PENGENALAN B... · Web view1Gov*Net merupakan Sistem Rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi...

6
<Nama Agensi> Kod Dokumen: <Masukkan No Fail Dokumen Agensi> No. Isu/Tarikh <No. Isu/Tarikh> Tajuk : TERMA RUJUKAN DI ANTARA <NAMA AGENSI> DAN UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PENGURUSAN PERANCANGAN MALAYSIA (MAMPU) BAGI PERKHIDMATAN 1GOV*NET No Semakan/Tarikh 0 Muka surat : 1/5 LAMPIRAN B PERKHIDMATAN 1GOV*NET 1.0 PENGENALAN Terma Rujukan perkhidmatan ini adalah di antara Unit Pemodenan Tadbiran dan Pengurusan Perancangan Malaysia (MAMPU) dan <Nama Agensi> bagi penyediaan Perkhidmatan 1Gov*Net. Terma Rujukan ini menggariskan maklumat perkhidmatan 1Gov*Net yang telah disediakan bagi <Nama Agensi> berdasarkan skop perkhidmatan 1Gov*Net. 2.0 DEFINISI 1Gov*Net merupakan Sistem Rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi utama Kerajaan yang selamat dan diyakini bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Infrastruktur rangkaian ini disediakan khusus untuk sektor awam dan diuruskan secara berpusat. Rangkaian 1Gov*Net akan menyediakan satu platform bagi membolehkan capaian kepada: a) Aplikasi-aplikasi Kerajaan Elektronik; b) Aplikasi dalaman agensi; dan c) Internet. 3.0 OBJEKTIF Matlamat Terma Rujukan ini adalah untuk mendapatkan persetujuan bersama di antara kedua-dua pihak iaitu MAMPU dan <Nama Agensi>

Transcript of PENGENALAN B... · Web view1Gov*Net merupakan Sistem Rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi...

Page 1: PENGENALAN B... · Web view1Gov*Net merupakan Sistem Rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi utama Kerajaan yang selamat dan diyakini bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan

<Nama Agensi>Kod Dokumen:<Masukkan No Fail Dokumen Agensi>

No. Isu/Tarikh <No. Isu/Tarikh>

Tajuk :

TERMA RUJUKAN DI ANTARA <NAMA AGENSI> DAN UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PENGURUSAN PERANCANGAN MALAYSIA (MAMPU) BAGI PERKHIDMATAN 1GOV*NET

No Semakan/Tarikh0

Muka surat : 1/5

LAMPIRAN B

PERKHIDMATAN 1GOV*NET

1.0 PENGENALAN

Terma Rujukan perkhidmatan ini adalah di antara Unit Pemodenan Tadbiran dan Pengurusan Perancangan Malaysia (MAMPU) dan <Nama Agensi> bagi penyediaan Perkhidmatan 1Gov*Net.

Terma Rujukan ini menggariskan maklumat perkhidmatan 1Gov*Net yang telah disediakan bagi <Nama Agensi> berdasarkan skop perkhidmatan 1Gov*Net.

2.0 DEFINISI

1Gov*Net merupakan Sistem Rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi utama Kerajaan yang selamat dan diyakini bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Infrastruktur rangkaian ini disediakan khusus untuk sektor awam dan diuruskan secara berpusat. Rangkaian 1Gov*Net akan menyediakan satu platform bagi membolehkan capaian kepada:

a) Aplikasi-aplikasi Kerajaan Elektronik;

b) Aplikasi dalaman agensi; dan

c) Internet.

3.0 OBJEKTIF

Matlamat Terma Rujukan ini adalah untuk mendapatkan persetujuan bersama di antara kedua-dua pihak iaitu MAMPU dan <Nama Agensi> bagi memastikan perkhidmatan 1Gov*Net dapat disediakan dengan baik dan memuaskan.

Page 2: PENGENALAN B... · Web view1Gov*Net merupakan Sistem Rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi utama Kerajaan yang selamat dan diyakini bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan

<Nama Agensi>Kod Dokumen:<Masukkan No Fail Dokumen Agensi>

No. Isu/Tarikh <No. Isu/Tarikh>

Tajuk :

TERMA RUJUKAN DI ANTARA <NAMA AGENSI> DAN UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PENGURUSAN PERANCANGAN MALAYSIA (MAMPU) BAGI PERKHIDMATAN 1GOV*NET

No Semakan/Tarikh0

Muka surat : 2/5

4.0 SKOP PERKHIDMATAN

Skop perkhidmatan 1Gov*Net adalah dibahagikan kepada dua (2) iaitu Perkhidmatan Utama atau “Main Services” dan Perkhidmatan Pilihan atau “Optional Services”. Perincian perkhidmatan adalah seperti berikut:

a) Perkhidmatan Utama

Perkhidmatan Rangkaian Luas yang selamat merangkumi capaian ke internet dan perkhidmatan pengoptimuman lebar jalur bagi talian yang berkapasiti 2Mbps ke atas.

b) Perkhidmatan Pilihan

Perkhidmatan Pilihan merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

1) Integration Services2) Consolidation Services3) Relocation Services 4) Application Performance Management Services5) Firewall Services6) Local Area Network Services (“LAN”)7) Content Filtering Services8) Remote Access Services9) Intrusion Prevention System Services10) High Service Level Guarantee Services11) Technical and Consultancy Services 12) Dedicated Internet Access Services13) Class of Services 14) Bandwidth on Demand15) Point to Point Services16) Global Connectivity

Page 3: PENGENALAN B... · Web view1Gov*Net merupakan Sistem Rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi utama Kerajaan yang selamat dan diyakini bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan

<Nama Agensi>Kod Dokumen:<Masukkan No Fail Dokumen Agensi>

No. Isu/Tarikh <No. Isu/Tarikh>

Tajuk :

TERMA RUJUKAN DI ANTARA <NAMA AGENSI> DAN UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PENGURUSAN PERANCANGAN MALAYSIA (MAMPU) BAGI PERKHIDMATAN 1GOV*NET

No Semakan/Tarikh0

Muka surat : 3/5

5.0 KEPERLUAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMBERI PERKHIDMATAN

Keperluan dan tanggungjawab Pemberi Perkhidmatan bagi menyokong Terma Rujukan ini termasuk:

5.1 Am

a) Perkhidmatan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh yang dipersetujui dan ditetapkan dalam Notice to Commence (NTC);

b) Memastikan pihak Kontraktor menjana laporan yang bersesuaian bagi perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna;

c) Memastikan ketersediaan rangkaian mengikut Services Level Guarantee (SLG) yang telah ditetapkan di antara Pemberi Perkhidmatan dengan Kontraktor yang dilantik. SLG bagi perkhidmatan 1Gov*Net adalah seperti berikut:

Kategori SLG Sasaran

i) Internet Protocol Virtual Private Network (IPVPN) High Availability

99.9%

ii) Internet Protocol Virtual Private Network (IPVPN) High Availability

99.9%

iii) Internet Protocol Virtual Private Network (IPVPN) With Backup

99.9%;

iv) Internet Protocol Virtual Private Network (IPVPN) Without Backup

99.7%

v) Very Small Aperture Terminal (VSAT) 97.0%

vi) Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL) 97.0%

Page 4: PENGENALAN B... · Web view1Gov*Net merupakan Sistem Rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi utama Kerajaan yang selamat dan diyakini bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan

<Nama Agensi>Kod Dokumen:<Masukkan No Fail Dokumen Agensi>

No. Isu/Tarikh <No. Isu/Tarikh>

Tajuk :

TERMA RUJUKAN DI ANTARA <NAMA AGENSI> DAN UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PENGURUSAN PERANCANGAN MALAYSIA (MAMPU) BAGI PERKHIDMATAN 1GOV*NET

No Semakan/Tarikh0

Muka surat : 4/5

5.2 Khusus

a) Melaksanakan pemantauan pelan pelaksanaan perkhidmatan 1Gov*Net yang dilaksanakan oleh pihak Kontraktor yang merangkumi pemantauan bilangan lokasi dan talian 1Gov*Net serta kerja-kerja pelaksanaan perkhidmatan 1Gov*Net;

b) Membuat pertimbangan dan kelulusan dalam menentukan kapasiti lebar jalur talian dan perkhidmatan 1Gov*Net yang berkaitan;

c) Memproses, menyediakan dan mengemukakan Notice to Commence (NTC) sebagai arahan rasmi bagi pelaksanaan perkhidmatan 1Gov*Net kepada pihak Kontraktor dalam tempoh yang telah ditetapkan dan membuat pengesahan penerimaan perkhidmatan;

d) Memantau dan menyelaraskan kontrak perkhidmatan 1Gov*Net termasuk pengebilan 1Gov*Net; dan

e) Pemberi Perkhidmatan juga bertanggungjawab memantau operasi perkhidmatan 1Gov*Net yang dilaksanakan oleh pihak Kontraktor berdasarkan Service Level Guarantee (SLG) yang telah ditetapkan seperti mana yang termaktub dalam dokumen kontrak perkhidmatan 1Gov*Net.

6.0 KEPERLUAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

Keperluan dan tanggungjawab pengguna bagi mendapat perkhidmatan berdasarkan Terma Rujukan ini:

a) Memahami dan mematuhi semua peraturan yang berkuat kuasa termasuk Dasar Keselamatan ICT MAMPU;

b) Memahami dan mengenalpasti keperluan pengguna sebelum sebarang permohonan perkhidmatan 1Gov*Net dihantar kepada pihak MAMPU;

Page 5: PENGENALAN B... · Web view1Gov*Net merupakan Sistem Rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi utama Kerajaan yang selamat dan diyakini bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan

<Nama Agensi>Kod Dokumen:<Masukkan No Fail Dokumen Agensi>

No. Isu/Tarikh <No. Isu/Tarikh>

Tajuk :

TERMA RUJUKAN DI ANTARA <NAMA AGENSI> DAN UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PENGURUSAN PERANCANGAN MALAYSIA (MAMPU) BAGI PERKHIDMATAN 1GOV*NET

No Semakan/Tarikh0

Muka surat : 5/5

c) Mengenal pasti maklumat dan kesediaan tapak seperti equipment rack, bekalan kuasa dan lain-lain maklumat yang akan dikenalpasti semasa mesyuarat kick-off ;

d) Menyediakan maklumat lengkap bagi setiap lokasi seperti alamat, lokasi pemasangan, nombor telefon serta nama pegawai;

e) Memaklumkan masalah kepada pemberi perkhidmatan melalui medium berikut:

1) Menghantar maklumat masalah menerusi emel ke Meja Bantuan 1Gov*Net di alamat emel [email protected];

2) Membuat panggilan terus ke Meja Bantuan MAMPU di talian 03-8892 4001; atau

3) Membuat panggilan terus ke Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di talian 03-8000 8000.

f) Menyelaras dan memantau semua permohonan atau masalah yang dikemukakan kepada Pemberi Perkhidmatan; dan

g) Memantau penggunaan perkhidmatan 1Gov*Net bagi memastikan penggunaan yang optimum.