PENGENALAN 1m1s

22
PENGENALAN Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini meyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek ,rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid- murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. RASIONAL Dasar 1M1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti

description

PENGENALAN 1m1s

Transcript of PENGENALAN 1m1s

Page 1: PENGENALAN 1m1s

PENGENALAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini meyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek ,rohani, emosi dan jasmani.

 

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

 

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

 

RASIONAL

Dasar 1M1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.

 

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakkan pertandingan yang sihat, semangat muhibbah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan

Page 2: PENGENALAN 1m1s

yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara.

Dasar 1M1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan focus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik kea rah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

 

MATLAMAT

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

 

KONSEP

Dasar 1M1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid Tahap 2 di sekolah rendah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M1S diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar:

Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan, khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif

Membangunkan sukan sekolah kearah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah

Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi

PRINSIP PELAKSANAAN

Pelaksanaan Dasar 1M1S mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut:

Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M1S diwajibkan untuk murid tahun 4 hingga tahun 6. Murid Pra Sekolah hingga tahun tiga digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010 bertarikh 1/12/2010).

Page 3: PENGENALAN 1m1s

Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.

Asas kepada 1M1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M1S.

Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan

emosi murid. Ibu bapa dan agensi luar/rakan sukan adalah digalakkan untuk meyumbang kepada

pembangunan sukan sekolah. Pihak sekolah mengoptimumkan penggunaan prasarana dan segala kemudahan bagi

meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Pihak sekolah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti

sukan di sekolah dan luar sekolah. Segala prosedur dan langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

PENDEKATAN PELAKSANAAN

Pelaksanaan Dasar 1M1S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:

Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan dibawah 1M1S berunsurkan aktiviti yang melibatkan fizikal.

Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sukan yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukantara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.

Pertandingan antara kelas dan rumah sukan. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSd/MSSN/MSSM dan peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.

OBJEKTIF

Dasar 1M1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:

Meningkatkan kecergasan jasmani Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni Memupuk perpaduan antara kaum Membentuk budaya sukan di kalangan murid Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan

fizikal Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Page 4: PENGENALAN 1m1s

TAFSIRAN OPERASIONAL

Dalam melaksanakan Dasar 1M1S, tafsiran istilah-istilah adalah seperti berikut:

Bil. Istilah Tafsiran1. Murid Seseorang dari peringkat Pra Sekolah hingga

Tingkatan 6, yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan

2. Murid berkeperluan khas

Mana-mana murid yang mempunyai masalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah kurang upaya fizikal

3. Sukan Aktiviti fizikal terancang, berunsur kemahiran dan pertandingan yang melibatkan komitmen serta semangat kesukanan. Sukan pada amnya adalah berdasarkan peraturan-peraturan tertentu

4. Guru penasihat sukan Mana-mana guru yang dilantik atau ditugaskan oleh pihak sekolah untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab sukan dan permainan

5. Jurulatih sukan sekolah

Mana-mana orang berpengalaman, minat dan memilik sijil kejurulatihan dalam sukan spesifik yang dilantik atau dibenar oleh pihak sekolah atau pihak yang berkaitan untuk melatih dan menyediakan pasukan sukan sekolah

 

Page 5: PENGENALAN 1m1s

Mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan banyak mendatangkan kebaikan dalam hidup kita.  Namun, kebanyakan pelajar di Malaysia tidak begitu mementingkan penglibatan dalam aktiviti sukan kerana beranggapan aktiviti itu hanya membuang masa.  Lagipun masyarakat lebih memandang pencapaian akademik sebagai ukuran.  Jadi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil langkah proaktif untuk mengikis pendapat jumud ini selaras dengan Dasar Sukan Negara melalui pelaksanaan program 1 Murid 1 Sukan(1M1S) yang menuntut penglibatan aktif dan komitmen penuh pelajar dalam satu sukan atau lebih mengikut kemampuan.  KPM telah mewajibkan setiap sekolah melaksanakan program ini agar  minat pelajar terhadap aktiviti sukan dapat dipupuk sejak kecik. ( 101 pp )

Tujuan utama kerajaan melaksanakan program 1M1S ini adalah untuk melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan mental.  Pelajar yang bersukan akan bergerak aktif dan mengeluarkan peluh di samping mencerna lebihan tenaga yang tersimpan dalam badan.  Badan akan menjadi lebih cergas jika selalu melakukan aktiviti fizikal dan otak pula menjadi cerdas kerana peredaran darah yang membawa oksigen ke otak menjadi lebih lancar.  Keadaan ini mampu mencetus fenomena yang segar kepada pelajar untuk belajar.  Pelajar tidak lagi tertekan kerana hanya menjadi ulat buku sebaliknya dapat meluahkan tekanan ketika bersukan.  Masalah obesiti dalam kalangan pelajar juga dapat diatasi jika pelajar bersukan secara konsisten sejak kecil.    Jelaslah bahawa dengan melakukan aktiviti sukan, badan akan menjadi cergas dan otak pula semakin cerdas.  ( 118 pp)

Selain itu, program 1M1S ini penting dalam usaha mencungkil bakat terpendam para pelajar dan menjadi pelapis atlet negara.  Ada pelajar yang tidak sedar akan bakat yang dimiliki oleh diri sendiri dan hanya dapat dikesan oleh guru.   Jika mereka tidak diwajibkan untuk terlibat dalam program seperti ini, sudah pasti bakat mereka akan hilang begitu saja.  Kemungkinan negara juga kehilangan atlet yang tersohor jika mutiara yang ada itu tidak digilap sebaiknya.  Guru berperanan untuk mengenal pasti bakat pelajar, menggilap dan menonjolkan kehebatan yang dimiliki sehingga ke persada antarabangsa.  Peluang yang lebih adil dapat disediakan kepada pelajar yang tidak mampu menonjol dalam akademik tetapi mampu mengharumkan nama negara dalam bidang sukan dan menjana pendapatan yang lumayan.  Jelaslah bahawa program 1M1S ini menjadi platform untuk mengenal pasti bakat terpendam yang ada dalam diri setiap pelajar. ( 131 pp )

 

Kerajaan juga ingin mendidik pelajar-pelajar agar menyahut aspirasi 1 Malaysia menerusi budaya bersukan.  Semasa menjalani aktiviti sukan, pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan budaya akan bersama-sama melakukan aktiviti dan semasa dalam pertandingan pula, mereka akan bersatu hati untuk mencapai matlamat ke arah kejayaan.  Pada masa itu, mereka akan belajar erti bertoleransi, bekerjasama, semangat berpasukan dan semangat setiakawan.  Mereka juga akan faham erti bersatu teguh bercerai roboh.  Perasaan suka duka yang dialami akan dikongsi bersama-sama.  Jalinan persahabatan yang dibina ketika menjalani aktiviti sukan diharap akan berkekalan selama-lamanya.  Di sini jelas terbukti bahawa aspirasi 1Malaysia mampu tercapai melalui hubungan yang terjalin ketika bersukan tetapi dengan syarat sukan tersebut tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja dan situasi ini sebenarnya mampu diperbetulkan di peringkat sekolah.  (116 pp )

Page 6: PENGENALAN 1m1s

Kesimpulannya, program 1M1S ini merupakan satu langkah yang sangat baik dan mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar-pelajar.  Pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat sepatutnya memberikan sepenuh kepercayaan terhadap pelaksanaan program ini.  Ibu bapa wajar memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka dan tidak hanya menekankan pencapaian akademik sahaja.  Pihak sekolah pula disarankan agar melaksanakan program ini dengan sebaik mungkin, bukan sekadar melepaskan batok di tangga.  Pelajar pula perlu diterapkan dengan nilai menghargai kepentingan bersukan dalam diri masing-masing.  Jika semua perkara ini diasimilasikan, nescaya Dasar Sukan Negara akan mencapai matlamatnya.   ( 87 pp)

Page 7: PENGENALAN 1m1s

MANFAAT DASAR 1 MURID 1 SUKAN

     Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh halyang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.

        Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S  diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan. Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui dasar ini.

       Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan

Page 8: PENGENALAN 1m1s

memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk melalui dasar ini.

     Jika kita singkap dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 55 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

        Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan bahawa aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu dikikis dari kamus kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk melakukan kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai acara balapan dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari badan yang cergas. Dengan memiliki badan yang sihat, murid-murid dapat fokus pada pelajaran mereka. Mereka dapat menjana idea yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Secara implisitnya, murid akan beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Pendek kata, murid dapat mencapai keseimbangan antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan ini.

      Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat dicapai menerusi dasar ini.

Page 9: PENGENALAN 1m1s

       Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak membawa  kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun begitu, sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.

Page 10: PENGENALAN 1m1s

Ketua Pengarah Pelajaran melalui surat bertarikh 22 februari 2010 telah mengarahkan semua pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu sukan mulai tahun 2011.

   Bagi memastikan hasrat ini dicapai, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah.   Ahli-ahlinya terdiri daripada wakil pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan di negara kita. 

   Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran sendiri yang akan merancang, melaksana dan memantau program membangunkan sukan   di sekolah-sekolah.

   Semua Pengetua, PPD dan JPN diarahkan supaya mengambil tindakan terhadap pelaksanaan dasar ini sejajardengan hasrat kita untuk Konsep    1Malaysia dan mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.

   Dasar 1M1S ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.   Ia juga selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat, iaitu bermula dari peringkat sekolah melalui   2 strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

   Matlamat   i. membangunkan modal insan melalui penyertaan semua murid dalam aktiviti sukan sepanjang tahun  ii. memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas

   Objektif   - meningkatkan kecergasan jasmani   - membentuk sahsiah, jati diri,disiplin dan nilai murni   - memupuk perpaduan di antara kaum   - membentuk budaya sukan dalam kalangan murid   - memenuhi naluri semulajadi murid   - memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal   - mewujud landasan ke arah kecemerlangan sukan

   Penilaian   - Sistem penilaian yang sedia ada berasaskan kepada:      i.   kehadiran      ii.  jawatan serta sumbangan      iii. penglibatan      iv. pencapaian   ** Perubahan pada sistem penilaian ini akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 

Page 11: PENGENALAN 1m1s

mulai tahun 2012.

   Surat Siaran oleh KPM     i. KP/KPPM/5 (49) bertarikh 26 Julai 2010 : memberi kebenaran khas kepada guru-guru dan murid-murid yang melaksanakan pelajaran                                                               Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) memakai pakaian rasmi sukan sepanjang hari berkenaan.    ii. KP.BSSK.302-02/03/002(17) bertarikh 14 Januari 2010 : Jadual Pelaksanaan Program Sukan dan Permainan Sekolah Sepanjang Tahun                                                                                   yang dikeluarkan perlu diikuti sepenuhnya.

   ** Setiap sekolah dikehendakki menggunapakai semua arahan seperti yang terkandung dalam Surat-surat pekeliling Ikhtisas dan Surat-Surat         Siaran yang dikeluarkan oleh KPM.

Page 12: PENGENALAN 1m1s

SU: Objektif Dan Rasional 1 Murid 1 Sukan

PENGENALAN

Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

MATLAMAT

Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk, 2.1 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. 2.2 Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

OBJEKTIF Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut: 3.1 Meningkatkan kecergasan jasmani. 3.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. 3.3 Memupuk perpaduan di antara kaum. 3.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid. 3.5 Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. 3.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. 3.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

KONSEP

Page 13: PENGENALAN 1m1s

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmon is dari SGyi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Ke arah ini, konsep Dasar 1 M1 S adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat: 4.1 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. 4.2 Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. 4.3 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

PRINSIP PELAKSANAAN Pe!aksanaan Dasar fM1 S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: 5.1 Setiap murid termasuk rTlurid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1 M1 S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. 5.2 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;. 5.3 Asas kepada 1 M 1 S adaiah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M1S. 5.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan. 5.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid. 5.6 Ibu bapa dan agensi luarl rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. 5.7 Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. 

PENDEKATAN PELAKSANAANBagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1 M1 S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1 M1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut: 6.1 Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1 M1 S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. 6.2 Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.

Page 14: PENGENALAN 1m1s

6.3 Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.

PENILAIAN

7.1 Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan: •          Kehadiran; •          Jawatan Serta Sumbangan; •          Penglibatan; dan •          Pencapaian. •           7.2 Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012.

 PERSEDIAAN SETIAP AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN

Sekolah hendaklah: 8.1 Mengadakan mesyuarat perancangan 1M1S sebelum penggal pertama persekolahan, 8.2 Menyediakan takwim tahunan dan penjadualan mingguan aktiviti sukan sekolah untuk sepanjang tahun, 8.3 Mengagihkan tugas guru mengikut sukan yang ditawarkan di Sekolah, 8.4 Mendaftar dan mengagihkan setiap murid mengikut rumah sukan dan kelab sukan, dan 8.5 Mewujudkan mekanisme pemantauan pelaksanaan 1M1S. 

Page 15: PENGENALAN 1m1s

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) telah dilancarkan sejak 2010 sebagai tahun pengenalan dan sejak tahun 2011, pelaksanaannya menjadi wajib.

Persoalan pokok di sini, adakah ia dasar yang relevan kepada sekolah. Jawapannya ya, sudah pasti kerana ia dasar kementerian.

Persoalan lain adakah ia relevan kepada guru? Jawapannya tidak. Ia tidak relevan kepada guru. Ia adalah dasar khusus untuk murid sekolah. Dasar 1M1S merupakan satu usaha menggerakkan generasi muda negara supaya dapat bergerak aktif secara fizikal sambil memperoleh ilmu pengetahuan tentang sukan yang diceburi. Walau bagaimanapun, kejayaan perlaksanaan dasar 1M1S, memerlukan komitmen guru walaupun ia tidak relevan kepada individu guru itu. Buat sementara waktu, guru bukan berlatar belakangkan sukan (bukan guru opsyen PJK atau Sains Sukan) terpaksa diarahkan untuk melaksanakan dasar ini berlandaskan garis panduan yang ditentukan, bukannya berasaskan kemampuan sedia ada guru. Guru PJK dan guru Sains Sukan tidaklah seramai mana di sekolah-sekolah harian.

Jika guru tersebut tidak pernah dan tidak mengetahui sukan tertentu, beliau mesti, patut, tidak boleh tidak, bertanggungjawab menambah pengetahuan demi menjalankan tugas yang didasari oleh arahan peringkat atasan. Oleh itu soal dasar 1M1S mesti relevan secara langsung kepada individu guru tidak relevan juga. Atas dasar tugas rasmi, semua guru yang terbabit mesti menjalankan tugas TERMASUK menambah baik diri sendiri. Jika guru tersebut berdalih atau sengaja tidak bersungguh-sungguh, dikhuatiri beliau menjadi ‘duri dalam daging’ atau boleh juga dipanggil ‘sabotuer‘, sama ada beliau sedar atau tidak.

Murid tidak akan dapat menghayati dan menyempurnakan pengalaman hidup mereka dalam sukan pilihan kerana guru yang dipertanggungjawabkan tidak komited dan tidak bersungguh-sungguh atas alasan tidak munasabah. Mana mungkin kita guru menasihat murid supaya berani belajar subjek baru dan susah dan meneroka ilmu baru, pada masa yang sama kita sendiri bertindak tidak ikhlas dengan mengelak mendapatkan ilmu baru dan meneroka pengalaman baru pula. Bukankah itu ‘hipokrit’?

Apa-apapun artikel ini adalah wacana saya tanpa menyebut mana-mana individu secara khusus. Ia adalah juga satu muhasabah diri kerana saya juga kelompok guru bukan-sukan. Saya adalah guru yang meminati sukan bola sepak, badminton dan ragbi, tetapi pengalaman terbaik saya pernah perolehi hanyalah semasa di sekolah menengah dan di universiti. Di sekolah saya sempat mendapat peluang bermain ragbi walaupun badan kecil kurus. Bola sepak memang kerap bermain di kampung, dan di sekolah. Badminton? Pengalaman paling manis tetapi memalukan ialah ketika masih siswa di UPM. Saya, melalui pujukan rakan-rakan turut mendaftar sebagai peserta pertandingan badminton. Pusingan awal dah kalah, complete set! Sebabnya saya bukan pemain berkebolehan tinggi, sebaliknya hanyalah peminat.

Apa sumbangan pengalaman tersebut kepada saya sebagai guru 1M1S? NIL. Okaylah, mungkin setakat 10%, itupun dalam hal ada cerita untuk memujuk pelajar. Tapi tak semestinya berkesan. Bagaimana saya nak jalankan tugas sebagai guru 1M1S, menjadi jurulatih sukan bola sepak atau badminton atau ragbi? Nampaknya langkah-langkah berikut perlu saya lakukan seberapa segera yang boleh, iaitu:

Page 16: PENGENALAN 1m1s

1. Ikuti kursus kejurulatihan sukan yang saya pilih (atau sekolah tentukan) – BELUM

2. Cari buku bacaan berkaitan bagaimana melatih murid/pemain sukan tersebut – TIADA BUKU DIKEHENDAKI?

3. Dapatkan buku modul 1M1S yang disediakan kementerian – ADA melalui kursus tetapi isi kandungan tak cukup baik, dan tersalah cetak pula.

4. Dapatkan buku digital modul 1M1S yang disediakan kementerian – SUDAH ADA, tetapi bilangan muka surat yang banyak memerlukan bajet besar untuk mencetak kualiti boleh baca. Nak baca di laptop? Patutkah? Bukankah kita di padang. Cetak sedikit demi sedikit? Patutkan individu guru menampung kos cetakan buku tersebut dan dipancing dengan perkataan ‘pengorbanan’ (licik!).

5. Tak buat apa-apa langsung – MUSTAHIL, kerana saya guru komited kepada pelajar

6. Carian internet dalam bentuk video – CADANGAN TERBAIK SETAKAT INI! Memang video tak boleh bawa ke padang, tetapi sekurang-kurangnya melalui tontonan video memberi gambaran lebih jelas bagaimana nak buat aktiviti latihan sukan tersebut dan lakukannya semula di padang.

7. Beli Ipad atau tablet – ringan dan mobile. CADANGAN LAGI TERBAIK. Dengan syarat ada cukup wang, bolehlah beli tablet android + 3G. Boleh bawah tablet seperti Samsung Tab 10.1 atau Motorola Xoom 10.1 (android 3). bolehlah baca modul dalam format PDF dalam tablet dan juga boleh rujuk menonton video kejurulatihan terus melalui tablet tadi. Jadilah jurulatih serba boleh. Masalah? baca balik, kalau guru sendiri kurang faham, tunjukkan tablet tu kepada murid untuk mereka baca dan mungkin akan ada pelajar yang boleh bantu menjelaskannya. Takpun, ulang tayang video di youtube yang berkenaan lagi dan lagi dan lagi dan simulasikan atau tiru sahaja kaedah yang ditunjukkan di video tadi.

Akhir kata, saya bukan pandai, saya juga bukan buat-buat pandai. Artikel ini adalah pemikiran saya, muhasabah saya. Dalam Inggeris, ‘thinking loudly’ barangkali.

Jumpa lagi di dalam artikel akan datang.