Pengawetan makanan

15
PENGAWETAN MAKANAN Daripada : LUTFIL HADI

Transcript of Pengawetan makanan

Page 1: Pengawetan makanan

PENGAWETAN MAKANAN

Daripada :LUTFIL HADI

Page 2: Pengawetan makanan

Pengawetan Makanan

Pengawetan makanan ialah proses yang menjadikan makanan tahan lebih lama (daripada

segi kualiti, rasa dan nilai zat). Ia lazimnya melibatkan pencegahan pertumbuhan bakteria,

fungus (seperti yis), atau sebarang mikroorganisma (namun ada kaedah yang menambahkan bakteria atau fungus tidak berbahaya ke dalam makanan), selain membantutkan pengoksidaan lemak yang menyebabkan ketengikan. Pengawetan makanan

juga boleh termasuk proses yang menghalang kemerosotan visual, seperti pencoklatan enzimatik dalam epal selepas dipotong, yang boleh terjadi

semasa penyediaan makanan.

Page 3: Pengawetan makanan

Faedah Pengawetan Makanan

1. Makanan yang diawet dapat disimpan dalam bekas yang lebih kecil.2. Makanan yang diawet adalah lebih mudah dibawa daripada makanan segar. 3. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dieksport. 4. Pengawetan makanan membantu mengelakkan pembaziran.5. Makanan yang diawet boleh tahan lama.

Page 4: Pengawetan makanan

Cara-Cara Pengawetan Makanan

1.Cara perlilinanDalam kaedah pelilinan, makanan disalut dengan lapisan nipis lilin. Pelilinan mengurangkan kehilangan air daripada makanan. Kaedah pelilinan dapat menambahkan hayat simpanan makanan. Tetapi, pelilinan boleh memudaratkan manusia kerana lilin sukar ditanggalkan daripada makanan.

Page 5: Pengawetan makanan

Cara-Cara Pengawetan Makanan

2.Cara pendidihanPendidihan ialah proses untuk membunuh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Semasa pendidihan, semua bakteria dan kulat dapat dimusnahkan. Makanan dapat tahan lebih lama jika bakteria dan kulat dibunuh.

Page 6: Pengawetan makanan

Cara-Cara Pengawetan Makanan

3.Cara pengasapanDalam kaedah pengasapan, makanan diawet dengan mengeringkannya di atas api. Haba daripada asap mengeringkan makanan tanpa memasak makanan itu. Contoh makanan yang diawet dengan cara pengasapan ialah ikan, pisang dan daging.

Page 7: Pengawetan makanan

Cara-Cara Pengawetan Makanan

4.Cara pempasteuranDalam proses pempasteuran ini, makanan dipanaskan pada suhu tertentu selama beberapa saat dan disejukkan dengan serta-merta. Proses pempasteuran ini dapat mengekalkan keaslian rasa makanan.makanan yang diawet dengan proses ini ialah susu, minuman dadih dan jus buah-buahan.

Page 8: Pengawetan makanan

Cara-Cara Pengawetan Makanan

5.Cara pembungkusan vakumKaedah pembungkusan vakum mengekalkan makanan dalam keadaan tanpa udara. Makanan dimateri dalam bungkusan selepas udara disingkirkan. Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat tidak dapat membiak tanpa udara. Makanan yang dapat diawet dengan kaedah ini ialah kacang tanah, buah-buahan, ikan salai, biskut dan makanan jeruk.

Page 9: Pengawetan makanan

Cara-Cara Pengawetan Makanan

6.Cara pengasinanGaram digunakan untuk mengawet makanan seperti ikan, telur, buah-buahan dan sayur-sayuran.Kita perlu merendam makanan di dalam larutan garam yang pekat.Garam menyingkirkan air dan menghalang pertumbuhan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

Page 10: Pengawetan makanan

Cara-Cara Pengawetan Makanan

7.Cara pembotolan dan pengetinan.Kaedah pembotolan dan pengetinan melibatkan proses memanaskan makanan untuk membunuh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Makanan yang dimasak dan disimpan dalam botol, bekas atau tin yang kedap udara. Pengetinan dan pembotolan membolehkan makanan disimpan dalam tempoh yang lama sehingga beberapa tahun.

Page 11: Pengawetan makanan

Cara-Cara Pengawetan Makanan

8.Cara penjerukanPenjerukan ialah kaedah mengawet makanan dengan merendam makanan di dalam cuka, larutan garam pekat ataularutan gula pekat. Penjerukan mengurangkan kandungan air dalam makanan. Makanan yang diawet dengan cara penjerukan akan berubah warna, rasa dan kurang berkhasiat. Contoh makanan yang diawet dengan cara penjerukan ialah mangga, betik dan ceri.

Page 12: Pengawetan makanan

Cara-Cara Pengawetan Makanan

9.Cara penyejukbekuanDalam kaedah penyejukbekuan, makanan dibekukan pada suhu yang sangat rendah. Mikroorganisma tidak dapat membiak pada suhu yang sangat rendah. Tetapi, mikroorganisma akan menjadi aktif semula apabila makanan dikeluarkan daripada peti sejuk. Oleh itu, makanan tersebut mestilah dimakan atau dimasak dengan segera sebelum makanan tersebut menjadi rosak. Sebagai contoh, makanan yang diawet dengan cara penyejukbekuan ialah ikan, ayam, udang, ketam, sotong dan sebagainya.

Page 13: Pengawetan makanan

Cara-Cara Pengawetan Makanan

10.Cara pendinginanMakanan disimpan di tempat sejuk seperti di dalam peti sejuk. Pendinginan menyebabkan mikroorganisma menjadi tidak aktif dalam keadaan yang sejuk. Contoh makanan yang diawet dengan cara pendinginan ialah susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Page 14: Pengawetan makanan

Cara-Cara Pengawetan Makanan

11.Cara pengeringanAir disingkirkan daripada makanan dengan cara menjemurnya di bawah matahari. Pengeringan dapat menghalang pertumbuhan mikroorganisma kerana mikroorganisma tidak dapat tumbuh tanpa air. Contoh makanan yang diawet dengan cara pengeringan ialah ikan bilis, cili, sotong dan udang.

Page 15: Pengawetan makanan

SEKIAN TERIMAKASIH