Pengajian Malaysia

19
OBJEKTIF: Pada akhir aktiviti, para pelajar dapat: 1. Menyenaraikan ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946 2. Menyatakan sebab-sebab penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union 1946 3. Menceritakan tindakan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union 1946 4. Menyenaraikan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 5. Menyatakan isi-isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 6. Menjelaskan usaha-usaha ke arah kemerdekaan negara 7. Menjelaskan kepentingan semangat setia kepada negara KEMERDEKAAN

Transcript of Pengajian Malaysia

Page 1: Pengajian Malaysia

OBJEKTIF:Pada akhir aktiviti, para pelajar dapat:

1. Menyenaraikan ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 19462. Menyatakan sebab-sebab penentangan orang Melayu terhadap

Malayan Union 1946 3. Menceritakan tindakan penentangan orang Melayu terhadap

Malayan Union 1946 4. Menyenaraikan faktor-faktor pembentukan

Persekutuan Tanah Melayu 1948 5. Menyatakan isi-isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

6. Menjelaskan usaha-usaha ke arah kemerdekaan negara 7. Menjelaskan kepentingan semangat setia kepada negara

KEMERDEKAAN

Page 2: Pengajian Malaysia

MALAYAN UNION

(1946 – 1948)

Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent.

Pengisytiharan ini secara rasmi menggantikan Pentadbiran Tentera British yang dijalankan di

Tanah Melayu sejak bulan September 1945.

Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu.

Kerajaan Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di

King’s House (Carcosa Seri Negara),

Kuala Lumpur.

Page 3: Pengajian Malaysia

Semua Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu

Tidak Bersekutu serta 2 Negeri Selat disatukan.

Seorang gabenor British yang dilantik Baginda Ratu

England akan mengetuai Malayan Union.

Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan

Union dibentuk.

Singapura diasingkan kerana kepentingannya

sebagai pelabuhan bebas.

Kewarganegaraan sama rata dengan

prinsip jus soli menjadi asas

kerakyatan Malayan Union.

Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu

yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat

istiadat Melayu.

Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai

ketua pentadbir.

Page 4: Pengajian Malaysia

Sir Harold Mac Michael mengugut Raja-Raja Melayu

bahawa baginda akan diturunkan takhta jika

enggan menerima Malayan Union.

Kebanyakan sultan tidak diberikan masa cukup untuk berunding

dengan Majlis Mesyuarat Negeri.

Terdapat sultan yang menandatangani

Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British.

Raja-raja Melayu akan hanya menjadi

ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa

sebarang kuasa.

Raja Melayu kehilangan tahta dan

kredibiliti sebagai ketua orang Melayu

Walaupun Raja Melayu masih

membincangkan soal agama Islam tetapi

zakat fitrah dipungut di bawah nama

Gabenor Malayan Union, maka, orang

Melayu bimbang agama Islam tercabar.

Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang dilihat akan

mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.

Orang Melayu bimbang akan

kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan

Melayu seperti Kesultanan Melayu

Melaka. 

Page 5: Pengajian Malaysia

Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union

◘ Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara menyuarakan bantahan secara berterusan.◘ Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara damai semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu.◘ Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union.◘ Persatuan Melayu menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.◘ Pada 23 Januari 1946, Dato’ Onn Ja’far menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan U.M.O sebagai benteng menentang Malayan Union. ◘ Kongres Melayu telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu. ◘ Kongres Melayu bersetuju menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union.

Page 6: Pengajian Malaysia

◘ Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 hingga 31 Mac 1946 membantah pengisytiharan Malayan Union.◘ Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British.◘ Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British.

Page 7: Pengajian Malaysia

Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 1 Februari 1948 melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan

Perjanjian Malayan Union. Perjanjian ini ialah hasil desakan orang Melayu yang menuntut

British supaya mempertimbangkan pendapat dan kehendak mereka dalam sebarang perubahan politik

di Tanah Melayu. Perjanjian ini juga menunjukkan kejayaan

orang tempatan menentang penjajahan British terhadap Tanah Melayu

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Page 8: Pengajian Malaysia

Faktor-faktor PembentukanPersekutuan Tanah Melayu

1948

◘ Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar. ◘ Perpaduan orang Melayu yang terdiri daripada semua golongan raja dan rakyat, mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.◘ Sikap politik Melayu yang sederhana seperti hanya menulis dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-Raja Melayu menentang Malayan Union mendorong British menerima kehendak mereka. Mereka tidak mengangkat senjata seperti PKM. ◘ British memilih UMNO dan Raja-raja Melayu kerana UMNO tidak menuntut kemerdekaan sebaliknya mereka hanya menuntut rundingan untuk menolak MalayanUnion.◘ Gesaan Piagam Atlantik 1945 yang tidak menggalakkan penjajahan baru, sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberi latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.

Page 9: Pengajian Malaysia

◘ Sokongan bekas pegawai-pegawai Inggeris seperti Sir Frank Swettenham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi yang menolak dasar menakluk Tanah Melayu.◘ Sokongan pegawai-pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent dan L.D Gammans..

Page 10: Pengajian Malaysia

Ciri-ciri PerjanjianPersekutuan Tanah Melayu 1948

Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.

Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan.

Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.

Page 11: Pengajian Malaysia

Ketuanan Melayu diiktiraf semula / Kedudukan istimewa orang Melayu.

Ciri-ciri PerjanjianPersekutuan Tanah Melayu 1948

Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri.

Syarat kerakyatan diperketatkan. Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-negeri Melayu dan Rakyat British bagi

Negeri-negeri Selat.

Page 12: Pengajian Malaysia

Agama Islam dan adat Istiadat Melayu sebagai teras ketuanan bangsa Melayu.

Ciri-ciri PerjanjianPersekutuan Tanah Melayu 1948

Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam pentadbiran.

Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagan bertulis dengan British yang dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri yang

digunakan sehingga hari ini.

Status quo Negeri-negeri Melayu dilindungi

Page 13: Pengajian Malaysia

◘ Setelah memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihan Raya MPP 1955, Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet.◘ Beliau telah mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke London pada Februari 1956.◘ Beliau disertai oleh Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein dan Kolonel H.S.Lee.◘ 4 wakil Sultan pula ialah Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmed Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato’ Mohd Seth.

Page 14: Pengajian Malaysia

◘ Perundingan itu dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha Tanah Jajahan Britsh.◘ Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956.◘ Dalam rundingan itu, sebuah suruhanjaya bebas untuk mengkaji perlembagaan telah dibentuk.◘ Pihak British setuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.◘ Tunku telah membuat pengisytiharan tarikh kemerdekaan itu di Bandar Hilir, Melaka.

Page 15: Pengajian Malaysia

Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan

Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.

Institusi raja dijadikan Raja Berperlembagaan pada peringkat negeri dan negara

Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli

diterima

Page 16: Pengajian Malaysia

Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.

Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan

Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara.

Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah

kuasa Parlimen

Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

Page 17: Pengajian Malaysia

Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dgn

konsep Raja Berpelembagaan

dibentuk.

Mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum di

Persekutuan Tanah Melayu.

Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa

menumpahkan darah.

Memberikan hak mutlak kepada penduduk tempatan

untuk mentadbir sebuah negara yang berdaulat dan merdeka mengikut acuan

sendiri.

Setiap kaum melahirkan identiti

masyarakat yang merdeka.

Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan

Page 18: Pengajian Malaysia

Merupakan Presiden UMNO, Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri Pertama

Melalui kebijaksanaannya mengendalikan pakatan murni antara kaum, kemerdekaan dapat dicapai dengan

penuh harmoni dan gemilang.

Merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956.

Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem

pendidikan kebangsaan negara yang dikenali sebagai Penyata Razak 1957.

Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.

Merupakan tokoh MCA yang telah memulakan kerjasama

antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan

Parti Perikatan.Parti ini bekerjasama dengan

UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan

negara pada tahun 1957.

Merupakan presiden MIC yang telah bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan negara.

Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara yang kukuh.

Menyeru kaum India supaya berikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara ini.

TUNKU ABDUL RAHMANTUN ABDUL RAZAK

TUN H.S. LEE TUN V.T SAMBANTHAN

Page 19: Pengajian Malaysia

Kepentingan negara dapat dijaga.

Maruah negara akan terpelihara

Sanggup berkorban untuk negara

Tidak membocorkan maklumat rahsia negara

Sama-sama menjaga negara tanpa mengira

perbezaan kaum, agama dan bangsa

Disediakan oleh:Penyelaras Pengajian Malaysia KVKK