Pengajian Islam Di Malaysia Dalam Menangani Islam Liberal

8
PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA DALAM MENANGANI ISLAM LIBERAL Seperti kita sedia maklum Islam Liberal merupakan satu aliran pemikiran yang menghendaki kepada keterbukaan dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama yang telah sedia ada sepertimana di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Fenomena di Malaysia hari ini semakin membimbangkan dengan wujudnya fahaman Islam Liberal di kalangan umat Islam. Ia juga banyak disebarkan melalui media massa yang merupakan senjata utama dalam menguasai bentuk pemikiran umat Islam di Malaysia. Aliran ini menyeru ke arah pembukaan pintu ijtihad dan penyeruan ke arah kefahaman Islam yang terbuka dan progresif dengan tujuan untuk memajukan pemikiran umat Islam. Namun yang demikian, mereka mempunyai kecenderungan untuk melewati batas keagamaan apabila mereka menuntut tafsiran Islam yang pelbagai (pluralis), mempertikai syariat Allah dan hukum- hukum fiqah dengan hujah rasional serta menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama. Terdapat beberapa contoh pertubuhan di Malaysia yang mengamalkan fahaman Islam

Transcript of Pengajian Islam Di Malaysia Dalam Menangani Islam Liberal

Page 1: Pengajian Islam Di Malaysia Dalam Menangani Islam Liberal

PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA DALAM MENANGANI ISLAM LIBERAL

Seperti kita sedia maklum Islam Liberal merupakan satu aliran pemikiran yang

menghendaki kepada keterbukaan dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama

yang telah sedia ada sepertimana di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Fenomena di

Malaysia hari ini semakin membimbangkan dengan wujudnya fahaman Islam Liberal di

kalangan umat Islam. Ia juga banyak disebarkan melalui media massa yang merupakan

senjata utama dalam menguasai bentuk pemikiran umat Islam di Malaysia. Aliran ini

menyeru ke arah pembukaan pintu ijtihad dan penyeruan ke arah kefahaman Islam yang

terbuka dan progresif dengan tujuan untuk memajukan pemikiran umat Islam. Namun

yang demikian, mereka mempunyai kecenderungan untuk melewati batas keagamaan

apabila mereka menuntut tafsiran Islam yang pelbagai (pluralis), mempertikai syariat

Allah dan hukum-hukum fiqah dengan hujah rasional serta menolak penguatkuasaan

undang-undang moral agama. Terdapat beberapa contoh pertubuhan di Malaysia yang

mengamalkan fahaman Islam Liberal seperti, golongan anti-hadis, Sisters in Islam dan

lain-lain lagi. Di samping itu, penulisan-penulisan akhbar seperti New Straits Times juga

banyak mengeluarkan artikel-artikel yang ke arah fahaman ini. Ini bertujuan bagi

mengelirukan umat islam dengan isu-isu berkaitan perlaksanaan hukum syari’ah dan

konteks fahaman sebenar berkaitan dengan nas-nas Al-Quran dan Hadis.

Menurut sejarah, liberalism adalah berkaitan dengan gerakan sekularism yang

secara amnya ingin memisahkan segala bentuk fahaman ke arah keagamaan.

Sekularisma juga bukan sekadar mengubah aspek politik dan kehidupan sosial manusia

Page 2: Pengajian Islam Di Malaysia Dalam Menangani Islam Liberal

tetapi menghapuskan kebudayaan yang dikatakan berkait rapat dengan agama.1 Oleh itu,

jelaslah bahawa sekularisma ini pemisah antara fungsi kehidupan beragama dan urusan

kehidupan manusia seharian.

Sekularisma juga dikatakan agen penghapus prinsip-prinsip ‘monotehism’ atau

Ketauhidan yang sebenarnya. Dimana jika kita lihat dengan adanya fahaman sekularisma,

ia mengubah fungsi Masjid yang sebenar kepada sangat terhad iaitu Masjid hanyalah

sekadar tempat untuk beribadah dan berzikir. Manakala urusan selain daripada beribadah

adalah tidak wajar dilaksanakan. Maka dengan itu, terhentilah fungsi masjid yang lain

seperti pusat menuntut ilmu, kebajikan sesama Muslim, pengerat hubungan sesama

Muslim dan sebagainya.

Berbalik semula kepada sejarah bagaimana Barat meluaskan pengaruhnya dalam

menyebarkan fahaman Sekularisma terhadap umat Islam, seperti yang kita sedia maklum

bahawa Barat cuba meluaskan pengaruhnya dengan penjajahan, lalu mereka menjajah

hampir sebilangan besar Negara-negara Islam seperti Andalusia, Turki, Palestin,

Malaysia, Iraq dan sebagainya. Pergerakan dakyah mereka dalam dalam meracuni

pemikiran Umat Islam adalah dengan menguasai Negara dan pentadbirannya. Seterusnya

barulah mereka melancarkan ‘ peperangan pemikiran ‘ yang sering disebut oleh

cendiakawan-cendiakawan Islam.

1 Islam and secularism, Syed Muhammad Naquib Al-Attas, intenational institute of Islamic thought and Civilization (ISTAC) 1993

Page 3: Pengajian Islam Di Malaysia Dalam Menangani Islam Liberal

PERANAN PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA DALAM MENANGANI ISLAM

LIBERAL

Dalam menangani isu ini, pengajian Islam merupakan jalan terbaik untuk menghapuskan

fahaman Islam Liberal ini. Beberapa elemen atau ilmu-ilmu khas berkaitan pengajian

Islam yang harus diberikan keutamaan.

Pengajian Al-Quran harus diperluas dan diperhebatkan dimana ia merangkumi

penguasaan, tafsir Al-Quran dan makna dalam memastikan kefahaman yang mendalam

terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pemahaman kandungan ayat-ayat Al-Quran serta

perlaksanaannya. Kurikulum yang digunakan diperingkat sekolah rendah dan menengah

banyak membantu dalam menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan baik seperti

matapelajaran Pendidkan Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan

Syar’iah Islamiyyah dan Tasawwur Islam. Kemudian matapelajaran ini diperhebatkan

lagi di peringkat Universiti tempatan yang menyediakan pengajian khusus melalui

jabatan Al-Quran dan As-Sunnah yang wujud di hampir kesemua universiti tempatan

seperti, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya, Universiti

Kebangsaan Malaysia dan lain-lain lagi. Dengan adanya kurikulum pengajian Al-Quran

ini, ia sangat membantu dalam mengekang fahaman Islam Liberal. Selain daripada itu,

pengajian ilmu-ilmu Hadis juga memainkan peranan penting dalam memantapkan lagi

kefahaman Islam sebenar. Pengajian hadis merupakan pengajian teras kepada pengajian

Islam selain daripada pengajian al-Quran. Walaupun perkembangan pengajian hadis

tidaklah begitu pesat berbanding dengan pengajian-pengajian lain seperti tafsir, fiqah,

akidah, tasawuf dan Bahasa Arab. Namun begitu, ianya turut berperanan sebagai satu

Page 4: Pengajian Islam Di Malaysia Dalam Menangani Islam Liberal

ilmu dalam pengajian Islam yang membantu dalam mendepani cabaran semasa seperti

pemikiran Islam Liberal yang mempertikaikan hadis Nabi s.a.w sebagai sumber rujukan

kedua selepas al-Quran dengan dakwaan ianya hanya relevan pada zaman baginda dan

ketinggalan untuk diamalkan pada zaman sekarang.

Seterusnya, antara cabang ilmu-ilmu Islam yang penting adalah ilmu Akidah. Pengajian

Akidah ini juga merupakan tunjang utama dalam memberikan kefahaman terbaik

mengenai akidah islam sebenar. Hampir di semua peringkat pengajian Islam

menyediakan ilmu mengenai ilmu ini seperti yang telah disebutkan. Manakala di

peringkat Universiti, ia semakin diperkasakan melalui pengajian khas melalui jabatan

Usuluddin yang menwarkan pengajian akidah secara lebih terperinci. Antara contoh

subjek akidah yang ditawarkan di peringkat ini adalah seperti Islamic Aqidah The Quran

and Sunnah as Source of Knowledge di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain

daripada itu pengajian ‘method of dakwah, ditawarkan bagi mengukuhkan lagi cara-cara

mengahdapi islam liberal seterusnya menambah ilmu-ilmu berkaitan teknik-teknik

menyampaikan dakwah.

Setelah kurikulum dan ilmu-ilmu bagi pengajian diperhebatkan dari masa ke semasa, ia

perlu manjalani proses penyampaian secara parktikal. Ini dapat dilaksanakan melalui

proses dakwah melalui pertubuhan-pertubuhan Islam seperti ABIM (Angkatan Belia

Islam Malaysia), PERKIM, JAKIM, JIM dan sebagainya. Melalaui pertubuhan ini, proses

dakwah dapat disampaikan dengan tepat kepada semua seterusnya dapat menangani

masalah penularan fahaman Islam Liberal.

Page 5: Pengajian Islam Di Malaysia Dalam Menangani Islam Liberal

Secara kesimpulannya, Pengajian Islam di Malaysia telah dan sentiasa memainkan

peranan penting dalam menangani masalah penularan Fahaman Islam Liberal. Ini dapat

dibuktikan dengan wujudnya pertubuhan-pertubuhan dakwah Islam yang sentiasa

menyediakan maklumat-maklumat terkini bekaitan kefahaman Islam sebenar. Beberapa

contoh program yang dilaksanakan setiapa masa seperti ceramah, kursus-kursus,

pembentangan kajian, dialog antara agama dan seminar. Kesemua ini adalah senjata

utama dalam menghadapi fahaman Islam Liberal.