Pengajian Am 2

download Pengajian Am 2

of 117

Transcript of Pengajian Am 2

FIFILA NAZMI STELLA NORIZATY NURSHAZWANI

Malaysia mempunyai 13 negeri dan 3 wilayah Persekutuan.

Negara Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Demokrasi Berparlimen.Berpandukan Sistem Pentadbiran Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan membahagikan bidang kuasa pentadbiran kepada peringkat-peringkat berikut : a) Kerajaan Persekutuan b) Kerajaan Negeri c) Kerajaan Tempatan

Kerajaan Persektuan merupakan kerajaan yang tertinggi. Terdapat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bertujuan untuk melancarkan urusan pentadbiran. Sekiranya berlaku percanggahan undang-undang, undang-undang Negeri akan terbatal setakat mana ia bercanggah dan undang-undang Persekutuan akan digunakan. Mempunyai kuasa mentadbir perkara-perkara yang terkandung di dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama seperti berikut :

SENARAI PERSEKUTUANHal ehwal luar negara Perdagangan dan perusahaan Perkapalan Perhubungan dan pengangkutan

Pertahanan Keselamatan dalam negeri

Undang-undang acara sivil dan jenayahPentadbiran keadilan Kewarganegaraan Jentera kerajaan

PendidikanKesihatan Siasatan dan penyelidikan Kebajikan orang asli

SENARAI BERSAMAKebajikan masyarakat Perlindungan bagi perempuan, kanak-kanak dan orang muda Biasiswa Perlindungan binatang liar dan burung liar Taman negara Kesihatan awam Kebersihan dan pencegahan penyakit Perparitan dan pengairan Pemulihan tanah lombong dan tanah akibat hakisan Perkahwinan hanya kerajaan Sabah dan Sarawak Nafkah hanya kerajaan Sabah dan Sarawak Wasiat hanya kerajaan Sabah dan Sarawak

Pencegahan penganiayaan terhadap binatang Perancangan bandar dan luar bandar

Kutu rayau dan penjaja beredar

Perikanan hanya kerajaan Sabah dan Sarawak

Terdiri daripada 7 komponen :

Yang Di-Pertuan Agong Majlis Raja-raja Badan Legislatif(Perundangan) Badan Eksekutif(Pentadbiran) Badan Kehakiman Suruhanjaya Ketua Audit Negara

Mempunyai kuasa tertinggi dalam Kerajaan Persekutuan.Merupakan Ketua Negara Malaysia dan raja berperlembagaan. Merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri -negeri yang tidak beraja. Lambang kedaulatan dan perpaduan negara. Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan kaum Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan kaum-kaum lain.

Tidak boleh didakwa atas apa-apa kesalahan dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Rajaraja. Merupakan komponen Badan Perundangan Persekutuan tetapi baginda tidak mengambil bahagian dalam persidangannya.

Seorang raja hanya boleh menjadi Yang Di-Pertuan Agong dalam masa 5 tahun kecuali baginda meletakan secara sukarela. Dipilih oleh Majlis Raja-raja berlandaskan kelayakan seorang raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja menyampaikan dokumen Bertulis kepada Y.D.P.A dan kemudiannya diserahkan kepada Dewan Parlimen. Sebarang ketetapan pemilihan tidak boleh diluluskan melainkan mendapat sokongan dari 5 orang daripada 9 anggota Majlis Raja-raja.

Perkara-perkara yang ditetapkan di pemilihan Y.D.P.A :Majlis Raja-raja akan mengangkat sumpah dan menandatangani dokumen sumpah jawatan. Setiap raja layak dipilih sekali sahaja daripada mana-mana 9 buah negeri beraja di Malaysia sebagai Y.D.P.A kecuali : Tidak cukup umur / masih remaja Tidak mahu dipilih Tidak waras Terlalu uzur

Mempunyai kuasa yang tersendiri sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Antaranya : Pentadbiran Perundangan Penghakiman Kuasa budi bicara

Segala urusan pentadbiran dilakukan oleh Perdana Menteri. Bertanggungjawab melindungi kedudukan kaum Melayu dan Bumiputra serta menjaga kepentingan-kepentingan sah kaum lain.

Mengisytiharkan Undang-undang Darurat atas nasihat Perdana Menteri.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa mentadbir negara di dalam Perkara 39 dan 40 yang dilakukan oleh Jemaah Menteri. Perdana Menteri akan mengiringi Yang DiPertuan Agong semasa perbincangan dasar-dasar negara. Melantik individu-individu untuk jawatan Ketua Audit Negara dan ahli-ahli Suruhanjaya.

Berhak melantik Jawatan-jawatan Khas seperti Ketua Jabatan, Ketua Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha, Ketua Polis dan sebagainya.

Berhak memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen. Memberi titah ucapan dalam persidangan pertama di dalam Parlimen. Meluluskan Rang Undang-undang sebelum ia dikuatkuasakan.

Walau bagaimanapun, secara automatik ia akan menjadi undang-undang dalam tempoh 30 hari sekiranya tidak diluluskan oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Melantik senator untuk Dewan Negara. Melantik Perdana Menteri, Timbalan Menteri-menteri, Setiausaha Parlimen, Speaker-speaker Dewan dan sebagainya.

Merupakan pengerusi Lembaga Pengampunan ke atas beberapa perkara seperti :

Hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tentera. Hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Awam. Hukumam yang dikenakan di Mahkamah Syariah.

Berkuasa melantik hakim-hakim atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan : Majlis Raja-raja Ketua Hakim Negara Presiden Mahkamah Rayuan Hakim-hakim Besar Hakim Mahkamah Persekutuan Hakim Mahkamah Tinggi

Melantik Perdana Menteri. Boleh tidak menyetujui atau menolak permintaan Perdana Menteri Untuk membubarkan Parlimen. Boleh membuat permintaan supaya suatu mesyuarat diadakan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja -raja dan mengambil sebarang tindakan dalam mesyuarat itu.

Tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain yang mempunyai apa-apa saraan. Tidak boleh mengambil bahagian secara aktif dalam apa-apa syarikat perniagaan dan parti politik. Tidak boleh menerima apa-apa jenis pendapatan yang dibayar kepada baginda sebagai raja negeri baginda. Tidak boleh meninggalkan Persekutuan selama 15 hari tanpa persetujuan Majlis Raja-raja kecuali atas sebab lawatan rasmi.

Boleh didakwa di Mahkamah Khas Raja-raja dalam kes sivil dan kes jenayah atas sifat peribadi baginda.

Tidak boleh mengampuni diri sendiri, permaisuri baginda dan anak-anak baginda. Tidak boleh menjalankan tugastugasnya sebagai raja di negeri baginda kecuali :

Sebagai Ketua Agama Islam Meminda Perlembagaan Negeri Melantik seorang Pemangku Raja.

Boleh meletakan jawatan pada bila-bila masa. Hendaklah mengutus surat perletakan jawatan yang telah ditandatangani oleh baginda. Perletakan tidak perlu diberitahu kepada Parlimen.

Boleh dipecat daripada jawatan baginda oleh Majlis Raja-raja. Boleh dipecat pada bila-bila masa. Ketetapan untuk memecat tidak boleh diluluskan melainkan mendapat sokongan 5 orang daripada 9 anggota Majlis Raja-raja.

Ditubuhkan pada tahun 1948 seiring dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.Bidang ini termaktub dalam Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Majlis Raja-raja ialah :

Badan tanpa kuasa perundangan Badan penting dalam membentuk hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.Merupakan badan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal raja-raja Melayu.

Terdiri daripada 9 orang raja Melayu dan 4 orang Yang Di-Pertua Negeri. Pemangku Raja akan mewakili negeri baginda dalam Majlis Raja-raja.

Tempat raja boleh diwakili oleh orang lain.Yang Di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Yang Di-Pertuan Agong hanya menjadi anggota Majlis Raja-raja : Pada hari ketiga mesyuarat Majlis Raja -raja yang rasmi. Sewaktu mempertimbangkan hal-hal agama islam, amalan adat istiadat dan hal -hal yang berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja.

Mesyuarat diadakan selama 3 atau 4 kali setahun.Pengerusinya dipegang oleh raja setiap negeri secara bergilir-gilir. Hanya dihadiri oleh 9 orang raja untuk menimbangkan : Perlantikan dan pemecatan Yang DiPertuan Agong. Pemilihan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. Perbuatan, amalan atau upacara agama islam. Keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja.

Setiap mesyuarat berlangsung selama 3 hari setiap kali.

Hari Pertama = Menteri-menteri Besar dan Ketuaketua Menteri bertemu untuk menyediakan kertas kerja. Hari Kedua = Menteri akan mengiringi raja dan Yang Di-Pertuan Agong masing-masing. Hari Ketiga = Perdana Menteri mengiringi Yang DiPertuan Agong untuk menhadiri mesyuarat.

Memilih dan memecat Yang Di-Pertuan Agong. Mempertimbangkan soal-soal dasar negara.

Menyetujui atau tidak menyetujui amalan, perbuatan atau upacara agama islam meliputi seluruh Persekutuan. Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas Raja-raja.

Melantik wakil Majlis Raja-raja ke Majlis Angkatan Tentera. Memberikan nasihat tentang pelantikan : Ketua Hakim Negara Ketua Audit Negara anggota-anggota suruhanjaya Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tertinggi

Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang-undang tentang :

Pengubahan sempadan negeri Bahasa kebangsaan Keistimewaan Parlimen Kewarganegaraan Kepentingan-kepentingan sah kaumkaum yang lain. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra di Sabah Dan Sarawak. Keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja.

Menurut Perkara 38 Fasal 6, anggota Majlis Raja -raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam sebarang urusan yang berhubung dengan tugas-tugas berikut : Memilih atau memecat Y.D.P.A Memilih Timbalan Y.D.P.A Memberikan nasihat tentang pelantikan jawatan -jawatan penting. Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang -undang yang mengubah sempadan sesebuah negeri. Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas Raja -raja.

Menyetujui atau tidak menyetujui perbuatan, amalan atau upacara Agama Islam meliputi seluruh Persekutuan. Mengampunkan, menggantungkan atau meringankan hukuman yang dikenakan terhadap Y.D.P.A dan raja oleh Mahkamah Khas Raja-raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja ialah orang yang dilantik oleh Majlis Raja-raja untuk menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja -raja. Bertindak sebagai Setiausaha Majlis Raja-raja.

Orang yang layak memegang jawatan ini ialah pegawai kanan yang masih berkhidmat dengan kerajaan atau yang telah bersara. Memegang jawatannya selama yang diperkenankan oleh Majlis Raja-raja.

Tugas-tugas : Mengesahkan semua keputusan Majlis Raja-raja. Menghadiri mesyuarat dan menyimpan minit-minit mesyuarat. menerima dan mengedarkan kertaskertas kerja yang Hendak dikemukakan. Bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat dari semasa ke semasa atas arahan Y.D.P.A atau Majlis Raja-raja. Mengumumkan keputusan Majlis Raja-raja, tarikh berpuasa dan tarikh hari raya.

Merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab untuk membuat dan menggubal undang-undang.Diketuai oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Terdapat 2 badan utama ialah :

Dewan Rakyat Dewan Negara.Proses menggubal dan meminda undangundang dibuat di Parlimen. Parlimen memberi kuasa Kerajaan Persekutuan sebagai wakil menggubal undang-undang.

Merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanaka undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Mempunyai penjawat-penjawat awam menjalankan tanggungjawab untuk membantu mentadbir negara. Kabinet merupakan badan utama yang mengetuai badan ini.

Bertanggunjawab menjaga dan mentadbir pentadbiran negara.

Bertindak sebagai badan yang menghakimi pihak eksekutif.Bertanggungjawab menyemak undangundang dan membatalkan undangundang melalui peranan mahkamah.

Peranan badan amat penting dalam menjaga kewibawaan pemerintah dan kepercayaan rakyat.

Bersifat adil dan berkecuali. Anggotanya hanya boleh dipecat melalui tribunal.

Saraan semua anggota ditetapkan oleh Parlimen dan ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan.

Sebuah Suruhanjaya bebas daripada pengaruh politik kerana : Ahli-ahli Suruhanjaya dilantik oleh Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Hanya penjawat awam, hakim dan golongan profesional boleh menganggotainya.

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA Berfungsi untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pilihan raya. Ahlinya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Pemecatannya dilakukan oleh suatu tribunal.

Keanggotaannya : - Pengerusi - Naib Pengerusi - Tiga ahli lain Fungsi-fungsi SPR : - Penyemak pentafdaran pemilih - Menjalankan pilihan raya -Mempersempadankan kawasan pilihan raya

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN Diwujudkan untuk menentukan keadilan yang saksama. Semua ahlinya dilantik oleh Yang DiPertuan Agong.

SURUHANJAYA KHAS Ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Ahlinya = Pengerusi dan 2 orang ahli lain. Contoh suruhanjaya = Suruhanjaya Gaji Aziz

Syarat-syarat pelantikan :

Dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Boleh dilantik semula. Tidak boleh memegang jawatan lain di dalam Persekutuan atau Negeri. Boleh meletakkan jawatan pada bilabila masa. Hanya boleh dipecat oleh Yang DiPertuan Agong atas syor tribunal.

Cara pemecatan sama dengan cara pemecatan Hakim Mahkamah Persekutuan. Saraannya ditanggung oleh Kumpulan Wang yang disatukan.

Mengaudit akaun-akaun Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Mengaudit badan-badan kewangan negara. Menghantar laporan-laporan kewangan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan dibentangkan di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Menghantar senaskah laporan akaun pihak berkuasa awam kepada sultan atau Yang Di-Pertua Negeri.

Mempunyai struktur yang cekap dan tersusun untuk memudahkan pentadbiran negara. Terdapat organisasi yang terlibat : Ditubuhkan di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan. Ditubuhkan di bawah kuasa kerajaan.

Mempunyai komponen-komponen yang terlibat dalam struktur ini : Yang Di-Pertuan Agong Majlis Raja-raja Kabinet Kamenterian Jabatan Agensi-agensi Awam Perbadanan Awam Majlis-majlis

Bertindak sebagai ketua negara yang sudah tercatat dalam perlembagaan persekutuan. Melaksanakan kuasa eksekutif untuk mentadbir negara berdasarkan Perkara 39 dan 40 Perlembagaan Persekutuan. Mempunyai kuasa memperoleh maklumat pentadbiran negara melalui kabinet.

Melakukan beberapa perkara dalam pentadbiran : Melantik Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Melantik ahli-ahli Kabinet. Melantik ahli-ahli Suruhanjaya. Melantik Yang Di-Pertua Negeri. Diiringi oleh Perdana Menteri semasa perbincangan dasar-dasar negara dalam Majlis Raja-raja.

Merupakan badan terpenting dalam hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Peranannya dalam pentadbiran: Memilih dan memecat Yang Di-Pertuan Agong serta timbalannya. Membincangkan hal-hal agama dan adat istiadat diraja. Mempersetujui atau tidak tentang amalan, perbuatan dan sebarang upacara di seluruh Persekutuan.

Peranannya dalam hal : Pelantikan Ketua Audit Negara. Pelantikan ahli-ahli Suruhanjaya. Pelantikan Ketua Hakim Negara. Pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang Di-Pertuan Agong. Dianggotai oleh parti yang mendapat kerusi atau undian majoriti dalam Parlimen. Arahan dan dasar yang dibuat oleh kabinet dijalankan oleh jentera pentadbiran kerajaan.

Antara fungsi-fungsi Kabinet : Menggubal dan membuat dasar negara. Menentukan dasar negara. Menberikan arahan bagi pelaksanaan dasar.

Dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Perdana Menteri berhak menentukan bilangan ahli kabinetnya berdasarkan keperluan semasa.Semasa ketiadaan Perdana Menteri, Timbalannya mesti menjalankan tugasnya.

Menteri-menteri kabinet boleh dilantik melalui komponen-komponen berikut : Ahli Dewan Rakyat. Ahli Dewan Negara. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Kabinet membentuk dasar tertinggi negara. Seorang menteri akan mengemukakan kertas kabinet kepada mesyuarat kabinet semasa pembentukan dasar negara. Telah mewujudkan jawatankuasa tetap dan jawatankuasa khas kabinet.

Segala perkara yang diputuskan oleh kabinet secara rasmi mestilah mendapat sokongan daripada semua menteri. Ahlinya bertanggungjawab secara kolektif terhadap semua keputusan dasar. Diadakan segala dalam seminggu iaitu pada hari rabu.

Ahli kabinet yang membantah keputusan kabinet hendaklah meletakan jawatan.

Semua tindakan dan perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah rahsia dan tidak boleh direkodkan.

Merupakan setiusaha kabinet yang dikenali sebagai Ketua Setiausaha Negara. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara serta Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Tugas-tugas Ketua Setiausaha Negara :

Menyediakan agenda mesyuarat. Menyediakan minit mesyuarat. Menyampaikan keputusan kabinet kepada badan pelaksana. Penasihat utama kepada perkhidmatan kerajaan.

Jawatannya dibentuk untuk memudahkan pelaksaan tugas-tugas kabinet. Jawatannya terdiri daripada jawatankuasa khas dan jawatankuasa tetap.

Contoh jawatankuasa yang dibuat : Kewarganegaraan dan pelaburan Pelaburan Gaji pekerja perkhidmatan awam

Diberikan kepada seorang menteri yang memegang satu atau lebih portfolio. Kementerian dikenali sebagai Agensi Pentadbiran Tertinggi negara. Pelbagai Kementerian utama dan fungsinya serta Agensinya.

Antaranya :

KEMENTERIAN UTAMA

FUNGSI/ADJEKTIF

AGENSI/JABATAN

1. Jabatan Perdana Menteri

-Menggubal, merancang dan melaksana dasar kerajaan.- Menyelia dan penyelaras aktiviti yang berada di bawah kendaliannya.

-Lembaga Tabung Haji.-JAKIM -IKIM -SUHAKAM - FELDA

2. Kementerian Kewangan

-Merancang dan melaksanakan dasar belanjawan negara. -Mengurus sistem kewangan negara.

-Jabatan Akauntan Negara. -Kastam Diraja. -Bank Negara

-Lembaga Hasil -Menguatkuasakan Dalam Negara. undang-undang.

3. Kementerian Dalam Negeri

-Memelihara dan keselamatan dalam negeri. -Menjaga ketenteraman awam.

-Polis Diraja Malaysia. -Jabatan Penjara. -Agensi Dadah Kebangsaan.

4. Kementerian Pertahanan

-Memelihara dan memastikan kedaulatan negara. -Menegndalikan pasukan tentera.

-Angkatan Tentera Malaysia. -Tentera Darat Malaysia. -Tentera Udara Diraja Malaysia.

5. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Malaysia

-Merancang pembangungan bandar dan desa.

-Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

-Jabatan Lanskap Mempertingkatkan Negara. fungsi kerajaan tempatan. -Jabatan Kerajaan Tempatan.

Menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang program dan projek negara serta melaksanakannya di bawah arahan menteri. Bertanggungjawab mengawal jabatanjabatan dan badan-badan berkanun. Memantau jabatan-jabatan dan badanbadan berkanun.

Setiap kementerian mempunyai ibu pejabat sendiri dan beberapa bahagian, jabatan, agensi kerajaan dan perbandaran-perbandaran awam yang bertindak sebagai agensi pelaksana.

Mempunyai struktur organisasi pentadbirannya sendiri yang diketuai oleh Ketua Setiausaha.

Menteri dibantu oleh timbalannya dalam menggubal dasar-dasar kementerian dan menjawab atas nama menteri di Parlimen. Terdapat 27 buah Kementerian dan jumlah kementerian boleh berubah mengikut budi bicara Perdana Menteri. Sumber kewangan kementerian boleh didapati :

Kemnterian yang mengakaun sendiri Kementerian yang tidak mengakaun sendiri

Kementerian boleh dibahagikan kepada : Kementerian yang beroperasi di peringkat Persekutuan Kementerian yang beroperasi di peringkat cawangan negeri

Pegawai pentadbir utama ialah Ketua Setiausaha Negara. Peranan Beliau : Menjadi penasihat pentadbir utama Merancang dan mengawal pelaksanaan program Menyelaraskan kegiatan jabatan dan badan berkanun Menjalankan dasar kementerian di semua peringkat Menjalankan arahan menteri

Adalah sebuah agensi kerajaan di bawah sesebuah kementerian.Kebanyakan jabatan bertanggungjawab dalam hal-hal iktisas dan teknikal. Diketuai oleh Ketua Pengarah yang menggunakan gelaran yang berbezabeza.

Contoh-contoh jabatan dan fungsinya : Jabatan Negara Rakyat Fungsinya : - Membantu penggunaan tenaga manusia secara optimum - Melatih dan meningkatkan sumber kerja - Mengumpul pasaran buruh negara Jabatan Peguam Negara Fungsinya : - Memberi nasihat perundangan kepada kerajaan

- Menggubal undang-undang - Mewakili dan membela kerajaan di Mahkamah Jabatan Pemegang Harta Fungsinya : - Mentadbir harta orang yang berhutang - Mencairkan syarikat yang telah dibubarkan - Membubarkan pertubuhan yang telah dibatalkan pendaftarannya.

Agensi awam terbahagi kepada dua :

Agensi Pusat Agensi Pelaksana

Agensi Pusat -Berperanan dalam membuat, mengawal, dan menyelaras perjalanan agensi pelaksana. -Berfungsi untuk membekalkan dua keperluan asas seperti personel dan kewangan. - Contoh-contoh agensi pusat : 1) 2) 3) 4) 5) Perbendaharaan Jabatan Perkhidmatan Awam Unit Perancangan Ekonomi Unit Penyelaras dan Palaksanaan Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

1) Perbendaharaan Merancang dan menguruskan dasar kewangan Membuat analisis ekonomi antarabangsa dan ekonomi negara. Mengurus dan mengutip sumbersumber kewangan daripada pelbagai cukai. Mengagih-agihkan sumber kewangan. Menyalurkan pelbagai perkhidmatan. Menyelia dan mengawal industri insuran Merangka peruntukan belanjawan negara.

2) Jabatan Perkhidmatan Awam :

Menggubal dasar personel sektor awam Membuat dasar gaji, elaun dan pencen Menentukan dasar untuk pengambilan dan penamatan kerja, pelantikan, dan sebagainya Menyelesaikan ketidakpuasan hati kakitangan awam mengenai soal gaji Menyediakan kemudahan latihan kepada kakitangan awam menerusi Institusi Latihan Kakitangan Kerajaan

3) Unit Perancangan Ekonomi : Menyediakan perancangan pembangunan mengenai ekonomi negara Berperanan untuk memeriksa belanjawan pembangunan tahunan Menyelaraskan projek-projek pembangunan Membuat pemerhatian dan penyelidikan sosial dan ekonomi Menjadi urusetia untuk Majlis Perancang Negara, Jawatankuasa Perancang dan sebagainya.

4) Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan : Membuat penyelarasan dan meninjau pelaksanaan projek-projek pembangunan Memerhati dan mengawasi agensiagensi dan perbadanan awam seperti PETRONAS Membantu kontraktor yang mempunyai masalah dan membantu menyelesaikannya Membuat semakan semula mengenai dasar dan program pembangunan kerajaan Membantu bumiputra dalam bidang perdagangan dan perindustrian

Meninjau dan mengawasi projek pembangunan : -Negeri-negeri Semenanjung = Pejabat Kemajuan Negeri -Sabah dan Sarawak = Pejabat Pembangunan Negeri

-Pulau Pinang = Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputra

5) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia : Meningkat dan memodenkan sistem pentadbiran kerajaan Menawarkan perkhidmatan perundingan pengurusan kepada organisasi kerajaan Urusetia kapada jawatankuasa Pembangunan Pentadbiran Negara dan Jawatankuasa Pemprosesan Data Negara Meningkatkan kecekapan dalam kalangan kakitangan

Agensi Pelaksana - Bertanggunjawab melaksanakan projek pembangunan yang telah dirancang oleh Agensi Pusat. - Kementerian bertanggungjawab terhadap jabatan-jabatan dan badanbadan berkanun. - Agensi yang terlibat dalam Peringkat Persekutuan : = Kementerian = Jabatan-jabatan Persekutuan = Badan berkanun dan tidak berkanun = Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Adalah sebuah organisasi yang menjalankan kegiatan berunsurkan perniagaan. Bertujuan untuk membantu jabatan-jabatan dengan mengambil alih tugas yang tertentu. Perbadanan Awam diwujudkan untuk : Melibatkan kerajaan secara terus dalam pembangunan sosioekonomi Membolehkan Pembangunan Sosioekonomi bergerak dengan lebih pesat dan cekap

Perbadanan awam terbahagi kepada 2 jenis : Badan Berkanun Badan Tidak Berkanun

Badan Berkanun = Ciri-ciri : 1. Ditubuhkan melalui Enakmen Negeri . 2. Diketuai oleh Pengurus Besar yang Dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. 3. Terlibat secara langsung. 4. Terlibat dalam pembangunan sosioekonomi, mengurangkan karenah birokrasi dan lebih bermotifkan kebajikan.

Badan Tidak Berkanun

= Ciri-ciri : 1. Ditubuhkan melalui Akta Syarikat 1965. 2. Kerajaan mempunyai hak dan kawalan negeri secara tidak langsung. 3. Bermotifkan keuntungan, berhak membuat anak syarikat dan membangunkan negara.

Ditubuhkan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam serta mengelakkan pembaziran.Ditubuhkan oleh Perlembagaan. Bertujuan untuk menyelaras pentadbiran.

Terdapat 2 jenis majlis : Majlis-majlis yang Ditubuhkan oleh kerajaan Majlis-majlis Perundangan Majlis-majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan : Majlis Tanah Negara Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Majlis Kewangan Negara Majlis Raja-raja

Kerajaan Persekutuan memperoleh hasil utamanya : Cukai langsung = Cukai pendapatan Cukai tak langsung = Duti setem Hasil bukan cukai = Denda Hasil daripada wilayah-wilayah persekutuan

Perbelanjaan merangkumi : Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan pembangunan Jumlah pemberian : Masalah kewangan Pembangunan negeri Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan Kumpulan Wang Rezab Negeri.