Pengenalan Asas Fesyen1
description
Transcript of Pengenalan Asas Fesyen1
PENGENALAN ASAS FESYEN
APA ITU FESYEN
Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian, kosmetik, tingkah laku dan
sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa.
Berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara
berpakaian dan lain-lain)
Keinginan
Fesyen merupakan keinginan untuk perubahan dan ini menjadikan ia sebahagian
daripada asas kehidupan.Tujuan kita menutup badan untuk kelihatan sopan, tetapi
perhiasan dan dekorasi telah dulu menjadi aspek penting dalam berpakaian. Pada
asasnya, tujuan manusia memakai pakaian masih tidak berubah dulu dan kini. Hari ini
kita masih memakai pakaian untuk kelihatan sopan, tetapi pilihan kita dalam berpakaian
dipengaruhi oleh keinginan untuk menghias diri.
Medium Komunikasi
Pakaian adalah medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Dengan hanya
melihat gaya seseorang kita boleh andaikan status sosial, identiti jantina, orientasi
politik, etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka. Tekanan daripada rakan-rakan
dan perubahan gaya hidup juga mempengaruhi jenis perhiasan yang dapat diterima
pada sesuatu masa, zaman atau kelompok masyarakat.
Ekspresi Diri
Setiap gaya adalah luahan rasa si pemakainya. Idea dan cita rasa adalah ssesuatu yang
subjektif. setiap individu inginkan identiti tersendiri, tidak mahu dikongsi dengan orang
lain. Masyarakat kini juga tidak mahu meniru dan menjadi klon orang lain.
Fesyen adalah sesuatu yang ceria, ekspresi diri dan juga mengenai pilihan individu.
Fesyen sepatutnya membuatkan kita lebih menarik kreatif dan yakin terhadap diri dan
apabila berhadapan dengan masyarakat. Setiap individu berhak berfesyen ikut
kemampuan dan cita rasa. Apa pun ia perlu disesuaikan dengan budaya, latar belakang
masyarakat.
Hari ini bahasa fesyen dipertuturkan, dari New York hingga ke Tokyo dan ia sudah pergi
jauh dari tempat yang dikatakan asalnya iaitu Perancis. Aliran fesyen terbaru mungkin
datang dari London, India, Hong Kong ataupun tidak mustahil nanti mungkin dari Kuala
Lumpur, tetapi mungkin juga datangnya bukan daripada idea pereka.
Kini bahagian pemasaran dan promosi dalam sesuatu organisasi sentiasa boleh
mempromosikan nama sesiapa jua sehingga ianya menjadi sebutan, ikutan atau
fashionable. Apa sahaja barangan seperti T-shirt hingga kasut sukan boleh menjadi
kegilaan peminat fesyen.
Antara ciri fesyen yang hebat adalah ianya sentiasa berubah dan tidak statik. Ianya
berlaku terlalu cepat, sesuatu yang in fashion boleh bertukar menjadi out of fashion
pada bila-bila masa sahaja. apa yang kita lihat, mungkin pereka membuat perubahan
mengikut mood dan kehendak hati, tetapi realitinya rekaan mereka hanya akan diterima
masyarakat jika ianya benar-benar dapat mencerminkan zaman atau dekad pada waktu
tersebut. yang pasti, manusia akan terus-terusan menikmati keseronokan evolusi
fesyen, mengapa tidak?
That's the beauty of fashion...anda bagaiamana pula? Tepuk dada tanya selera!.