PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk...
-
Upload
hoangkhanh -
Category
Documents
-
view
221 -
download
0
Transcript of PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk...
1.0 PENGENALAN
Sejak zaman dahulu lagi manusia telah menggunakan pelbagai alat atau peranti
untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Mereka menggunakan asap api sebagai
isyarat, burung merpati untuk menghantar mesej, refleksi cahaya cermin dan bunyi-
bunyian. Sebenarnya banyak lagi cara yang digunakan oleh nenek moyang kita di zaman
purba.
Kemudian, apabila telefon dicipta oleh Alexender Graham Bell, perkembangan
komunikasi semakin pesat. Manusia dapat dihubungkan walaupun jarak mereka lebih
jauh. Penciptaan wayarles oleh Giaglumo Marconi memberi satu perspektif baru dalam
konunikasi, di mana tiada wayar yang digunakan untuk menghubungkan dua peranti
komunikasi. Sejak itu perhubungan komunikasi tanpa wayar semakin popular dan banyak
produk yang berkomunikasi tanpa wayar dihasilkan.
Pada hari ini kita dapat melihat berbagai-bagai peralatan komunikasi wayarles di
pasaran dari pelbagai jenama. Antara contoh produk wayarles itu ialah telefon bimbit,
peranti telapak tangan (palm top) dan alat kelui. Dalam pembangunan pesat ICT, negara
kita tidak terkecuali dalam mengikut aliran semasa. Pekerja-pekerja pada hari ini selalu
bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan perlu untuk berkomunikasi. Bayangkan
bagaimana mereka hendak berkomunikasi apabila seorang berada di tengah lautan dan
seorang lagi berada di puncak gunung!
Tugasan ini akan mengupas sejauh mana kepentingan dan keperluan produk
wayarles ini. Kami juga cuba mengkaji mengapa sesetengah produk menjadi pilihan
pengguna dan alasannya.
1
2.0 TEKNOLOGI WAYERLES
Penemuan terhadap teknologi wayarles sememangnya amat menakjubkan.Dari
hari ke hari manusia sememangnya tidak akan puas dengan apa yang ada dan akan terus
menghasilkan sesuatu yang lebih hebat dan canggih.Sekiranya pada suatu masa dahulu
penghantaran data atau maklumat hanya boleh disampaikan melalui kabel, namun
sekarang ini teknologi wayarles yang diciptakan mendomonasi pasaran tidak lama lagi.
Terdapat lima jenis teknologi yang ingin dibincankan iaitu :
1. IrDA (Infrared Data Association)
2. DECT (Digital Enhanced Cordless Telecomunications)
3. IEE 802.11
4. Home RF
5. Bluetooth
Teknologi IrDA (Infrared Data Association) dijumpai pada tahun 1993 hasil
usaha sama diantara Hewlett-Packard dan IBM dalam usaha mereka mempiawaikan
transmisi infra-red.Antaramuka piawai infra-red yang pertama dihasilkan membolehkan
data dihantar sebanyak 115.2 Kbit/s.Kemudian saiz data yang dihantar meningkat kepada
4 Mbits/s apabila piawaian FIR(Fast Infrared standard).
Teknologi IrDA diaplikasikan dengan penggunaan telefon selular,PDAs,komputer
telapak dan alat kawalan jauh(remote control).Kelebihan penggunaan teknologi IrDA
ialah teknologi ini digunakan secara meluas dan penggunaannya sekarang adalah lebih
global.Teknologi IrDA pula mempunyai beberapa kelemahan yang ketara iaitu jarak
transmisi yang pendek,boleh tergangu dengan kehadiran interferens dan tiada kemudahan
penghantaran bunyi dan suara. Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di
http://www.irda.org.
Teknologi DECT (Digital Enhanced Cordless Telecomunications) pula
diilhamkan oleh European Standardisation Institute for Telecommunications (ETSI) pada
awal 1992.Kini DECT telah digunakan lebih 100 buah negara dan pada tahun 1994,
Generic Access Protocol (GAP) membolehkan peranti DECT dihubungklan diantara satu
sama lain.
2
Teknologi ini diaplikasikan dalam rangkaian telefon tetap dan akses bagi internet
bergerak.Kebaikan penggunaan teknologi DECT ialah teknologi ini juga digunakan
secara meluas dan penggunaannya sekarang adalah lebih global, membenarkan
penghantaran bunyi dan suara dan kurangnya ganguan daripada
interferens.Kelemahannya pula ialah tiada piawaian frekuensi.Maklumat yang lebih
lengkap boleh diperolehi di http://www.dectweb.com.
Teknologi IEEE 802.11 dihasilkan oleh Institute of Electrical Electronic Engineer
(IEEE) sepenuhnya pada tahun 1997.Ia menggunakan 2.4 GHz lebar gelombang radio.
Teknologi ini turut diaplikasikan dalam rangkaian telefon tetap dan akses internet
mudahalih.
Teknologi IEEE 802.11 juga digunakan secara global,mempunyai kemudahan
untuk dihubungkan kepada internet dan yang paling penting ialah penghantaran data
adalah lebih pantas.Tetapi teknologi ini tiada transmisi bunyi dan pertuturan dan kadar
gangguan inteferens juga adalah agak tinggi. Maklumat yang lebih lengkap boleh
diperolehi di http://www.ieee.com.
Seterusnya ialah teknologi Home RF yang dihasilkan pada tahun 1999 oleh
“Home RF Working Group”.Teknologi ini merupakan gabungan diantara DECT dan
IEEE 802.11 dan ia dikenali sebagai Shared Wireless Access Protocol (SWAP).
Teknologi Home RF digunakan dalam rangkaian kecil dan akses internet
mudahalih.Kadar data yang dihantar adalah lebih tinggi kualiti perkhidmatan yang lebih
baik kerana terdapat jalur lebar yang besar.Kelemahan teknologi Home RF ialah ia
mempunyai terminal yang sedikit. Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di
http://www.homerf.org.
Teknologi yang kelima ialah teknologi yang sedang hangat diperkatakan iaitu
teknologi Bluetooth talah dibangunkan oleh beberapa gergasi dalam dunia
telekomunikasi secara usaha sama iaitu syarikat Nokia, IBM, Intel dan Toshiba untuk
menggantiakan teknologi IrDA dan penggunaan kabel.Teknologi wayarles ini telah
dipertontonkan kepada umum buat pertama kalinya pada tahun 1998.
Sekarang teknologi Bluetooth diaplikasikan di dalam komputer.Teknologi ini
membolehkan peranti dihubungkan diantara satu sama lain tanpa perlu diletakkan secara
bersekemuka.Teknologi ini turut mendapat sokongan yang meluas dari pelbagai
3
pihak.Beberapa kekurangan yang terdapat dalam teknologi ini ialah ia hanya mempunyai
sedikit terminal,jarak yang pendek dan penghantaran data yang perlahan. Maklumat yang
lebih lengkap boleh diperolehi di http://www.bluetooth.org.
1.0 Jadual perbandingan diantara 5 jenis teknologi tanpa wayar.
+ IrDA DECT IEEE 802.11b
Home RF Bluetooth
Metod Infrared Radio radio radio radioFrekuensi 850-900 nm 1800-1900
Mhz2.4 Ghz(ISM)
2.4 Ghz(ISM)
2.4 Ghz(ISM)
Kadar data maksimum
115 Kbit/s – 4 Kbit/s
24-552 Kbit/s
11 Mbit/s 10 Mbit/s 10 Mbit/s
Jarak 1 m 50 m di dalam300 m di luar
50 m di dalam300 m di luar
50 m 10 m
Interferens Sangat tinggi
Sangat rendah
Tinggi Sederhana Sederhana
2.0 Rajah jarak penghantaran data
3.0 PRODUK
4
3.1 TELEFON BIMBIT
Telefon bimbit sememangnya alat komunikasi tanpa wayar yang popular dewasa
ini. Perubahan ketara yang dapat dilihat dalam evolusi telefon bimbit ini adalah dari segi
saiz dan ukurannya, di mana telefon pada hari ini menjadi semakin kecil dan ringan. Ia
digunakan dengan meluas di setiap peringkat masyarakat, sehinggakan pelajar sekolah
rendah pun menggunakannya. Persaingan memang sengit di kalangan pengeluar telefon
bimbit. Antara jenama yang menjadi pilihan ramai di negara kita ialah Nokia, Ericson,
Motorola dan Siemens. Syarikat-syarikat ini sentiasa berlumba-lumba mengeluarkan
model baru yang lebih canggih spesifikasinya.
Mengapa pilih telefon bimbit?
Hasil daripada survey yang dijalankan kami mendapati sebab utama orang ramai
menggunakan telefon mudah alih ini ialah untuk mudah dihubungi dan menghubungi,
kerana pada hari ini kebanyakan orang sudah tidak duduk di rumah sahaja. Kita sentiasa
sahaja mempunyai aktiviti di luar rumah. Jadi penggunaan telefon adalah sangat praktikal
kerana ia cepat, cekap dan mudah dikendali. Tidak perlu lagi menggunakan telefon awam
untuk menelefon. Ia juga berguna di kala kecemasan.
Harga telefon bimbit yang berpatutan, juga menarik perhatian pengguna untuk
menggunakannya. Harga telefon bimbit berada dalam lingkungan RM250 ke RM3000 di
pasaran, terpulang kepada status dan keperluan pengguna. Selain daripada itu telefon
bimbit telah dikategorikan sebagai fesyen. Ini terbukti apabila terdapat pertunjukan
fesyen yang memperagakan model telefon bimbit untuk masa depan yang melibatkan
syarikat pengeluar telefon terkemuka dengan pereka fesyen terkenal.
Tidak dinafikan ciri-ciri dan teknologi yang terdapat pada sesuatu model telefon
bimbit juga menjadi faktor pemilihan. Kemudahan tambahan seperti permainan, mesej
komposer nada dering dan pemain mp3 membantu popularity sesuatu model atau jenama.
Pengguna sentasa mencari kelainan dalam setiap produk kerana memang lazim manusia
tidak pernah puas dengan apa yang ada.
5
Contoh produk telefon bimbit
3.1.1 Nokia 7110 – ‘The internet in your pocket’
Telefon nokia model 7110 ini dilengkapi dengan teknologi WAP(Wireless
Application Protocol) yang membolehkan penggunanya mendapatkan maklumat dari
internet secara online.Pengguna boleh berinteraksi untuk mendapatkan berita,harga
pasaran saham dan maklumat kewangan di mana jua pengguna berada.
Antara ciri-ciri yang menarik yang dilengkapi dalam model Nokia 7110 adalah :
Antaramuka pengguna Nokia Navi Roller
o dilengkapi dengan butang skrol yang membolehkan pengguna
mengendalikan telefon bimbit dengan lebih mudah.
Fungsi Dual Band
o membolehkan peralihan secara automatik rangkaian GSM 900,GSM 1800
dan GSM 900/1800 dalam telefon yang sama.
Perkhidmatan mesej ringkas
o mesej boleh disampaikan dalam bahasa Inggeris,Melayu,Cina dan
Indonesia
o teks yang dinput dalam bahasa Inggeris yang dilengkapi dengan kamus
terbina dalam
Perkhidmatan WAP
o menyokong teknologi WAP dan perkhidmatan mesej pintar
Rekabentuk
o skrin yang lebih besar
o sistem getaran(vibrate) terbina dalaman
Ruang Ingatan (memory)
o keupayaan untuk menyimpan lebih 1000 nombor telefon
Transmisi data dan infrared
o pemindahan data dalaman melalui port infrared
o komunikasi tanpa wayar diantara telefon irDa
o kelajuan data 14.4 kbps
6
Nokia 7710
3.1.2 Nokia 9210i Communicator
Produk terbaru Nokia ini merupakan satu lagi teknologi baru dalam peranti tanpa
wayar yang mendapat sambutan di kalangan peminatnya. Ianya merupakan satu
kombinasi di antara peranti telapak tangan(Plam-Top) dan telefon mudah alih(Handset).
Ia juga sesuai untuk mereka yang aktif dengan tugas-tugas bisnes dan menonjolkan imej
seorang profesional.
Model ini dilengkapi dengan sistem papan kekunci QWERTY dan skrin LCD
berwarna yang boleh menjanakan 1406 warna serta mempunyai kelajuan penghantaran
data sehingga 43.2Kbps. Ia juga menggukan sistem pengoperasian SYMBIAN’S yang
lebih stabil.
Antara ciri-ciri menarik yang dimiliki dalam model Nokia 9210i
Communicator adalah seperti berikut:
Menghantar mesej.
Muat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar,
video dan banyak lagi.
7
Melayari Internet.
Sebarang penggunaan dengan menggunakan fail windows seperti Word, Excel,
PowerPoint dan Lotus Notes serta Spreadsheet.
Nokia 9210i Communicator
3.1.3 Nokia 7650
Pada November 2001 yang lalu syarikat pembuat telefon mudah alih, Nokia telah
melancarkan satu lagi produk hasil rekaannya yang lebih canggih dan berteknologi tinggi.
Model ini yang dilengkapi dengan skrin berwarna dan kamera. Produk ini merupakan
satu saingan hebat diantara dua syarikat pembuat telefon mudah alih iaitu di antara Nokia
dan Ericsson yang membuat usaha sama dengan Syarikat Sony untuk menghasilkan T68
yang dipasarkan di Eropah, Asia dan Amerika Utara.
Antara kelebihan yang terdapat pada model ini ialah:
Menggunakan kelajuan yang tinggi untuk melayari Internet dan dilengkapi
dengan teknologi GPRS.
Menghantar mesej(SMS) dan diperluaskan dengan perkidmatan mesej multimedia
(MMS).
Memudahkan melayari Internet.
8
Nokia 7650
3.1.4 Sony Ericsson T68
Telefon bimbit ini adalah hasil usaha sama gergasi elektronik dunia,Sony dengan
pengeluar telefon ketiga terbesar di dunia,Ericsson.Sony Ericsson T28 merupakan telefon
yang dilengkapi dengan kemudahan internet bergerak.Ia juga merupakan telefon bimbit
pertama yang dilengkapi dengan skrin berwarna yang dilancarkan pada bulan Oktober
2001 di Eropah.
Antara ciri-ciri menarik dalam Sony Ericsson T28 ialah :
boleh digunakan untuk mencapai Internet menggunakan teknologi GPRS
mempunyai sambungan wayarles jarak dekat dan peranti bluetooth
9
3.2 PERANTI TELAPAK TANGAN
Peranti telapak tangan menjadi semakin meluas penggunaannya, terutama bagi
mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan, walaupun ia tidaklah sepopular telefon
bimbit. Golongan korporat ini menjadikan peranti ini sebagai pengorganisasi jadual
mereka sebagai ganti diari. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengakses internet,
dan ini boleh digunakan untuk mengetahui kedudukan pasaran saham, sekaligus
memudahkan mereka membuat keputusan.
Mengapa pilih peranti telapak tangan?
Peranti telapak tangan menjadi pilihan golongan profesional kerana ia adalah
mudah alih dan ringan.Bagi golongan profesional dan ahli korporat yang sentiasa sibuk
dengan pelbagai urusan, penggunaan PDA amatlah berguna dan bersesuaian dengan
mereka.
PDA yang terkini dilengkapi dengan sistem pengoperasi (OS) yang mudah
dikendalikan dan sistem ‘organizer’diserta bersama juga dapat membantu pengurusan
dan pengendalian masa yang lebih berkesan.Selain itu maklumat di dalam PDA boleh
dipindahkan kepada komputer peribadi,komputer mudah alih dan PDA sekiranya
maklumat tersebut hendak dikongsi bersama.
Contoh produk
iPac Pocket PC family- H3700 and H3800
3.2.1 Palm M125
PDA ini merupakan pengubahsuaian daripada M100 dan M105. Ianya hanya
memenuhi keperluan fungsi-fungsi asas seperti notepad, kalender, skedul dan sesuai
kepada pengguna yang baru menggunakannya. Ianya telah telah dipertingkatkan
keupayaannya penambahan beberapa ciri seperti:
Spesifikasi
10
33Mhz Motorola DrangonBall V2 processor.
8MB RAM.
160 x 160 pixel monochrome LCD.
SD/MMC Expansion slot.
PalmOS 4.0
Keperluan sistem
486 dan ke atas.
Win95/98/2000/NT 4.0,
USB port.
30MB free hard disk space.
16MB RAM(64MB disyorkan untuk Windows 2000).
CD-ROM drive.
Pengguna Macintosh - Power-PC running Mac OS dan ke atas.
Palm M125
11
3.2.2 Compaq iPAQ H3660
PDA jenis ini merupakan salah satu PDA yang terunggul dihasilkan oleh
Compaq.Komputer telapak ini dijanakan oleh pemproses Intel StrongARM 206 Mhz
dengan ingatan sebanyak 64 Mb dan ia berupaya menyokong aplikasi multimedia.
Compaq iPAQ H3660 menawarkan nilai hebat seperti perisian pengurusan
maklumat peribadi dan media hiburan.Ia turut mempunyai kemudahan aplikasi asas
seperti PDA yang lain dan sambungan Internet secara infrared.PDA ini turut didatangkan
bersama beberapa perisian seperti pemain audio/video,buku elektronik,perakam
suara,spreadsheet dan pemproses perkataan.Selain itu terdapat juga permainan untuk
mengisi masa terluang seperti Solitaire dan Matalion.
Walaupun PDA ini besar sedikit saiznya berbanding dengan PDA yang
lain,rekabentuk luaran yang unik dan futuristik dapat menarik pengguna untuk
memilikinya.Sekiranya anda memerlukan PDA yang berkuasa tinggi, inilah PDA yang
yang paling sesuai untuk dimiliki.
Compaq iPAQ H3660
12
Model Ericsson e938(PDA)
3.3.3 Ericsson e938(PDA)
Merupakan produk PDA yang pertama di asakan oleh Group Sense Technology
Pte Ltd yang berpusat di Singapura. Modul e938 yang berdimensi 135 X 75 X 20.9mm
dan mempunuyai berat 170g boleh menampung ETSI ETS 300 342- 1 keupayaan elektro
magnet (EMC) untuk GSM 900 MHz dan DCS 1800 MHz. Model ini yang dilengkapi
dengan teknologi Bi-lingual PDA berupaya untuk menyokong penukaran bahasa Inggeris
kepada bahasa Cina dan bahasa Cina kepada bahasa Inggeris.
Ciri-ciri model e938 PDA:
Bi-lingual PDA.
Organizer – buku telefon, jadual, senarai semak, memo, notepad, e-mail, masa
tempatan, masa dunia, maklumat peribadi.
Permainan.
Kalkulator.
penukaran bahasa Inggeris kepada bahasa Cina dan bahasa Cina kepada bahasa
Inggeris.
Touch screen dan Backlight.
13
Infra red data access.
mencari nama orang Cina dengan menggunakan nama keluarga.
kemampuan untuk menulis di atas skrin.
boleh membaca input data dalam bahasa Cina dan Inggeris.
9 ways of chinese character inputs.
Kalender Luna.
Kemudahan muat turun permainan daripada laman web.
3.3 ALAT KELUI
Suatu masa dahulu, di awal 90-an alat kelui merupakan satu peranti yang begitu
popular sebagaimana telefon bimbit sekarang. Ini mungkin kerana saiz alat kelui yang
kecil berbanding dengan telefon bimbit yang sangat besar memudahkan ia untuk dibawa
ke mana-mana. Peranti ini berfungsi dengan menghantar mesej pendek kepada si
penerima apabila penyedia servis menerima maklumat daripada penghantar. Ia masih
digunakan di kalangan doktor dan anggota keselamatan seperti polis. Alat kelui pada hari
ini bukan sahaja boleh menerima malah menghantar mesej.
Mengapa pilih alat kelui?
Alat kelui mudah dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil. Ia boleh
digunakan untuk menerima mesej pendek dan sesetengahnya boleh menghantar semula
mesej. Ia boleh diumpamakan sebagai telefon yang tidak boleh membuat panggilan tetapi
hanya boleh sms.
Selain itu harga bagi sebuah alat kelui juga berpatutan. Ia memang sangat sesuai
untuk pekerja yang mobile.
14
Contoh produk
3.3.1 Motorola – PageWriter 2000X Personal Communicator
Salah satu contoh alat kelui yang boleh menerima dan menghantar mesej (full 2-
way messaging)
ingatan 4.5MB
boleh disambung dan sikroni dengan kebanyakan komputer peribadi dan laptop.
menyokong mel elektronik wayarles dengan bantuan sistem pengoperasian
Wisdom OS 4.0.
3.3.2 V.Series Personal Communicator
Menerima dan menghantar mesej (dua hala)
Digunakan dalam rangkaian Cingular Wireless dan VoiceStream Wireless GSM
1900MHz.
Berkeupayaan menerima dan menghantar e-mail.
Boleh digunakan untuk membuat panggilan dengan menggunakan fon bebas
tangan (hands-free)
15
3.3.3 Talkabout T900 2way
Menerima dan menghantar mesej juga e-mail
Menerima maklumat daripada Internet sebagai contoh keputusan bagi sesebuah
perlawanan bolasepak, bursa saham, waktu tayangan filem di pawagam dan
sebagainya.
3.3.4 TIMEX Internet Messeger Watch
Direka khas untuk gaya hidup yang aktif
Merupakan antara peranti wayarless yang teringan, terkecil dan mudahalih di
pasaran
Boleh menerima e-mail Internet, muka teks dan numerik, berita terkini, ramalan
cuaca, keputusan sukan dan sebagainya.
16
3.3.5 Timeport P730 Information Pager
Boleh menyimpan sehingga 483, 000 karakter dan mempunyai 43 slot untuk
mesej
Paparan Optimax EL Electra untuk keupayaan pembacaan yang tinggi
Mempunyai pilihan untuk memaparkan 8 baris atau 4 baris teks.
3.3.6 LS550 Numeric Pager
Menyediakan slot untuk 40 mesej
5 isyarat dan gegaran untuk memberitahu pengguna apabila ada mesej sampai.
Paparan bercahaya biru yang memudahkan pembacaan dalam apa jua keadaan
17
3.3 WALKIE-TALKIE
Kalau kita menonton filem yang berkisar tentang polis kita biasa melihat anggota
polis sering berhubung di antara satu sama lain dengan menggunakan sebuah peranti
wayarles yang dikenali sebagai walkie-talkie. Ia merupakan sebuah alat perhubungan dua
hala tetapi terhad kepada keluasan kawasan tertentu dan frekuensi tertentu.
Mengapa pilih walkie-talkie?
Ia sesuai digunakan untuk perhubungan di kawasan yang tertentu di mana
maklumat perlu disampaikan dengan cepat. Contohnya di pusat membeli-belah,
walaupun ruangnya tidaklah sebesar mana tetapi ia mempunyai banyak tingkat, jadi
pengawal keselamatan perlu menggunakannya untuk berhubung. Ia juga juga digunakan
dengan meluas oleh marshall perlumbaan di Litar F1 Sepang, kerana kawasan litar sangat
luas dan penggunaan telefon tidak begitu praktikal akibat masalah rangkaian.
Selain itu walkie-talkie sangat sesuai digunakan ketika perkhemahan dan operasi
menyelamat ketika gempa bumi atau banjir. Ini kerana isyarat untuk peranti ini tidak
terjejas dalam keadaan muka bumi yang pelbagai mahupun di dalam bilik yang tertutup.
Contoh produk walkie-talkie
3.4.1 Talkabout Distance
Boleh digunakan dalam lingkungan jarak 5 batu
18
Saluran : 7 FRS dan 3 GMRS – 38 kod
Memerlukan lesen
Menggunakan beteri NiCd yang boleh dicas semula dan boleh bertahan selama 8
jam
Sesuai digunakan untuk aktiviti rekreasi
3.4.2 Spirit Profesional two-way radio MV21CV
Boleh digunakan dalam lingkungan jarak 5 batu di luar dan 180,000 kaki persegi
atau 10 tingkat di dalam.
Bateri 2 watt
Saluran tunggal dengan 38 kod pengurang iterferens
Sesuai digunakan untuk golongan profesional seperti pengawal keselamatan,
polis, anggota bomba dan sebagainya.
19
4.0 KESIMPULAN
Perkembangan teknologi telah menyebabkan kepelbagaian produk peranti tanpa
wayar berada di pasaran dan menjadi persaingan di antara pengeluar-pengeluar produk
tersebut. Jika ditinjau di persekitaran kita, dapat dilihat penggunaan peranti ini menjadi
kegilaan remaja, tetapi yang pastinya memang terdapat banyak produk-produk ini di
pesaran sekarang ini. Di antara jenama yang terdapat di pasaran ialah Nokia, Ericsson,
Motorola, Siemens, Triumph dan banyak lagi. Pada hakikatnya penggunaan telefon
bimbit lebih ketara berbanding dengan produk lain seperti peranti telapak tangan(PDA)
yang hanya digunakan oleh golongan eksekutif kerana memerlukan kos yang tinggi.
Dahulu, penggunaan alat kelui menjadi sesuatu yang penting tetapi, setelah terciptanya
telefon bimbit penggunaannya menjadi semakin kurang ini kerana alat kelui hanya boleh
menerima mesej sahaja. Manakala walkie-talkie hanya digunakan untuk melakukan kerja-
kerja yang khusus, selalunya polis, pengawal keselamatan, pekerja pembinaan dan
pekerja operasi penyelamat akan menggunakannya ini kerana walkie-talkie hanya boleh
digunakan pada jarak tertentu dengan frekuansi tertentu sahaja. Sehingga hari ini masih
tiada seoarang pun yang menggunakan walkie-talkie sebagai media komunikasi seperti
penggunaan telefon bimbit. Akhir sekali, mari kita renung kembali adakah dengan
penggunaan peranti tanpa wayar ini bermakna kita telah berjaya mengejar teknologi masa
kini tanpa kita sedari bahawa kesan daripada penggunaannya boleh mendatangkan
pelbagai kemudaratan kepada kita semua.
20
5.0 RUJUKAN
Majalah PC.Com,vol 2, issue 12, Desember 2001. www.pcdc.com.my.
Majalah Chip, vol 2, Julai 2001. www.chip.com.my. Majalah Chip, vol 1, issue 2, Desember 2000. www.chip.com.my. Majalah Chip, vol 1, issue 1, November 2000. www.chip.com.my.
The Star, TECH.PLUS, Khamis 22 November 2001. http://thestar.com.my/
www.morola.com
www.wapzon.com
21