pengajian perniagaan

10
PENGAJIAN PERNIAGAAN DISEDIAKAN OLEH: P.CARELINE S. GVITHAMALAR

description

pengajian perniagaan

Transcript of pengajian perniagaan

Slide 1

PENGAJIAN PERNIAGAANDISEDIAKAN OLEH:P.CARELINES. GVITHAMALARPROSES PENGORGANISASIANPENENTUAN OBJEKTIFPENGENALPASTIAN AKTIVITIPENGELASAN AKTIVITIPENGELOMPOKAN AKTIVITIPENGAGIHAN TUGASAUTORITI DAN TANGGUNGJAWABPENENTUAN OBJEKTIFPada peringkat ini, pengurus dikehandaki mengenal pasti matlamat organisasi dan objektif setiap unit atau bahagian dalam organisasi. Matlamat dan objektif ditetapkan berdasarkan kemampuan dan kebolehan organisasi untuk mencapai matlamat dan objektif berkenaan.Pengurus juga harus mengenal pasti sumber yang perlu ada dan tugas yang perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat atau objektif berkenaan.PENGENALPASTIAN AKTIVITIPengurus akan mengenal pasti secara khusus aktiviti- aktiviti yang dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan. Ini termasuk menyenaraikan dan membahagikan aktiviti kepada aktiviti utama dan sampingan.PENGELASAN AKTIVITIPengelasan aktiviti merujuk kepada kerja menyusun aktiviti mengikut kemahiran dan kecekapan pekerja atau kriteria tertentu. Dalam organisasi, banyak aktiviti perlu dijalankan untuk mencapai objektif tertentu.Misalnya, untuk melaksanakan aktiviti menghantar barang kedai runcit memerlukan pekerja yang mempunyai lesen memandu yang sesuai serta pekerja yang mempunyai pengetahuan dalam bidang perakaunan.PENGELOMPOKAN AKTIVITIPengelompokan aktiviti merujuk kepada proses mengumpulkan aktiviti yang berkaitan dalam kategori atau kumpulan tertentu. Misalnya aktiviti yang sepadan dari segi fungsi akan dikelompokkan untuk membentuk suatu kumpulan kerja formal.PENGAGIHAN TUGASPada peringkat ini, pengurusan atasan akan mengagihkan tugas kepada ketua jabatan dan memberikan penerangan tentang sasaran yang perlu dicapai oleh setiap jabatan.Ketua jabatan pula akan mengagihkan tugas kepada pekerja mereka mengikut kemahiran yang dimiliki setiap pekerja.AUTORITI DAN TANGGUNGJAWABAutoriti merupakan hak atau kebenaran yang diberikan kepada seseorang pengurus untuk mengambil keputusan dan tindakan tertentu. Autoriti melibatkan bidang kuasa yang telah diperuntukkan dan membolehkan pengurus memberikan arahan kepada pekerja bawahannya.Tanggungjawab merujuk kepada kewajipan seseorang individu untuk menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan.Tanggungjawab selalunya akan diberi bersama sama autoriti. Penurunan autoriti melibatkan pemindahan tanggungjawab kepada pekerja bawahan.SEKIAN TERIMA KASIH