Pengajian Malaysia W8 (Words).pdf

5
Pengajian Malaysia 2013 1 | Page WEEK 8 JENTERA PENTADBIRAN MALAYSIA 1. SISTEM KABINET 1.1 KUASA EKSEKUTIF 1.1.1 PERINGKAT PERSEKUTUAN Dari sudut perlembagaan, kuasa eksekutif peringkat persekutuan adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong. Baginda merupakan Ketua Utama Negara dan segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda. Perlembagaan memperuntukkan bahawa dalam menjalankan tugas-tugas eksekutifnya, baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau atas nasihat seorang menteri yang diberikan kuasa oleh jemaah menteri. YDPA hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihati baginda dalam hal-ehwal menjalankan tugas-tugas baginda. Ini bermakna, baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk bertindak sesuka hati. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut: i. YDPA hendaklah melantik Perdana Menteri terlebih dahulu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri. ii. Atas nasihat Perdana Menteri, YDPA hendaklah melantik menteri-menteri. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut: i. YDPA hendaklah melantik Perdana Menteri terlebih dahulu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri. ii. Atas nasihat Perdana Menteri, YDPA hendaklah melantik menteri-menteri. 1.1.2 PERINGKAT NEGERI Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif peringkat negeri di setiap negeri akan dijalankan oleh Raja/ Sultan/ Yang Dipertua Negeri. Raja / Sultan / Yang Dipertua Negeri berkuasa untuk memperkenankan pelantikan Menteri Besar / Ketua Menteri daripada kalangan mereka yang mengetuai parti yang berjaya memenangi undi majoriti dalam pilihanraya peringkat negeri. Raja / Sultan / Yang Dipertua Negeri juga akan memperkenan pelantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)/ Jemaah Menteri atas nasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri. 1. Sistem Kabinet 2. Kementerian 3. Kerajaan Tempatan 4. Suruhanjaya JENTERA PENTADBIRAN MALAYSIA Sistem Kabinet Kuasa Eksekutif Peringkat Persekutuan YDPA Peringkat Negeri (Raja/Sultan/ Yang Dipertua Negeri) Kuasa Kabinet (Jemaah Menteri )

Transcript of Pengajian Malaysia W8 (Words).pdf

Page 1: Pengajian Malaysia W8 (Words).pdf

Pengajian Malaysia 2013

1 | P a g e

WEEK 8

JENTERA PENTADBIRAN MALAYSIA

1. SISTEM KABINET

1.1 KUASA EKSEKUTIF 1.1.1 PERINGKAT PERSEKUTUAN

• Dari sudut perlembagaan, kuasa eksekutif peringkat

persekutuan adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong. Baginda merupakan Ketua Utama Negara dan segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda.

• Perlembagaan memperuntukkan bahawa dalam menjalankan tugas-tugas eksekutifnya, baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau atas nasihat seorang menteri yang diberikan kuasa oleh jemaah menteri.

• YDPA hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihati baginda dalam hal-ehwal menjalankan tugas-tugas baginda.

• Ini bermakna, baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk bertindak sesuka hati.

• Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut:

i. YDPA hendaklah melantik Perdana Menteri

terlebih dahulu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

ii. Atas nasihat Perdana Menteri, YDPA hendaklah melantik menteri-menteri.

• Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut: i. YDPA hendaklah melantik Perdana Menteri

terlebih dahulu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

ii. Atas nasihat Perdana Menteri, YDPA hendaklah melantik menteri-menteri.

1.1.2 PERINGKAT NEGERI

• Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan

bahawa kuasa eksekutif peringkat negeri di setiap negeri

akan dijalankan oleh Raja/ Sultan/ Yang Dipertua

Negeri.

• Raja / Sultan / Yang Dipertua Negeri berkuasa untuk

memperkenankan pelantikan Menteri Besar / Ketua

Menteri daripada kalangan mereka yang mengetuai

parti yang berjaya memenangi undi majoriti dalam

pilihanraya peringkat negeri.

• Raja / Sultan / Yang Dipertua Negeri juga akan

memperkenan pelantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri (EXCO)/ Jemaah Menteri atas nasihat

Menteri Besar/ Ketua Menteri.

1. Sistem Kabinet 2. Kementerian

3. Kerajaan Tempatan 4. Suruhanjaya

JENTERA PENTADBIRAN MALAYSIA

Sistem Kabinet

Kuasa Eksekutif

Peringkat Persekutuan

YDPA

Peringkat

Negeri

(Raja/Sultan/ Yang Dipertua Negeri)

Kuasa Kabinet

(Jemaah Menteri)

Page 2: Pengajian Malaysia W8 (Words).pdf

Pengajian Malaysia 2013

2 | P a g e

1.2 KUASA KABINET • Kabinet atau Jemaah Menteri adalah badan yang

menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang

di-Pertuan Agong (YDPA).

• Kabinet dibentuk oleh parti politik yang memperolehi

kerusi majoriti dalam Parlimen.

• Dalam hal ini, apabila sesebuah parti politik berjaya

dalam satu-satu pilihan raya, maka parti itu layak untuk

memerintah negara kerana rakyat telah memberi

mandat untuk memerintah.

• Badan ini diketuai oleh Perdana Menteri dan dianggotai

oleh Menteri-menteri yang dilantik oleh YDPA atas

nasihat Perdana Menteri.

• Menteri-menteri tersebut bertanggungjawab ke atas

kementerian masing-masing.

• Dalam sistem kabinet, peranan menteri-menteri adalah

penting memandangkan seorang menteri merupakan

pembawa usul atau rang undang-undang kerajaan.

• Untuk membantu menteri melaksanakan tugasnya,

seorang timbalan menteri akan dilantik. Manakala,

seorang setiausaha parlimen pula akan dilantik oleh

Perdana Menteri untuk membantu tugas menteri dan

timbalan menteri.

• Bagi membantu Perdana Menteri menjalankan tugas-

tugasnya, Perlembagaan Persekutuan membenarkan

Perdana Menteri melantik seorang setiausaha politik.

• Peranan utama ahli Kabinet termasuk Perdana Menteri

ialah menentukan dasar kerajaan dan memberikan

arahan untuk dilaksanakan oleh jentera pentadbiran

kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.

• Bagi melaksanakan peranan ini, anggota-anggota

Kabinet akan mengadakan mesyuarat secara tertutup

dan kebiasaannya diadakan pada hari rabu setiap

minggu.

• Mesyuarat tersebut adalah rahsia dan perlu dicatatkan.

Ini dilakukan oleh Setiausaha Kabinet iaitu Ketua

Setiausaha Negara

• Peranan utama ahli Kabinet termasuk Perdana Menteri

ialah menentukan dasar kerajaan dan memberikan

arahan untuk dilaksanakan oleh jentera pentadbiran

kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.

• Bagi melaksanakan peranan ini, anggota-anggota

Kabinet akan mengadakan mesyuarat secara tertutup

dan kebiasaannya diadakan pada hari rabu setiap

minggu.

• Mesyuarat tersebut adalah rahsia dan perlu dicatatkan.

Ini dilakukan oleh Setiausaha Kabinet iaitu Ketua

Setiausaha Negara

• Sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan oleh sesuatu

kementerian perlu dibentangkan dalam mesyuarat

Kabinet melalui Kertas Kabinet oleh menteri yang

berkenaan.

• Sebelum dibentangkan, menteri yang bertanggungjawab

akan mengadakan rundingan dan perbincangan dengan

kementerian dan jabatan-jabatan lain yang terletak di

bawah kementeriannya.

2. KEMENTERIAN

• Kementerian merupakan agensi tertinggi dalam jentera

pentadbiran Persekutuan.

• Tugas-tugas menteri akan dilaksanakan oleh

kementerian.

• Manakala portfolio Perdana Menteri pula akan

dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.

• Kebiasaannya, seseorang menteri akan dibantu oleh

seorang timbalan menteri yang dilantik oleh YDPA atas

nasihat Perdana Menteri.

• Ketua pentadbir utama sesebuah kementerian ialah

Ketua Setiausaha (KSU)

• Jabatan merupakan agensi pentadbiran kerajaan yang

berperanan melaksanakan perkara-perkara dan dasar-

dasar seperti yang ditetapkan oleh kerajaan melalui

kementerian masing-masing.

• Jabatan kerajaan pula diketuai oleh ketua jabatan yang

dipanggil Ketua Pengarah.

• Perbadanan awam pula ditubuhkan untuk membantu

kelancaran pentadbiran kerajaan dengan memberikan

sedikit kuasa ke atas beberapa perkara.

• Terdapat 2 jenis perbadanan awam iaitu:

i. Badan Berkanun (Lembaga Hasil Dalam

Negeri - LHDN)

ii. Badan Tidak Berkanun (Sistem

Penerbangan Malaysia Berhad - MAS).

Kementerian

Jabatan Perbadanan

Awam

Badan Berkanun

Badan Bukan Berkanun

Page 3: Pengajian Malaysia W8 (Words).pdf

Pengajian Malaysia 2013

3 | P a g e

2.1 JENIS-JENIS KEMENTERIAN

1. Jabatan Perdana Menteri

2. Kementerian Pertahanan

3. Kementerian Perusahaan Perladangan dan

Komoditi

4. Kementerian Dalam Negeri

5. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

6. Kementerian Belia dan Sukan

7. Kementerian Kesihatan

8. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan

& Kerajaan Tempatan

9. Kementerian Komunikasi & Multimedia

10. Kementerian Kewangan

11. Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah

12. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

13. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat

14. Kementerian Pengangkutan

15. Kementerian Sumber Manusia

16. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

17. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan

18. Kementerian Kerja Raya

19. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

20. Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi

21. Kementerian Luar Negeri

22. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri

23. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

24. Kementerian Wilayah Persekutuan

** Bilangan kementerian boleh ditambah dan

dikurangkan mengikut keperluan negara.

• Setiap kementerian yang diwujudkan mempunyai

tanggungjawab dan peranan bagi membentuk dasar-

dasar, merancang, mengawal dan menyelaraskan

pelaksanaan tugas-tugas yang diletakkan di bawah

portfolio kementerian berkenaan.

• Tugas-tugas dan tanggungjawab kementerian

kemudiannya disalurkan kepada beberapa buah

jabatan dan perbadanan awam yang ditubuhkan di

bawah kementerian-kementerian tersebut kecuali

Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Kementerian

ini tidak mempunyai jabatan dan perbadanan awam

di bawahnya.

• Contoh:

2.2 JABATAN PERDANA MENTERI

• Mengawas dan menyelaras semua polisi kerajaan

dan pelaksanaannya.

• Menyelia serta menyelaras semua aktiviti bahagian-

bahagian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

• Menyediakan khidmat urus setia kepada beberapa

Jawatankuasa Kabinet dan Jawatankuasa

Kebangsaan.

Kementerian Sumber Manusia

Menteri :

Datuk Richard Riot Jaem

Ketua Setiausaha

Jabatan Tenaga Manusia Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja

Mahkamah Perusahaan Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan pekerjaan

Timbalan Menteri:

Datuk Ismail Abdul Muttalib

Antara Organisasi di

bawah Jabatan Perdana Menteri

Biro Tatanegara

Biro Guaman Negara

Jabatan Perangkaan

Negara

Lembaga Tabung Haji

Page 4: Pengajian Malaysia W8 (Words).pdf

Pengajian Malaysia 2013

4 | P a g e

2.3 Kementerian Pertahanan

• Menguruskan pertahanan negara.

• Melaksanakan dasar pertahanan negara serta dasar-

dasar kerajaan yang lain.

• Menyediakan khidmat pengurusan dan pentadbiran

Angkatan Tentera Malaysia

• Mengurus sumber-sumber yang diperuntukkan bagi

pertahanan negara.

2.4 Kementerian Belia dan Sukan

• Membentuk masyarakat yang aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi untuk semua serta pembangunan atlet sukan berprestasi tinggi peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

• Mewujud dan membentuk belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah.

2.5 Kementerian Dalam Negeri

• Mentadbir urus keselamatan dalam negeri untuk menjamin keamanan negara.

• Memastikan rakyat melibatkan diri dalam program-program kesedaran dan pencegahan seperti penglibatan dalam RELA.

• Meningkatkan keberkesanan program-program

rawatan dan pemulihan bagi penagihan dadah dan

pesalah undang-undang.

• Mentadbir urus keselamatan dalam negeri untuk

menjamin keamanan negara.

• Memastikan rakyat melibatkan diri dalam program-program kesedaran dan pencegahan seperti penglibatan dalam RELA.

• Meningkatkan keberkesanan program-program rawatan dan pemulihan bagi penagihan dadah dan pesalah undang-undang.

• Menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan yang terlibat dalam urusan-urusan penting seperti pendaftaran pengenalan diri, paspot, pendaftaran pertubuhan, penerbitan, filem dan senjata api.

• Menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Badan-badan Antarabangsa untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

2.6 Kementerian Pengangkutan

• Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar pengangkutan bagi rel, maritim, pelabuhan dan penerbangan awam.

• Melaksana projek infrastruktur rel, maritim, pelabuhan dan penerbangan awam.

• Menyediakan perkhidmatan perlesenan seperti lesen individu.

• Menyediakan sistem dan perkhidmatan pengangkutan yang cekap, selamat dan berkesan.

• Melaksanakan program kerjasama serantau dan antarabangsa dalam bidang pengangkutan.

• Menyediakan persekitaran industri pengangkutan yang berdaya saing.

• Menyediakan sistem dan perkhidmatan pengangkutan yang cekap, selamat dan berkesan.

• Melaksanakan program kerjasama serantau dan antarabangsa dalam bidang pengangkutan.

• Menyediakan persekitaran industri pengangkutan yang berdaya saing.

Agensi / Jabatan di

bawah Kementerian Pertahanan

Angkatan Tentera Malaysia

Tentera Darat

Malaysia

Tentera Laut

Diraja Malaysia

Tentera Udara Diraja

Malaysia

Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri

Polis Diraja Malaysia

Jabatan Pertahanan Awam

Jabatan Penjara Malaysia

RELA

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Percetakan Nasional Malaysia Bhd

Agensi Dadah Kebangsaan

Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Pendaftaran Negara

Page 5: Pengajian Malaysia W8 (Words).pdf

Pengajian Malaysia 2013

5 | P a g e

3. KERAJAAN TEMPATAN

• Wujud dengan terwarta Akta Kerajaan Tempatan

1976 yang diluluskan oleh Parlimen.

• Desentralisasi kuasa

• Kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa tertentu

dalam mentadbir dan menguruskan hal ehwal negeri

masing-masing

• Keputusan & cara pelaksanaan tidak boleh

dipersoalkan oleh kerajaan pusat / persekutuan

• Berkuasa untuk membuat keputusan yang cepat dan

cekap untuk kepentingan penduduk setempat

• Ahli-ahlinya dipilih @ dilantik dalam kalangan

penduduk tempatan.

3.1 JENIS-JENIS KERAJAAN TEMPATAN

3.1.1 DEWAN BANDARAYA

• Merupakan pusat pentadbiran atau ibu negeri • Menjadi pusat perdagangan, kebudayaan &

pendidikan tinggi • Menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden • Hasil pendapatan tahunan melebihi RM20juta • Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. • Mempunyai institusi-institusi kewangan • Contoh:

i. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

ii. Dewan Bandaraya Ipoh iii. Dewan Bandaraya Kuching iv. Dewan Bandaraya Johor Bahru

3.1.2 MAJLIS PERBANDARAN

• Merupakan pusat perniagaan yang penting • Mempunyai kemudahan asas yang agak moden • Mempunyai pembangunan perbandaran yang baik • Hasil pendapatan tahunan melebihi RM5juta • Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. • Contoh:

i. Majlis Perbandaran Muar

ii. Majlis Perbandaran Batu Pahat iii. Majlis Perbandaran Kuantan

3.1.3 MAJLIS DAERAH

• Terletak di kawasan luar bandar • Mempunyai kemudahan infrastruktur yang agak baik • Merupakan sebuah pekan yang menjadi pusat

perniagaan dan pentadbiran kecil • Jumlah hasil pendapatan kurang daripada RM5 juta

setahun • Jumlah penduduk tidak melebihi 10 000 orang • Contoh:

i. Majlis Daerah Kulim

ii. Majlis Daerah Kampar 3.2 FUNGSI KERAJAAN TEMPATAN

• Bagi membolehkan penduduk tempatan sama ada di peringkat bandaraya, bandar atau daerah menyertai dan mengambil bahagian dalam menguruskan hal ehwal dan kepentingan mereka sendiri

• Selalunya melibatkan usaha menyediakan kemudahan dan perkhidmatan sosial.

• PERANAN: meningkatkan kualiti hidup masyarakat tempatan.

3.3 BIDANG KUASA KERAJAAN TEMPATAN

• Mengadakan undang-undang kecil (by-laws) • Mengenakan cukai, sewa dan bayaran-bayaran

perkhidmatan yang lain yang digunakan oleh penduduk tempatan

• Sumber-sumber kewangan ini digunakan bagi menampung pembiayaan pengurusan badan ini.

4. SURUHANJAYA

• Memastikan tugas pentadbiran dijalankan dengan

bijak, adil, dan cekap untuk membentuk negara yang

aman dan harmoni.

• Bebas & tiada campur tangan daripada pihak-pihak

tertentu.

• Ahli-ahli suruhanjaya dilantik oleh YDPA selepas

berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Jenis-jenis Kerajaan Tempatan

Dewan Bandaraya

Majlis Perbandaran

Majlis Daerah

Jenis-jenis Suruhanjaya:

TETAP

•Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

•Suruhanjaya Pilihanraya

•Suruhanjaya Pendidikan

•Suruhanjaya Perkhidmatan Polis

•Majlis Angkatan Tentera

TIDAK TETAP

•Suruhanjaya Siasatan Awam

•Suruhanjaya Gaji Aziz

•Suruhanjaya Gaji Harun

•Suruhanjaya Diraja