Penerangan ujian kekutuban

3
KERTAS PENERANGAN TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI) Ujian kekutuban Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut memuaskan: a) Semua suis dan alat kawalan kutub tunggal dipasangkan pada pengalir fasa sahaja. b) Sesentuh luar pemegang lampu jenis Edison skru disambungkan pada pengalir neutral. c) Sambungan pada soket alur keluar bagi setiap pengalir fasa, neutral dan bumi disambungkan pada punca yang betul. Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Alat penguji yang digunakan pada ujian kekutuban secara litar mati ialah jangka ohm atau loceng penguji, manakala bagi secara litar hidup lampu penguji atau jangka volt digunakan. Tatacara menjalankan ujian kekutuban secara litar mati. 1. Suis utama hendaklah dibuka (OFF). 2. Semua beban hendaklah dikeluarkan dari litar. 3. Menggunakan jangka ohm atau loceng penguji 4. Sekiranya bacaan jangka ohm rintangan rendah ( kurang daripada satu ohm) atau loceng berbunyi ini menunjukkan sambungan betul. 5. Sambungkan plambam penguji mengikut rajah ujian yang perlu dijalankan. a) Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada pengalir fasa. b) Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru. 45

Transcript of Penerangan ujian kekutuban

Page 1: Penerangan ujian kekutuban

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Ujian kekutuban

Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut memuaskan:

a) Semua suis dan alat kawalan kutub tunggal dipasangkan pada pengalir fasa sahaja.b) Sesentuh luar pemegang lampu jenis Edison skru disambungkan pada pengalir neutral.c) Sambungan pada soket alur keluar bagi setiap pengalir fasa, neutral dan bumi

disambungkan pada punca yang betul.

Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Alat penguji yang digunakan pada ujian kekutuban secara litar mati ialah jangka ohm atau loceng penguji, manakala bagi secara litar hidup lampu penguji atau jangka volt digunakan.

Tatacara menjalankan ujian kekutuban secara litar mati.1. Suis utama hendaklah dibuka (OFF).2. Semua beban hendaklah dikeluarkan dari litar.3. Menggunakan jangka ohm atau loceng penguji4. Sekiranya bacaan jangka ohm rintangan rendah ( kurang daripada satu ohm) atau loceng

berbunyi ini menunjukkan sambungan betul.5. Sambungkan plambam penguji mengikut rajah ujian yang perlu dijalankan.

a) Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada pengalir fasa.

b) Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru.

45

Page 2: Penerangan ujian kekutuban

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

c. Menguji punca sambungan soket keluaran dengan menggunakan kaedah pintas.

Tatacara menjalankan ujian kekutuban secara litar hidup.

1. Tanggalkan semua beban daripada litar.2. Semasa ujian dijalankan, sekiranya lampu menyala atau jangka volt sama nilai dengan

voltan bekalan ( 230V atau 240V ) ini menunjukkan sambungan litar adalah betul.3. Sambungkan plambam penguji mengikut rajah ujian yang perlu dijalankan.

a) Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada pengalir fasa.

46

Page 3: Penerangan ujian kekutuban

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

b. Menguji sambungan pemegang lampu jenis edison skru.

c. Menguji punca sambungan soket alur keluar.

47