Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

28
CUE M Para hadirin mengambil tempat Apabila isyarat, iaitu Yang Berusaha masuk ke dalam dewan dengan diiringi barisan tetamu kehormat. Apabila Yang Berusaha dan barisan tetamu kehormat telah berada di tempat masing-masing Apabila lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah tamat dinyanyikan. Apabila Yang Berusaha serta para hadirin telah mengambil tempat duduk.

description

teks pengacara hari graduasi

Transcript of Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Page 1: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

TEKS PENGACARA MAJLISMAJLIS GRADUASI 2015

CUE

Tarikh            : 12 November 2015Masa               : 2.00 petang – 5.30 petang

Tempat           : Hotel Sama Sama, KLIA

Para hadirin mengambil tempat

Apabila isyarat, iaitu Yang Berusaha masuk ke dalam dewan dengan diiringi barisan tetamu kehormat.

Apabila Yang Berusaha dan barisan tetamu kehormat telah berada di tempat masing-masing

Apabila lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah tamat dinyanyikan.

Apabila Yang Berusaha serta para hadirin telah mengambil tempat duduk.

Page 2: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015
Page 3: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Bacaan doa

Ucapan perasmian pembukaan

Page 4: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

(Guru Besar membuat pengisytiharan)

Page 5: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Ucapan Ketua Murid

Selepas ucapan ketua murid

Ucapan YDP PIBG

Page 6: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Selepas ucapan YDP PIBG

Ucapan Guru Besar

Selepas ucapan GB

Penyampaian sijil

Page 7: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

6 Siantan

6 Mawar

6 Dahlia

6 Cempaka

6 Anggerik

Sebaik sahaja Yang Berusaha dan PKP di atas pentas.

 6 Tanjung

Sebaik sahaja Yang Berusaha selesai memberi sijil

Page 8: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Jemputan makan

Sebaik sahaja Yang Berusaha selesai memberi sijil

Persembahan multimedia khas untuk guru- guru SKJ

Page 9: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Pakaian terbaik murid

Penyampaian hadiah pertandingan program senggang

penyampaian hadiah acara tarik tali

Page 10: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Penyampaian anugerah khas guru

Page 11: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Cenderahati kepada semua pentadbir

Penyampaian hadiah kepada En.Norhisham dan Pn.Intan Suraya

Page 12: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Cabutan Barokah

Acara memotong kek hari lahir

Pengisytiharan penangguhan majlis Graduasi

Page 13: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015
Page 14: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015
Page 15: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

TEKS PENGACARA MAJLISMAJLIS GRADUASI 2015

Dijemput para pentadbir naik ke pentas.

Hadirin dipersilakan duduk.

Tarikh            : 12 November 2015Masa               : 2.00 petang – 5.30 petang

Tempat           : Hotel Sama Sama, KLIA

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Guru Besar En. Zaharuddin Bin Hj Jamil diiringi YDP PIBG SK Jenjarom En.Badrul Hisyam bin Mohd Kassim,barisan pentadbir, AJK PIBG dan guru-guru SK Jenjarom. Hadirin mohon berdiri.

Sebagai tanda cinta akan negara, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti  dengan lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah “ Hidup Berjasa”

Melayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau dihujung muara, Pemanis kata selamat datang, awal bismillah pembuka bicara

Page 16: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & Selawat

Yang Berusaha En. Zaharuddin bin Hj Jamil – Guru Besar Sk Jenjarom

Yang dihormati En. Badrul Hisyam Bin Md Kassim - YDP PIBG Sk Jenjarom

En. Azman Bin Sadli – Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Norhijar binti Zakariah – Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Ramlan Bin Mat Salimi – Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Jamidah bt. Alvi – Guru Penolong Kanan Petang

ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan SALAM SEJAHTERA

Ramai tetamu bermadah puisiKata bertuan tanda berbahasaSelamat bertemu di majlis graduasiSemoga tuan puan selamat sejahtera

Guru-guru, AJK PIBG, kakitangan sekolah, para graduan yang dikasihi seterusnya sidang hadirin sekalian.

Limpahan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat dan kurnia-Nya  dapatlah kita sama-sama berkumpul di dalam dewan yang indah ini bagi meraikan Majlis Graduasi murid-murid Tahun 6 SK Jenjarom kali ke-11/ 2015.

Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung terima kasih atas keprihatinan dan kesudian Tuan puan serta semua hadirin meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan majlis ini.

Sambutan majlis graduasi ini diadakan bagi meraikan murid-murid Tahun 6 SK Jenjarom. Diharapkan penyampaian sijil ini dapat menyuntik semangat murid untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di masa hadapan dan pastinya memberikan kenangan indah kepada semua pelajar.

Page 17: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Duduk bersama satu tujuanIndah majlis gilang gemilangKepada Allah doa dipohonkanSemoga majlis peroleh keberkatan

Amin amin ya rabbal alamin.

Hadirin sekalian,

Untuk mengisytiharkan pembukaan majlis Graduasi,

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Disamping itu juga, majlis ini juga merupakan Jamuan Akhir Tahun murid-murid Tahun 6 bersama guru-guru yang telah mendidik mereka bermula daripada pra-sek hingga Tahun 6.

Majlis seterusnya memohon para hadirin untuk sama-sama memanjatkan kesyukuran dan bermohon  doa ke hadrat ilahi agar majlis graduasi ini akan diterima sebagai satu usaha yang murni dan diberkati. Untuk itu, majlis menjemput al-Fadhil Ust Islahuddin bin Mohamad untuk memimpin bacaan doa. Pada yang bukan beragama islam, sama-samalah bertafakur mengikut kepercayaan masing-masing.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-Fadhil Ust Islahuddin bin Mohamad atas bacaan doa itu tadi.

Majlis mempersilakan En. Zaharuddin bin Hj.Jamil, Guru Besar SK Jenjarom mengisytiharkan tujuan majlis dan mengisytiharkan pembukaan majlis graduasi.

Page 18: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Hadirin hadirat sekalian,

“Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera. Saya Zaharuddin bin Hj.Jamil, Guru Besar SK Jenjarom dengan ini mengisytiharkan pembukaan Majlis Graduasi SK Jenjarom tahun 2015. Tujuannya untuk memberi pengiktirafan daripada pihak sekolah kepada putera dan puteri yang berjaya menamatkan pembelajaran selama 6 tahun di SK Jenjarom.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En.Zaharuddin bin Hj.Jamil, Guru Besar SK Jenjarom atas pengisytiharan tujuan majlis dan mengisytiharkan pembukaan majlis graduasi sebentar tadi.

Majlis graduasi ini merupakan pengiktirafan tertinggi daripada pihak sekolah kepada putera-puteri SK Jenjarom yang berjaya menamatkan pembelajaran selama 6 tahun di SK Jenjarom. Seramai 172 orang murid tahun 6 akan di graduasikan sebentar lagi.

Majlis graduasi tahun 2015 ini diraikan khusus untuk putera-putera dan puteri-puteri SK Jenjarom sebagai peransang kepada mereka untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang bakal diceburi, terutamanya dalam bidang akademik.

Majlis ini juga diharapkan mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah para graduan. Diharapkan ia dapat di jadikan obor semangat kepada para graduan untuk menempa kejayaan yang lebih gemilang pada hari mendatang. 

Page 19: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Hadirin Sekalian,

Hadirin yang dimuliakan,

Daun semulur di pekan sari,Batang jerami rebah ke bumi ;Madah dihulur sembah diberi,Kata perangsang hajatnya kami.

Kepada para bakal graduan SK Jenjarom di harap sentuhan majlis ini juga dapat membuatkan anakanda putra dan puteri tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik mithali SK Jenjarom. Kami berharap, anakanda putra dan puteri terus gagah untuk meneruskan perjuangan dalam menimba ilmu pengetahuan sebaik melangkah keluar mengakhiri sesi pembelajaran di SK Jenjarom. 

Majlis pada hari ini diteruskan dengan menjemput adik Arash Najhi bin Nor Azman, Ketua Murid SK Jenjarom untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili semua murid tahun 6. Dipersilakan.

Demikianlah tadi luahan hati yang tulus ikhlas dan harapan menggunung daripada Ketua Murid SK Jenjarom yang mewakili suara hati para murid tahun 6 yang lain. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang dihormati En. Badrul Hisyam Bin Md Kassim Yang Dipertua PIBG SK Jenjarom, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Page 20: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Hadirin yang dimuliakan

Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang,Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang,Tak lengkap acara jika beliau tidak berbicara.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Berilah kami haluan kemudi,Pengobat hati menanti harapan,Ucapan diberi penuh bererti,Amanat tuan jadi pegangan

Kalau roboh Kota Melaka,Bawa diri ke Tanjong Jati,Majlis bermula tirai dibuka,Tibalah acara Penganugerahan Sijil Graduasi.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang dihormati En. Badrul Hisyam Bin Md Kassim YDP PIBG SKJ atas ucapan sebentar tadi.

Dengan itu, majlis mempersilakan yang Yang Berusaha En.Zaharuddin bin Hj.Jamil Guru Besar SK Jenjarom untuk menyampaikan ucapan.

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Jenjarom, En.Zaharuddin bin Hj.Jamil. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Kini tibalah kita ke upacara Penganugerahan Sijil Graduasi kepada para graduan Tahun 6 sesi 2015. Diminta para graduan bersedia.

Untuk mengumumkan nama-nama para graduan dipersilakan Guru Kelas 6 Tanjung, 6 Siantan, 6 Mawar, 6 Dahlia, 6 Cempaka dan 6 Anggerik.

Page 21: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Hadirin hadirat yang dihormati,

Majlis dengan ini menjemput En. Azman Bin Sadli Guru Penolong Kanan Pentadbiran mengiringi Yang Berusaha En. Zaharuddin bin Hj. Jamil Guru Besar SK Jenjarom tampil ke pentas untuk menyempurnakan penganugerahan sijil. Dipersilakan .

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil kepada murid-murid tahun 6 Tanjung. Dijemput Pn.Roslinah binti Suradi untuk mengumumkan nama graduan dari Kelas 6 Tanjung, dipersilakan.

Seterusnya dijemput Pn.Suhaily binti Abu Yamin, untuk mengumumkan nama graduan dari Kelas 6 Siantan, dipersilakan.

Majlis diteruskan dengan menjemput En.Zulhusaif bin Hitam, guru Kelas 6 Mawar untuk mengumumkan nama graduan dari Kelas 6 Mawar, dipersilakan.

Seterusnya dijemput Pn.Normilah binti Yaacob, guru Kelas 6 Dahlia untuk mengumumkan nama graduan dari Kelas 6 Dahlia, dipersilakan.

Seterusnya dijemput Pn.Noor Inny binti Jamari, guru Kelas 6 Cempaka untuk mengumumkan nama graduan dari Kelas 6 Cempaka, dipersilakan.

Seterusnya dijemput En.Islahuddin bin Mohamad, untuk mengumumkan nama graduan dari Kelas 6 Anggerik, dipersilakan

Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas kesudian meyempurnakan Majlis Graduasi SK Jenjarom 2014.

Page 22: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Bersarang merbah di pohon nangka,Manis madunya pabila dimakan ;Majlis kini berehat seketika,saksikan persembahan yang kami sediakan.

Juadah istimewa terhidang sudah,Samalah duduk menjamu selera.

Dijemput Ustaz ______________ untuk membaca doa makan. Dipersilakan.

Guru-guru serta hadirin dijemput menikmati hidangan yang telah disediakan.

Selamat menjamu selera.

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas kesudian meyempurnakan Majlis Graduasi SK Jenjarom 2014.

SEBAGAI HALWA TELINGA DAN MATA, KITA MERIAHKAN MAJLIS PADA HARI INI DENGAN TAYANGAN SLIDE KHAS UNTUK GURU-GURU SK JENJAROM

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

Majlis berhenti rehat buat seketika. Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar dan semua pentadbir ke meja makan untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.

Manakala murid-murid dijemput mengambil makanan di bahagian _______________dewan.

Page 23: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Tempat pertama dimenangi oleh _______________2.___________3.___________4.___________

5.___________

Seterusnya penyampaian hadiah pakaian terbaik murid lelaki dan perempuan. 1) Pakaian terbaik kategori lelaki dimenangi oleh……………2) Pakaian terbaik kategori perempuan dimenangi oleh……….

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah pertandingan program senggang. Diminta kepada ketua kelas dan penolong ketua tampil untuk mengambil hadiah.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan GPK Pentadbiran, En.Azman bin Sadli diringi oleh Pn.Norhijar binti Zakariah GPK HEM untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada __________________ atas kesudian menyampaian hadiah.

Majlis diteruskan lagi dengan peyampaian hadiah bagi acara tarik tali dan pakaian terbaik pada hari ini. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan (penyelaras tahun 6) Pn. mengiringi GPK KOkurikulum, En.Ramlam bin Mat Salimi untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi acara tarik tali. Tempat ketiga dimenangi oleh kelas ……………………….. Naib johan dimenangi oleh kelas ………………………………. Dan johan berjaya dirangkul oleh kelas …………………………….

Page 24: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Anugerah Khas ini diberikan kepada:________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada __________________ atas kesudian menyampaian hadiah.

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian anugerah khas dan cenderahati kepada guru-guru yang banyak berbakti dalam melancarkan perjalanan aktiviti murid tahun 6 sepanjang tahun 2015.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En.Zaharuddin bin Hj.Jamil, Guru Besar Sk Jenjarom diiringi oleh En. Azman Bin Sadli Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan anugerah khas kepada guru.

Dipersilakan ___________________________ naik kepentas untuk menerima cenderhati.

Seterusnya dipersilakan ___________________________ naik kepentas untuk menerima cenderhati.

seterusnya dipersilakan ___________________________ naik ke pentas untuk menerima cenderhati.

seterusnya dipersilakan ___________________________ naik kepentas untuk menerima cenderhati.

Seterusnya dipersilakan ___________________________ naik kepentas untuk menerima cenderhati.

Page 25: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Hadirin sekalian,

seterusnya GPK Pentadbiran, En.Azman bin SadliGPK HEM, Pn.Norhijar binti ZakariahGPK Kokurikulum, En.Ramlam bin Mat Salimidan GPK Petang, Pn.Jamidah bin Alvi

Dipersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada _______________________ atas kesudian menyampaian hadiah.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas setiap sokongan yang diberikan oleh para pentadbir SK Jenjarom sepanjang menjayakan aktiviti tahun 6.

Majlis mempersilakan ……………………………………………. Untuk mengiringi Yang Dipertua PIBG SK Jenjarom, En.Badrul Hisyam bin Mohd Kassim untuk menyampaikan cenderahati.

Dipersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En.Zaharuddin bin Hj.jamil untuk menerima cederahati.

Terima kasih diucapan kepada En.Badrul Hisyam bin Mohd Kassim atas kesudian menyempurnakan penyampaian sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada guru kita yang telah berpindah iaitu En.Norhisham bin Amatokiran dan Pn.Intan Suraya.

Sebelum itu, majlis menjemput dan mempersilakan En.Roszani bin Roslan (pengerusi BKGK SK Jenjarom) mengiringi En.Norhisham bin Amatokiran untuk menerima cenderamata daripada Tahun 6 dan juga Panitia Matematik & BI

Page 26: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Hadirin Sekalian,

Makan umbut bersama keladi,Dimasak mari oleh paktua, Selamat menyambut hari jadi,Ikhlas daripada kami semua.

kini tibalah acara yang ditunggu-tunggu..iaitu cabutan Barokah…

tuah ayam nampak dikaki, tuah kita siapa yang kena..

(rujuk kepada urus setia hari graduasi)

Seterusnya di jemput _______________untuk mengiringi Pn.Intan Suraya untuk menerima cederamata daripada BKGK SK Jenjarom.

Majlis diteruskan lagi dengan acara memotong kek hari lahir. Di jemput kepada Adik Wan Afif Faiz (6T) dan Muhd Zharif bin Masdar (6M) yang lahir pada 12/11 tampil ke pentas untuk upacara memotong kek. Untuk memeriahkan acara ini, di jemput semua pentadbir naik ke pentas untuk sama-sama meraikan upacara memotong kek.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pentadbir atas kesudian meraikan ulangtahun kelahiran murid sebentar tadi..

Hadirin hadirat sekalian, Bagi mengisytiharan penangguhan majlis Graduasi SK Jenjarom Tahun 2015,

Majlis mempersilakan En.Zaharuddin bin Hj.Jamil, Guru Besar SK Jenjarom mengisytiharkan penangguhan Majlis Graduasi Tahun 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Page 27: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

(Gong dipalu kuat 3 kali)

Para hadirin yang dihormati,

Kepada murid-murid sekalian,

Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita ;

“Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera. Saya Zaharuddin bin Hj.Jamil, Guru Besar SK Jenjarom dengan ini mengisytiharkan penangguhan Majlis Graduasi SK Jenjarom tahun 2015”. 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En.Zaharuddin bin Hj.Jamil, Guru Besar SK Jenjarom

Begitulah tadi berakhirnya Majlis Graduasi SK Jenjarom bagi tahun 2015. Kami mewakili pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang telah menyumbang secara langsung atau secara tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Majlis juga merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada hadirin sekalian atas kesudian memeriahkan majlis graduasi pada hari ini.

Jadikan memori indah pada majlis graduasi ini sebagai pemangkin semangat untuk anda bergraduasi sekali lagi di pentas konvokesyen universiti. Jangan hampakan harapan guru-guru dan ibubapa untuk melihat kejayaan anda semua. Sesungguhnya doa dan harapan kami akan sentiasa bersama kalian.

AKHIR KATA, 

Page 28: Teks Pengacara Hari Graduasi 2015

Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Hinggap cemara di pagar besi,Mencari makan di awal pagi ;Selesai sudah majlis graduasi,Dilain masa bersua lagi.

Akhir kata daripada saya,Kalau kami tersalah adab,Kalau kami tersalah cakap,Kalau kami tersalah arah,Kami mohon maaf.Kami susun jari nan sepuluh,Itulah ucapkata kami,Itulah isihati kami.

Hadirin sekalian,

Ditamatkan majlis yang indah berseri, berterima kasih menjunjung budi.

Bulan purnama di balik merantiKembang seroja ditepian titi

Si manis berdandan rapi berseri

Sekian wabillahitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Si teruna segak  tidak terperi.

Majlis yang elok, dihiasi busana yang cantik, haruslah dirakam buat tatapan di masa akan datang. Untuk itu, semua pentadbir, tetamu jemputan, guru-guru, para pelajar dan semua yang hadir pada hari ini dijemput untuk meneruskan acara dengan sesi bergambar. Dipersilakan.