Pengajian Malaysia: Perlembagaan malaysia

4
MPW 2133/MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA Course Leader: Sharliana Che Ani COURSE NOTES MODUL C : Perlembagaan & Proses Politik Subtopik 6 : Perlembagaan Malaysia 1.1 Pengenalan Perbincangan dalam topik ini adalah berkisar berkaitan sejarah penggubalan Perlembagaan dari Malayan Union ke Persekutuan Tanah Melayu. 1.1.1 Perlembagaan Malayan Union 1. Persediaan ke arah berkerajaan sendiri menyebabkan kerajaan British telah menubuhkan sebuah kerajaan baru (kesatuan) iaitu Malayan Union pada tahun 1946. 2. Semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka disatukan dibawah satu pemerintahan pusat di bawah perlembagaan Malayan Union. Singapura tidak dimasukkan dalam Malayan Union tetapi menjadi Tanah Jajahan Mahkota British yang berasingan di bawah kuasa seorang Gabenor British. 3. Raja-raja Melayu menjadi raja kehormat dan kedaulatan mereka dihapuskan. Sultan berkuasa berkaitan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. 4. Hal ehwal kerajaan tempatan diuruskan oleh Majlis- majlis Negeri. Kerajaan pusat bertanggungjawab mengawal majlis-majlis ini. 5. Hak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa ataupun asal keturunan dalam Malayan Union. Semua orang asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura. 1.1.2 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1. Akibat daripada bantahan orang Melayu dan ketiadaan sokongan yang kuat dan teratur dari mana-mana pihak di Tanah Melayu kerajaan British telah menggantikan Malayan 1

description

 

Transcript of Pengajian Malaysia: Perlembagaan malaysia

Page 1: Pengajian Malaysia: Perlembagaan malaysia

MPW 2133/MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIACourse Leader: Sharliana Che Ani

COURSE NOTES

MODUL C : Perlembagaan & Proses Politik

Subtopik 6 : Perlembagaan Malaysia 1.1 Pengenalan

Perbincangan dalam topik ini adalah berkisar berkaitan sejarah penggubalan Perlembagaan dari Malayan Union ke Persekutuan Tanah Melayu.

1.1.1 Perlembagaan Malayan Union1. Persediaan ke arah berkerajaan sendiri menyebabkan kerajaan British telah

menubuhkan sebuah kerajaan baru (kesatuan) iaitu Malayan Union pada tahun 1946.

2. Semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka disatukan dibawah satu pemerintahan pusat di bawah perlembagaan Malayan Union. Singapura tidak dimasukkan dalam Malayan Union tetapi menjadi Tanah Jajahan Mahkota British yang berasingan di bawah kuasa seorang Gabenor British.

3. Raja-raja Melayu menjadi raja kehormat dan kedaulatan mereka dihapuskan. Sultan berkuasa berkaitan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

4. Hal ehwal kerajaan tempatan diuruskan oleh Majlis-majlis Negeri. Kerajaan pusat bertanggungjawab mengawal majlis-majlis ini.

5. Hak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa ataupun asal keturunan dalam Malayan Union. Semua orang asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura.

1.1.2 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1. Akibat daripada bantahan orang Melayu dan ketiadaan sokongan yang kuat dan

teratur dari mana-mana pihak di Tanah Melayu kerajaan British telah menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

2. Mengikut Perjanjian ini, ahli-ahli negeri adalah sama sepertimana yang ada di dalam Malayan Union. Singapura masih menjadi tanah jajahan Britisah yang berasingan.

3. Kerajaan persekutuan terdiri dari :a) Pesuruhjaya Tinggi British yang dilantik oleh Kerajaan British, b) Majlis Undangan Persekutuan yang mempunyai 75 orang ahli (sebanyak 50

orang ahli tidak rasmi dan kebanyakkannya terdiri daripada orang Melayu)c) Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan yang mempunyai ahli-ahli rasmi dan

tidak rasmi.4. Pesuruhjaya Tinggi British mempunyai kuasa tertinggi dalam Kerajaan Persekutuan.5. Sultan-sultan dikembalikan hak utama dan kuasa ke atas negeri-negeri mereka seperti

semasa sebelum perang.6. Sultan mempunyai kuasa memerintah negerinya dengan bantuan sebuah Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri dan sebuah Majlis Undangan Negeri yang dianggotai oleh ahli-ahli rasmi dan tidak rasmi.

1

Page 2: Pengajian Malaysia: Perlembagaan malaysia

7. Kerajaan negeri bertanggungjawab bagi perkara seperti kerajaan tempatan, kesihatan, pendidikan, tanah dan pertanian. Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Undangan Negeri mesti mendapat persetujuan Sultan.

8. Syarat kewarganegaraan telah diketatkan. Sebagai contoh, seorang yang layak mendapat kewarganegaraan secara permohonan mestilah lahir di Tanah Melayu dan bermastautin di sana selama lapan dari duabelas tahun sebelum permohonannya atau telah bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang daripada lima belas tahun dari dua puluh tahun sebelum permohonannya. Umur minimum ialah lapan belas tahun dan perwatakan baik serta berpengetahuan Bahasa Melayu dan Inggeris .

9. Orang Melayu diberikan hak-hak istimewa sebagai kaum Bumiputera. Mereka mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

1.1.3 Suruhanjaya Reid1. Persidangan di London juga mempersetujui tentang pembentukan sebuah suruhanjaya

untuk menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang berdaulat dan merdeka.

2. Ahli-ahli Suruhanjaya Perlembagaan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid terdiri daripada:

a) Lord Reid (Britain-Pengerusi)b) Sir Ivor Jenings (Britain)c) Sir William Mckell (Australia)d) B.Malik (India)e) Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

3. Suruhanjaya ini bertanggungjawab merangka perlembagaan berasaskan syarat-syarat berikut:

a) Kerajaan Persekutuan yang kuatb) Menjamin kedudukan istimewa orang Melayuc) Memelihara kedudukan sultan-sultan sebagai pemerintah berpelembagaan di

negeri masing-masingd) Melindungi kepentingan sah kaum-kaum bukan Melayue) Prinsip-prinsip demikrasi

4. Suruhanjaya ini telah bersidang sebanyak 118 kali dari lewat bulan Jun hungga bulan Oktober 1956.

5. Sebanyak 131 memorandum bertulis telah diterima daripada pertubuhan-pertubuhan dan orang perseorangan.

6. Dua memorandum yang penting ialah daripada raja-raja Melayu dan Perti Perikatan.7. Memorandum yang Perikatan mengandungi beberapa perkara yang merupakan tolak

ansur antara kaum.8. MCA dan MIC menerima kedudukan istimewa orang Melayu, kedaulatan raja-raja

Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.9. UMNO telah mempersetujui syarat-syarat yang longgar bagi kerakyatan.10. UMNO menerima prinsip jus soli yang memberikan kerakyatan secara automatik

kepada semua orang yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu pada atau selepas Hari Merdeka.

11. Suruhanjaya Reid telah mengumumkan satu Rang Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada bulan Februari 1957.

2

Page 3: Pengajian Malaysia: Perlembagaan malaysia

2.1 Aktiviti Tutorial

Bincangkan perkembangan pembentukan perlembagaan di Malaysia.

3