Pengaruh Media Sosial Ke Atas Tingkah Laku Remaja Dari Aspek Sosial Dan Emosi

2
Pengaruh media sosial ke atas tingkah laku remaja dari aspek sosial dan emosi. Dalam era globalisasi ini, pelbagai teknologi dicipta untuk kegunaan manusia yang mampu memudahkan dan mempercepatkan suatu pekerjaan. Ini termasuklah peralatan berteknologi seperti gadjet berupa smartphone, laptop, jaringan internet, dan sebagainya. Kesemua ini tergolong dalam kategori media sosial yang kini dilihat sangat sukar ditolak oleh masyarakat. Media sosial adalah sebuah media secara atas talian yang menggunakan jaringan internet dengan para penggunanya boleh berinteraksi dengan mudah, berkongsi idea, dan merekacipta isi yang merangkumi blog, jaringan sosial, Wikipedia dan dunia virtual.. Menurut Andreas Kaplan dan Michael Haenlein, media sosial adalah sebuah kelompok aplikasi berasaskan internet yang membangun di atas dasar ideologi dan teknologi web 2.0 yang memungkinkan penciptaan dan pertukaran user-generated content. Pada masa kini, media sosial bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan masyaarakat. Malah, ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan menjadi kegunaan seharian. Secara umumnya, media sosial memberi pelbagai kesan terhadap masyarakat. Remaja merupakan salah satu kelompok masyarakat yang berisiko tinggi untuk menerima kesan yang besar dalam kehidupan mereka. Seperti sedia maklum, remaja juga tidak terlepas dari penggunaan media sosial. Antara media sosial yang kerap digunakan adalah Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp, dan Skype. Penglibatan remaja dengan jaringan sosial ini memberi impak dalam kesemua aspek kehidupan mereka. Dari aspek sosial, media sosial menghapuskan hubungan sesama masyarakat luar. Remaja tidak ada batasan untuk berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain tanpa mengira ruang dan

description

Pengaruh Media Sosial

Transcript of Pengaruh Media Sosial Ke Atas Tingkah Laku Remaja Dari Aspek Sosial Dan Emosi

Page 1: Pengaruh Media Sosial Ke Atas Tingkah Laku Remaja Dari Aspek Sosial Dan Emosi

Pengaruh media sosial ke atas tingkah laku remaja dari aspek sosial dan emosi.

Dalam era globalisasi ini, pelbagai teknologi dicipta untuk kegunaan manusia yang mampu

memudahkan dan mempercepatkan suatu pekerjaan. Ini termasuklah peralatan berteknologi seperti gadjet

berupa smartphone, laptop, jaringan internet, dan sebagainya. Kesemua ini tergolong dalam kategori

media sosial yang kini dilihat sangat sukar ditolak oleh masyarakat. Media sosial adalah sebuah media

secara atas talian yang menggunakan jaringan internet dengan para penggunanya boleh berinteraksi

dengan mudah, berkongsi idea, dan merekacipta isi yang merangkumi blog, jaringan sosial, Wikipedia

dan dunia virtual.. Menurut Andreas Kaplan dan Michael Haenlein, media sosial adalah sebuah

kelompok aplikasi berasaskan internet yang membangun di atas dasar ideologi dan teknologi web 2.0

yang memungkinkan penciptaan dan pertukaran user-generated content. Pada masa kini, media sosial

bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan masyaarakat. Malah, ia telah menjadi sebahagian daripada

kehidupan dan menjadi kegunaan seharian.

Secara umumnya, media sosial memberi pelbagai kesan terhadap masyarakat. Remaja merupakan

salah satu kelompok masyarakat yang berisiko tinggi untuk menerima kesan yang besar dalam kehidupan

mereka. Seperti sedia maklum, remaja juga tidak terlepas dari penggunaan media sosial. Antara media

sosial yang kerap digunakan adalah Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp, dan Skype. Penglibatan

remaja dengan jaringan sosial ini memberi impak dalam kesemua aspek kehidupan mereka. Dari aspek

sosial, media sosial menghapuskan hubungan sesama masyarakat luar. Remaja tidak ada batasan untuk

berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain tanpa mengira ruang dan waktu. Mereka dapat

berinteraksi bila-bila masa hanya dengan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter yang

kini bilangan penggunanya semakin bertambah hari demi hari. Cara interaksi yang mudah ini menjadikan

remaja semakin jauh dengan hubungan sosial dengan masyarakat luar . Interaksi sesama manusia

dianggap penting kerana mampu mewujudkan hubungan silaturrahim berbanding dengan hubungan

secara maya dalam media sosial.

Kemudahan media sosial yang semakin berkembang pada hari ini akan memberi manfaat kepada

masyarakat sekiranya tidak disalahgunakan. Maklumat-maklumat terkini boleh diketahui dengan cepat

dan mudah tanpa memakan masa yang panjang. Media sosial seharusnya digunakan dengan sebaik-

baiknya kerana ianya boleh menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan global terutamanya

untuk generasi akan datang. Ibu-bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka

tidak terjebak dengan pengaruh-pengaruh negatif daripada penggunaan media sosial.

Page 2: Pengaruh Media Sosial Ke Atas Tingkah Laku Remaja Dari Aspek Sosial Dan Emosi