleh SBUB dan Mat Salleh berjaya melarikan diri.

Pihak syarikat bimbang akan penentangan Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya. Satu petemuan telah diadakan di Menggatal antara Mat Salleh dengan pengarah SBUB iaitu William Cowie. SBUB bersetuju mengampunkan beliau dan pengikut-pengikutnya. Mat Salleh dibenarkan menetap dan berkuasa di Tambunan. Walau bagaimanapun, SBUB tidak menepati janji kerana mengambil semula daerah Tambunan pada tahun 1899. Mat Salleh berasa sangat marah dan meneruskan penentangan terhadap SBUB. Berlaku pertempuran sengit antara Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya dengan tentera SBUB. Pada tahun 1900, Mat Salleh dalam pertempuran dengan Syarikat Borneo Utara Britich.

Penentang turut dilakukan oleh Antanom. Pada tahun 1915, SBUB menghadapi satu lagi penentangan daripada masyarakat tempatan iaitu Antanom. Antanom ialah pemimpin kaum Murut. Kebangkitan kaum Murut berjuang menentang SBUB dikenali sebagai “Kebangkitan Rundum”. Kebangkitan ini dinamakan Kebangkitan Rundum kerana penentangan berlaku di daerah Rundum yang terletak di Residensi Pedalaman.

Orang Murut bangkit menentang SBUB kerana mereka tidak berpuas hati dengan pentadbiran syarikat tersebut. Sebelum pentadbiran SBUB, orang Murut bebas mengusahakan kawasan baru yang subur, tetapi apabila SBUB mentadbir, mereka tidak dibenarkan menebas hutan rimba dan membuka tanah baru sesuka hati. Ekoran daripada sekatan dan peraturan yang diperkenalkan oleh SBUB menyebabkan hasil pengeluaran padi huma merosot. Selain itu, SBUB mengenakan cukai terhadap beras dan ubi kayu yang menjadi makanan utama orang Murut. SBUB juga memaksa orang Murut membina jalan di kawasan pedalaman tanpa dibayar gaji. Orang Murut menganggap pembinaan jalan itu akan menimbulkan kemarahan roh nenek moyang mereka.

Pada tahun 1915, orang Murut di bawah pimpinan Antanom menyerang dan membakar Pensiangan serta Rundum. Walau bagaimanapun, bandar Rundum dapat diselamatkan oleh tentera SBUB. Antanom bersama 900 orang pengikutnya telah membina kubu di Sungai Selangit. Pihak SBUB telah menghantar tentera untuk menyerang kubu Antanom di Selangit. Dalam pertempuran itu, Antanom bersama 400 orang pengikutnya telah terkorban.

Page 3: Penentangan Masyarakat Sabah Terhadap Syarikat Borneo Utara British Dan Sarawak Terhadap Pemerintahan Brooke

Orang Murut yang terselamat dalam pertempuran tersebut telah berpindah beramai-ramai ke Kalimantan.

Pentadbiran Brooke di Sarawak pada abad ke-19 telah bermula setelah James Brooke menamatkan pemberontakan yang dicetuskan oleh pembesar Melayu dan orang Bidayuh. Bermula pada tahun 1841, James Brooke telah menjadi Gabenor Sarawak dengan mendapat pengiktirafan daripada sultan Brunei yang berkuasa di Sarawak ketika itu.

Perlantikan Brooke sebagai Gabenor Sarawak telah menimbulkan reaksi penentangan oleh masyarakat tempatan Sarawak. Penentangan ini berpunca daripada sikap pembesar-pembesar tempatan dan penduduk peribumi Sarawak yang berasa terancam oleh kuasa Barat. Hal ini berkaitan dengan keengganan mereka menerima orang asing untuk mencampuri urusan pentadbiran di Sarawak. Campur tangan itu menyebabkan kedudukan mereka sebagai pembesar terjejas. Malah mereka kehilangan kuasa mengutip cukai di kawasan pentadbiran para pembesar. Pembaharuan terhadap beberapa amalan tradisi penduduk peribumi Sarawak juga menimbulkan penentangan di kalangan penduduk. Oleh sebab itu, timbul usaha oleh penduduk Sarawak untuk mengusir James Brooke keluar dari negeri Sarawak dan mengambil alih pentadbiran negeri.

Pentadbiran Brooke di Sarawak menerima penentangan paling awal daripada Gabenor Sarikei di Sungai Rajang iaitu Syarif Masahor. Beliau merupakan Gabenor sarikei yang dilantik oleh sultan Brunei. Walau bagaimanapun, kedudukan beliau mula tergugat bermula pada tahun 1853 apabila James Brooke telah mengambil alih kekuasaan kawasan Sungai Rajang. James Brooke telah membina kubu di Kanowit, Sungai Rajang. Tindakan James Brooke telah menimbulkan kemarahan Syarif Masahor. Beliau telah mendapat kerjasama daripada Datuk Patinggi Abdul Gapur dan para pengikutnya untuk bertindak menyerang kubu Brooke di Kanowit dan Kuching pada tahun 1853 dan 1860 tetapi gagal. Syarif Masahor telah melarikan diri ke Brunei dan telah dibuang negeri ke Singapura.

Di samping itu, pentadbiran Brooke di Sarawak turut menerima penentangan oleh Rentap yang merupakan seorang pemimpin Iban di Sungai Skrang. Penentangan oleh Rentap berlaku disebabkan oleh usaha Brooke meluaskan kekuasaannya di kawasan orang Iban dan menghapus amalan pemburuan kepala di kalangan orang Iban. Brooke juga mendakwa orang Iban sebagai lanun. Tindakan Brooke telah menimbulkan kemarahan orang Iban

Page 4: Penentangan Masyarakat Sabah Terhadap Syarikat Borneo Utara British Dan Sarawak Terhadap Pemerintahan Brooke

yang telah bertindak melancarkan beberapa siri penentangan antara tahun 1853 hingga 1861. James Brooke telah berjaya memaksa Rentap untuk berundur ke kawasan pedalaman, iaitu Sungai Entabai dan telah meninggal dunia di situ.

Pada tahun 1893, penentangan terhadap pemerintahan Brooke telah dilancarkan oleh Banting yang juga merupakan penghulu orang Iban di Hulu Sungai Batang Lupar. Penentangan tersebut merupakan reaksi terhadap tindakan Charles Brooke menghapus adat dan upacara yang diamalkan oleh orang Iban. Penentangan tersebut berjaya dipatahkan oleh Brooke.

Selain itu, penentangan terhadap pemerintahan Brooke di Sarawak pada abad ke-19 turut dilancarkan oleh pelombong-pelombong Cina yang mengusahakan lombong emas di Bau. Penentangan tersebut disebabkan oleh tindakan James Brooke mengawal kegiatan kongsi gelap Cina dan mengenakan cukai yang tinggi terhadap Candu. Oleh sebab itu, pada Februari 1857, banyak kongsi gelap Cina telah dikenakan denda sebanyak $150 ke atas kesalahan menyeludup Candu. Tindakan Brooke telah mengundang pemberontakan orang Cina. Pemberontakan ini juga berjaya dipatahkan. Peristiwa tersebut telah menyebabkan Brooke menyekat dan mengawal kemasukan orang Cina ke Sarawak.

Kesimpulannya, penentangan yang berlaku di negeri-negeri Melayu mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan yang ketara. Sebab dan cara penentangan terhadap penjajah dilakukan berbeza-beza antara negeri-negeri Melayu mengikut tokoh-tokoh yang mengetuainya seperti Mat Salleh di Sabah dan Rentap di Sarawak. Secara amnya, penentangan terhadap pemerintahan British gagal disebabkan beberapa faktor seperti penentangan dilakukan hanya melibatkan sekumpulan kecil penduduk tempatan sahaja. Selain itu, matlamat perjuangan hanyalah untuk menjaga kepentingan dan kewibawaan pembesar-pembesar Melayu. Tambahan pula, tentera British dilengkapi dengan peralatan perang yang lebih moden dan canggih seperti senapang dan meriam, manakala penduduk tempatan menggunakan senjata tradisional seperti lembing, keris, tombak, panah, dan lain-lain.