PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

3
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (School –Based Experience) SINOPSIS Komponen Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada pelajar KPLI_SR Major Prasekolah bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman awal dalam konteks sekolah. Pelajar diberi peluang mengaitkan teori yang dipelajari dengan situasi sebenar di sekolah dan memberi ruang membina pengetahuan dan pemahaman baru agar pembelajaran lebih bermakna serta membolehkan mereka membuat refleksi dan menjadi informed practitioners semasa menjalani praktikum. Komponen PBS ini diperuntukkan satu (1) kredit. Tugasan PBS perlu dilaksanakan selama 10 hari sebelum pelajar menjalani praktikum. Tujuan komponen PBS adalah untuk mendapat; i. pendedahan tentang alam persekolahan dan peranan guru prasekolah; ii. mengaitkan kandungan kurikulum dengan bahan sumber, strategi dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran; iii. pengalaman tentang pengurusan bilik darjah yang berkesan, pola tingkah laku murid, peranan guru dari segi bimbingan dan kebajikan melalui pemerhatian; iv. melihat cara pelaksanaan pentaksiran kemajuan murid melalui pemerhatian dan penelitian dokumen.

description

Sila hantar kealamat seperti yang telah dinyatakan.

Transcript of PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Page 1: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH(School –Based Experience)

SINOPSIS

Komponen Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada pelajar KPLI_SR

Major Prasekolah bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman awal dalam konteks

sekolah. Pelajar diberi peluang mengaitkan teori yang dipelajari dengan situasi sebenar di

sekolah dan memberi ruang membina pengetahuan dan pemahaman baru agar

pembelajaran lebih bermakna serta membolehkan mereka membuat refleksi dan menjadi

informed practitioners semasa menjalani praktikum.

Komponen PBS ini diperuntukkan satu (1) kredit. Tugasan PBS perlu dilaksanakan selama

10 hari sebelum pelajar menjalani praktikum.

Tujuan komponen PBS adalah untuk mendapat;

i. pendedahan tentang alam persekolahan dan peranan guru prasekolah;

ii. mengaitkan kandungan kurikulum dengan bahan sumber, strategi dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran;

iii. pengalaman tentang pengurusan bilik darjah yang berkesan, pola tingkah laku murid, peranan guru dari segi bimbingan dan kebajikan melalui pemerhatian;

iv. melihat cara pelaksanaan pentaksiran kemajuan murid melalui pemerhatian dan penelitian dokumen.

Page 2: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Penilaian Kerja Kursus

Soalan 1

Semasa menjalani PBS, anda dikehendaki menyediakan folio yang mengandungi ketetapan berikut :

(1) Bagi sekolah yang telah ada kelas prasekolah, anda perlu mengumpul semua item seperti yang tertera di bawah ATAU

(2) Bagi sekolah yang baru dibuka kelas prasekolah, anda perlu merancang dan menyediakan semua item seperti yang tertera di bawah

a. Carta organisasi, logo, moto, syarat-syarat pendaftaran dan kemasukan murid.

b. Visi, misi, matlamat dan objektif prasekolah (jika maklumat tidak dapat diperoleh – sediakan sendiri )

c. Senarai rutin harian yang diamalkan di sekolah.d. Laporan mengenai jenis-jenis rekod dan cara-cara menyimpan rekod yang

digunakane. Cara pengurusan bahan sumber, peralatan dan penyenggaraan.f. Hasil perbincangan dengan guru prasekolah mengenai kepentingan makanan

seimbang dan penyediaan menu harian.g. Contoh rancangan tahunan dan rancangan pengajaran harian yang

digunakan oleh guru prasekolah.h. Laporan ciri-ciri keselamatan prasekolah.i. Senarai aspek-aspek kesihatan yang diamalkan.j. Sediakan pelan lantai dan spesifikasi peralatan.k. Refleksi bagi setiap aspek dalam laporan.

* Catatan : Sertakan semua bahan bukti dalam jurnal.

Soalan 2 :

Merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, anda dikehendaki menyediakan satu jadual waktu mingguan dengan mengambil kira aspek rutin harian, teras asas dan bertema merangkumi penggunaan Bahasa Inggeris sebanyak 50%.

Berdasarkan agihan dan susunan jadual waktu yang disediakan, anda dikehendaki menyatakan justifikasi bagi menyokong cadangan tersebut.

Tugasan yang telah siap hendaklah dihantar ke alamat berikut : Pensyarah Pendidikan Prasekolah

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn,Km 7.75 Jalan Kluang,83000 Batu PahatJohor(UP. TN HJ ZULKIPLY BIN HJ YAAKOB)

Sebelum 7hb Mac 2011