PENGACARAAN MAJLIS

download PENGACARAAN MAJLIS

of 16

Transcript of PENGACARAAN MAJLIS

PENGACARAAN MAJLISKUMPULAN : FONG YIENG HA PAU CHENG CHIEW LIONG KAM NONG

PENGACARA

- merupakan orang penting dalam sesebuahmajlis. Ini kerana tanpa pengacara, sesuatu majlis tidak boleh berlangsung.

- Bilangan pengacara boleh terdiri daripadaseorang atau dua (pengacara bersama).

- mesti arif dengan latar majlis (rasmi, separarasmi dan juga tidak rasmi), objektif (tujuan sesuatu majlis itu diadakan) dan hal ehwal program majlis (atur cara majlis).

- Skrip pengacaraan sesuatu majlis perlu mengikut atur cara kerana ia telah ditetapkan dan para tetamu telah diberikan kad mengenai ataur cara tersebut.- mesti mempunyai ketrampilan dalam penggunaan bahasa sama ada dalam lisan atau tulisan. Penting memandangkan fokus majlis tertumpu kepada pengacara.

- juga perlu mengetahui protokol, etiket sosial, cara berpakaian dan sebagainya.Pengacara juga dikenali sebagai juruacara @ Master Of Ceremony (mc).

PERATURAN BERLISAN, SALUTASI, DAN PROTOKOL- Salutasi bermaksud cara mengamalatkan seseorang. - Perkataan mengamalatkan menunjukkan cara kita menyebut pangkat, jawatan, anugerah, dan nama seseorang dengan betul. - Taraf hadirin penting dalam konteks budaya di Malaysia.

- Justeru, skrip pengaracaraan dapat membantu pengacara menyediakan salutasi dengan menggunakan protokol yang betul. - Adalah salah jika pengacara itu tersilap menyebut nama tetamunya betul. - Pengacara boleh mulakan salutasi dengan salam dan seterusnya kata-kata aluan kepada jemputan kehormat, penganjur majlis, dan para hadirin mengikut kesesuaian majlis dan juga mengikut susunan protokol. Cara menulis juga perlu diperhatikan.

- Contoh Salutasi Satu Taraf Hadirin:Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Yang Berhormat Dato Ismail Tan Sri ShafieSetiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berbahagia Dato Haji Yusof Nayan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Setar, Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kota Setar, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Tetamu kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian.

- Contoh Salutasi Dua Taraf Hadirin :

1. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia XIIIDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Raja Permaisuri AgongDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah

2. Yang Amat Berhormat

DatoSeri Dr Mohd Khir bin ToyoMenteri Besar Selangor

Yang Berbahagia

DatoSeri Profesor Dr Ibrahim Abu ShahNaib Canselor, UiTM

JENIS MAJLISpengacaraan akan berbeza mengikut majlis:A. Majlis rasmi- Majlis perasmian/penutup, majlis taklimat kompleks, majlis penganugerahan, dan melibatkan kedua-dua taraf hadirin. B. Majlis tidak rasmi -gabungan formal dan tidak formal- majlis sosial, majlis perpisahan, majlis taklimat ringkas, majlis hiburan, dan hanya melibatkan satu taraf hadirin (tetamu hanya golongan biasa sahaja).

FORMAT PENULISANBahagian 1: Tajuk majlis

Tajuk majlis terletak bahagian atas skrip pengacaraan.Nama majlis Tempat Tarikh Masa

Bahagian 2: Kandungan (perlu mengikut atur cara majlis-Contoh 1 taraf hadirin) 1. pengumuman umum 2. ketibaan tetamu kehormat 3. kata alu-aluan 4. bacaan doa (lihat kesesuaian majlis) 4. ucapan penganjur/perasmi 5. penyampaian hadiah/cenderamata

Bahagian 3 : Penutup salam penutup/perpisahan jamuan

- (Berbeza mengikut taraf peringkat hadirin)

TATACARA PENYAMPAIAN- Pengumuman masa-anggaran sahaja. (15 minit sebelum majlis bermula) ia juga sebagai panduan kepada pengacara.Teks pengumuman perlu dibuat bagi pengacara. Contoh: Hadirin diminta bangun apabila pengumuman ketibaan tetamu kehormat.

- Gaya penyampaian:

Nada yang sesuai. Gerak laku ketika bertutur. Pemilihan perkataan yang mempunyai kesantunan. Membina ayat dengan ayat aktif.

Gunakan bahasa kiasan.Amalkan bahasa yang mudah.

Membuat penutup dengan menyatakan harapan.

- Kesalahan yang perlu dielakkan :

Elakkan pembaziran perkataan.

Elakkan klise.Elakkan ulangan yang tidak perlu.

Terlalu merendah diri.Berpura-pura.

Pujian melambung.Terlalu banyak menggunakan badan

SindiranPenggunaan tatabahasa yang tidak betul. Kurang membuat hubungan dengan jemputan- memandang ke bawah.

Elakkan daripada cuba mengawal ketenangan.