PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH: … · 2016. 3. 30. · Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang...

7
PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH: PENGALAMAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK HULU KELANG DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Tiew Wai Sin* ABSTRAK Melaporkan sejarah pengautomasian Pusat Sumber SMK Hulu Kelang, Gombak, Selangor Darul Ehsan serta menghuraikan langkah-langkah yang telah diambil untuk menjayakan program berkenaan. PENGENALAN R encana ini bertujuan merakamkan usaha, proses serta pengalaman Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang dalam menjayakan pengautomasian Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang. Rancangan pengautomasian PSS sekolah ini Sebenarnya telah bermula sejak pertengahan tahun 1999 dan berlanjutan sehingga awal tahun 2002. Usaha pengautomasian Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang adalah sejajar dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membawa corak pendidikan bertaraf dunia yang lebih maju dan terkini. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan dunia telekomunikasi dan teknologi maklumat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dengan mewujudkan institusi Pusat Sumber Elektronik. Pusat Sumber Elektronik merupakan satu tempat yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dalam pelbagai sumber sama ada cetak atau elektronik. Dalam pada itu, Pusat Sumber Elektronik juga membolehkan para pengguna mendapat maklumat dengan cepat dan tepat ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang celik maklumat dan celik komputer. Untuk itu, Bahagian Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad dan MIMOS telah memulakan projek rintis yang dikenali sebagai "Rangkaian Munsyi". Dalam projek tersebut sebanyak 14 buah sekolah menengah yang antaranya terletak dalam bandar dan luar bandar, berasrama dan tidak berasrama, sekolah agama, sekolah baru dan sekolah yang telah lama ditubuhkan telah dipilih untuk melaksanakan konsep dan penggunaan Pusat Sumber Elektronik. Menteri Pendidikan Malaysia, Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah merasmikan projek rintis Pusat Sumber Elektronik Rangkaian Munsyi pada 18 Mac 1996 di Sekolah Menengah Ahmad, Pekan, Pahang. Oleh yang demikian, proses pengautomasian PSS SMK Hulu Kelang adalah langkah yang positif ke arah mewujudkan Pusat Sumber Elektronik. Latar Belakang Sejarah Pss Smk Hulu Kelang Pusat Sumber Sekolah SMK Hulu Kelang telah diwujudkan sejak sekolah ini mempunyai bangunannya yang tersendiri pada tahun 1971. Kini PSS SMKHK sudah berusia lebih kurang 31 tahun. PSS memainkan beberapa peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada semua penggunanya iaitu para pelajar, guru-guru dan staf sokongan sekolah. * Penyelaras Pusat Somber Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang, Km 7, Jalan Ulu Kelang, Selangor Darul Ehsan, E-mel: [email protected] Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Transcript of PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH: … · 2016. 3. 30. · Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang...

Page 1: PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH: … · 2016. 3. 30. · Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang dalam menjayakan pengautomasian Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang. Rancangan

PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBERSEKOLAH MENENGAH:

PENGALAMAN PUSAT SUMBER SEKOLAHSMK HULU KELANG DI

NEGERI SELANGOR DARUL EHSANTiew Wai Sin*

ABSTRAKMelaporkan sejarah pengautomasian Pusat Sumber SMK Hulu Kelang, Gombak, Selangor Darul

Ehsan serta menghuraikan langkah-langkah yang telah diambil untuk menjayakan programberkenaan.

PENGENALAN

Rencana ini bertujuan merakamkan usaha,proses serta pengalaman Pusat SumberSekolah (PSS) SMK Hulu Kelang dalam

menjayakan pengautomasian Pusat Sumber Sekolah(PSS) SMK Hulu Kelang. Rancanganpengautomasian PSS sekolah ini Sebenarnya telahbermula sejak pertengahan tahun 1999 danberlanjutan sehingga awal tahun 2002. Usahapengautomasian Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMKHulu Kelang adalah sejajar dengan dasar KementerianPendidikan Malaysia dalam membawa corakpendidikan bertaraf dunia yang lebih maju dan terkini.Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telahmemperkenalkan dunia telekomunikasi dan teknologimaklumat dalam bidang pengajaran dan pembelajarandengan mewujudkan institusi Pusat SumberElektronik. Pusat Sumber Elektronik merupakan satutempat yang menyediakan perkhidmatan dankemudahan serta koleksi bahan pengajaran danpembelajaran secara sistematik dalam pelbagaisumber sama ada cetak atau elektronik. Dalam padaitu, Pusat Sumber Elektronik juga membolehkan parapengguna mendapat maklumat dengan cepat dan tepatke arah membentuk masyarakat Malaysia yang celikmaklumat dan celik komputer. Untuk itu, BahagianTeknologi Pendidikan dengan kerjasama Telekom

Malaysia Berhad dan MIMOS telah memulakanprojek rintis yang dikenali sebagai "RangkaianMunsyi". Dalam projek tersebut sebanyak 14 buahsekolah menengah yang antaranya terletak dalambandar dan luar bandar, berasrama dan tidakberasrama, sekolah agama, sekolah baru dan sekolahyang telah lama ditubuhkan telah dipilih untukmelaksanakan konsep dan penggunaan Pusat SumberElektronik. Menteri Pendidikan Malaysia, Dato SeriMohd Najib bin Tun Abdul Razak telah merasmikanprojek rintis Pusat Sumber Elektronik RangkaianMunsyi pada 18 Mac 1996 di Sekolah MenengahAhmad, Pekan, Pahang. Oleh yang demikian, prosespengautomasian PSS SMK Hulu Kelang adalahlangkah yang positif ke arah mewujudkan PusatSumber Elektronik.

Latar Belakang Sejarah Pss Smk Hulu Kelang

Pusat Sumber Sekolah SMK Hulu Kelang telahdiwujudkan sejak sekolah ini mempunyaibangunannya yang tersendiri pada tahun 1971. KiniPSS SMKHK sudah berusia lebih kurang 31 tahun.PSS memainkan beberapa peranan penting dalamproses pengajaran dan pembelajaran denganmenyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepadasemua penggunanya iaitu para pelajar, guru-guru danstaf sokongan sekolah.

* Penyelaras Pusat Somber Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang, Km 7, Jalan Ulu Kelang, Selangor Darul Ehsan,E-mel: [email protected]

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH: … · 2016. 3. 30. · Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang dalam menjayakan pengautomasian Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang. Rancangan

Koleksi Bahan

Setakat tahun ini, koleksi buku ialah sebanyak 7,261buah dengan Pertambahan tahunan lebih kurang 200buah kebanyakannya diperolehi melalui pembelian.Dalam pada itu, jumlah koleksi alat bantu mengajarialah 624 yang merangkumi pita audio, pita video,kit permainan, carta-carta, peta-peta, transparensi,slaid dan lain-lain lagi. Pertambahan tahunan untukbahan bantu mengajar ialah lebih kurang 30 bahansahaja. Seterusnya, PSS juga membuat langgananterbitan bersiri sebanyak 10 judul manakala 17 judulditerima secara percuma. Selain itu, PSS jugamembuat langganan 4 jenis suratkhabar dalamBahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi.

Kakitangan Pss

Dasar dan polisi PSS SMK Hulu Kelang ditentukan olehsatu Jawatankuasa Induk PSS yang dipengerusikan olehPengetua Sekolah manakala sebuah Jawatankuasa KerjaPSS akan melaksanakan segala dasar serta polisi yangtelah ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk PSS. Dalampada itu, Pusat Sumber Sekolah pula dikelolakan olehseorang guru yang bertugas sebagai Penyelaras PusatSumber dengan dibantu oleh satu jawatankuasa guru-guru PSS yang terdiri daripada 15 orang guru. Padatahun 2002 terdapat seorang kerani perpustakaan yangbertaraf Pembantu Am Rendah telah bertugas sepenuhmasa di PSS SMK Hulu Kelang. Apabila PSS dibukapada waktu persekolahan, PSS dipertanggungjawabkankepada seramai lebih kurang 10 pengawas PSS yangbertugas mengikut giliran dibawah jagaan keraniperpustakaan dan guru-guru PSS untuk memberiperkhidmatan kepada warga sekolah.

Masalah-Masalah Sistem Manual Semasa

Masalah utama sistem manual semasa ialahpengkatalogan. Sebelum proses pengkatalogan, PSSperlu menghadapi masalah pengemaskinian buku rekodperolehan buku dan bahan bukan buku. Banyak borangdan butir-butir terpaksa dicatat dalam buku-bukutersebut. Selain itu, terdapat masalah hinggakan dalampengkatalogan buku-buku dan bahan bantu mengajar.Ini kerana proses pengkatalogan buku dan bahan bantumengajar mengambil masa dan tenaga kerja yangbanyak. Misalnya, nombor panggilan untuk setiap buku

terpaksa ditentukan dengan menggunakan systempengelasan Perpuluhan Dewey. Selain itu, butir-butirbibliografi termasuk trasing perlu dicatat dalam satu slipkerja. Seterusnya, kad-kad katalog akan ditaip. Selainitu, satu kad senarai rak juga perlu disediakan untuksetiap judul. Semua kad katalog yang telah disediakanakan disusun mengikut abjad dalam satu kabinet secaraterpisah. Tambahan pula, guru-guru PSS terpaksamengajar di kelas dan tidak dapat menyelesaikantunggakan buku-buku pada masa yang ditetapkan.Ekoran daripada tunggakan itu, pengguna-penggunaPSS tidak mendapat mengesan dengan cepat dan tepatkoleksi PSS.

Selain itu, wujud masalah sirkulasi dimana peminjamyang lambat memulangkan buku tidak diingatkandengan cepat kerana kerja mengenalpasti merekamengambil masa dan proses Peringatan agak rumitdilakukan sama ada secara bertulis atau lisan.Tambahan pula, ada peminjam yang memberi alasanbahawa buku pinjaman mereka telah dipulangkantetapi tidak tercatat.

Memandangkan wujudnya pelbagai masalah dalampengurusan PSS adalah wajar diautomasikan PSSdemi kebaikan semua pihak supaya PSS dapatmemainkan peranan yang lebih berkesan sebagaipusat maklumat untuk menjayakan proses pengajarandan pembelajaran.

DEFINISI PENGAUTOMASIAN PSS

Pengautomasian PSS ialah penggunaan komputeruntuk melaksanakan operasi-operasi asaspemerosesan bahan-bahan koleksi seperti perolehandan pengkatalogan serta fungsi sirkulasi bahan-bahanyang sebelum ini dikendalikan secara manual olehkakitangan PSS. Dengan itu, pengautomasian PSSberlaku apabila wujud proses mengintegrasikanteknologi maklumat dan komputer dengan sumberpengurusan dan pentadbiran PSS. Proses inikemudiannya akan melibatkan pengintegrasianteknologi maklumat dengan sumber pengajaran danpembelajaran di dalam dan di luar sekolah ke arahpusat sumber berelektronik yang Semestinya dapatmeningkatkan kecemerlangan dan mutu pendidikandi sekolah.

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH: … · 2016. 3. 30. · Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang dalam menjayakan pengautomasian Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang. Rancangan

MATLAMAT PENGAUTOMASIAN PSS

Matlamat utama pengautomasian PSS adalah untukmenaikkan taraf PSS sekolah tradisional kepada PusatSumber Berelektronik supaya dapat memainkanperanan yang lebih berkesan dalammempertingkatkan lagi proses pengajaran danpembelajaran demi mencapai kecemerlangan disekolah.

OBJEKTIF-OBJEKTIFPENGAUTOMASIAN PSS

Objektif pengautomasian PSS adalah untuk:

1. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusanorganisasi bahan PSS dari segi perolehan bahan,pengkatalogan, sirkulasi dan perkhidmatanpengguna.

2. Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran danpengurusan PSS dari aspek pengurusan sumbermanusia, pembangunan prasarana, perkakasandan peralatan.

3. Menggalakkan perkembangan literasi komputerdan teknologi maklumat di kalangan kakitangansekolah dan warga sekolah.

4. Memudahkan urusan mengakses maklumat ataudata koleksi PSS.

5. Memudahkan pengurusan analisis data danpenilaian PSS.

SEJARAH MEREALISASIKANPENGAUTOMASIAN PSS

Menyedari bahawa Malaysia sedang giat berkembangke era teknologi maklumat adalah menjadi impiansemua sekolah untuk mengautomasikan PSS mereka.Dewasa ini, dunia komputer menjadi semakin pentingkerana dapat menyimpan dan mengurus semua datadan maklumat dengan cepat serta tepat. Idea danilham untuk mengautomasikan PSS adalah daripadapihak guru PSS yang didukung oleh Penyelaras PusatSumber Sekolah, Encik Tiew Wai Sin, Ketua GuruPerpustakaan, Puan Aliza bt Adnan serta sokonganpadu daripada Puan Meriam bt Yaakub, PengerusiAJK Kerja PSS dan Puan Saripah bt Paidi selakuPengerusi AJK Induk PSS dan Pengetua SMK HuluKelang.

Peninjauan Perisian-perisian Pengautomasian Pss

Pada bulan Mei 1999, Penyelaras PSS, Encik TiewWai Sin dan Ketua Guru Perpustakaan, Puan Aliza btAdnan telah membuat tinjauan Program CDS ISISyang digunapakai oleh Pusat Dokumentasi. BahagianPerancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia. Walaupunpenggunaan program CDS ISIS adalah percuma,didapati sukar digunakan kerana terlalu teknikal untukmewujudkan sistem pengautomasian menggunakanCDS ISIS. Setahun kemudian, pada 19.7.2000,Penyelaras PSS dan Ketua Guru Perpustakaan sekalilagi telah melawat Pusat Sumber Pendidikan NegeriWilayah Persekutuan di Jalan Semarak, KualaLumpur dan Pusat Sumber Pendidikan NegeriSelangor di Shah Alam untuk meninjau sistemautomasi yang digunapakai mereka. Namun demikian,didapati kedua-dua sistem mereka tidaklah begitusesuai untuk PSS SMK Hulu Kelang. Seterusnya, pada29.7.2000, beberapa guru PSS telah melawat ke SMKTaman Connaught, Kuala Lumpur untuk melihatsistem automasi UniSumber yang digunapakai disekolah tersebut. Namun demikian, sistem tersebutterlalu mahal untuk diperolehi PSS. Dalam pada itu,guru-guru PSS dan pelajar-pelajar telah mengunjungiPesta Buku Antarabangsa yang diadakan di PusatDagangan Dunia PUTRA. Dalam pesta buku tersebut,Syarikat Multiple Portfolio, Sungai Petani, Kedahtelah memperkenalkan sistem automasi mereka yangbernama "Pustakawan". Oleh kerana kesuntukanmasa, guru-guru PSS hanya mendapat sedikitsebanyak pendedahan terhadap sistem tersebut.

Oleh itu, pada bulan Ogos 2000, pihak PSS SMKHulu Kelang telah menjemput syarikat tersebut untukmembuat penerangan lanjutan tentang programautomasi "Pustakawan". Sistem "Pustakawan"merupakan sebuah sistem yang direka khas untuk digunakan di perpustakaan di sekolah rendah dansekolah menengah oleh Syarikat Multiple Portfolioyang berpusat di Sungai Petani, Kedah denganbantuan dan kerjasama Bahagian TeknologiPendidikan serta Pusat Sumber Pendidikan Negeri..Program ini di bangunkan untuk memenuhi ciri-ciriberikut iaitu cepat, mudah, mesra pengguna danselamat. Sistem ini juga mempunyai ciri-cirikeselamatan agar sistem ini tidak akan dicerobohi

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH: … · 2016. 3. 30. · Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang dalam menjayakan pengautomasian Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang. Rancangan

oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Olehitu, setiap pengguna akan diberikan satu katakunciuntuk memasuki sistem ini dan katakunci ini haruslahdirahsiakan. Dengan itu, pihak-pihak luar tidak dapatuntuk mencerobohi sistem tersebut.

Seterusnya, data untuk setiap bahan akan disimpandalam pangkalan data. Bahan-bahan ini mempunyaikod yang unik. Butir-butir bahan atau media ini turutdisimpan untuk memudahkan pencarian bahan kelak.Sistem ini juga membekalkan modul sirkulasi dimanaproses peminjaman dan pemulangan bahan dapatdilakukan dengan cepat dan tepat. Setiap kalipinjaman dilakukan, nombor ahli peminjam, tarikhpinjaman dan tarikh pulangan akan dimasukkan untukmemudahkan pencarian bahan apabila dikehendaki.Ini kerana semua bahan akan diberikan nomborperolehan yang unik. Oleh itu dengan memasukkannombor perolehan dan nombor ahli, transaksipinjaman akan disimpan di dalam pangkalan datauntuk direkodkan. Rekod ini boleh dicapai semulauntuk proses pemulangan dan juga penyemakanpinjaman melalui laporan.

Pemulangan bahan juga menjadi lebih mudah keranadata-data pinjaman telah disimpan di dalampangkalan data dan proses pencapaian akan menjadilebih cepat. Bahan-bahan yang lambat dipulangkanakan dikenakan denda secara automatik. Begitu jugabahan yang telah dihilangkan, harga bahan tersebutakan dipaparkan. Oleh itu pihak pengurusanperpustakaan tidak perlu membazirkan masa mencaridata-data bagi bahan terbabit.

Dalam pada itu, hampir 20 laporan disediakan untukmemudahkan pengurusan pusat sumber. Laporan-laporan ini lengkap dengan maklumat sampingan yangdiperlukan. Laporan-laporan khas seperti kutipandenda, tunggakan ahli dan bahan yang dipinjamdipaparkan dalam laporan. Selain itu, sistem ini turutmenyediakan program untuk memudahkan pencetakanlabel buku dan kad ahli PSS. Dalam pada itu, system"Pustakawan" juga mempunyai Perisian-perisian lainyang berhubung-kait dengan pengurusan danperkhidmatan PSS iaitu katalog awam dalam taliandan S2pN (Perisian Program Nilam). Dengan adanyasemua modul-modul tersebut pengautomasian PSSakan menjadi lebih bermakna, lancar dan cepat

Setelah ditinjau dan dinilai, didapati kos keseluruhansistem tersebut bukanlah terlalu tinggi malahanprosesnya juga tidak terlalu rumit dan sukar.Tambahan pula, sistem tersebut adalah cepat, mudah,mesra pengguna dan selamat untuk digunakan.Dengan itu, setelah berbincang dengan pihakpengurusan sekolah, pihak PSS SMK Hulu Kelangtelah bersetuju membeli sistem automasi tersebutpada 28.9.2000. Dengan itu, sebuah jawatankuasaAutomasi PSS telah ditubuhkan untuk menjayakanprogram pengautomasian PSS SMK Hulu Kelang.

Pelaksanaan Program Pustakawan

Pada fasa ini, pihak sekolah dan PSS SMK HuluKelang telah membuat persediaan awal sepertimembeli perkakasan, menyusunatur perkakasan,menyediakan ruangan untuk komputer danpersediaan merangkaikan sistem supayamemudahkan proses pengautomasian PSS. Dalampada itu, semakan stok dan hapuskira bahan koleksiPSS dijalankan untuk menghapuskira buku-bukulama, buku rosak atau buku yang tidak sesuai lagiuntuk mempercepatkan proses pengautomasian PSS.Pada masa yang sama, latihan pembangunan sumbermanusia turut dilaksanakan untuk membolehkanguru-guru PSS dan pengawas-pengawas PSSmemperolehi pengetahuan serta kemahiranmenggunakan sistem tersebut. Oleh itu, sebuah AJKAutomasi yang mengandungi seramai 15 pengawasPSS didedahkan dan dilatih oleh Penyelaras PSS sertaKetua Guru Perpustakaan untuk membantukemasukan data dalam komputer.Selepas itu, proses mengurus kemasukan datadilakukan dengan semua butiran antara kod perolehanbahan, kod pengkatalogan dan lain-lain dimasukkandalam sistem. Dalam pada itu, AJK Automasi jugadikehendaki mencetak 'bar code' untuk ditampalkandi setiap bahan. Untuk itu, sebuah buku laporanautomasi telah disediakan supaya dapat dipantauperkembangan proses pengautomasian hari demi hari.Fasa inilah yang mengambil masa yang paling lamauntuk memasukkan semua data yang diperlukandalam sistem. Pada masa ini, PSS SMK Hulu Kelangtelah menerima seorang kerani perpustakaan.Kehadiran kerani perpustakaan ini telahmempercepatkan proses kemasukan data danpenyediaan kad pintar pengguna-pengguna PSS SMK

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH: … · 2016. 3. 30. · Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang dalam menjayakan pengautomasian Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang. Rancangan

Hulu Kelang. Menjelang akhir tahun 2001.kebanyakan data bahan buku telah dimasukkanmanakala data bahan bukan buku masih belumdimasukkan Ini kerana wujudnya masalah logistikdan kekangan ruangan untuk menyimpan bahan-bahan bukan buku terutamanya di tempat yang sama.Namun demikian, pihak PSS SMK Hulu Kelangsenantiasa berusaha mencari penyelesaian untukmengatasi masalah tersebut. Dalam pada itu. fasaseterusnya ialah menyediakan kad pintar untukmemudahkan proses pinjaman dan pemulangan.Sebelum itu, senarai nama guru, pelajar dan stafsokongan serta gambar-gambar bersaiz kadpengenalan diperolehi. Kemudiannya, data merekadimasukkan, dicetak dan dilaminakan. Kejayaanprogram pengautomasian PSS telah terbukti denganmajlis pelancaran kad pintar pada 4.3.2002. Dalammajlis yang amat bermakna itu, guru-guru, parapelajar serta staf sokongan sekolah telah menerimakad pintar masing-masing daripada Pengetua SMKHulu Kelang.

Fasa seterusnya ialah pelaksanaan modul katalogawam atas talian untuk membolehkan capaian sertamerta rekod-rekod katalog dalam sistem'Pustakawan'. Sebelum itu, proses penyediaanrangkaian LAN (Local Area Network) untukkomputer-komputer PSS terpaksa dilakukan.Seterusnya, taklimat dan orientasi pengguna perludilaksanakan untuk mendedahkan kepada guru-guru,para pengawas PSS serta pelajar-pelajar tentang cara-cara menggunakan katalog awam atas talian atauOPAC. Katalog awam dalam talian yang disediakanmembolehkan pengguna mencari bahan PSS denganpantas dan tepat melalui medan judul, nomborpengelasan, pengarang, penerbit, tajuk perkara danjenis media. Sistem OPAC telah dirasmikan olehPegawai Pendidikan Daerah Gombak pada 23 April2002 yang menandakan kejayaan programpengautomasian PSS SMK Hulu Kelang.

Fasa seterusnya ialah menyediakan dokumentasipengautomasian PSS SMK Hulu Kelang sertapenyediaan risalah-risalah untuk memudahkanpengguna membuat penilaian dan menggunakanperisian tersebut. Selain itu, pengemaskinian failkuasa PSS perlu disediakan supaya guru-guru PSS,para pengawas PSS, kerani perpustakaan dan pihak-

pihak yang berkenaan dapat mengetahui denganlanjut prosedur kerja sistem baru PSS. Walaubagaimanapun, modul pengkatalogan, modulperedaran, dan modul katalog atas talian telah sediadigunapakai, terdapat lain-lain modul yang bolehditambah untuk mempertingkatkan lagi prosespengautomasian PSS. Dalam pada itu, sistem'Pustakawan' senantiasa diubahsuai dandipertingkatkan kecekapannya sehingga sekarangmengikut keperluan dari masa ke semasa. Pihak PSSSMK Hulu Kelang berharap dapat berfungsi sebagaipusat sumber elektronik yang sepenuhnya pada masaakan datang.

Kewangan

PSS SMK Hulu Kelang menghargai Sumbangankewangan secara ikhlas daripada pihak sekolah, guru-guru, warga sekolah dan pihak swasta untukmenjayakan program pengautomasian PSS. Berikutadalah kos yang telah dibelanjakan untuk programpengautomasian PSS SMK Hulu Kelang:

1. Tiga set komputer2. Rangkaian Komputer3. Perisian Pustakawan4. Perisian OPAC5. Laser Scanner6. Mesin Lamina7. RencamJUMLAH

RMRMRMRMRMRMRM

7500.00650.00

1500.00250.00750.00450.00500.00

RM11600.00

Masalah-masalah

Dalam proses pengautomasian PSS SMK HuluKelang, terdapat beberapa masalah yang terpaksadihadapi sebelum projek pengautomasian dapatberjalan dengan lancar. Misalnya, program"Pustakawan" mempunyai beberapa kelemahanantaranya, medan nombor pengelasan hanyamembenarkan dua nombor perpuluhan sahajamenyebabkan masalah ketepatan nombor pengelasanyang lebih terperinci. Dalam pada itu, dalam medantajuk perkara, ianya hanya mampu dimasukkan tajuk-tajuk yang tidak terlalu panjang. Selain itu, apabilakerja mencetak "barcode" bahan, pencetakan hanyadilakukan mengikut nombor perolehan dan tidakdibenarkan dicetak mengikut tarikh masuk data atau

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH: … · 2016. 3. 30. · Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang dalam menjayakan pengautomasian Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang. Rancangan

ikut baris rak buku tertentu. Seterusnya, kadang-kalaPSS menghadapi masalah menghubungi pihak vendoryang berpusat di Sungai Petani, Kedah untukmenyelesaikan masalah-masalah software yang tidakdapat diatasi. Walau bagaimanapun, atas inisiatif dankesabaran semua pihak, akhirnya projekpengautomasian PSS SMK Hulu Kelang telah berjayadilaksanakan.

PENUTUP

Kejayaan program pengautomasian PSS SMK HuluKelang adalah berkat usaha padu dan komitmensemua warga sekolah, khasnya guru-guru PSS danpara pengawas PSS yang mengkehendaki sebuahpusat sumber berelektronik sejajar demiperkembangan dunia IT. Walau bagaimanapun,pengautomasian PSS yang sepenuhnya belum

tercapai dan diharapkan dengan kerjasama semuapihak, matlamat pengautomasian sepenuhnya akanterlaksana tidak lama lagi. Dengan demikian SMKHulu Kelang akan mempunyai sebuah Pusat SumberElektronik yang sebenar-benarnya dimanakemudahan memperolehi maklumat dari luarruangnya melalui jaringan telekomunikasi komputerakan dapat memberi manfaat kepada semua wargasekolah. Dalam pada itu, pelajar-pelajar bolehmemperolehi kemudahan melayan Internet dan CD-ROM untuk mendapatkan maklumat yang diperlukanmereka. Seterusnya, sistem kawalan keselamatanelektronik juga boleh dipasang supaya dapatmengesan semua bahan PSS yang di bawa keluarsupaya masalah kehilangan bahan dapat diatasi dandihalang. Dengan itu, barulah wujud Pusat SumberElektronik yang sebenar-benarnya seperti di AmerikaSyarikat yang mempunyai beribu-ribu sekolah yangmana pusat sumber mereka telah diautomatkan.

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH: … · 2016. 3. 30. · Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang dalam menjayakan pengautomasian Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Hulu Kelang. Rancangan

RUJUKAN

Bahagian Teknologi Pendidikan. 199?, GarisPanduan Pengurusan Pusat Sumber ElektronikSekolah. Kuala Lumpur : Bahagian TeknologiPendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor. 200?.Garis Panduan Pemilihan Perisian Automasi PSSdan Langkah-langkah ImplementasiPengautomasian PSS 1999-2001. Shah Alam :Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor.

Pusat Sumber Sekolah SMK Hulu Kelang. 2000.Laporan Aktiviti/Program PSS 1999. Ampang :PSS SMK Hulu Kelang.

Pusat Sumber Sekolah SMK Hulu Kelang. 2001.Laporan Aktiviti/Program PSS 2000. Ampang :PSS SMK Hulu Kelang.

Pusat Sumber Sekolah SMK Hulu Kelang. 2002.Laporan Aktiviti/Program PSS 2001. Ampang :PSS SMK Hulu Kelang.

Pusat Sumber Sekolah SMK Hulu Kelang. 2002.Dokumentasi Pengautomasian PSS SMK Hulu Kelang1999-2002. Ampang : PSS SMK Hulu Kelang.

Syarikat Multiple Portfolio. 1996. PustakawanPanduan Pengguna. Sungai Petani : SyarikatMultiple Portfolio.

Syarikat Multiple Portfolio. 2001. PanduanPengguna Sistem Maklumat PPS Sistem Katalog.Sungai Petani : Syarikat Multiple Portfolio.

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia