Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

download Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

of 39

Transcript of Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYUKemahiran Mendengar dan Bertutur-Latihan mengenalpasti proses dan bentuk kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti komunikasi khalayak dan rakaman pengajaran.

PENGENALAN Kemahiran mendengar dan bertutur meliputi beberapa proses dan bentuk yang harus dikuasai oleh murid-murid. Kedua-dua kemahiran ini merupakan asas utama bagi aktiviti komunikasi. Oleh itu, amat penting untuk murid menguasai kemahiran mendengar terlebih dahulu sebelum menguasai proses dan bentuk kemahiran bertutur.

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR

Menurut Fatimah Abd. Rahman, Zainon Zainalabidin dan Zuariah Yusoff (1992) Mendengar untuk mengenalpasti pelbagai bunyi sesuatu bahasa Proses dan bentuk kemahiran mendengar mempunyai dua cara:

Memahami maksud bunyi itu dan bertindak balas

Proses mendengar untuk mengenalpasti pelbagai bunyi sesuatu bahasa melatih murid-murid mengenalpasti dengan betul bunyi-bunyi yang berbeza, kombinasi bunyi dan intonasi, nada, tekanan serta jeda. Guru biasanya menggunakan bunyi perkataan, frasa atau ayat yang mengandungi unsur-unsur yang hampir sama bunyinya untuk melatih murid mengenal bunyi yang berbeza.

Terdapat 3 contoh latihan mendengar untuk mengenal pasti bunyi yang boleh dijalankan oleh guru:

Mendengar dan menyebut perkataan

Latih tubi pemintal lidah Memadankan perkataan dengan gambar

a) Aktiviti mendengar dan menyebut perkataan Arahan - Dengar dan sebut perkataan secara berulang kali.Ladang Pantai Padang Pandai

Lali Galah

-

Lari Kalah

b) Latih tubi pemintal lidah Memerlukan guru menyediakan ayat-ayat yang mengandungi bunyi yang hampir sama dan menimbulkan masalah kepada murid. Murid perlu menyebut berulang kali sehingga benar-benar menguasainya. Ayat yang dibentuk mestilah bermakna dan meninggalkan kesan kepada murid.

Lulu lari laju lalu lompat longkang rumah Leman lalu lebam lengan.

c) Memadankan perkataan dengan gambar Murid diberi kertas edaran yang mengandungi set perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan bunyi dalam suatu set perkataan. Guru menyebut perkataan itu dan murid diminta memadankannya dengan gambar tersebut.

Arahan: Bagi tiap-tiap soalan murid-murid akan mendengar tiga perkataan. Tuliskan huruf A, B dan C dalam ruangan di bawah gambar yang sesuai. Soalan 1

Proses mendengar adalah untuk memahami dan bertindak balas, menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat tiga aktiviti yang boleh dijalankan iaitu: Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang ringkas. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan.

Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang ringkas meliputi 9 aktiviti iaitu:Melakukan pergerakan mengikut arahan Teka siapa saya Mengisi jadual Menandakan lokasi dan arah perjalanan Melukis bahan berbentuk grafik

Menandakan butiran yang berkaitan Menandakan betul atau salah Menyusun gambarMendengar dan memilih gambar

Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama memerlukan murid menjawab soalan kefahaman, membuat ulasan, meringkaskan dan mencatat isi-isi penting daripada bahan yang didengar. Sehubungan itu, contoh aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru ialah: i)Menjawab soalan kefahaman ii) Mencatat isi, mengulas dan membuat ringkasan

Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan pula merupakan langkah awal sesuatu P&P bahasa (asas untuk aktiviti seterusnya walaupun guna masa singkat). Murid mendengar dan memahami bahan rangsangan sebelum menjalankan aktiviti seperti menterjemah dan menilai. Aktiviti ini memerlukan murid berbincang secara kumpulan dan hasilnya dilaporkan secara lisan, bertulis atau kedua-duanya. Contoh aktiviti: i) mengkategorikan fakta ii) menilai watak

Aktiviti mendengar untuk mencantum maklumat pula memerlukan murid dibahagi kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendengar petikan yang berbeza tetapi berkaitan. Mereka seterusnya perlu saling bertukar-tukar maklumat dan mencantumkan maklumat tersebut untuk membolehkan mereka menyempurnakan tugasan.

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN BERTUTUR

P&P kemahiran bertutur memerlukan perancangan yang teliti dan menyeluruh. Perkara ini amat perlu agar murid dapat menguasai kefasihan dan kecekapan pertuturan. Oleh itu adalah penting untuk guru merangka pengajaran masing-masing berdasarkan fungsi bahasa.

Terdapat tujuh fungsi bahasa yang perlu diberi penekanan oleh guru yang mengajar kemahiran bertutur iaitu: Fungsi peribadi Fungsi perhubungan Fungsi memberi arahan Fungsi menyoal Fungsi merujuk Fungsi imaginasi Fungsi menyampai maklumat(Maimunah Samat dan Radiah Nordin, 1992:33-35)

Proses dan bentuk kemahiran bertutur berdasarkan fungsi peribadi merujuk kepada keupayaan dan kebolehan murid untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan dan kehendak mereka dengan jelas. Sebagai contoh, fungsi ini ditunjukkan melalui cara murid melahirkan perasaan suka, gembira, marah dan kecewa dengan jelas serta difahami.

Proses dan bentuk kemahiran bertutur berdasarkan fungsi perhubungan pula, penting dalam kehidupan seharian muridmurid disebabkan penekanan diberi kepada pengucapanbertatasusila yang menjamin keharmonian perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat.

Antara contoh pengucapan bertatasusila ialah: i) Melahirkan rasa simpati terhadap orang lain. ii) Menumpang kegembiraan iii) Menunjukkan keperihatinan kepada kebajikan orang lain. iv) Meminta diri v) Meminta maaf dan memberi kemaafan vi) Memberi alasan tanpa menyinggung perasaan orang lain.

vii) Menyatakan penghargaan dan berterima kasih viii) Menyatakan persetujuan dengan pendapat orang lain. ix) Menyatakan ketidaksetujuan x) Mencelah dengan cara yang sopan semasa orang lainsedang bercakap.

Proses dan bentuk kemahiran bertutur berdasarkan fungsi memberi arahan membolehkan murid menggunakan ayat permintaan, memberi arahan dan menyatakan peraturan yang jelas. Fungsi ini juga meliputi kemahiran bagaimana memberi cadangan, memujuk dan cuba meyakinkan orang lain.

Proses dan bentuk kemahiran bertutur dengan fungsi menyoal pula bertujuan melatih murid mengemukakan soalan dengan jelas, tepat dan ringkas. Fungsi merujuk sebagai salah satu bentuk dan proses kemahiran bertutur pula adalah fungsi bahasa yang paling kerap diajar oleh guru. Fungsi ini berkaitan dengan kemahiran bertutur tentang kejadian yang telah, sedang dan akan berlaku.

Ketika pelaksanaannya,murid-murid lebih banyak dilatih menggunakan aspek linguistik dengan betul dan tepat contohnya: i) penggunaan perbendaharaan kata ii) penggunaan struktur kata iii) penggunaan aspek morfologi iv) menterjemah satu bahasa ke satu bahasa yang lain.

Penggunaan proses dan bentuk kemahiran bertutur seterusnya diterjemahkan melalui fungsi imaginasi yang bertujuan melatih murid-murid menggunakan bahasa kreatif ketika bertutur. Contoh aktiviti yang berkaitan dengan fungsi tersebut ialah: i) mencipta dan melafazkan puisi dengan nada dan intonasi yang betul ii) menggunakan bahasa berirama iii) bertutur secara spontan dalam lakonan dan drama iv) bercerita secara kreatif.

Akhirnya ialah bentuk dan proses kemahiran bertutur melalui fungsi menyampaikan maklumat yang bertujuan melatih murid-murid menyampaikan maklumat secara lisan. Maklumat ini disampaikan dengan jelas dan betul berdasarkan pengalaman, pendengaran dan pembacaan untuk dikongsi dengan orang lain.

AKTIVITI KOMUNIKASI KHALAYAK Komunikasi khalayak melibatkan bentuk komunikasi bersemuka tetapi melibatkan sasaran yang ramai yang berlaku di tempat awam. Penyampaian pelbagai bentuk komunikasi khalayak adalah terancang dan berstruktur mesejnya. Mesej yang disampaikan untuk tujuan memberitahu dan mempengaruhi audiens. Penyampaian komunikasi yang berkesan apabila khalayak yang mendengar berperanan untuk menyebarluaskan maklumat yang diterima untuk mempengaruhi orang lain.

Antara bentuk-bentuk komunikasi khalayak yang perlu dikuasai ialah pengumuman, ucapan, pidato, taklimat pengacaraan majlis, ceramah dan diskusi.

Kerangka Isi

KANDUNGAN ISI a) Teknik Penyampaian Permulaan Memulakan pelbagai bentuk komunikasi khalayak dengan kata aluan mengikut protokol atau tata tingkat kedudukan audiens dan menyatakan tujuan ucapan. Pelahiran dan penyusunan idea Susunan idea dalam penyampaian komunikasi khalayak hendaklah tidak tersasar daripada tujuannya. Idea hendaklah disusun mengikut kesinambungan yang tertib.

Gaya Penyampaian Gaya penyampaian merangkumi, intonasi, nada suara, kata-kata penghadapan, mendahulukan perkara utama dan bahasa yang digunakan haruslah mudah, padat, tegas dan berkesan. Penutupan Kata-kata yang membayangkan penyampaian akan diakhiri dan merumuskan segala isi yang disampaikan.

b) Aktiviti Penyampaian Menyatakan definisi, ciri-ciri, format dan aplikasi aktiviti penyampaian komunikasi khalayak seperti berikut: - Pengumuman - Ucapan - Pidato - Taklimat - Pengacaraan majlis - Ceramah - Diskusi

PERBAHASANTinggal Di Asrama Lebih Baik Daripada Tinggal Di Rumah

AKTIVITI RAKAMAN PENGAJARAN

Sang Kancil yang Bijaksana

SOALAN1) Dimanakah Sang Kancil berjalanjalan? 2) Buah apakah yang dilihat oleh Sang Kancil? 3) Apakah perintah raja yang disampaikan oleh Sang Kancil kepada Sang Buaya?

SOALAN4) Apakah helah yang digunakan oleh Sang Kancil untuk menipu Sang Buaya? 5) Apakah pengajaran yang terdapat dalam cerita ini?

Rujukan/ BibliografiFatimah Abd. Rahman, Zainon Zainalabidin dan Zuariah Yusoff (1992). Kemahiran Mendengar: Asas Kemahiran Berbahasa KBSR Jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Juriah Long,Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1997). Aktiviti Lisan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.