Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu

12
Pengaruh Barat dalam kebudayaan Melayu

Transcript of Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu

Page 1: Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu

Pengaruh Barat dalam kebudayaan Melayu

Page 2: Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu

Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu sememangnya sangat jelas. Pengaruhnya boleh dilihat dari aspek ekonomi, sosial, kesenian, politik dan lain-lain.

Page 3: Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu

Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah (riba) sebagai asasnya.

Contohnya dalam berhutang, penghutang dikenakan faedah sebanyak beberapa peratus dari jumlah yang dipinjam. Ini sebenarnya menindas penghutang dengan faedah yang dikenakan.

Pengaruh ekonomi barat

Page 4: Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu

Barat juga memperkenalkan sistem ekonomi sosialis iaitu produk dan pendapatan akan menjadi milik kerajaan.

Ini kelihatan berat sebelah. Oleh itu, undang-undang buruh ditubuhkan untuk melindungi hak pengusaha agar kelihatan lebih saksama.

Seterusnya, sistem Ekonomi Campuran juga diperkenalkan.

Page 5: Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu

Sistem ini adalah gabungan sistem ekonomi sosialis dan kapitalis.

Ekonomi masyarakat Malaysia juga dibahagikan mengikut bangsa semasa pemerintahan barat yang mengamalkan dasar “pecah dan perintah”.

Ini menyebabkan berlaku jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu, Cina dan India.

Page 6: Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu

Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi.

Sistem ini telah berjaya menghapuskan sistem feudal Melayu zaman itu yang mengamalkan Pemerintahan Beraja.

Demokrasi mengutamakan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh dalam penentuan pemimpin mereka.

Pengaruh politik barat:

Page 7: Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu

Terdapat pelbagai jenis demokrasi yang diperkenalkan oleh barat antaranya Demokrasi Berparlimen.

Malaysia telah mengamalkan Demokrasi Berparlimen sejak mendapat kemerdekaan daripada British.

Demokrasi Berparlimen ini diamalkan di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan.

Page 8: Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu

Pengaruh lebih kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran terbuka.

Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang mempercayai tentang perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain dan sesetangah orang menganggapnya sebagai karut.

Pengaruh sosial barat :

Page 9: Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu

Barat juga mengamalkan sosial kekeluargaan tidak sesuai diamalkan oleh kita. Sebagai contoh, barat mula mengiktiraf bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal dan lain-lain.

Perkara ini tidak sesuai sama sekali dengan masyarakat Islam di Malaysia.

Page 10: Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu

Barat cuba mencari alternatif lain menggantikan institusi kekeluargaan dan antara alternatif yang dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal, kehidupan berkelompok, dan didikan anak secara professional (Eliot, 1986).

Perkara ini melanda masyarakat timur termasuk Malaysia secara perlahan-lahan, namun institusi kekeluargaan masyarakat Islam di Malaysia masih utuh dengan berlandaskan Islam.

Page 11: Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu

Dunia mula diperkenalkan dengan aliran-aliran muzik barat yang pelbagai antaranya kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain.

Setiap aliran ini mempunyai identiti dan imej yang tersendiri.

Seni hiburan barat ini menjadi ikutan negara lain termasuklah Malaysia.

Pengaruh kesenian barat :

Page 12: Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu

Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke hari ini.

Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan rekabentuk yang dianggap moden oleh orang ramai.

Contohnya, Menara Berkembar Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat.