PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas...

25
PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN SEBAYA KE ATAS PELAJAR TAHUN EMPAT BAGI KURSUS PEMBANGUNAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM NUR FARHANA BINTI MOHD HAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas...

Page 1: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN SEBAYA KE ATAS

PELAJAR TAHUN EMPAT BAGI KURSUS PEMBANGUNAN MULTIMEDIA

BERASASKAN CD-ROM

NUR FARHANA BINTI MOHD HAMA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.
Page 3: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.
Page 4: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN SEBAYA KE ATAS

PELAJAR TAHUN EMPAT BAGI KURSUS PEMBANGUNAN MULTIMEDIA

BERASASKAN CD-ROM

NUR FARHANA BINTI MOHD HAMA

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

Page 5: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.
Page 6: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

iii

TERISTIMEWA BUAT :

AYAHANDA HAJI MOHD HAMA B SIUON

DAN

BONDA TERSAYANG HAJAH ASIAH MD DAUD

ABANG DAN ADIK YANG DIKASIHI :

MOHD FIRDAUS MOHD HAMA

DAN

MOHD FAISAL MOHD HAMA

PENYELIA YANG BANYAK MEMBANTU :

PUAN NORASYKIN MOHD ZAID

DAN SAHABAT-SAHABAT YANG DIINGATI SELALU:

WAN NOR SYAHIDA WAN HUSSIN

AYUNI FARHANA AB.KADIR

NURUL SHIMAA OTHAMAN

NURULSYAHIDA AMDAM

NOOR LIZA ISMAIL

Page 7: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya

memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menyiapkan keseluruhan Projek Sarjana

Muda ini. Selawat serta salam ke atas junjungan baginda Rasullulah S.A.W.

keluarga baginda, para sahabat, para syuhadah, para ambia serta para pejuang Islam

keseluruhannya.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada penyelia pembimbing tesis Puan Norasykin Mohd Zaid kerana memberi

bimbingan serta dorongan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan sahabat-sahabat yang banyak memberi

sokongan dan kerjasama sepanjang kajian ini dilaksanakan. Semoga Allah S.W.T

akan memberi sebaik-baik ganjaran dan balasan atas sumbangan yang tidak ternilai.

Akhir sekali penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat samada

secara langsung atau tidak langsung membantu menyiapkan Laporan Projek Sarjana

Muda ini. Jasa kalian semua amat saya hargai.

Page 8: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan pengaplikasian kaedah penilaian

rakan sebaya kepada pelajar tahun empat semester satu yang mengambil kursus

Pembangunan Multimedia Berasaskan CD-ROM 2007/2008, Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini merangkumi tiga objektif iaitu

mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap penilaian rakan sebaya,

mengenalpasti ketelusan pelajar dalam membuat penilaian melalui penilaian rakan

sebaya dan juga mengenalpasti peningkatan motivasi pelajar terhadap penilaian

rakan sebaya. Soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada

responden. Seramai 53 orang responden terlibat dalam kajian ini di mana kaedah

persampelan rawak bertujuan digunakan. Bilangan responden tersebut adalah

merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan populasi yang terdiri

daripada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian

Islam)-SPI, Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)-SPL dan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)-SPS, Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS

versi 10.0 dengan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.89. Secara

keseluruhannya, kajian mendapati bahawa nilai min objektif pertama sebanyak 3.60

berada pada tahap sederhana. Diikuti dengan nilai min objektif kedua iaitu 3.43 juga

berada pada tahap sederhana dan akhir sekali nilai min objektif ketiga iaitu 4.00 yang

berada pada tahap tinggi. Berdasarkan hasil kajian yang telah diperolehi beberapa

cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki aspek-aspek tertentu.

Page 9: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to look at the fourth year students of Faculty

of Education Universiti Teknologi Malaysia who take the Development Software for

CD-ROM course 2007/2008 first semester towards peer assessment application.

This research involves three objective whereby first objective is to identify students’

acceptance in peer assessment, secondly, to identify the students’ reliability on the

peer assessment and lastly to identify students’ motivation through the peer

assessment. Questionnaire was used as the research instrument to know the

responden feedback. A sample of 53 students which was selected through random

purposely sampling based on Krejcie and Morgan timetable to different courses of

fourth year students from the programme Bachelor of Science with Education

(Islamic)-SPI, Bachelor of Science with Education (TESL)-SPL and Bachelor of

Science with Education (Sports Science)-SPS Faculty of Education, Universiti

Teknologi Malaysia. Data collected were analyzed by SPSS software version 10.0

with the realibility for this study is a 0.89. For overall, result shows that the min

value for first objective is 3.60 at moderate level. Followed by second objective with

min value is 3.43 also in moderate level and lastly 4.00 for third objective at high

level. From this research, some suggestions had been given to improve the research

findings.

Page 10: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN THESIS

PENGAKUAN PENSYARAH

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Skop Kajian 9

Page 11: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

viii

1.7 Kepentingan Kajian

1.7.1 Pelajar 10

1.7.2 Pensyarah 10

1.7.3 Universiti Teknologi Malaysia 10

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Penilaian 11

1.9.2 Rakan Sebaya 12

1.9.3 Penilaian Rakan Sebaya 12

1.9.4 Telus 12

1.9.5 Motivasi 13

1.9.6 Kursus Pembangunan Multimedia 13

Berasakan CD-ROM

1.10 Penutup 14

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Penilaian 15

2.3 Jenis-Jenis Penilaian 16

2.4 Tujuan Penilaian 18

2.5 Ciri-Ciri Kumpulan

2.5.1 Latar Belakang Ahli Kumpulan 19

2.5.2 Bentuk Penyertaan Ahli Kumpulan 19

2.5.3 Kecenderungan Bertaut 20

2.5.4 Persekitaran 20

2.5.5 Gaya Sosiometrik 21

2.5.6 Prosedur 21

2.5.7 Struktur dan Organisasi 21

2.5.8 Matlamat 22

2.6 Kemahiran Pembelajaran dalam Kumpulan 21

2.7 Penilaian Rakan Sebaya 22

2.8 Kelebihan Penilaian Rakan Sebaya 24

Page 12: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

ix

2.9 Kajian-Kajian Lepas 24

2.10Peranan Pengredan dalam Memotivasikan Pelajar 27

2.9 Penutup 28

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 31

3.4 Instrumen Kajian 32

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 34

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Penganalisaan Data 36

3.8 Penutup 37

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Data Mengenai Latar 39

Belakang Responden

4.2.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 39

4.2.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 40

4.2.3 Analisis Responden Mengikut Program 40

4.3 Analisis Data Bahagian B

4.3.1 Objektif 1:Tahap Penerimaan Pelajar 41

terhadap Penilaian Rakan Sebaya

(Peer Assessment)

4.3.2 Objektif 2:Ketelusan Penilaian 43

Rakan Sebaya (Peer Assessment)

Sewaktu Menilai Ahli Kumpulan

4.3.3 Objektif 3: Meningkatkan Motivasi Pelajar 46

melalui Penilaian Rakan

Page 13: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

x

Sebaya (Peer Assessment)

4.4 Penutup 48

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 49

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 50

5.2.2 Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap 51

Penilaian Rakan Sebaya

5.2.3 Ketelusan Penilaian Rakan Sebaya 54

(Peer Assessment) Sewaktu Menilai

Ahli Kumpulan

5.2.4 Meningkatkan Motivasi Pelajar melalui 56

Penilaian Rakan Sebaya

(Peer Assessment)

5.3 Rumusan Kajian 58

5.4 Implikasi Dan Cadangan Kajian 60

pada Masa Hadapan

5.5 Penutup 60

RUJUKAN 62

LAMPIRAN 65

Page 14: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan sampel mengikut program 32

3.2 Jadual Ringkasa Skala Likert 33

3.3 Jadual Aras Persetujuan Kajian 34

3.4 Perkaitan Objektif Kajian dengan 37

Statistik Deskriptif

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan 39

Responden Mengikut Jantina

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan 40

Responden Mengikut Bangsa

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan 41

Responden Mengikut Program

4.4 Peratus dan Min Mengikut Item Dalam 42

Tahap Penerimaan Pelajar

4.5 Peratus dan Min Mengikut Item Dalam 44

Ketelusan Penilaian Rakan Sebaya

4.6 Peratus dan Min Mengikut Item Dalam 47

Motivasi Pelajar Melalui Penilaian Rakan Sebaya

Page 15: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Developing and Using Classroom Assessment 17

3.1 Prosedur Kajian yang Dijalankan 36

Page 16: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

xiii

SENARAI SINGKATAN

CD-ROM - Compact Disk-Read Only Memory

IPT - Institut Pengajian Tinggi

KPT - Kementerian Pengajian Tinggi

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

SPI - Program Ijazah Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Pengajian Islam)

SPL - Program Ijazah Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (TESL)

SPS - Program Ijazah Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Sains Sukan)

SPSS - Statistical Package for The Social Sciences

Version 10.0 for Windows.

TESL - Teaching English as a Second Language

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 65

B Keputusan Analisis Kebolehpercayaan 69

Alpha Cronbach bagi Kajian Rintis

C Jadual Krejcie dan Morgan 70

D Contoh Borang Penilaian Rakan Sebaya 71

Page 18: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penilaian merupakan perkara yang penting dalam kehidupan. Ia melibatkan

pengukuran sejauhmana mutu dan kualiti dalam sesuatu perkara. Menurut Abdul

Hadi (1985), penilaian ialah suatu penyiasatan yang sistematik mengenai mutu

ataupun merit sesuatu benda seperti program, projek dan bahan-bahan.

Dalam bidang pendidikan, kualiti sesuatu pembelajaran dan pengajaran

diukur melalui objektif pengajaran yang pelajar dapat capai sewaktu sesi

pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Abdul Hadi (1985) menyatakan bahawa

dalam bidang pendidikan, kaedah penilaian merupakan cara untuk menentukan

sejauhmana keberkesanan pembelajaran dan pengajaran iaitu sama ada tercapai atau

tidak objektif yang tenaga pengajar itu inginkan. Dengan kata lain, penilaian

membantu guru dan pensyarah untuk mengukur objektif pengajaran sama ada jelas

atau tidak kepada pelajar.

Page 19: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

2

Menurut Abdul Hadi juga, penilaian dapat membantu pensyarah-pensyarah

atau guru-guru dalam memberikan maklumat tentang latar belakang pelajaran

pelajar. Selain dari menentukan dan menjalankan objektif-objektif pembelajaran

kepada pelajar, penilaian juga dapat menilai pencapaian objektif pendidikan. Maka

tidak hairanlah, pelajar akan diwajibkan mengambil ujian dan peperiksaan bagi

mengukuhkan lagi pengetahuan yang diberikan oleh guru atau pensyarah.

Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian formatif.

Terdapat dua jenis penilaian iaitu yang pertama penilaian formatif dan kedua adalah

penilaian sumatif. Penilaian sumatif dikendalikan bagi proses jangka masa yang

panjang berbanding dengan penilaian secara formatif. Menurut Khiong, Wan Chwee

Seng dan Ismail (1985), penilaian formatif digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran sepanjang persekolahan, atau kursus murid-murid bagi membimbing

mereka ke arah kemajuan. Ia lebih bertujuan untuk mengesan perkembangan

pembelajaran dengan serta merta untuk mengenal kekuatan dan kelemahan murid-

murid. Sekolah yang berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mengutamakan penilaian

formatif ini.

Menurut mereka lagi, bagi penilaian sumatif pula, penilaian yang dilakukan

lebih menyeluruh dan luas yang mana ia merangkumi semua aras kemahiran.

Kebiasaannya penilaian dijalankan pada akhir penggal dan akhir tahun. Tujuan

penilaian ini dijalankan bukan hanya ingin mengesan taraf pencapaian pada akhir

sesuatu pembelajaran tetapi ianya lebih bersifat kuantitatif dan dapat membantu

pihak sekolah, universiti atau pihak atasan untuk membuat keputusan sama ada

sesuatu program perlu diteruskan, diubahsuai atau dibatalkan sahaja. Program ini

boleh jadi seperti suatu seminar kelas tambahan dan apa jua kursus atau aktiviti

perkhemahan yang dijalankan di sekolah. Di sini dapat kita lihat setiap penilaian

mempunyai kepentingan masing-masing bagi mengetahui maklum balas bagi sesuatu

pengajaran dan pembelajaran.

Page 20: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

3

Di sekolah, perkara-perkara yang dinilai melibatkan kerja kursus, kerja-kerja

amali, kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan. Bagi pelajar di Institut Pengajian

Tinggi (IPT) satu sistem penilaian yang baru telah diwujudkan bagi aktiviti

berkumpulan selain dari penilaian kertas peperiksaan dan juga ujian seperti di

peringkat sekolah. Penilaian yang dilakukan adalah untuk mengukur sejauhmana

aktiviti berkumpulan yang melibatkan aspek kerjasama dapat diterapkan dalam diri

setiap pelajar bagi persediaan untuk menempuh bidang pekerjaan yang akan datang

setelah tamat pengajian. Dengan lain perkataan, ia menyiapkan salah satu kemahiran

pembelajaran sepanjang hayat yang ada dalam diri pelajar.

Maka tidak dinafikan, bahawa penilaian merupakan aspek yang penting bagi

mengukur kualiti sesuatu perkara. Pendek kata, sama ada penilaian yang dilakukan

secara formal atau tidak formal, ianya adalah untuk menentukan penguasaan pelajar

terhadap kemahiran, pengetahuan dan kebolehannya. Malah, penilaian dilakukan

untuk mengesan perkembangan pelajar dari segi nilai dan sikap serta membantu guru

dalam mempertingkatkan pengajaran mereka agar lebih berkesan.

Akhir sekali, dapat dilihat bahawa setiap penilaian yang dilakukan akan

melahirkan satu generasi yang unggul serba serbi atas sebab pemantauan yang

dilakukan oleh setiap tenaga pengajar yang berusaha untuk melahirkan insan yang

baik sekaligus menjadi warganegara Malaysia yang baik. Ini adalah sejajar dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri yang menyatakan:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia

Page 21: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

4

yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dalam negara.

(Khiong, Wan Chwee Seng dan Ismail, 1985)

1.2 Latar Belakang Masalah

Terdapat pelbagai perkara yang biasanya dinilai oleh guru dalam sistem

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Antaranya adalah perkara-perkara yang

melibatkan kerja kursus, ujian, peperiksaan, kerja amali dan yang terbaru adalah

hasil dari kerja berkumpulan. Kerja berkumpulan seperti yang terdapat dalam salah

satu aspek yang diterapkan dalam hasil pembelajaran semakin kerap dinilai terutama

di peringkat pengajian tinggi. Malah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga

mengalakkan pembelajaran secara berkumpulan yang lebih tertumpu kepada

penggunaan minda pelajar sepenuhnya. Dengan kata lain, pelajar akan berusaha

bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu pengetahuan yang mana pada masa kini

lebih sinonim dipanggil pembelajaran berpusatkan pelajar.

Menurut Mok Soon Sang (2002), konsep pengajaran dan pembelajaran

berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan

guru kepada strategi yang berpusatkan pelajar. Ianya bertujuan untuk membolehkan

pelajar belajar mengikut kadar kebolehan dan usaha mereka sendiri.

Selain itu, menurut Mok Soon Sang (2002) juga, melalui aktiviti

berkumpulan ini, setiap murid akan berpeluang untuk mengembangkan potensi

masing-masing, khasnya potensi intelek, rohani dan sosial secara menyeluruh. Sesi

Page 22: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

5

perbincangan yang dilakukan oleh para pelajar di sini bermaksud pelajar akan duduk

bersama-sama ahli kumpulan yang lain dan berkerjasama dalam menyiapkan tugasan

yang diberikan oleh pensyarah.

Merujuk artikel yang bertajuk Buletin P&P, UTM, edisi Jun 2007

menyatakan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan sebuah

dokumen mengenai pembangunan atribut di kalangan graduan IPT yang dinamakan

sebagai Modul Kemahiran Insaniah (Soft Skills). Salah satu daripada isi kandungan

di dalam atribut tersebut adalah kemahiran kerja berpasukan. Malah pihak Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) sendiri telah lebih awal mengenalkan beberapa insiatif

bagi melengkapkan bakal graduan di mana pada 21 Jun 2004, senat Universiti

Teknologi Malaysia telah meluluskan 7 atribut graduan yang harus diterapkan di

kalangan pelajar. 7 atribut tersebut adalah kemahiran berkomunikasi, kerja

berpasukan, penyelesaian masalah, penyesuaian diri, pembelajaran sepanjang hayat,

harga diri serta etika dan integriti.

Artikel itu juga menyatakan bahawa pihak KPT telah mengiktiraf model

pembangunan kemahiran generik yang digunapakai oleh UTM dengan meminda

beberapa perkara daripada 7 atribut tersebut. UTM telah menggunakan model

terapan (embedded) untuk menerapkan kemahiran generik melalui pelbagai

pendekatan antaranya pembentangan, kerja berpasukan, pencarian maklumat,

pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah dan

lain–lain kemahiran yang dikenalpasti.

Kebiasaannya sebanyak 10% daripada pemarkahan akhir pelajar adalah

mengambil kira penglibatan secara berkumpulan. Sistem penilaian begini telah

dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar IPT contohnya di UTM untuk menerapkan

semangat kerjasama semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Walau

bagaimanapun, penilaian yang dilakukan tidak dapat dilihat sepenuhnya oleh

pensyarah berbanding penilaian yang melibatkan kertas peperiksaan. Maka dengan

Page 23: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

6

itu, satu sistem penilaian rakan sebaya (peer assessment) telah diwujudkan untuk

menilai komitmen pelajar sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan.

Menurut Brown (1999), penilaian rakan sebaya sangat membantu dalam

memperlengkapkan maklum balas formatif pelajar, terutamanya apabila pelajar

mendapat tugasan tanpa melibatkan pengiraan markah. Kaedah ini juga sangat

berguna bagi penilaian sumatif. Tambahan pula, melalui kaedah penilaian rakan

sebaya juga dapat mengukur interpeer dan intrapeer yang mana interpeer merupakan

cara pelajar menilai rakan lain berdasarkan kepada hasil dan pertunjukan setiap orang

contohnya apabila mereka mendengar sesuatu persembahan, melihat pameran atau

poster dan apabila membaca nota edaran pelajar lain. Penilaian intrapeer pula adalah

penilaian di mana pelajar menilai dengan siapa dia berkerja khususnya bagi penilaian

dalam suatu kumpulan. Ini penting bagi pensyarah yang tidak dapat menilai

beberapa aspek contohnya sewaktu proses pembelajaran dijalankan.

Menurut Keneddy (2006) pula, penilaian rakan sebaya adalah penilaian yang

memerlukan rakan sekumpulan untuk menilai ahli kumpulan yang lain tentang

komitmen mereka dalam kumpulan. Komitmen di sini melibatkan beberapa perkara

antaranya sumbangan idea dan pendapat kepada kumpulan, sikap kerjasama dalam

aktiviti berkumpulan, hubungan berkomunikasi sesama ahli kumpulan dan sifat

tanggungjawab setiap individu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Berdasarkan kajian Heathfield dalam Jaques (2000), antara kriteria yang

dinilai dalam aktiviti berkumpulan adalah kedatangan ahli kumpulan dalam setiap

kali perjumpaan, sumbangan idea dalam tugasan, penganalisaan dan persediaan

bahan untuk tugasan, sumbangan dalam aspek kerjasama sewaktu proses

berkumpulan, sifat semangat dan galakan kepada ahli kumpulan dan sumbangan

praktikal sehingga ke akhir tugasan.

Page 24: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

7

Melalui sistem penilaian rakan sebaya ini secara tidak langsung ia dapat

meningkatkan motivasi setiap pelajar dalam kumpulan untuk berusaha memberi

komitmen sepenuhnya dalam aktiviti berkumpulan. Ini disokong dengan kenyataan

daripada Elliot dan Higgins (2005), dalam kajiannya bahawa penilaian melalui rakan

sebaya dapat mengembangkan motivasi pelajar sewaktu berkerja di dalam kumpulan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keraguan dalam penilaian rakan

sebaya memandangkan penilaian yang dibuat melibatkan sekumpulan pelajar yang

sentiasa berubah–ubah pendiriannya. Dengan kata lain, markah yang diberikan

kepada pelajar belum pasti kesahihan dan keadilannya. Berdasarkan kajian yang

dijalankan oleh Kennedy (2006) beberapa masalah dalam pengunaan penilaian rakan

sebaya dikenalpasti antaranya adalah penilaian pelajar yang tidak konsisten.

Penilaian rakan sebaya juga boleh memberi impak yang buruk kepada pelajar yang

lemah kerana berkemungkinan mereka diberikan peluang yang terbatas bagi

mengurangkan kesalahan dalam tugasan yang diberikan. Selain itu, penilaian rakan

sebaya juga boleh menimbulkan konflik antara ahli kumpulan yang mana seterusnya

boleh mengurangkan sifat semangat kerja berpasukan antara ahli kumpulan.

1.3 Pernyataan Masalah

Kewujudan kaedah penilaian rakan sebaya di dalam sistem penilaian

mempunyai beberapa kebaikan dan kelemahannya. Antaranya adalah peningkatan

semangat dalam diri pelajar. Menurut Galton dan Williamson (1992) dalam Hallam,

Ireson dan Davis (2002) motivasi pelajar juga boleh berkembang di dalam aktiviti

berkumpulan terutamanya bagi tugasan yang spesifik. Walau bagaimanapun, banyak

kajian mengatakan bahawa kaedah penilaian rakan sebaya adalah salah satu penilaian

yang tidak konsisten di mana pelajar yang menilai merupakan mereka yang sentiasa

berubah-ubah pendirian. Malah, ianya juga boleh menimbulkan konflik dalam suatu

kumpulan.

Page 25: PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian ... kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan.

8

Maka atas sebab itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap

penerimaan pelajar terhadap pengaplikasian penilaian rakan sebaya dalam sistem

pemarkahan. Selain itu, dari kajian ini juga penyelidik ingin mengenalpasti

sejauhmanakah pelajar menilai ahli kumpulan secara telus dengan menggunakan

kaedah penilaian rakan sebaya. Akhir sekali, penyelidik ingin mengenalpasti

sejauhmanakah penilaian rakan sebaya dapat meningkatkan motivasi pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti:

i. Tahap penerimaan pelajar terhadap pengaplikasian penilaian rakan

sebaya dalam sistem pemarkahan.

ii. Sejauhmanakah pelajar menilai ahli kumpulan secara telus dengan

menggunakan penilaian rakan sebaya.

iii. Sejauhmanakah penilaian rakan sebaya dapat meningkatkan motivasi

pelajar.