PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh,...

22
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN PERSEMBAHAN GIMNAS SESI PENGAJIAN: 2003/2004_____ Saya LER HUI YIN___________________________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 726, JALAN RASAH, DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR 70300, SEREMBAN Nama Penyelia NEGERI SEMBILAN . Tarikh: 6 MARCH 2004 Tarikh: 6 MARCH 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan syarat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Transcript of PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh,...

Page 1: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN PERSEMBAHAN GIMNAS

SESI PENGAJIAN: 2003/2004_____ Saya LER HUI YIN___________________________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 726, JALAN RASAH, DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR 70300, SEREMBAN Nama Penyelia NEGERI SEMBILAN. Tarikh: 6 MARCH 2004 Tarikh: 6 MARCH 2004

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan syarat daripada pihak berkuasa

/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

i

PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN PERSEMBAHAN GIMNAS

LER HUI YIN

Laporan projek ini dikemukan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 3: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………

Nama Penulis : LER HUI YIN

Tarikh : 6 MARCH 2004

Page 4: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

iii

DEDIKASI

Dedikasi ini ditunjukkan istimewa untuk:

Ayah, ibu dan keluarga yang tersayang.

Page 5: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

iv

PENGHARGAAN

Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada

penyelia projek, Dr. Mohad Anizu bin Mohd. Nor atas bimbingan, perbincangan serta

teguran yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan sehingga saya dapat menyiapkan

kajian ini.

Selain itu,saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Encik Ngadiso bin Darus yang turut sudi untuk meluangkan banyak

masa membantu menyiapkan serta menyempurnakan projek sarjana muda ini.

Seterusnya penghargaan ditujukan kepada jurulatih Gimnastik, Encik Nasri bin

Omar dan gimnas-gimnas Sekolah Sukan Bandar Penawar dalam menyempurnakan

ujian bagi menjayakan kajian ini.

Kerjasama, tunjuk ajar dan dorongan daripada semua pihak di atas amat saya

hargai. Saya tidak dapat membalas budi baik kalian dan hanya dapat mengucapkan

terima kasih sekali lagi. Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan diberkati oleh

Tuhan.

Page 6: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertajuk “Pengaruh Muzik Terhadap Latihan dan Persembahan

Gimnas.” Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan muzik yang berlainan

terhadap latihan dan persembahan gimnas. Kajian ini akan dapat membantu jurulatih

dan atlit dalam mengatur program latihan dan seterusnya meningkatkan prestasi. Kajian

ini berbentuk eksperimental dan dijalankan di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor.

Lima atlit gimnastik perempuan yang berumur antara 12-15 tahun telah dipilih sebagai

subjek dalam Ujian Pra (tanpa muzik) dan Ujian Pos ( dengan muzik). Di dalam kajian

ini, Polar Heart Rate ‘Acurex Plux’ telah digunakan untuk mengukur kadar denyutan

jantung dan skor pemarkahan digunakan untuk menilai persembahan gimnas dari segi

teknikal, fizikal dan choreography. Penyelidik telah menggunakan SPSS 11.5 untuk

menganalisis data. Hasil analisis ujian-t mendapati terdapat perbezaan yang signifikan

dari segi kadar denyutan jantung dan skor pemarkahan di sepanjang ujian. Ini telah

menunjukkan muzik dapat mempengaruhi kadar denyutan dan persembahan seseorang

gimnas. Daripada kajian ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa muzik memainkan

peranan penting dalam meningkatkan prestasi dan persembahan atlit gimnastik.

Page 7: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

vi

ABSTRACT

The title of this study is “Effect of Music on Gymnast’s Exercise and

Performance.” The purpose of this study was to asses music effectiveness on gymnast

during exercise and performance. This study was carried out in Sekolah Sukan Bandar

Penawar, Johor. Five female gymnasts aged 12-15 years old were selected in both Pre

Test (without music) and Post Test (with music) of this study. Polar Heart Rate Accurex

Plus was used to measure the heart rate of gymnasts while score point was used to

measure gymnast’s performance in technical, physical and choreography aspect. The

data obtained from the test was analyzed by using SPSS 11.5. The result from t-test

shown there is significant differences on the heart rate and score point along the test. It

proves that music effects gymnast’s exercise and performance. As result, music helps to

enhance gymnast’s exercise and performance.

Page 8: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Hipotesis Kajian

1.6 Skop Kajian

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

xiv

xv

1

1

3

4

4

5

5

Page 9: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

viii

BAB II

BAB III

1.7 Persoalan Kajian

1.8 Kepentingan Kajian

1.9 Batasan Kajian

1.10 Definisi Operasional

1.11 Penutup

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.1.1 Muzik

2.2 Kepentingan Muzik

2.3 Fungsi Muzik kepada Sukan

Gimnastik

2.4 Fungsi yang Mempengaruhi Pemilihan

Muzik

2.5 Kepentingan Muzik dalam Sukan

2.6 Penutup

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Rekabentuk Kajian

3.3 Pemilihan Subjek

3.4 Tempat Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.6 Alat Pengukuran Kajian

3.6.1 Polar Heart Rate

3.6.2 Muzik

3.7 Prosedur Kajian

6

6

7

7

8

9

9

9

10

11

12

12

14

19

20

20

21

23

23

23

24

24

25

26

Page 10: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

ix

BAB IV

3.7.1 Prosedur dan Protokol Heart

Rate Monitor

3.7.2 Kaedah Pengukuran dan

Penilaian

3.7.2.1Penilaian Pergerakan

Pilihan

3.8 Jangkamasa Kajian

3.9 Kaedah Penganalisaan Data

PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Statistik Deskriptif

4.2.1 Analisis Kesan Ujian Pra dari

segi Kadar Denyutan Jantung

4.2.2 Analisis Kesan Ujian Pos dan

Ujian Pos dari segi Skor

Pemarkahan Persembahan

4.2.3 Analisis kesan Ujian Pra dan

Ujian Pos dari segi jenis muzik

yang diminati oleh subjek

4.3 Statistik Inferensi

4.3.1 Perbandingan Ujian-t Kadar

denyutan Jantung antara Ujian

Pra dengan Ujian Pos

4.3.2 Perbandingan Ujian-t Skor

Pemarkahan antara Ujian Pra

dengan Ujian Pos

30

34

35

35

36

38

38

39

39

40

41

54

57

58

58

44

45

60

Page 11: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

x

BAB V

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Kadar Denyutan Jantung

5.2.2 Skor Markah Persembahan

5.2.3 Hubungkait Skor Pemarkahan

dengan Jenis Muzik Diminati

oleh Subjek

5.3 Kesimpulan

5.4 Masalah-masalah yang Dihadapi

5.4.1 Subjek

5.4.2 Peralatan Kajian

5.4.3 Tempat Kajian

5.5 Cadangan-cadangan

5.5.1 Persampelan Kajian

5.5.2 Pelaksanaan Kajian

5.5.3 Kajian Akan Datang

5.6 Penutup

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

62

62

62

63

64

65

66

67

67

67

68

68

69

69

69

70

71

74

Page 12: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

Rekabentuk kajian

Tempo muzik yang berlainan

Perancangan masa ujian pra

Perancangan masa ujian pos

Heart rate exceed 90%

Taburan skor mentah kadar denyutan jantung

dalam ujian pra dan ujian pos bagi subjek 1

Taburan skor mentah kadar denyutan jantung

dalam ujian pra dan ujian pos bagi subjek 2

Taburan skor mentah kadar denyutan jantung

dalam ujian pra dan ujian pos bagi subjek 3

Taburan skor mentah kadar denyutan jantung

dalam ujian pra dan ujian pos bagi subjek 4

Taburan skor mentah kadar denyutan jantung

dalam ujian pra dan ujian pos bagi subjek 5

Min kadar denyutan dalam ujian pra bagi

semua subjek

Min kadar denyutan jantung dalam ujian pos

Taburan skor daripada dua orang jurulatih

dalam ujian pra

Taburan skor daripada dua orang jurulatih

dalam ujian pos

22

24

28

29

33

41

43

45

47

49

51

52

54

55

Page 13: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

xii

4.10

4.11

4.12

Turutan minat jenis muzik yang diminati oleh

setiap subjek

Analisis ujian-t kadar denyutan jantung antara

ujian pra dengan ujian pos

Analisis ujian-t skor pemarkahan antara ujian

pra dengan ujian pos

57

58

60

Page 14: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

xiii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1

2.2

2.3

3.1

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

Perbandingan antara subjek terlatih dengan

subjek tidak terlatih

Perbandingan RPE antara subjek terlatih

dengan subjek tidak terlatih dan bermuzik

dengan tidak bermuzik.

Perbandingan kadar denyutan jantung antara

subjek terlatih dengan subjek tidak terlatih

dan bermuzik dengan tidak bermuzik.

Kadar denyutan jantung maksimal mengikut

umur.

Min kadar denyutan jantung dalam ujian pra

dan ujian pos bagi subjek 1

Min kadar denyutan jantung dalam ujian pra

dan ujian pos bagi subjek 2

Min kadar denyutan jantung dalam ujian pra

dan ujian pos bagi subjek 3

Min kadar denyutan jantung dalam ujian pra

dan ujian pos bagi subjek 4

Min kadar denyutan jantung dalam ujian pra

dan ujian pos bagi subjek 5

Purata kadar denyutan jantung semasa ujian

pra bagi semua subjek

16

17

18

32

42

44

46

48

50

52

Page 15: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

xiv

4.7

4.8

4.9

4.10

Purata kadar denyutan jantung semasa ujian

pos bagi semua subjek

Perbandingan purata skor pemarkahan bagi

subjek-subjek dalam ujian pra dan ujian pos

Kedudukan nilai-t dalam pengujian hipotesis

Kedudukan nilai-t skor pemarkahan

53

56

59

61

Page 16: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A

B

C

D

E

F

Biodata dan Rekod Kesihatan serta

Kecergasan Diri

Borang Penilaian

Alat Polar Heart Rate Accurex Plus

Contoh Data Polar Heart Rate

Skor Penganalisaan Statistik Deskriptif

Skor Penganalisaan Statistik Inferensi

74

76

77

78

81

85

Page 17: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejak kebelakangan ini, sukan gimnastik telah berkembang dengan pesatnya di

negara kita. Kini sukan gimnastik telah dikelaskan sebagai salah satu sukan yang

popular di negara kita setelah ahli-ahli gimnastik beraksi dengan cemerlang di pentas

arena Asia serta antarabangsa. Sukan gimnastik merupakan sukan yang mendapat

sokongan yang baik daripada semua pihak terutamnya Majlis Sukan Negara dan

Kementerian Belia dan Sukan.

Gimnastik merupakan sukan yang bercorak kreatif dan muzikal. Sukan ini

memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang

baik. Ia merupakan pergerakan yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan

muzik bagi gimnas wanita. Pada asasnya, ciri-ciri pergerakan perlu mempunyai ciri-ciri

gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat di antara tiga komponen asas, iaitu

pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik.

Sejak 2000 tahun dahulu, sukan gimnastik telah bermula dan berkembang dan

sangat berhubung rapat dengan peradaban manusia. Walaupun perkembangan sukan

gimnastik ini tidak dapat dikesan, tetapi Aristole, seorang ahli falsafah berbangsa Greek

Page 18: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

telah menulis bahawa gimnastik tidak hanya sebagai seni, malahan ia juga merupakan

salah satu bidang ilmu sains kemasyarakatan.

Istilah “gimnastik” berasal dari bahasa Greek “gymnasticus” yang membawa

maksud bersenam. Pada zaman klasik Greek, pertumbuhan badan dianggap mempunyai

kepentingan yang sama dengan pertumbuhan minda. Gimnastik merupakan sebahagian

tradisi purba. Di Egypt, lelaki dan perempuan akrobat merupakan golongan yang

menjalani upacara agama. Pada abad ke-17 di Eropah, latihan fizikal bagi askar terdiri

daripada kemahiran gimnastik

Terdapat tiga kejohanan gimnastik peringkat antarabangsa yang besar yang

diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu Sukan Olimpik,

Kejohanan Dunia dan Kejohanan Eropah. Pertandingan sukan gimnastik antarabangsa

diadakan pada tahun 1900 di Paris. Sebelas (11) acara telah dijalankan dalam sukan

gimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan

gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan di Tokyo pada tahun 1964.

Menjelang abad ke-21, kuasa dan pengaruh muzik semakin berkembang dalam

pelbagai bidang sepeti kognitif, perceptual neuropsychology, perkembangan otak dan

psikologi (Research by BAH Music Institude,2001). Dalam sukan gimnastik, muzik juga

memainkan peranan yang penting dalam acara senaman lantai bagi gimnas wanita.

Gimnas wanita hendaklah peka terhadap irama muzik. Penghargaan terhadap muzik,

interpretasi terhadap ritma dan corak muzik mempengaruhi persembahan seseorang

gimnas. Gimnas seharusnya memilih rentak atau irama muzik yang dapat memikat hati

hakim serta penonton dan beraneka ragam.

Acara senaman lantai dalam gimnastik dipersembah dengan iringan muzik oleh

gimnas wanita. Oleh itu, gimnas-gimnas wanita perlu mempunyai pengetahuan dalam

muzik seperti mengira tempo, membezakan ritma yang berlainan jenis. Menurut

peraturan Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), seseorang gimnas perlu

Page 19: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

melakukan persembahan senaman lantai bersama iringan muzik dengan harmoni.

Sekiranya seseorang gimnas itu tidak mempunyai paincaidera muzik (music sense), dia

akan gagal mempersembahkan pergerakan bersama muzik dengan sempurna.

Pengetahuan dalam muzik adalah diperlukan oleh setiap gimnas.

Di Malaysia kerajaan kita sentiasa berusaha bagi meningkatkan prestasi dan

mutu sukan negara kita. Pelbagai program dilaksanakan bagi menyempurnakan usaha

ini termasuklah penubuhan Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah

Sukan Bandar Penawar, Johor. Sekolah Sukan Bandar Penawar telah ditubuhkan pada

Jan 1998 untuk melahirkan atlit bertaraf dunia yang tinggi pencapaian di pentas

antarabangsa dengan mempunyai kekuatan dari segi mental, fizikal dan disiplin. Atlit

Sekolah Sukan Bandar Penawar juga didedahkan dengan latihan intensif yang

merangkumi dua sesi sehari iaitu latihan waktu pagi dan latihan waktu petang. Menu

pemakanan yang seimbang telah diberikan kepada atlit untuk membekalkan tenaga yang

mencukupi bagi menjalankan latihan harian mereka. Jurulatih yang profesional diambil

untuk mengajar dan melatih atlit-atlit di Sekolah Sukan Bandar Penawar.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik bertajuk “ Pengaruh Muzik

Terhadap Latihan Dan Persembahan Gimnas.” Kajian ini dijalankan bertujuan untuk

menentukan jenis-jenis muzik yang dapat mempengaruhi latihan dan persembahan atlit-

atlit dalam sukan sukan gimnastik. Sementara itu, perbandingan kesan kadar denyutan

jantung terhadap muzik yang berlainan dapat dibuat melalui kajian ini. Dengan ini,

jurulatih dan atlit gimnastik dapat menganalisis seterusnya menentukan jenis muzik

yang paling sesuai untuk meningkatkan prestasi dan persembahan.

Page 20: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

1.3 Penyataan Masalah

Kini, kemahiran dan kebolehan gimnas-gimnas di negara kita semakin

bertambah dan meningkat. Tetapi dari segi pencapaian, prestasi gimnas negara kita

masih dalam lingkungan sederhana sahaja. Kenapa gimnas negara kita masih

ketinggalan di belakang dengan negara barat? Apakah punca fenomena ini?

Kebanyakan orang berpendapat bahawa iringan muzik dalam sukan gimnastik bagi

seseorang gimnas tidak membawa sebarang kesan terhadap persembahan dan latihan.

Untuk melihat samaada muzik yang berlainan akan membawa kesan

persembahan dan latihan yang berlainan atau tidak, penyelidik menjalankan satu kajian

untuk mengkaji perbandingan kadar denyutan jantung dan penilaian dari segi kemahiran

terhadap muzik yang berlainan jenis (Classical, Jazz, Rock dan Sentimental)

berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada Polar Heart Rate dan penilaian yang

dibuat oleh penyelidik dengan bantuan jurulatih yang berpengalaman dan berkelayakan.

1.4 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian yang dikenalpasti bagi tujuan kajian ini ialah:

1.4.1 Menentukan jenis-jenis muzik yang dapat mempengaruhi persembahan dan

latihan atlit-atlit dalam sukan gimnastik.

1.4.2 Membuat perbandingan kesan denyutan jantung antara muzik Classical, Jazz,

Rock dengan Sentimental kepada atlit gimnastik.

1.4.3 Memberi panduan kepada jurulatih dan atlit gimnastik dalam menentukan jenis

muzik yang paling sesuai untuk meningkatkan prestasi/persembahan.

Page 21: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

1.5 Hipotesis Kajian

Dalam konteks kajian ini, adalah dihipotesiskan bahawa:

Hipotesis nol 1: Tidak terdapat perbezaan catatan kadar denyutan jantung yang

signifikan terhadap muzik Classical, Jazz, Rock dan Sentimental.

Hipotesis nol 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap persembahan

dari segi teknikal, fizikal dan choreography terhadap muzik

Classical, Jazz, Rock dan Sentimental.

Hipotesis Beratau 1: Terdapat perbezaan catatan kadar denyutan jantung yang

signifikan terhadap muzik Classical, Jazz, Rock dan Sentimental.

Hipotesis Beratau 2: Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap persembahan dari

segi teknikal, fizikal dan choreography terhadap muzik Classical,

Jazz, Rock dan Sentimental.

1.6 Skop Kajian

Skop kajian ini hanya tertumpu kepada ahli-ahli gimnastik yang mewakili

Sekolah Sukan Bandar Penawar, Majlis Sekolah Sukan Negeri (MSSN) atau Majlis

Sekolah Sukan Malaysia (MSSM)pada tahun 2000 hingga 2003. Seramai 5 orang

gimnas perempuan yang berumur antara 12-15 tahun dipilih untuk menjalani kajian ini.

Pemilihan subjek adalah berdasarkan pencapaian terbaik di Sekolah Sukan.

Page 22: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN · PDF filegimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan

1.7 Persoalan Kajian

1.7.1 Adakah terdapat perbezaan catatan kadar denyutan yang signifikan terhadap

muzik berjenis Clasiscal, Rock, Sentimental dan Jazz bagi gimnas perempuan?

1.7.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap persembahan dari segi

teknikal, fizikal dan choreography terhadap muzik Classical, Rock, Sentimental

dan Jazz?