Pengacara Majlis Penyampaian KWAPM 2015

6
MAJLIS KWAPM -2015 7.30 – 7. 55 - Pendaftaran ibu bapa (penerima KWAPM) PERHATIAN KEPADA SEMUA WARIS PENERIMA KWAPM SILA BUAT PENDAFTARAN DI KAUNTER YANG DISEDIAKAN. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin hadirat sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin hadirat sekalian mengambil tempat.

description

ok

Transcript of Pengacara Majlis Penyampaian KWAPM 2015

Page 1: Pengacara Majlis Penyampaian KWAPM 2015

MAJLIS KWAPM -2015

7.30 – 7. 55 - Pendaftaran ibu bapa (penerima KWAPM) PERHATIAN KEPADA SEMUA WARIS PENERIMA KWAPM SILA

BUAT PENDAFTARAN DI KAUNTER YANG DISEDIAKAN.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin hadirat sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin hadirat sekalian mengambil tempat.

8.00 – 9.50

- Taklimat kepada ibu bapa penerima KWAPM

Assalamualaikum Selamat pagi salam sejahtera Salam Kedah Aman Makmur Salam Kedah Serata-rata.

Hadirin yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran dengan izin dan limpah kurnia-Nya dihimpun dan dipertemukan kita semua bagi menjayakan kemurnian agenda Majlis penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM) pada pagi ini.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis  mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat serta hadirin semua ke majlis ini.

Yang berusaha, En Tarmizi b Mahamad Pentadbiran, En. Penolong kanan HEM, , rakan-rakan guru, para ibu bapa yang dikasihi.

Page 2: Pengacara Majlis Penyampaian KWAPM 2015

Terlebih dahulu, sebelum kita meneruskan acara pada pagi ini, izinkan saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis Penyampaian Bantuan KWAMP 2015, membingkiskan ucapan selamat datang… atas kesudian khususnya kepada para ibu bapa yang hadir dalam majlis ini…kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih….

Hadirin dan hadirat yang dihormati,Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar ucapan /taklimat yang berusaha …

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…..

UCAPAN

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berusaha Pn. Lee Kui Len pengetua SMK Tenghilan atas ucapan sebentar tadi…..

10.00 – 10.30 - Ucapan perasmian YB Datuk Wilfred Madius Tangau Wakil Parlimen P170 Tuaran

Ucapan Pengumuman-Mengumumkan ketibaan YB Datuk Wilfred Madius Tangau Wakil Parlimen P170 Tuaran Ke Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM SMK Tenghilan tahun

***

Page 3: Pengacara Majlis Penyampaian KWAPM 2015

2013.

-Majlis Mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih khususnya kepada Yang Berhormat datuk kerana sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini.. walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau…

Tuan-tuan dan Puan-puan…-Majlis seterusnya mempersilakan YB Datuk Wilfred Madius Tangau Wakil Parlimen P170 Tuaran, Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM bagi tahun 2013.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan….

UCAPAN-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk atas ucapan dan perasmian majlis kita pada pagi ini….

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami

10.35 – 11.30 -Penyampaian Bantuan KWAPM-Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Persekolahan tahun 2014

Tuan-tuan dan Puan-puan…..Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang kurang berkemampuan… kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperuntukkan sejumlah dana untuk membantu keluarga yang memerlukan . Bantuan ini dinamakan sebagai “ Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin” atau ringkasnya KWAPM…

-Bagi menyempurnakan acara penyampaian bantuan ini, dijemput yang berusaha Pn. Lee Kui Len pengetua SMK Tenghilan naik ke pentas bagi Mengiringi Yang Berhormat Datuk Wilfred Madius Tangau untuk menyampaikan Bantuan KWAPM kepada ibu bapa pelajar yang berkenaan.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

Page 4: Pengacara Majlis Penyampaian KWAPM 2015

Penyampaian bantuan KWAPMDengan ini dijemput...1.2.3.(senarai nama ibu bapa /penjaga)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat datuk… dan yang berusaha Pn.Lee Kui Len Pengetua SMK Tenghilan di atas kesudian menyampaikan bantuan KWAPM kepada ibu bapa sebentar tadi…

Dengan berakhirnya majlis Penyampaian KWAPM itu tadi…maka berakhirlah majlis Penyampaian Bantuan KWAPM tahun 2013. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan menghadiri program ini…Majlis seterusnya menjemput Yang Berhormat Datuk Diiringi Pn. Lee Kui Len pengetua SMK Tenghilan , Barisan Pentadbir , guru-guru dan para ibu bapa untuk menikmati jamuan ringan…

Selesailah sudah majlis kita pada hari ini, salam sejahtera dan terima kasih…