PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan...

25
PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN, UTM NOORASHIDI BIN BORHAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

Transcript of PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan...

Page 1: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM DI

KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR SARJANA MUDA TEKNOLOGI

SERTA PENDIDIKAN, UTM

NOORASHIDI BIN BORHAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

Sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 2: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ..................................................

Nama Penulis : NOORASHIDI BIN BORHAN

Tarikh : ............27 APRIL 2009.............

Page 3: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

iii

DEDIKASI

Kepada Ibu yang dikasihi… PN ZAITON BTE MADON

Jasa dan budimu kusanjung tinggi Pengorbananmu kuhargai

Budi dan jasa mu ku hargai sepanjang masa Kasih dan sayangmu tidak dipersia Jiwa dan jasad mu sentiasa di dada

Pengorbanan dan kasih mu tersemat dijiwa Kepada arwah Ayah.... Ku iringi doa untukmu

Walaupun dikau telah tiada Semangat dan harapanmu begitu terasa

Untuk anakmu ini terus berjaya Buat Adik-beradik tersayang.....

KAK LONG, KAK NGAH DAN ANA… Terima kasih segalanya…

Semoga kita dapat membalas segala pengorbanan Mak Ayah kita. Kepada Penyelia....

DR HJH NORANI BT MOHD NOOR Jasa mu tetap ku kenang

Tunjuk ajar mu dalam menyiapkan tesis ini Sangat ku hargai

Hanya Allah yang mampu membalasnya Kepada rakan seperjuangan....

SUHA,YAZI,KERI,ZUHAIRY,WADI,ZALI,IZAR Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga

Di atas pertolongan yang diberikan Semoga Allah S.W.T membalasnya.

”Semoga Apa Yang Dilakukan Akan Dirahmati Allah Hendaknya. Amin”

.

Page 4: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya

penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang

telah ditetapkan. Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang telah memberikan

kita ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang

telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Pada kesempatan ini penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima

kasih kepada penyelia Dr Hjh Norani Bt Mohd Noor di atas segala bimbingan,

tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberikan. Komitmen yang telah diberikan sangat

berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini.

Sesungguhnya hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya.

Penghargaan juga ditujukan kepada pelajar JPTK terutama 4 SPH sesi

2005/2009 kerana telah memberikan kerjasama yang baik dalam kajian inii, serta

rakan-rakan seperjuangan kerana banyak memberi pandangan, perkongsian

maklumat serta idea-idea bernas.

Akhir sekali buat bonda, arwah ayahanda dan adik beradik segala restu dan

dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah dan dapat

dimanfaatkan.

Sekian, Wassalam...

Page 5: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan mengenai penerapan kemahiran generik

dalam matapelajaran kokurikulum yang telah disertai oleh pelajar tahun akhir

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan di UTM. Seramai 136 orang responden

yang terlibat dalam kajian ini, iaitu 92 orang responden perempuan dan 44 orang

responden lelaki yang terdiri daripada semua pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan

Teknik dan Kejuruteraan dan telah mengambil matapelajaran kokurikulum. Kajian

ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Tahap

kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) yang diperolehi untuk soal selidik ini ialah

0.9068. Data mentah dianalisis menggunakan menggunakan perisian SPSS

(Statistical Package for The Social Science) Version 11.5 For Windows untuk

mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan

penerapan kemahiran komunikasi, kemahiran kerja dalam kumpulan dan kemahiran

kepimpinan dalam kokurikulum berada pada tahap sederhana. Ini dapat dilihat pada

hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan

memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran kepimpinan 50% dan

yang terakhir kemahiran komunikasi sebanyak 45.2%. Kajian ini juga mendapati

bahawa kaedah yang kerap digunakan untuk menerapkan kemahiran generik dalam

kokurikulum adalah perbincangan dalam kumpulan, pelaksanaan projek dan tugasan

kumpulan.

Page 6: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

vi

ABSTRACT

This research was done to survey the intergration of generic skills in the co-

curiculum subjects. It had be done for the final year students in Bachelor Technology

with Education at UTM. A number of 136 respondents were involved in this research

which are 92 female and 44 male respondents who had done their co-curiculum

subjects. A set questionnaire had been used as a research instruments. The realibility

level (Alpha Cronbach) attained from the questionaire is 0.9068. The raw data was

analyzed by using SPSS (Statistical Package for The Social Science) software

version 11.5 For Windows to calculate the frequency,percentage and mean. The

findings had shown that the intergration of communication, teamworking and

leadership skills in co-curiculum are in the medium level. It also shows the integrated

of teamworking skills in co-curiculum got the highest percentage which is 71.4%,

followed by leadership skills 50% and the last is communication skills 45.2%. This

research also shows the always methods has been used to intergrated the generic

skills in co-curiculum are group discussion, project implementations and group

assignments.

Page 7: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop dan Batasan Kajian 13

1.8 Definisi Istilah 14

1.8.1 Penerapan 14

1.8.2 Kemahiran 14

1.8.3 Generik 14

Page 8: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

viii

1.8.4 Kemahiran Generik 14

1.8.5 Kemahiran Komunikasi 15

1.8.6 Kemahiran Kerja Dalam Kumpulan 15

1.8.7 Kemahiran Kepimpinan 16

1.8.8 Kokurikulum 16

1.8.9 Guru Pelatih JPTK 16

1.8.10 Fakulti Pendidikan 16

1.9 Penutup 19

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 18

2.2 Kemahiran Generik 19

2.3 Kepentingan Kemahiran Generik 20

2.4 Kemahiran Generik di UTM 21

2.5 Kemahiran Komunikasi 22

2.6 Kemahiran Kerja dalam Kumpulan 23

2.7 Kemahiran Kepimpinan 25

2.8 Kaedah Penerapan Kemahiran Generik 26

2.9 Latar Belakang Pendidikan Kokurikulum 29

2.9.1 Falsafah dan Matlamat Kokurikulum 30

2.10 Kokurikulum di UTM 32

2.10.1 Modul Kesenian dan Kebudayaan 33

2.10.2 Program Khas 34

2.10.3 Modul Sukan dan Jatidiri 34

2.10.4 Modul Pembinaan Diri dan Masyarakat 35

2.11 Kajian-Kajian Lepas 36

2.12 Penutup 38

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 40

3.3 Persampelan dan Respondan 41

Page 9: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

ix

3.4 Tempat Kajian 43

3.5 Instrumen Kajian 43

3.6 Kajian Rintis 46

3.6.1 Nilai Kebolehpercayaan 47

3.7 Prosedur Kajian 47

3.8 Analisis Data 48

3.9 Penutup 49

BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 50

4.2 Analisis Data Bahagian A 51

4.2.1 Jantina 51

4.2.2 Bangsa 51

4.2.3 Kursus 52

4.2.4 Matapelajaran Kokurikulum 1 53

4.2.5 Matapelajaran Kokurikulum 2 54

4.3 Analisis Data Bahagian B 54

4.3.1 Keputusan dan Analisis Bagi Kemahiran

Komunikasi Dalam Aktiviti Kokurikulum 55

4.3.2 Keputusan dan Analisis Bagi Kemahiran

Kerja Dalam Kumpulan Dalam Aktiviti

Kokurikulum 58

4.3.3 Keputusan dan Analisis Bagi Kemahiran

Kepimpinan Dalam Aktiviti Kokurikulum 60

4.3.4 Keputusan dan Analisis Bagi Kaedah

Penerapan Kemahiran Generik Dalam

Aktiviti Kokurikulum 63

4.4 Penutup 66

BAB V RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 67

Page 10: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

x

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 67

5.3 Kesimpulan Kajian 69

5.3.1 Penerapan Kemahiran Komunikasi 70

5.3.2 Penerapan Kemahiran Kerja Dalam

Kumpulan 70

5.3.3 Penerapan Kemahiran Kepimpinan 70

5.3.4 Kaedah Penerapan Kemahiran Generik 71

5.4 Perbincangan Kajian 71

5.4.1 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 72

5.4.2 Bahagian B (Persoalan Kajian) 73

5.4.2.1 Penerapan Kemahiran Komunikasi

Dalam Aktiviti Kokurikulum 73

5.4.2.2 Penerapan Kemahiran Kerja Dalam

Kumpulan Meneusi Aktiviti

Kokurikulum 75

5.4.2.3 Penerapan Kemahiran Kepimpinan

Dalam Aktiviti Kokurikulum 76

5.4.2.4 Kaedah Penerapan Kemahiran

Generik Dalam Aktiviti

Kokurikulum 77

5.5 Cadangan Kajian 79

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 80

5.7 Penutup 80

RUJUKAN 81

LAMPIRAN 83

Page 11: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

1.1 Pecahan Bilangan Matapelajaran Kokurikulum

Mengikut Modul 5

2.1 Modul Kesenian dan Kebudayaan 33

2.2 Modul Program Khas 34

2.3 Modul Sukan dan Jatidiri 34

2.4 Modul Pembinaan Diri dan Masyarakat 35

3.1 Bilangan Populasi Mengikut Kursus 42

3.2 Jenis Butir Jawapan dan Peratus jawapan Betul

(Peratusan Kesukaran) 44

3.3 Skala Tiga Mata 45

3.4 Skala Tiga Mata 45

3.5 Pembahagian Item Bahagian B dan C 45

3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 49

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 51

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 52

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 52

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Modul

Kokurikulum 1 Yang Disertai 53

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Modul

Kokurikulum 2 Yang Disertai 54

4.6 Taburan Responden Mengenai Kemahiran

Komunikasi Dalam Aktiviti Kokurikulum 56

4.7 Taburan Responden Mengenai Kemahiran Bekerja

Dalam Kumpulan Menerusi Aktiviti Kokurikulum 59

Page 12: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

xii

4.8 Taburan Responden Mengenai Kemahiran

Kepimpinan Menerusi Aktiviti Kokurikulum 61

4.9 Taburan Responden Mengenai Kaedah Yang

Digunakan Untuk Menerapkan Kemahiran

Generik Dalam Aktiviti Kokurikulum 64

Page 13: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

xiii

SENARAI SINGKATAN

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPG - Institut Pendidikan Guru

GERKO - Gerakerja Kokurikulum

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PKUTM - Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteran

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal)

SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 14: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Set Soal Selidik 86

B Surat Pengesahan Pelajar 92

C Surat Pengesahan Item Soal Selidik 93

D Realibility Alpha Cronbach 95

E Senarai Bilangan Pelajar Fakulti Pendidkan 96

F Teknik Persampelan 98

Page 15: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bertujuan untuk melahirkan seseorang

insan yang dapat memanfaatkan ilmu ke arah kecemerlangan diri dan mampu memberi

sumbangan kepada masyarakat serta negara, maka pengisian maklumat tersebut tidak

tertumpu semata–mata terhadap kurikulum malahan aktiviti kokurikulum menyediakan

pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan

kemahiran, pengetahuan dan nilai–nilai yang telah dipelajari di dalam kelas.

Matlamat utama pendidikan negara adalah untuk menghasilkan individu yang

seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal, berasaskan pegangan

teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Salah satu aspek yang dapat membantu

peningkatan mutu pendidikan adalah dengan memantapkan sistem pengajaran dan

pembelajaran sejajar dengan kaedah pelaksanaan revolusi pendidikan seperti mana yang

disarankan YAB Perdana Menteri. Menurutnya ketika membentangkan Rancangan

Malaysia Ke-9 (RMK-9) di Parlimen, dalam konteks dunia global, modal insan bermutu

Page 16: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

2

tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan. Usaha untuk

memmbangunkan modal insan akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal

insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran,

modal intelektual termasuklah ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, dan juga

pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang

dikatakan modal insan berminda kelas pertama.

Kemahiran generik perlu diterapkan dalam diri pelajar semasa berada di

universiti lagi untuk perkembangan diri mereka. Hal ini kerana kemahiran generik

adalah suatu keperluan tambahan bagi pelajar dalam menentukan pembangunan dan

perkembangan sesebuah organisasi di samping menjamin kecemerlangan diri sendiri.

Pelajar yang mahir dalam profesion masing-masing dan mempunyai penguasaan dalam

kemahiran generik akan mendapat tempat dalam bidang pekerjaan atau organisasi.

Justeru itu, pengetahuan dan kemahiran yang seharusnya ada pada mahasiswa hendaklah

meliputi semua aspek dan bukannya tertumpu kepada bidang pengajian sahaja.Secara

umumnya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengiktiraf model pembangunan

kemahiran generik yang digunapakai oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam

merancang dan melaksanakan program pembangunan Kemahiran Insaniah di kalangan

pelajar IPT.

Sehubungan dengan saranan KPT, Senat UTM telah bermesyuarat pada bertarikh

14 Februari 2007 telah meminda sedikit tujuh Atribut Graduan UTM iaitu:

i. Kemahiran Berkomunikasi

ii. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

iii. Kemahiran Kerja Berpasukan

iv. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

v. Kemahiran Keusahawanan

vi. Etika dan Integriti

Page 17: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

3

vii. Kemahiran Kepimpinan dan Proaktif

(Sumber: Buletin P&P, UTM Edisi Jun, 2007)

Bagi memastikan Atribut Graduan UTM dapat dikuasai oleh semua pelajar,

pihak universiti telah menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan untuk menerapkan

kemahiran generik di kalangan mereka seperti berikut :

i. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Pendekatan ini memberi penekanan kepada aktiviti P&P yang

dijalankan dalam kursus-kursus semua program akademik. Kurikulum

bagi semua program pengajian di UTM telah digubal semula dengan

memasukkan elemen kemahiran generik sebagai hasil pembelajaran

program.

ii. Kehidupan Kampus (Campus Life)

Pelajar yang tinggal di kolej kediaman digalakkan untuk

melibatkan diri dalam aktiviti kampus seperti kelab dan persatuan,

aktiviti khidmat masyarakat dan lain-lain. Semua aktiviti pelajar yang

hendak dijalankan samada di kolej kediaman atau persatuan dikehendaki

mengemukakan kertas kerja dengan menyatakan bagaimana aktiviti

tersebut dapat menyumbang kepada pembangunan kemahiran generik

mereka. Pelajar juga digalak dan diberi peluang bagi menjalankan aktiviti

keusahawanan di kolej kediaman masing-masing.

Page 18: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

4

iii. Program Sokongan Bahasa Inggeris (English Language Support

Programme – ELSP)

Beberapa aktiviti sokongan atau pengkayaan telah dijalankan bagi

meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam bahasa Inggeris.

Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti Kursus Pendek (General

Courses,English for Academic Purposes (EAP) Courses, Specific Skills

Development Courses), Bantuan dan Sumber Pembelajaran Bahasa

(Online Resources for Learning and Teaching in English, Help Desk &

Content-Area Tutoring (CAT) ) dan juga Aktiviti Peningkatan Bahasa

(seperti Friends of English, Language Camp, English Language Month &

Reading Campaign).

iv. Program UTM Degree++

Bagi memantapkan lagi penguasaan kemahiran generik, beberapa

kursus pendek telah diatur bagi membolehkan bakal graduan menguasai

kemahiran tambahan atau mempersiapkan diri bagi menghadapi alam

kerjaya. Program yang dinamakan UTM Degree++ ini telah dilaksanakan

semenjak Mac 2005. Antara jenis kursus yang telah dilaksanakan adalah

persiapan menghadapi temuduga, penulisan resume, penampilan diri,

bahasa Inggeris untuk komunikasi dan banyak lagi.

Di Pusat Kokurikulum, Universiti Teknologi Malaysia (PKUTM) ada

menawarkan sebanyak empat modul yang boleh diikuti pelajar iaitu Modul Pembinaan

Diri dan Kemasyarakatan, Modul Sukan dan Jatidiri, Modul Seni dan Budaya dan

Modul Program Khas. Pelajar-pelajar sepenuh masa di UTM diwajibkan mengambil 2

kredit untuk program Ijazah Sarjana Muda dan 1 kredit untuk Program Pengajian

Diploma. Pelajar hanya dibenarkan mengambil 1 kredit sahaja dalam satu semester.

Jadual 1.1 di bawah adalah pecahan – pecahan modul yang ditawarkan oleh PKUTM:

Page 19: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

5

Jadual 1.1 : Pecahan Bilangan Matapelajaran Kokurikulum Mengikut Modul

MODUL-MODUL Bilangan Matapelajaran Yang Ditawarkan

Modul Pembinaan Diri dan Kemasyarakatan 23 Modul Kesenian dan Kebudayaan 14 Modul Sukan dan Jatidiri 21 Program Khas 9

JUMLAH 67 (Sumber : Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia)

Para pelajar yang memanfaatkan segala peluang yang diberikan bagi

memantapkan kemahiran teknikal dan kemahiran generik sudah tentunya akan

mempunyai peluang yang lebih baik berbanding rakan mereka yang hanya berjaya

menguasai kemahiran teknikal.

1.2 Latar Belakang Masalah.

Dasar Kementerian Pelajaran adalah untuk membangunkan modal insan yang

mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat

kementerian adalah untuk memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran

kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri dalam

kalangan pelajar. (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010)

Pembangunan modal insan ini bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia yang

mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi sebagai penyediaan guna tenaga

dalam pelbagai jenis pekerjaan. Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, terdapat

Page 20: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

6

beberapa fokus pembangunan modal insan yang dirancangkan oleh kementerian

sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) antaranya :

i) memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan keterampilan

ii) memantapkan program kokurikulum dan sukan

Kemahiran generik atau kemahiran insaniah adalah elemen yang sangat penting

bagi memastikan para graduan mendapat tempat apabila memasuki alam pekerjaan

kelak. Kecemerlangan akademik tidak dinafikan masih menjadi keutamaan, tetapi

menjadi seorang yang cemerlang dalam bidang teori semata-mata tanpa nilai tambah

yang lain tidak mencukupi. Ini termasuk kemahiran komunikasi, keupayaan berhubung

dengan orang ramai, kebolehan berinteraksi melalui persembahan atau pembentangan

projek dan kecekapan menguasai pelbagai bahasa, khususnya Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris.

Menyedari kepentingan kemahiran insaniah ini, Universiti Teknologi Malaysia

telah menekankan kepentingan penerapan nilai-nilai kemahiran generik kepada pelajar-

pelajarnya dengan tujuan memberi pendedahan awal mengenai keperluan kemahiran

tersebut dan memberi keyakinan terhadap kebolehan dan keupayaan diri masing-masing.

(Utusan Malaysia, 23 Disember 2006). Ini adalah sejajar dengan hasrat dan aspirasi

negara serta universiti dalam melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial.

Di Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia menawarkan empat modul

yang boleh dipilih oleh pelajar iaitu Modul Kesenian dan Kebudayaan, Modul

Pembinaan Diri dan Masyarakat, Modul Sukan dan Jatidiri dan Modul Program Khas.

Modul – modul yang ditawarkan mengandungi kekuatan penerapan kemahiran

generiknya yang tersendiri. Antara kemahiran yang diserapkan ke dalam setiap

Page 21: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

7

pengajaran dan pembelajaran ialah kemahiran komunikasi, etika, pembelajaran

sepanjang hayat, penyesuaian, kerja berpasukan, kepimpinan, penghargaan kendiri dan

penyelesaian masalah.

Selain menerapkan kemahairan generik dalam kurikulum, perlaksanaan kursus

kokurikulum berkredit di bawah kendalian Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi

Malaysia dilihat adalah salah satu langkah bijak dalam menerapkan lagi kemahiran

generik ini. Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Hassan Said

ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pengukuhan dan Pengiktirafan Program

Kokurikulum di IPTA’ menyatakan bahawa penyelarasan dalam pemberian kredit

dalam aktiviti kokurikulum adalah sangat penting agar pelajar yang mengikuti program

berkenaan tidak hanya sekadar melepas batuk di tangga. Pihak Kementerian Pengajian

Tinggi merasakan bahawa lima peratus daripada jumlah kredit pengijazahan perlu

diperuntukkan untuk kegiatan kokurikulum di semua universiti.

Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohamad

Shatar Sabran, idea menerapkan kemahiran insaniah dalam kokurikulum dilihat sebagai

satu resolusi yang terbaik pada amasa kini ekoran kemelut pendidikan yang statik. Fokus

dan perhatian terarah kepada pendekatan, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

mampu menjana keseluruhan kemahiran insaniah secara optimum melalui aktiviti

kokurikulum. Di Pusat Kokurikulum ini juga telah melaksanakan Kursus Ketrampilan

Graduan atau “Finishing School” yang mana memberi penekanan dalam aspek

kemahiran berkomunikasi dan penulisan professional dalam bahasa Inggeris bagi tujuan

membantu pelajar meningkatkan daya saing dan memasarkan diri dalam pasaran kerjaya

kelak.

Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum adalah penting supaya apabila

tamat pengajian kelak, mereka tidak menjadi graduan yang jumud. Graduan dari Institut

Page 22: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

8

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terutamanya mereka yang menjadi ketua pelajar dalam

sesebuah organisasi contohnya seperti Jawatankuasa Kolej atau Majlis Perwakilan

Pelajar seharusnya mempunyai keseimbangan dan kekuatan bukan sahaja dari segi

keilmuan malahan dari segi pembentukan sahsiah diri yang cemerlang, gemilang dan

terbilang supaya kualiti graduan dapat dipertonjolkan. Melalui aktiviti kokurikulum,

pelajar dilatih bagaimana untuk menguruskan aktivitinya dalam berpersatuan, kelab,

kegiatan sosial, sukan mahupun badan beruniform. Di antaranya, pelajar akan diajar

kaedah berorganisasi, bekerja secara berpasukan dan memupuk kemahiran komunikasi

kerana pelajar perlu sentiasa berhubung dengan pihak pengurusan universiti dan pihak

luar (Berita Harian, 30 Ogos 2005).

Secara umumnya kita menyedari bahawa bakat kepimpinan, kebolehan,

perasaan, sikap dan tanggungjawab dalam diri seseorang tidak wujud secara semulajadi

atau tersendiri. Menyedari hakikat ini, pihak berwajib telah mengambil inisiatif untuk

menyemai dan menyebarkan sikap tersebut diperingkat paling awal yang mungkin sama

ada dalam kegiatan kurikulum atau kokurikulum. Usaha ini dijangkakan akan lebih

berjaya jika dilakukan di alam persekolahan mahupun di peringkat universiti seperti

penglibatan pelajar di dalam organisasi mahupun kelab. Dengan menyertai kegiatan

kokurikulum, graduan IPTA akan mempunyai ketrampilan diri yang hebat seperti bijak

berkomunikasi, daya kepimpinan, kerja berpasukan, keyakinan diri dan berintegriti.

Secara tidak langsung, IPTA akan menghasilkan graduan yang berkualiti tinggi, di

samping mempunyai kemahiran insaniah yang pelbagai untuk diaplikasikan dalam dunia

pekerjaan dan kehidupan masa depan kelak. (Berita Harian, 6 Ogos 2007).

Kementerian Pelajaran amat memberi penekanan kepada usaha melahirkan

modal insan cemerlang dalam aspek keilmuan, kreativiti dan kecemerlangan

kokurikulum kerana modal insan adalah saluran terbaik untuk mempebaiki sistem

pendidikan negara kita. (Berita Harian, 9 April 2007). Ini menunjukkan pihak

kementerian sendiri amat menitikberatkan kecemerlangan akademik mahupun

Page 23: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

9

kokurikulum di kalangan bakal guru kerana kedua-dua kemahiran ini penting bagi

menghadapi cabaran globalisasi, terutamanya mendidik dan membina generasi

cemerlang masa depan.

Sememangnya dilihat kepentingan penerapan kemahiran generik menerusi

kokurikulum adalah sangat penting untuk digunapakai semasa melibatkan diri dalam

aktiviti di sekolah kelak. Ini telah mendorong penyelidik untuk menyelidiki penerapan

kemahiran generik menerusi kokurikulum yang diamalkan di Insitut Pengajian Tinggi

(IPT).

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah, kemahiran generik banyak menekankan

keperluan para pekerja yang bukan sahaja berkemahiran teknikal tetapi juga memiliki

pelbagai kemahiran pekerjaan termasuklah kemahiran insaniah ini. .Kemahiran generik

merupakan kemahiran yang mesti dimiliki seterusnya dapat diamalkan terutamanya di

alam pekerjaan kelak. Cabaran pendidikan kini mengalami gelombang perubahan yang

semakin ketara dengan wujudnya kurikulum dalam kokurikulum baru yang diperkenalkan

kerajaan mahupun kementerian. Justeru, kemahiran generik ini amat penting sekali sebagai

nilai tambah kepada pelajar terutamanya bakal-bakal guru. Oleh itu, penerapan kemahiran

generik ini sebenarnya bermula dalam proses latihan perguruan lagi.

Persoalannya, sejauh manakah penerapan kemahiran generik ini dilaksanakan

menerusi kokurikulum terutamanya di Universiti Teknologi Malaysia yang wajib diikuti

oleh setiap pelajar semua jurusan termasuk Fakulti Pendidikan dan jika dibandingkan

dengan aktiviti kokurikulum di maktab atau IPG, ianya terlalu kurang. Di sekolah kelak,

Page 24: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

10

aktiviti kokurikulum diuruskan oleh guru-guru dan melibatkan pelajar. Oleh itu, kajian ini

dilakukan untuk melihat penerapan kemahiran generik dalam kalangan pelajar tahun akhir,

Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan menerusi aktiviti kokurikulum yang disertai

mereka sebelum memasuki alam pekerjaan kelak.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk melihat tanggapan para pelajar-

pelajar tahun akhir, Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia terhadap penerapan kemahiran generik menerusi

kokurikulum yang telah disertai oleh mereka.

Secara khususnya objektif kajian adalah seperti berikut

i) Mengenalpasti sama ada kemahiran komunikasi diterapkan menerusi

kokurikulum di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan, UTM.

ii) Mengenalpasti sama ada kemahiran bekerja dalam kumpulan diterapkan

menerusi kokurikulum di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan, UTM.

iii) Mengenalpasti sama ada kemahiran kepimpinan diterapkan menerusi

kokurikulum di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan, UTM.

iv) Mengenalpasti kaedah yang digunakan untuk menerapkan kemahiran

generik menerusi kokurikulum di kalangan pelajar Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan, UTM.

Page 25: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KOKURIKULUM … · hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran

11

1.5 Persoalan Kajian

Matlamat kajian adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan terhadap beberapa

persoalan kajian seperti berikut

i) Bagaimanakah kemahiran komunikasi dipraktikkan oleh pelajar dalam

aktiviti kokurikulum?

ii) Bagaimanakah kemahiran bekerja dalam kumpulan dipraktikkan oleh

pelajar dalam aktiviti kokurikulum?

iii) Bagaimanakah kemahiran kepimpinan dipraktikkan oleh pelajar dalam

aktiviti kokurikulum?

iv) Bagaimanakah kaedah yang digunakan untuk menerapkan kemahiran

generik dalam aktiviti kokurikulum?