PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1...

26
PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES PENGAJARAN GURU SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN VOKASIONAL DI NEGERI SELANGOR ABIDAH BINTI ASHMUNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1...

Page 1: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES PENGAJARAN

GURU SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN VOKASIONAL DI NEGERI

SELANGOR

ABIDAH BINTI ASHMUNI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional
Page 3: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional
Page 4: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES PENGAJARAN

GURU SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN VOKASIONAL DI NEGERI

SELANGOR

ABIDAH BINTI ASHMUNI

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JANUARI 2012

Page 5: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

ii

“Saya akui Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : __________________________

Nama Penulis : ABIDAH BINTI ASHMUNI

Tarikh : 13 JANUARI 2012

Page 6: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat,

Ayahanda serta Bonda iaitu: ASHMUNI BIN OMAR & ROSMAH BINTI MOHAMED SIS

dan adik-adik yang disayangi.

Terima kasih di atas dorongan dan sokongan yang diberikan

Serta

Pensyarah-pensyarah terutama kepada:

CIK RAFEIZAH BINTI MOHD ZULKIFLI

Sahabat-sahabat

Yang tidak jemu memberikan kata-kata semangat untuk terus tabah dan cekal dalam

menyiapkan projek ini sehingga berjaya. Jasa dan sokongan yang

diberikan akan

terpahat buat selamanya dalam ingatan. ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa

kalian. Amin....

Page 7: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatu.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani….

Segala puji-pujian bagi Allah serta selawat dan salam ditujukan buat junjungan besar

Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan para sahabat-sahabat baginda

semuanya. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dan

keizinannya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Dan juga dengan berkat

tekun dan kesabaran sewaktu mengharungi segala cabaran dan dugaan dari awal hingga

akhir.

Dengan ini, saya ingin memberi penghargaan tulus dan ikhlas kepada penyelia

projek Cik Rafeizah binti Mohd Zulkifli dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas bimbingan,

panduan, tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan projek sarjana ini.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Bahagian Pendidikan Teknik

dan Vokasional, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pihak Universiti Teknologi Malaysia sendiri

kerana telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian. Tidak lupa juga saya

merakamkan terima kasih kepada pengetu-pengetua Sekolah Menengah Teknik dan

Vokasional di negeri Selangor serta guru-guru yang berkenaan yang telah banyak

membantu dan memberi kerjasama yang positif sepanjang proses kajian projek ini

dijalankan.

Seterusnya, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi

pendapat dan semangat yang membina. Dan akhir sekali terima kasih juga kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan projek

sarjana ini. Semoga sumbangan dan jasa baik anda mendapat rahmat dariNya.

Sekian, Terima Kasih.

Page 8: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

v

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah berkaitan dengan penerapan kemahiran

generik pelajar di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di negeri Selangor. Tujuan

kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti penerapan kemahiran-kemahiran generik

yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru kepada pelajar.

Responden di dalam kajian ini terdiri daripada 163 orang guru Teknikal dan Vokasional

dan penyelidik telah menyediakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian untuk

mengumpul data daripada responden. Nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) yang

diperolehi bagi item-item soal selidik ini ialah 0.88. Data mentah yang diperolehi

dianalisis bagi mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Secara keseluruhannya,

dapatan kajian mendapati bahawa penerapan kemahiran generik yang diterapkan oleh

guru kepada pelajar adalah berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan guru sering

menerap dan menitik beratkan tentang kepentingan kemahiran generik dikalangan

pelajar. Guru berpendapat bahawa kemahiran generik adalah penting kerana ia adalah

salah satu keperluan bagi setiap individu supaya dapat memantapkan diri dengan lebih

baik dan cekap. Dengan itu, penyelidik turut mengemukakan beberapa cadangan yang

releven untuk memperkasakan lagi penerapan kemahiran generik tidak kira dikalangan

pelajar teknik dan vokasional malah juga boleh diterapkan kepada pelajar-pelajar

sekolah harian biasa di seluruh Malaysia.

Page 9: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

vi

ABSTRACT

The study was carried out in connection with the application of generic skills of

students in Technical and Vocational Secondary School in the state. The purpose of this

study was to identify the application of generic skills are incorporated into teaching and

learning process of teachers to student. Respondents in this study consist of 163

technical and vocational teachers and researchers have provided a set of questionnaires

as a research instrument to collect data from respondents. Value of reliability (Cronbach

Alpha) obtained for the questionnaire items was 0.88. The raw data obtained were

analyzed for the value of the frequency and percentage. Overall, the findings of the

study found that the application of generic skills that are applied by teachers to students

is to be at high levels. This shows that teachers often instill and insist on the importance

of generic skills among students. Teachers felt that generic skills are important because

it is one of the requirements for each individual in order to strengthen themselves with

better and more efficient. Thus, the researchers also made several recommendations to

strengthen the implementation of relevant generic skills among students regardless of

technical and vocational education but also can be applied to students of ordinary

schools throughout Malaysia.

Page 10: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI GRAF xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Skop Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Kepentingan Kajian 10

1.9 Kerangka Konsep Kajian 11

1.10 Definisi Istilah 12

1.10.1 Kemahiran Generik 12

1.10.2 Penerapan 12

1.10.3 Kemahiran 12

1.10.4 Pengajaran 13

1.10.5 Pembelajaran 13

1.11 Penutup 13

Page 11: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

viii

2 SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kemahiran Generik 14

2.2.1 Apakah Itu Kemahiran Generik 14

2.2.2 Kepentingan Kemahiran Generik 16

2.3 Kemahiran Generik Dalam Pendidikan 17

2.4 Kaedah Penerapan KG Dalam P&P 28

2.4.1 Model Infusi dan Model Difusi 28

2.4.1.1 Perancangan 29

2.4.1.2 Pelaksanaan 29

2.4.1.3 Pentaksiran 30

2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30

2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31

2.5.2 Strategi P&P Berpusatkan Pelajar 31

2.5.3 Strategi P&P Berasaskan Sumber 32

2.6 Kajian-kajian Lepas 33

2.6.1 Kajian Dalam Negara 33

2.6.2 Kajian Luar Negara 34

2.7 Penutup 36

3 METODOLOGI 37

3.1 Pengenalan 37

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Populasi Kajian 38

3.4 Sampel Kajian 39

3.5 Lokasi Kajian 40

3.6 Instrumen Kajian 40

3.7 Kesahan Kajian 42

3.8 Proses Menjalankan Kajian 43

3.9 Kajian Rintis 44

3.10 Analisis Data 46

3.11 Penutup 47

4 ANALISIS DATA 48

4.1 Pengenalan 48

4.2 Latar Belakang Responden 49

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar 50

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Mata Pelajaran

yang Diajar 50

Page 12: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

ix

4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 51

4.3.1 Persoalan Kajian 1 52

4.3.2 Persoalan Kajian 2 55

4.3.3 Persoalan Kajian 3 58

4.3.4 Persoalan Kajian 4 62

4.3.5 Persoalan Kajian 5 66

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 69

4.5 Penutup 70

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 71

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan 71

5.2.1 Latar Belakang Responden 72

5.2.2 Persoalan Kajian 1 73

5.2.3 Persoalan Kajian 2 75

5.2.4 Persoalan Kajian 3 77

5.2.5 Persoalan Kajian 4 79

5.2.6 Persoalan Kajian 5 81

5.3 Rumusan Kajian 82

5.4 Cadangan 84

5.4.1 Cadangan Kajian 85

5.4.1.1 Kepada KPM 85

5.4.1.2 Kepada Guru 85

5.4.2 Cadangan Lanjutan 86

5.5 Penutup 87

RUJUKAN 88

LAMPIRAN 95

Page 13: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

x

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Istilah kemahiran generik 15

2.2 Keterangan kemahiran komunikasi 23

2.3 Keterangan kemahiran berfikir dan kemahiran

menyelesaikan masalah 24

2.4 Keterangan kemahiran kerja berpasukan 25

2.5 Keterangan kemahiran pembelajaran berterusan dan

pengurusan maklumat 26

2.6 Keterangan kemahiran keusahawanan 26

2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional 27

2.8 Keterangan kemahiran kepemimpinan 27

3.1 Populasi guru-guru bengkel 39

3.2 Skala pemeringkatan likert 41

3.3 Taburan soalan mengikut jenis kemahiran generik 42

3.4 Pekali kebolehpercayaan 45

3.5 Nilai alpha cronbach 45

3.6 Ringkasan statistic kaedah analisis 46

3.7 Tahap yang diukur berdasarkan nilai min 47

Page 14: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

xi

4.1 Taburan responden mengikut jantina 49

4.2 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar 50

4.3 Taburan responden mengikut mata pelajaran yang diajar 50

4.4 Taburan mengikut peratusan dan min bagi persoalan kajian

1 (N = 163) 52

4.5 Taburan mengikut peratusan dan min bagi persoalan kajian

2 (N = 163) 55

4.6 Taburan mengikut peratusan dan min bagi persoalan kajian

3 (N = 163) 58

4.7 Taburan mengikut peratusan dan min bagi persoalan kajian

4 (N = 163) 62

4.8 Taburan mengikut peratusan dan min bagi persoalan kajian

5 (N = 163) 66

4.9 Analisis purata peratusan keseluruhan persoalan kajian 69

Page 15: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

xii

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka konsep kajian 11

Page 16: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

xiii

SENARAI GRAF

NO.

GRAF TAJUK HALAMAN

4.1 Tahap nilai min bagi setiap persoalan kajian 70

Page 17: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

xiv

SENARAI SINGKATAN

% - Peratus

AS - Amat Setuju

ATS - Amat Tidak Setuju

CS - Communication Skill

CTPS - Critical Thinking and Problem Solving Skill

EM - Professional Ethics and Moral

IKM - Institut Kemahiran Mara

IPT - Institusi Pengajian Tinggi Malaysia

KI - Kemahiran Insaniah

KK - Entrepreneurial skills

LL - Life Long Learning

LS - Leadership Skill

NO - Nombor

RMK-9 - Rancangan Malaysia Ke-9

SMV - Sekolam Menengah Vokasional

S - Setuju

SPSS - Statistical Package for Social Science

TS - Tidak Setuju

TS - Teamwork Skill

Page 18: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A SOAL SELIDIK 95

B SURAT PENGESAHAN ITEM 103

C JADUAL KREJIE DAN MORGAN 105

D SURAT MEMOHON KEBENARAN MENDAPATKAN 106

MAKLUMAT UTM

E SURAT KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN BPTV 107

F SURAT KELULUSAN MENJALANKAN KAJIAN BPPDP 108

Page 19: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dalam dunia era

globalisasi tidak kira di alam pekerjaan mahupun di alam persekolahan. Selain dari

kemahiran teknikal yang diperlukan, kemahiran generik menjadi salah satu keperluan

bagi setiap individu supaya dapat memantapkan diri dengan lebih baik dan cekap.

Seiring dengan kualiti yang diharapkan, kemahiran generik perlu

diaplikasikan ke dalam pembelajaran. Menurut Azalya (2005), kemahiran generik

diperlukan oleh seorang pelajar untuk mengadaptasikan diri dengan pelbagai situasi

pekerjaan dan sekaligus dapat melahirkan seorang pelajar yang berkualiti dalam

semua bidang.

Oleh itu, guru adalah penentu kepada kualiti pendidikan yang terdapat di

sekolah, dan guru seharusnya mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam

bidang yang diceburi contohnya kemahiran pedagogi, dan memiliki beberapa

kemahiran-kemahiran asas yang lain bagi melengkapkan diri sebelum menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya dapat menerapkan kemahiran

generik dikalangan pelajar untuk melahirkan pelajar yang mempunyai

kebolehpasaran yang tinggi.

Page 20: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

2

Dalam era globalisasi masakini, kebolehpasaran seseorang bukan sahaja

bergantung kepada bilangan kelulusan yang dimiliki tetapi meliputi aspek-aspek lain

seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif,

kualiti kepimpinan dan sebagainya. Hal ini kerana setiap individu akan dinilai dalam

pelbagai aspek dan pihak majikan pula lebih cenderung mencari bakal pekerja yang

memiliki pelbagai kemahiran tanpa perlu memberi latihan dalam perkhidmatan

Haslinda et al. (2005). Dengan itu, kepentingan kemahiran generik atau kemahiran-

kemahiran am yang lain semakin mendapat perhatian di Malaysia.

Oleh yang demikian wujudnya sekolah aliran PTV dimana PTV bermaksud

pendidikan untuk membentuk kemahiran, kebolehan, kefahaman, sikap, tabiat kerja

dan nilai dalam individu untuk memasuki dan seterusnya memajukan diri dalam

sesuatu bidang pekerjaan. Ini dapat menerangkan bahawa PTV bukan sahaja

menerapkan kemahiran teknikal namun kemahiran lain yang perlu bagi membentuk

pelajar yang lebih berkualiti. Sebagaimana menurut Yahya Emat (2005), asas kepada

pelaksanaan sistem PTV ini adalah pendidikan sepanjang hayat, di mana sistem ini

juga dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk mengeluarkan tenaga kerja separuh

mahir bagi memenuhi rancangan pembangunan perindustrian negara.

Di antara cabaran utama yang perlu dihadapi dalam menjadikan negara kita

sebagai negara maju adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang makmur

dengan ekonomi yang kukuh dan masyarakat yang progresif dan dapat manfaatkan

teknologi bagi menyumbangkan kepada pembentukan peradaban sains dan teknologi

pada masa depan. Salah satu unsur penting dalam menangani cabaran di atas adalah

mengaktifkan keperluan sumber manusia dengan cara meningkat kebolehan dan

kemahiran melalui pendidikan dan latihan yang tersusun serta komprehensif.

Sehubungan dengan itu, untuk melatih dan membentuk tenaga kerja yang diperlukan

ke arah negara perindustrian, sumber manusia ini perlu mempunyai sikap kerja yang

betul dan nilai-nilai positif seperti ikhlas, berdisiplin, menepati waktu, setia pada

syarikat, tekun, dedikasi dan gigih bekerja, berkemahiran dalam komunikasi, mahir

dalam informasi teknologi dan yang bersifat fleksibiliti (Kajian Separuh Penggal

Rancangan Malaysia Ketujuh, 1999).

Page 21: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan kemahiran

yang dikuasai oleh rakyatnya sendiri. Sistem pendidikan sudah semestinya diberi

tanggungjawab yang besar untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada

rakyatnya. Jika sistem pendidikan sesebuah negara itu kurang berkesan ataupun

gagal untuk bersaing dengan negara-negara lain, maka akan ketinggalanlah negara

tersebut. Selain dari itu, kesan negatif yang dibawa itu adalah kesan jangka masa

panjang dan akan memerlukan satu tempoh masa yang begitu lama untuk mengatasi

masalah berkenaan.

Sehubungan dengan itu, kepentingan sumber manusia dalam pembangunan

sesebuah negara adalah amat penting. Beberapa buah negara mampu mencapai

ekonomi yang tinggi melalui sumber manusia yang teliti walaupun mempunyai

modal fizikal yang sangat sedikit. Terdapat beberapa buah negara yang kaya dengan

modal fizikal, tetapi gagal mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi kerana

kelemahan pembangunan sumber manusia (Rahmah Ismail, 1999). Rata-rata

mengatakan bahawa pembangunan sumber manusia adalah salah satunya berkaitan

dengan cara pengurusan sistem pendidikan bagi sesebuah negara itu sendiri.

Dengan itu di negara kita, pihak institusi pengajian tinggi pada masa kini

sering menekankan bahawa pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan

program pendidikan yang dilaksanakan mampu menyediakan tenaga mahir yang

diperlukan oleh negara. Namun terdapat banyak rungutan dari pihak majikan yang

menyatakan bahawa kebanyakan pelajar-pelajar yang dikeluarkan gagal memenuhi

keperluan seperti mana yang diharapkan. Mereka tidak mampu berfikir secara

kritikal, kurang kemahiran menyelesaikan masalah, kurang kemahiran komunikasi

dan kerja kumpulan, kurang kemahiran menggunakan kemudahan ICT, lemah

berbahasa Inggeris dan sebagainya merupakan antara keluhan yang sering diutarakan

oleh pihak majikan.

Page 22: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

4

Oleh yang demikian guru yang dikatakan sebagai penjana ilmu pendidikan

seharusnya memainkan peranan yang penting. Menurut Hashweh (1995), guru yang

berpengalaman tetapi kurang berpengetahuan tentang sesuatu topik tertentu lebih

cenderung untuk berpandukan buku teks semasa merancang sesuatu pengajaran. Ini

akan menyebabkan guru lebih cenderung mengikut struktur yang dicadangkan dalam

buku teks dan aktiviti-aktiviti yang dihasilkan di dalam kelas juga tidak menerapkan

unsur-unsur seperti penerapan kemahiran generik. Ini mengambarkan walaupun

dalam kurikulum pendidikan telah disediakan kemahiran generik namun

penerapannya tidak menyeluruh dan meluas digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.

Manakala menurut Tetty Henney Zulkifli dan Nik Zafri (2000), kualiti

kurikulum dan tenaga pengajar mempengaruhi tahap ketrampilan pelajar. Oleh itu

guru sebagai pengamal ilmu perlu memain peranan yang penting untuk

menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya. Maka guru bertanggungjawab

untuk belajar cara belajar, mengajar, menguasai isi kandungan dan belajar cara

mengajar supaya berkeyakinan dalam pengajaran (Chan, 2002)

Berita Harian, 25 Januari 2007 Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa

Mohamed mahu pensyarah IPT menjadikan aktiviti pembelajaran lebih dinamik dan

berkesan secara inovatif dan kreatif. Selain itu, beliau juga menyarankan pensyarah

IPT menerapkan kemahiran bekerja secara berkumpulan dalam proses pembelajaran

aktif bagi membolehkan pelajar lebih kompetitif dan berkualiti.

Di Malaysia, salah satu strategi dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9)

adalah pembangunan modal insan. Antara elemen yang penting di dalam

pembangunan modal insan adalah melahirkan insan yang berkemahiran. Dato’ Seri

Abdullah Ahmad Badawi (2006) dalam pembentangannya menyatakan konsep

kemahiran dalam modal insan adalah merangkumi kemahiran teknikal, keupayaan

kepimpinan, kemahiran kognitif, kemahiran bahasa dan komunikasi dan kemahiran

sosial.

Page 23: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

5

Menurut Philips (1997), majikan kerap kali menyarankan pentingnya pelajar

yang keluar daripada sistem persekolahan dilengkapi dengan kemahiran membuat

keputusan dan berfikir secara keritis dan kreaktif. Berdasarkan pengalaman mereka

ramai pelajar yang diambil bekerja kurang berinisiatif, tidak disemaikan dengan

budaya ilmu yang dapat mendorong mereka belajar sepanjang hayat dan bergantung

kepada orang lain untuk membuat keputusan bagi mereka. Sejajar dengan itu

penerapan kemahiran-kemahiran tersebut adalah untuk kebaikan masa hadapan para

pelajar untuk mudah mendapatkan peluang pekerjaan dan sekaligus mengelakkan

berlakunya kenaikan kadar pengangguran negara.

Ini kerana masih terdapat rakyat Malaysia yang menganggur. Menurut

laporan penyiasatan tenaga buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan

Malaysia pada tahun 2010, kadar pengangguran peringkat kebangsaan pada suku

tahun pertama 2010 adalah 3.5 peratus dan 3.2 peratus kadar pengangguran pada

suku tahun kedua. Gejala ini dipandang serius oleh pihak kerajaan, pihak swasta dan

para ilmuan kerana siswazah yang menganggur merupakan satu pembaziran kepada

modal insan yang diperlukan oleh Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020.

Antara sebab utama wujudnya kadar pengangguran dalam kalangan graduan

lepasan institusi pengajian tinggi di negara ini adalah kurangnya kualiti graduan

berkenaan dari segi kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemahiran

menyelesaikan masalah, keyakinan diri dan kepimpinan. Menurut Hasliza Hassan

(2002) sedangkan pihak majikan bukan sekadar memerlukan pekerja yang memiliki

ilmu pengetahuan akademik yang tinggi tetapi juga perlu memiliki kemahiran

generik yang mantap untuk diberikan pekerjaan. Malah Menteri Pendidikan Tinggi

dalam Utusan Malaysia pada 9 Disember 2007 mengaku bahawa pengangguran

dapat dikurangkan sekiranya graduan yang dilahirkan adalah lebih berketrampilan,

mampu berkomunikasi dengan baik, dapat berfikir secara objektif dan mudah bekerja

dalam pasukan.

Page 24: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

6

Masalah pengangguran dalam kalangan graduan turut dilaporkan oleh Berita

Harian (2007). Laporan tersebut mengutarakan aspek kematangan berfikir,

perkembangan sahsiah, daya kepimpinan, budaya intelektual, kemahiran insaniah

dalam kalangan pelajar yang seharusnya terangkum dalam pendidikan bersepadu itu

kadangkala tidak menonjol sepanjang pengajian pelajar di universiti.

Setiap tahun, program matrikulasi KPM mengeluarkan sekurang-kurang 20

ribu orang pelajar untuk melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS dalam dan luar

negara. Kelayakan akademik pelajar keluaran program matrikulasi secara rasmi jelas

tercatat dalam slip Peperiksaan Program Matrikulasi Semester II (PPSM II) dan

diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia dan institusi pendidikan di luar negara. Namun tiada seorang pun yang tahu

secara pasti apakah tahap penguasaan kemahiran generik dalam kalangan pelajar

berkenaan. Walaupun secara dasar dan operasinya banyak ruang dan peluang

disediakan di peringkat kolej matrikulasi untuk pelajar memperoleh dan menguasai

kemahiran generik, namun belum ada kaedah pengukuran yang formal dan sistematik

untuk mengukur kemahiran generik pelajar lepasan program matrikulasi KPM.

1.3 Penyataan Masalah

Negara perlu membangunkan tenaga kerja yang kreatif, berkemahiran dan

berilmu sejajar dengan kepesatan dunia dalam era globalisasi. Dunia sekarang ini

juga telah membentuk keupayaan tenaga manusia agar negara menjadi lebih

multiskil (kemahiran yang pelbagai) dan fleksible dalam meneroka dunia pekerjaan

akan datang. Menurut Mok Soon Sang (1990), konsep persenaliti seseorang yang

berkejaya pada masa kini bukan hanya ditinjau dari segi sifat dan kualiti profesional

semata-mata tetapi juga ditinjau dari aspek sosial. Oleh itu, satu kajian akan

dijalankan berikutan dengan penerapan kemahiran generik dikalangan pelajar

sekolah menengah teknik di daerah Selangor.

Page 25: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

7

1.4 Objektif Kajian

i. Mengenalpasti penerapan kemahiran berkomunikasi dalam pengajaran guru

di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.

ii. Mengenalpasti penerapan kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran

menyelesaikan masalah dalam pengajaran guru di Sekolah Menengah Teknik

dan Vokasional.

iii. Mengenalpasti penerapan kemahiran kerja berpasukan dalam pengajaran guru

di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.

iv. Mengenalpasti penerapan kemahiran pembelajaran berterusan dan

pengurusan maklumat dalam pengajaran guru di Sekolah Menengah Teknik

dan Vokasional.

v. Mengenalpasti penerapan kemahiran kepemimpinan dalam pengajaran guru

di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.

Page 26: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI DALAM PROSES … · 2.5 Strategi dan Kaedah Pengajaran 30 2.5.1 Strategi P&P Berpusatkan Guru 31 ... 2.7 Keterangan kemahiran etika dan moral professional

8

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah penerapan kemahiran berkomunikasi dalam pengajaran guru di

Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional?

ii. Apakah penerapan kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan

masalah dalam pengajaran guru di Sekolah Menengah Teknik dan

Vokasional?

iii. Apakah penerapan kemahiran kerja berpasukan dalam pengajaran guru di

Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional?

iv. Apakah penerapan kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan

maklumat dalam pengajaran guru di Sekolah Menengah Teknik dan

Vokasional?

v. Apakah penerapan kemahiran kepemimpinan dalam pengajaran guru di

Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional?