2. jenis ujian dan penilaian

68
JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

description

Nota Jenis Ujian dan Penilaian bagi Tajuk Pengukuran dan Penilaian OUM

Transcript of 2. jenis ujian dan penilaian

  • 1. Ujian Ujian ialah satu kaedah atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995).

2. Konsep pengujian & penilaian 3. Jenis-jenis Ujian 4. 1. Ujian Pencapaian ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. 5. ujian rujukan norma membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar-pelajar lain ujian rujukan kriteria membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu, seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan. 6. Contoh ujian peringkat bilik darjah/ sekolah ujian diagnosis, ujian bulanan dan ujian penggal Contoh ujian peringkat kebangsaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). 7. 2. Ujian Kecerdasan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu. Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, Lebih berbentuk gambarajah Contoh Binet Simon Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike 8. 3. Ujian Prestasi ujian yang digunakan untuk mengukur keupayaan/ kecekapan pelajar melakukan sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi objek yang konkrit dan ia memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai ukuran tambahan. 9. Contoh ujian pada peringkat prasekolah meminta pelajar membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar mereka bentuk geometri daripada blok-blok yang diberikan. menjalankan uji kaji kecil dengan menggunakan radas tertentu. 10. kaedah pemerhatian dilaksanakan semasa pelajar melaksanakan tugas yang diberikan laporan kendiri pelajar akan menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu, yang dapat menilai prestasi dirinya. 11. sesuai untuk menguji prestasi pelajar-pelajar yang bermasalah pertuturan. lebih mudah diuji menggunakan objek yang konkrit daripada menggunakan penulisan atau pertuturan. 12. 4. Ujian Diagnostik ujian yang digunakan untuk kenal pasti masalah yang dihadapi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran tentukan punca- punca yang menyebabkan masalah itu berlaku. tumpuan kepada tajuk tertentu dan itemnya dibina secara terperinci 13. Ciri-ciri ujian diagnostik Ujian tidak memberikan skor atau gred kepada pelajar. dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Laporan ujian dibuat dalam bentuk profil perkara yang belum dikuasai pelajar 14. 5. Ujian Bakat Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. dibahagikan kepada 2, iaitu: berasaskan kepada kajian besar-besaran, misalnya kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota pada tahun 1930 tentang bakat mekanikal seseorang; dan ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu. 15. lazim digunakan untuk memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, Memilih kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya. Contoh ujian bakat ialah Ujian Kemasukan Ke Maktab Perguruan (UKELP). 16. 6. Ujian Personaliti Untuk mengukur personaliti pelajar, seperti sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi. 17. diukur melalui alat-alat psikologi yang berbentuk ujian, inventori, indikator atau indeks. 18. Penilaian proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran- ukuran yang diperoleh daripada pengukuran- pengukuran yang dijalankan. 19. Jenis-jenis Penilaian 20. 1. Penilaian Rujukan Norma (PRN) Penilaian dibuat dengan membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pencapaian pelajar/ kumpulan pelajar lain yang mengambil ujian yang sama. 21. biasanya meliputi kandungan pelajaran yang luas dibina untuk menghasilkan perbezaan pencapaian yang maksimum di kalangan pelajar 25% soalan mudah, 50% soalan sederhana dan 25% soalan susah memaksimumkan perbezaan pencapaian antara pelajar lemah dan pandai 22. Taburan Normal 23. 2. Penilaian Rujukan Kriteria (PRK) membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu, iaitu sama ada kriteria tersebut dapat dikuasai pelajar atau tidak. diguna untuk menentukan status pencapaian individu pelajar dalam domain tingkah laku yang ditetapkan. lebih terperinci/mendalam dan meliputi kandungan pelajaran tertentu sahaja. 24. Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria Konsep bandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar/ kumpulan pelajar lain. bandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Tujuan Membandingkan pencapaian antara pelajar. Menentukan sama ada lulus/gagal, lemah/ sederhana/ cemerlang. Memilih pelajar untuk pengiktirafan sijil. Tentukan tahap peng- uasaan sesuatu kemahiran mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Perbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian. Ciri-ciri Soalan Mula dengan soalan yang mudah - >sederhana -> lebih sukar dan mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi. Soalan hampir sama peringkat kesukaran berpandu kepada kriteria/ objektif pelajaran tertentu. 25. Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria Ciri-ciri ujian Penentuan gred bagi menentukan pencapaian pelajar dalam pelbagai peringkat. Tiada gred ditetapkan, memadai dengan penyataan lulus/ gagal sahaja. Cakupan kandung Meliputi tajuk/kandungan pembelajaran yang lebih luas. Tumpu kepada tajuk-tajuk tertentu yang lebih khusus. Contoh ujian Peperiksaan akhir penggal, UPSR, PMR, SPM, STPM Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab dalam bilik darjah. 26. 3. Penilaian Formatif penilaian yang dibuat secara berterusan penilaian ini adalah PRK yang tidak membandingkan pencapaian pelajar Contoh ujian formatif ialah soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan. sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah yang dihadapi pelajar 27. prosedur Menentukan tajuk pengajaran Menentukan aspek dan tahap penguasaan Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk Membina soalan ujian Mencadangkan tindakan susulan 28. Contoh bentuk-bentuk soalan ujian 29. Prosedur Penilaian Formatif 30. 4. Penilaian Sumatif penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhir penggal/akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal untuk memberikan gred kepada mereka dapat dijadikan petunjuk, sama ada pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak. 31. Langkah Penilaian Sumatif 32. Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif Perkara Penilaian Formatif Penilaian Sumatif Konsep -Boleh dibuat secara formal/ tidak formal -mengesan penguasaan/ kelemahan pelajar bagi setiap tajuk pengajaran. -dijalankan secara formal bagi menentukan pencapaian pelajar di akhir / hujung penggal/ Tahun Waktu penilaian kaedah Sepanjang proses P&P berlansung. Formal: Ujian pensel-kertas Tidak formal: Pemerhatian, soal jawab,tugasan, latihan. Dibuat secara individu/kumpulan. Pada akhir penggal atau akhir tahun persekolahan. Formal: Ujian pensel-kertas, ujian lisan. Ditadbir secara berkumpulan 33. Perkara Penilaian Formatif Penilaian Sumatif Tujuan Selepas tahap kemajuan/ penguasaan pelajar ditentukan, tindakan susulan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan pelajar. Selepas pencapaian pelajar ditentukan, gred pencapaian diberikan kepada pelajar. Selepas penilaian dijalankan Mengatasi kelemahan pelajar dengan mengulang semula topik atau mengadakan pemulihan. Menjalankan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang tiada masalah. Menempatkan murid mengikut pencapaian. Memberi pengiktirafan sijil, hadiah dan sebagainya. Membaiki kurikulum. Sumatif 34. KAEDAH PENGUKURAN 35. Kaedah Pemerhatian tidak-sistematik merujuk kepada pemerhatian secara rawak/terbuka, iaitu yang tidak ditumpu kan kepada tingkah laku tertentu. pemerhati terlebih da hulu menetapkan tingkah laku yang ingin di perhati sebelum membuat pemerhatian. 36. Kaedah Lisan secara lisan dan merekod apa yang maklumkan oleh individu yang menjadi subjek dan oleh orang-orang lain yang berkenaan tentangnya. 37. Kaedah Penulisan Respons yang ditulis menjadi rekod kepada maklumat yang diberikan oleh subjek tentang dirinya atau orang-orang lain yang berkenaan. 38. Kaedah Pertimbangan Profesional Pertimbangan pakar neurologi - pelajar khas terencat akal. Pertimbangan pakar kaunseling - pelajar itu sesuai mengikuti sesuatu aliran pengajian. Kaedah terbaik sekiranya pakar bidang memberi pertimbangan jujur/ profesional, tetapi memberi kesan yang buruk sekiranya tidak tepat/tidak jujur. 39. Kaedah Potfolio pengumpulan maklumat melalui pendapat penilai terhadap satu set hasil kerja pelajar. pengumpulan hasil kerja pelajar yang berkait dengan pengetahuan/ kemahiran yang ingin dinilai 40. Kekuatan dan kelemahan penilaian potfolio Biasanya dibuat bagi objektif pengajaran yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian). Boleh menilai pencapaian pada peringkat yang lebih rendah (pengetahuan, kefahaman, aplikasi), terutama bagi pelajar khas. Sesuai untuk menilai kecekapan/keberkesanan strategi dan kemahiran yang diguna untuk menghasilkan objek / karya asli. 41. Penilaian galakkan kerjasama/kerja kumpulan pelajar /guru untuk hasilkan sesuatu yang terbaik & melatih pelajar untuk berfikir dan membuat refleksi tentang kerja mereka. Penilaian menjadi tidak sah disebabkan oleh beberapa perkara seperti hasil kerja yang dikumpul tidak sesuai dengan aspek yang hendak dinilai, hasil kerja tersebut bukan karya asli pelajar, @ penilainya bukan pakar dalam aspek yang hendak dinilai. 42. 1. Membina Jadual Penentuan Ujian Pengubalan kertas penyediaan JPU, pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. sebelum ujian ditadbirkan, item-item dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980). 43. Mengkaji Sukatan Pelajaran skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk; pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk; kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain; kompleksiti sesuatu tajuk; dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk. 44. Menganalisis Objektif Pengajaran Paksi Kandungan: Paksi Objektif Pengajaran: Kandungan Pengetahuan -Tajuk -Tajuk kecil Objektif Kognitif Kandungan Kemahiran -Tajuk - Tajuk Kecil Objektif Psikomotor Kandungan Afek/ Perasaan -Tajuk -Tajuk kecil Objektif Kognitif 45. Menentukan Jenis Soalan Tentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yg ingin diukur. Contoh : subjek Bahasa Melayu Tajuk : Struktur ayat Domain Objektif : Kognitif Tahap : Aplikasi Jenis soalan : Objektif : melengkapkan ayat Subjektif : menggubal ayat-ayat. 46. Menentukan Bilangan Soalan Harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. mengambil kira jangka masa ujian jenis soalan dan kesukaran soalan peringkat objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa pelajar dan lain-lain. 47. Kepentingan JPU ujian digubal secara sistematik; kesahan terjamin; taburan soalan seimbang; ujian meliputi keseluruhan sukatan aras kesukaran dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh orang lain. kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin; taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang; ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain. 48. LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN 49. PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF Item/soalan objektif item/soalan yang mempunyai jawapan tepat/tertentu/spesifik, 1. aneka pilihan 2. item betul-salah, 3. Pelengkapan (isi tempat kosong). 4. padanan atau 50. Pembinaan Item Beraneka Pilihan 51. Prinsip Penyediaan Soalan Berbentuk Beraneka Pilihan 52. Pembinaan Item Betul-Salah Terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus (jika ada), pernyataan dan jawapan pilihan yang berbentuk Betul atau Salah. Amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar menentu kan sama ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah/palsu. 53. Pembinaan Item Mengisi Ruang Kosong Terdiri daripada dua bahagian, iaitu stimulus (jika ada) dan pernyataan yang mengandungi ruang kosong untuk diisi pelajar. Amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat. 54. Pembinaan Item Padanan Terdiri daripada dua set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar. Mungkin terdiri daripada perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan. Maklumat dalam set pertama berkaitan dengan maklumat dalam set kedua. Sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta dan konsep. 55. PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF Item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik. untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki. sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, menganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan, 56. Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif Prinsip Penerangan 1 Semak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran- mesti sesuai. 2 Arahan hendaklah jelas 3 Soalan ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga, 4 Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya 5 Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan s atu kerangka struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut. 6 Tentukan markah untuk memudahkan penyediaan skema jawapan. 7 lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada panjang (2-3 muka surat), 57. Kata Tugas Item Subjektif Suatu kata kerja terdapat pada item fungsinya untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu item/soalan. pemilihan kata tugas yang sesuai 58. Kata Tugas Bil Kata Tugas Jawapan yang Diharapkan 1 Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan. 2 Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkan dengan menggunakan satu pengetahuan tertentu. 3 Apakah Memberi maklumat yang khusus atau spesifik. 4 Bagaimanakah Memperihalkan, memberi penerangan tentang cara, keadaan, langkah atau kejadian. 5 Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara. 6 Berapakah Memberi kuantiti. 7 Bezakan Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara. 8 Bilakah Menyatakan masa atau waktu. 9 Binakan Membuat sesuatu dengan menggunakan kaedah atau alat tertentu. 10 Bincangkan Memberi penerangan dari pelbagai aspek. 59. Pembinaan Item Esei Berjawapan Pendek sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman dan aplikasi/penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir 60. Contoh : Senaraikan warna-warna tali pinggang tae kwan do dan nyatakan bila seseorang pelatih itu dikurniakan warna-warna tersebut. Iris adalah bahagian mata yang berwarna. Jelaskan bagaimana iris membantu kita untuk melihat. 61. Pembinaan Item Esei Berjawapan Terbuka sesuai untuk mengukur konstruk, menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. membolehkan pelajar mempamer proses pemikiran kritis dan kreatif 62. Kekuatan soalan terbuka teroka pelbagai cara / pendekatan untuk menyelesaikan masalah; buat pertimbangan/ penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat; mempamerkan sesuatu idea yang asli gabung pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat; dan mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk komunikasi bertulis.