Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

18
PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan berkat dan keizinan dariNYa dapat saya menyiapkan tugasan PBS ini dengan jayanya pada Semester kedua Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan BPG. Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah ini di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel, Kuala Lumpur. Saya dikehendakai menjalani PBS selama seminggu bermula pada 5 September 2011 hingga 9 September 2011. Saya menjalani PBS di SKPK Jalan Peel ini bersama dengan empat orang rakan yang lain. Rakan rakan saya yang bersama sama menjalani PBS di SKPK Jalan Peel ini adalah Nurul Husna Ab.Rahman, Nurul Basirah A. Wahab, Norashikin Azizian dan Soo Toh Wan Lin. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing PBS saya iaitu Encik Yusof kerana telah banyak membantu saya dengan menerangkan serba sedikit berkenaan PBS kepada saya sebelum pergi ke sekolah.Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua rakan-rakan yang telah bersama sama saya dalam mencari maklumat dan dapatan yang diperlukan semasa menjalani PBS bersama sama . Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada warga Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel yang banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan PBS ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan Guru Besar iaitu Encik Omar bin. Sujak,guru guru penolong kanan dan semua guru yang berkhidmat di sekolah tersebut kerana kesudian meluangkan masa untuk ditemu bual dan meluangkan masa untuk memberikan bahan yang membantu saya dalam menyiapkan PBS ini dengan jayanya. Tidak lupa juga, sekalung penghargaan kepada pihak institut yang tidak jemu memberikan tunjuk ajar kepada saya jika saya memerlukan. Semoga sokongan, dorongan dan kerjasama yang diberikan akan mendapat balasan baik oleh Allah S.W.T dan usaha gigih saya ini akan membahkan hasil dengan menjadikan saya sebagai seorang pendidik yang cemerlang,gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

Transcript of Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

Page 1: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Illahi kerana

dengan berkat dan keizinan dariNYa dapat saya menyiapkan tugasan PBS ini dengan

jayanya pada Semester kedua Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan BPG.

Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah ini di Sekolah

Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel, Kuala Lumpur. Saya dikehendakai menjalani

PBS selama seminggu bermula pada 5 September 2011 hingga 9 September 2011.

Saya menjalani PBS di SKPK Jalan Peel ini bersama dengan empat orang rakan yang

lain. Rakan – rakan saya yang bersama – sama menjalani PBS di SKPK Jalan Peel ini

adalah Nurul Husna Ab.Rahman, Nurul Basirah A. Wahab, Norashikin Azizian dan Soo

Toh Wan Lin.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing PBS saya

iaitu Encik Yusof kerana telah banyak membantu saya dengan menerangkan serba

sedikit berkenaan PBS kepada saya sebelum pergi ke sekolah.Jutaan terima kasih juga

ditujukan kepada semua rakan-rakan yang telah bersama – sama saya dalam mencari

maklumat dan dapatan yang diperlukan semasa menjalani PBS bersama – sama .

Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada warga Sekolah

Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel yang banyak membantu saya untuk

menyiapkan tugasan PBS ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak

terhingga kepada tuan Guru Besar iaitu Encik Omar bin. Sujak,guru – guru penolong

kanan dan semua guru yang berkhidmat di sekolah tersebut kerana kesudian

meluangkan masa untuk ditemu bual dan meluangkan masa untuk memberikan bahan

yang membantu saya dalam menyiapkan PBS ini dengan jayanya.

Tidak lupa juga, sekalung penghargaan kepada pihak institut yang tidak jemu

memberikan tunjuk ajar kepada saya jika saya memerlukan. Semoga sokongan,

dorongan dan kerjasama yang diberikan akan mendapat balasan baik oleh Allah S.W.T

dan usaha gigih saya ini akan membahkan hasil dengan menjadikan saya sebagai

seorang pendidik yang cemerlang,gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

Page 2: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

Akhir kata, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga

kepada semua insan yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam

menyempurnakan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini dengan jayanya.

Sokongan dan dorongan yang diberikan sangat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Page 3: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

PENGENALAN

Program Berasaskan Sekolah (PBS) ini merupakan salah satu program yang

wajib diikuti oleh semua guru pelatih di setiap institiut perguruan di Malaysia. Program

Berasaskan Sekolah selama seminggu ini wajib dihadiri oleh kesemua guru pelatih

apabila masuk ke Program Izajah Sarjana Muda Perguruan Bahagian Pendidikan Guru.

PBS ini perlu dijalani oleh guru pelatih selama empat semester berturut – turut bermula

pada semester pertama sehinggalah semester empat. Pada semester dua ini, bermula

pada 5 September 2011 hingga 9 September 2011 saya dikehendaki menjalani PBS di

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel, Kuala Lumpur bersama – sama

dengan empat orang rakan saya.

Fokus utama PBS bagi setiap semester adalah untuk memperkenalkan kepada

guru pelatih berkenaan dengan persekitaran sesebuah sekolah bagi membiasakan dan

memberi pengalaman kepada guru pelatih. Pengalaman yang ada ini dapat

mempersiapkan guru pelatih untuk menempuh realiti sebenar seoramg pendidik.

Selain itu, PBS ini juga memberi peluang dan ruang untuk guru pelatih bermesra dan

berkolaborasi dengan warga sekolah.

Berdasarkan PBS ini, banyak perkara yang saya belajar terutamanya tentang

hal – hal ehwal sekolah dari sekecil – kecil aspek hinggalah sebesar – besar aspek.

Program ini membuka peluang yang besar untuk saya berinteraksi dengan warga

sekolah dari perspektif guru pelatih. Melalui interaksi serta pemerhatian terhadap

sekolah ini, saya lebih memahami tugas dan peranan sebenar seorang guru di sekolah

terhadap murid – muridnya dan hal – hal sekolah.

Semasa PBS ini, saya berpeluang untuk masuk ke kelas untuk melihat sesi

pengajaran dan pembelajaran guru. Melalui aktiviti tersebut saya memperoleh pelbagai

ilmu baru dari segi pengurusan bilik darjah dan cara mengajar guru tersebut terhadap

kanak – kanak yang bermasalah pendengaran.

Page 4: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

Selain itu, saya berpeluang untuk masuk ke kelas bersama rakan – rakan

sebagai guru ganti disebabkan guru sibuk menguruskan hal lain yang berkaitan. Pada

mulanya saya dan rakan menolak kerana semasa PBS kami tidak dibenarkan untuk

menjadi guru ganti. Namun, atas sebab perikemanusiaan dan berbudi bahasa saya

dan rakan bersedia untuk menghulurkan bantuan. Semasa sesi tersebut saya dan

rakan telah menjalankan aktiviti permainan bahasa seperti “ a,e,i,o,u”, “ Jagung Manis”

dan “ Teka – teki kepada pelajar. Berdasarkan aktiviti tersebut saya dapat mengetahui

bahawa untuk menjadi guru seseorang perlu menjadi kreatif dan inovatif. Hal ini dapat

dilihat melalui keseronokan murid – murid belajar sambil bermain. Saya juga dapat ilmu

bahawa jika menjadi pendidik pada masa hadapan saya tidak boleh semata – mata

mengajar matapelajaran tanpa mengira perasaan pelajar yang bosan dengan isi

matapelajaran yang P&Pnya statik tiada unsur kecindan dan permainan yang menarik

perhatian.

Secara keseluruhannya, saya dapat merasakan bahawa PBS ini memberi

banyak manfaat kepada bakal pendidik seperti saya. Ini kerana, banyak ilmu yang

diperoleh semasa tempoh seminggu di sekolah. Program ini sememangnya dapat

membantu saya memahami situasi dan bagaimana sekolah berfungsi.

Page 5: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

TUJUAN PERNYATAAN PROFESIONAL

Pernyataan profesional/kontrak aktiviti merujuk kepada harapan atau aktiviti yang

ditetapkan sendiri oleh guru pelatih untuk dilaksanakan dalam tempoh Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS). Sepanjang melaksanakan PBS guru pelatih perlu

menetapkan fokus – fokus tertentu dalam melaksanakan sesuatu aktiviti bagi mencapai

objektif yang diharapkan.

Tujuan utama pernyataan profesional adalah untuk menyatakan hala tuju

tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas. Penyataan profesional ini dapat

membantu guru pelatih untuk menjalankan PBS dengan lancar dan jayanya. Hal ini

demikian kerana, apabila guru pelatih menulis pernyataan profesional ini mereka akan

lebih jelas tentang objektif utama tugasan.

Pernayataan profesional yang ditulis ini juga dapat membantu pelajar merancang

strategi perlaksanaan aktiviti yang telah difokuskan dengan sistematik. Guru pelatih

dapat mencari maklumat dan dapatan yang diperlukan dalam tempoh seminggu tanpa

ada maklumat yang tercicir dengan adanya pernyataan profesional ini. Guru pelatih

juga tidak akan menjadi kelam kabut dengan adanya perancangan yang rapi sebelum

PBS,semasa PBS dan selepas PBS berdasarkan pernyataan profesional yang telah

ditulis. Masa juga dapat dijimatkan dengan adanya pernyataan profesional ini.

Selain itu, pernyataan profesional ini membolehkan guru pelatih mengukur dan

menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan. Guru pelatih dapat melihat

keberkesanan aktiviti yang telah dijalankan disekolah dengan melihat kepada

pernyataan profesional ini dengan menyenaraikan kekuatan dan kelebihan sesuatu

aktiviti.

Pernyataan profesional ini juga adalah asas dan panduan kepada guru pelatih

untuk membuat tindakan susulan dan penambahbaikan. Guru pelatih boleh

Page 6: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

menyenaraikan aktiviti yang mempunyai kelemahan dan memberi cadangan untuk

penambahbaikkan.

PERNYATAAN PROFESIONAL

PERANCANGAN SEBELUM PBS

Sebelum menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel saya

telah meneliti dan merancang perkara – perkara yang perlu dilakukan semasa

menjalankan PBS supaya saya dapat mencapai objektif PBS dengan jayanya.

Berikut adalah perancangan saya :

1) FOKUS UTAMA

Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki untuk menjalankan

PBS selama seminggu di SKPK Jalan Peel. Skop tugasan yang perlu saya

penuhi iaitu saya perlu ke sekolah untuk melihat persekitaran sekolah dan iklim

bilik darjah. Saya ingin menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual bagi

mendapatkan data berkenaan dengan persekitaran sekolah dan iklim bilik darjah

di S.K.P.K. Jalan Peel. Bagi mencapai objektif PBS, saya akan berkolaborasi

dengan warga S.K.P.K. Jalan Peel selama seminggu berada di sana.

Di samping itu juga, saya akan memohon kebenaran daripada guru besar

untuk masuk ke kelas semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi

melihat situasi P&P dengan melihat susunan bilik darjah,kawalan bilik

darjah,penglibatan pelajar semasa P&P,iklim bilik darjah,penggunaan alat bantu

mengajar dan hal – hal yang berkaitan dengan bilik darjah.

2) STRATEGI PERLAKSANAAN

Saya telah merancang beberapa strategi dengan membuat takwim aktiviti untuk

setiap hari bagi melicinkan proses pencarian dan pengumpulan maklumat seperti

yang terkandung dalam tugasan PBS yang saya terima. Strategi yang dibuat ini

Page 7: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

dapat membantu saya menggunakan masa seminggu yang ada dengan sebaik –

baiknya.

Hari pertama ( Isnin: 5 September 2011)

Berjumpa dengan guru besar.

Berjumpa dengan guru – guru penolong kanan

Berkenalan dan beramah mesra dengan guru

Menyertai perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Isnin

Meninjau persekitaran sekolah dengan mengambil gambar

Hari kedua ( Selasa: 6 September 2011)

Mencari maklumat berkenaan tugasan

Menemubual staf – staf sekolah

Melihat sesi P&P serta iklim bilik darjah

Hari ketiga ( Rabu: 7 September 2011)

Menemu bual guru – guru

Meneruskan pencarian maklumat

Hari keempat ( Khamis: 8 September 2011)

Menemu bual guru besar berkenaan pengurusan sekolah

Berinteraksi dengan murid – murid

Menyusun maklumat – maklumat

Hari kelima ( Jumaat: 9 September 2011)

Mencari maklumat tambahan

Bermesra dengan guru – guru

Page 8: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

PERANCANGAN SEMASA PBS

Semasa menjalankan PBS, saya telah merujuk kepada perancangan awal yang

telah saya rancang. Saya melaksanakan PBS di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

Jalan Peel dengan berpandukan perancangan yang telah dibuat bagi memastikan

segaa maklumat dan dapatan yang diperlukan dapat dikumpulkan dengan baik.

Pada hari pertama PBS, saya dan rakan – rakan telah bertolak seawal 7.00 pagi

dari institut untuk ke SKPK.Jalan Peel.Kami telah sampai di sana pada pukul 7.15 pagi.

Sesampainya di sekolah saya dan rakan – rakan terus ke pejabat Guru Besar iaitu

Encik Omar bin Sujak untuk melaporkan diri. Namun, disebabkan perhimpunan rasmi

yang diadakan pada hari Isnin, Guru Besar meminta saya dan rakan – rakan berjumpa

denganya selepas perhimpunan tamat. Saya dan rakan – rakan bersama – sama

menyertai sesi perhimpunan rasmi bersama – sama guru dan murid – murid.

Selepas tamat sesi perhimpunan, saya dan rakan – rakan bersama – sama

berjumpa dengan Guru Besar. Guru Besar meminta kami berjumpanya di hadapan

pusat sumber. Saya dan rakan – rakan memperkenalkan diri masing – masing kepada

Guru Besar dan memberitahu tujuan kami datang untuk PBS selama seminggu. Guru

Besar memberikan taklimat berkenaan dengan kehadiran kami selama seminggu ke

sekolah serta memberikan serba sedikit maklumat berkenaan dengan sekolah. Pada

masa yang sama, guru besar memperkenalkan Guru Penolong Kanan 1 iaitu Puan

Ramnah bt. Tani dan Encik Azman bin Harun iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Apabila sesi bersama Guru Besar tamat, saya dan rakan – rakan bersama –

sama meninjau kawasan sekolah bagi melihat persekitaran dan iklim sekolah. Saya

mengambil gambar – gambar persekitaran sekolah untuk dimuatkan ke dalam folio

PBS. Gambar – gambar yang diambil adalah berkenaan dengan kemudahan sekolah,

Page 9: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

budaya sekolah, sesi pembelajaran dan pengajaran bilik darjah, susun atur bilik darjah

dan yang berkaitan dengan Objektif PBS yang hendak dicapai.

Pada hari kedua PBS, saya menemu bual staf – staf sekolah seperti yang telah

dirancang. Saya telah menemu bual seorang pengawal keselamatan yang telah

berkhidmat selama dua bulan di S.K.P.K. Jalan Peel ini iaitu Puan Thava Valli a/p Raju

yang mengenai aspek kawalan keselamatan sekolah serta bidang tanggungjawab

seorang pengawal keselamatan. Saya turut menanyakan mengenai budaya warga

sekolah ini. Selain itu, saya juga telah menemu bual seorang Pembantu Pengurusan

Murid (PPM) iaitu Cik Fazrina bt.Idris yang telah berkhidmat selama tiga tahun

mengenai penggunaan ICT dalam P&P,penglibatan murid dalam kelas,bahan bantu

mengajar yang digunakan serta cara murid dibahagikan ketika menjalankan sesuatu

aktiviti.

Saya turut pergi ke kelas – kelas untuk melihat sesi pengajaran dan

pembelajaran. Saya ingin melihat sendiri bagaimana guru mengendalikan kelas dan

menjalankan P&P dengan berkesan dan dalam pada masa yang sama saya ingin

mengumpulkan maklumat berkenaan tugasan dengan menggunakan kaedah

pemerhatian. Tambahan pula, sebagai bakal guru saya ingin menimba sebanyak

mungkin ilmu untuk digunakan semasa menjadi guru kelak.

Pada hari ketiga PBS, saya meneruskan perjuangan untuk mencari maklumat

dengan berkolaborasi dengan guru – guru dengan menemu bual seramai mungkin guru

untuk mendapatkan maklumat mengenai sekolah dan dapatan – dapatan lain mengenai

tugasan Pendidikan Khas iaitu Pengenalan kepada masalah pendengaran yang

menjadi salah satu tugasan yang perlu disiapkan semasa PBS.

Saya telah menemu bual guru besar, Encik Omar bin Sujak mengenai

pengurusan sekolah pada hari keempat PBS. Hal ini demikian kerana, dalam pada

masa yang sama saya ingin menyerahkan borang penilaian sahsiah guru kepadanya

untuk dinilai. Saya juga telah berinteraksi dengan seorang murid tahun Empat Wira iaitu

Divya Dharshini berkenaan dengan bahan bantu mengajar yang paling disukai dan

mengenai suasana pembelajaran di sekolah.

Page 10: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

Pada hari keempat ini juga saya menyusun kesemua maklumat yang ada bagi

memastikan saya tidak tercicir mana – mana maklumat yang penting dalam tugasan

PBS ini. Saya juga melihat senarai semak yang ada untuk dijadikan panduan untuk

menyusun maklumat yang telah dikumpul.

Pada hari terakhir PBS, saya masuk ke kelas sebagai guru relief. Hal ini

demikian kerana, ramai guru – guru tidak ada di sekolah atas tugas yang lain. Saya

telah masuk ke kelas dan telah berkerjasama dengan pembantu pengurusan murid bagi

menyediakan lembaran kerja untuk dibuat oleh murid – murid di sepanjang tempoh

P&P tersebut. Pada masa yang sama saya juga mencuba untuk mencari maklumat

tambahan untuk tugasan PBS ini sementara ada waktu.

Sebelum pulang, saya dan rakan – rakan mengucapkan terima kasih kepada

semua warga sekolah terutamanya Guru Besar kerana membenarkan saya untuk

menjalankan PBS di sekolah ini. Saya juga berterima kasih krpada guru – guru dan staf

– staf sekolah atas kerjasama yang telah diberikan.

Page 11: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

INSTRUMENT PENGUMPULAN DATA

1. PEMERHATIAN

Berdasarkan kaedah ini saya memperoleh jawapan untuk beberapa soalan yang

telah digariskan di dalam tugasan PBS. Antaranya seperti :

a) Apakah kemudahan yang ada di sekolah tersebut?

b) Bagaimanakah susunan bilik darjah di setiap kelas di sekolah tersebut?

c) Apakah budaya yang diamalkan disekolah tersebut?

d) Bagaimanakah sesi P&P berjalan?

e) Bagaimanakah bahan – bahan bantu mengajar dipamerkan di dalam kelas?

f) Bagaimanakah penglibatan murid di dalam kelas? Adakah aktif atau pasif?

g) Apakah alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru?

h) Adakah guru menggunakan dan memberi peluan pelajar menggunakan ICT?

i) Bagaimanakah guru mengelompokkan murid semasa membuat aktiviti?

j) Bagaimanakah guru mengurus murid yang pandai, sederhana pandai dan

lemah?

k) Apakah bahan dan sumber yang mudah digunakan oleh murid?

l) Adakah guru dapat mengawal kelas dengan baik?

m) Apakah kekuatan dan kelemahan sesuatu aktiviti yang dijalankan dan cadangan

untuk penambahbaikan?

n) Apakah strategi,teknik dan pendekatan yang digunakan oleh guru semasa

mengajar?

o) Adakah persekitaran sekolah dan kelas kondusif?

p) Adakah murid dapat mengikuti perhimpunan dengan baik?

Page 12: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

2. TEMU BUAL

Kaedah temu bual telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh

dan terperinci mengenai sesuatu perkara. Sebagai contohnya, temu bual telah

dijalankan kepada guru – guru mata pelajaran untuk mengetahui cara guru

menguruskan murid pandai, sederhana dan kurang pandai. Temu bual juga

dijalankan kepada pihak pentadbir iaitu Guru Besar, guru – guru penolong kanan

untuk mengetahui maklumat – maklumat am berkenaan sekolah seperti bilangan

murid, bilangan guru, gred sekolah dan laman web sekolah.

Antara guru yang ditemubual:

Encik Omar bin. Sujak

Puan Ramnah bt. Tani

Encik Azman bin Harun

Cik Hanum bt. Harun

Cik Zarina bt. Ahmad

Puan Farah Mohd Haslam

Page 13: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

3. SENARAI SEMAK

Saya telah menyediakan senarai semak sebagai panduan perlaksanaan tugasan

untuk saya menyediakan folio PBS ini.

Saya melaksanakan aktiviti dan pencarian maklumat berdasarkan senarai semak

yang telah dibuat.

Saya membuat senarai semak mengikut sub – sub tugasan.

Gambar – gambar juga dimasukkan ke dalam item untuk senarai semak bagi

kemudahan dan prasarana sekolah yang disediakan.

Senarai semak ini sangat berguna kepada saya kerana saya dapat mengetahui

apa yang belum dilaksanakan dan yang sudah dilaksanakan.

Senarai semak ini banyak membantu saya untuk merancang masa dan dalam

pada masa yang sama saya dapat menjimatkan masa.

Senarai semak ini memudahkan saya kerana saya tidak perlu membelek soalan

tugasan PBS berkali – kali jika ingin mencari maklumat.

Senarai semak ini juga akan dimasukkan ke dalam lampiran.

Page 14: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

4. SOAL SELIDIK

Soal selidik ini dilaksanakan kerana untuk melihat dapatan kajian pelbagai dari

setiap guru. Hal ini demikian kerana setiap guru mempunyai pandangan tersendiri

terhadap sesuatu isu. Sebagai contohnya, setiap guru mempunyai cara tersendiri

untuk mengajar murid. Setiap guru juga menggunakan alat bantu mengajar yang

berbeza – beza mengikut murid masing – masing. Skop soalan bagi soal selidik ini

mencakupi bidang yang luas seperti yang disenaraikan di bawah :

4.1 Latar belakang orang yang ditemu bual ( jawatan, tempoh perkhidmatan dan

lain – lain ) .

4.2 Soalan berkisarkan perihal sekolah ( prasarana, alat bantu mengajar,budaya

sekolah dan lain – lain ).

4.3 Soalan berkaitan dengan sesi P&P guru.

4.4 Maklumat sekolah ( latar belakang, iklim sekolah, persekitaran, budaya, disiplin

dan lain – lain ).

4.5 Penglibatan pelajar dalam P&P.

4.6 Kolaborasi ibu bapa kepada pihak sekolah.

4.7 Peranan dan bidang tugas guru di sekolah

4.8 Kemudahan ICT dan bahan bantu mengajar.

4.9 Kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru.

4.10 Bagaimana guru membahagikan murid di dalam kelas ketika melaksanakan

aktiviti.

4.11 Aktiviti luar bilik darjah.

4.12 Program – program sekolah.( Program kaunseling, Kokurikulum, sukan dan lain

– lain).

4.13 Dan perkara – perkara yang berkaitan berubah mengikut masa dan keadaan.

Page 15: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH

PUAN RAMNAH BT.TANI

Menurut Puan Ramnah bt. Tani iaitu Guru Penolong Kanan 1 SKPK.Jalan Peel

terdapat banyak sumber bahan pengajaran pembelajaran yang digunakan oleh murid.

Antaranya ialah murid menggunakan komputer yang ada di kelas masing – masing.

Murid juga menggunakan LCD dan laptop semasa P&P. Selain itu, murid juga belajar

dengan melihat video . Murid di SKPK. Jalan Peel ini sememangnya celik ICT. Mereka

diberi peluang dan sememangnya menjadi perkara wajib untuk belajar ICT. Murid

– murid di sini mempunyai jadual waktu tersendiri untuk belajar dan menggunakan ICT

mengikut kelas masing – masing. ICT turut digunakan semasa program kokurikulum di

sekolah. Penglibatan murid – murid ini di dalam P&P bilik darjah menurut Puan Ramnah

adalah berbeza – beza mengikut murid. Ada murid yang aktif dan ada murid yang tidak

aktif. Murid – murid di sini tidak dibahagikan ke dalam kumpulan tertentu ketika di

dalam kelas. Murid semuanya sama tanpa ada diskriminasi. Guru di sini perlu

menyediakan aktiviti mengikut kemampuan setiap murid.

CIK FAZRINA BT. IDRIS

Menurut Cik Fazrina bt. Idris iaitu Pembantu Pengurusan Murid (PPM), murid –

murid di sini menglibatkan diri secara aktif di dalam P&P bilik darjah. ICT juga

digunakan oleh murid – murid semasa P&P. Guru akan membawa murid – murid ke

pusat sumber untuk menggunakan komputer dan menonton cerita berunsurkan ilmiah.

Murid – murid di sini dibahagikan mengikut kumpulan. Guru akan mengajar perkara

yang sama kepada murid. Namun lembaran kerja dan aktiviti yang diberikan kepada

setiap murid adalah berbeza mengikut tahap setiap murid. Setiap kerja yang dilakukan

oleh murid akan ditampal di ruangan matapelajaran di dalam bilik darjah. Bahan –

bahan yang ditampal ini akan digunakan oleh murid ketika menjawab semula soalan

yang sama sebagai pengukuhan.Murid – murid tahap satu ini menurut Cik Fazlina lebih

senang belajar menggunakan bahan bantu mengajar seperti flash card.

Page 16: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

PELAN BILIK DARJAH TAHUN 3 WIRA.

MEJA MURID

PAPAN PUTIHBAHAN P&P BAHAN P&P

BAHAN P&P

MEJA GURU

KERUSI GURU

Page 17: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

PELAN BILIK DARJAH TAHUN 4 WIRA.

PAPAN PUTIH

BA

HA

N P

&P

AIR

CO

ND

ALMARI BUKU KOMPUTER

MEJA MURID

MEJA GURU

Page 18: Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu

PELAN BILIK DARJAH TAHUN 2 WIRA

MEJA

MURID

MEJA PPM

ME

JA G

UR

U

KERUSI GURU

PAPAN PUTIHBAHAN – BAHAN P&P

BAHAN – BAHAN P&P

BAHAN – BAHAN P&P