PENGENALAN GERKO

3
PENGENALAN Bola tampar merupakan sukan yang dimainkan di kebanyakan negara didunia. Tinjauan tahun 1970 bagi pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa,telah melaporkan bahawa bola tampar dan bola keranjang mempunyai jumlah pemain berdaftar yang sama banyak, dengan bilangan lebih kurang 65 juta pemain untuk setiap jenis sukan itu (Buku Panduan Jurulatih Antarabangsa, hal.12). Populariti permainan ini meningkat apabila Jepun menyertakan bola tampar sebagai sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik 1964. Walaupun Amerika Syarikat merupakan negara asal yang mencipta permainan bola tampar, tetapi hanya pada pertengahan tahun 1980-an barulah negara ini menyediakan kepimpinan dan perkembangan yang pesat untuk permainan ini. Pada tahun 1984, pasukan lelaki dan wanita Amerika Syarikat buat kali pertamanya memenangi pingat bola tampar Sukan Olimpik. Pasukan lelaki menewaskan pasukan Brazil untuk merangkul pingat emas, dan pasukan wanita tewas kepada pasukan China dengan memperolehi pingat perak. Kemenangan ini telah membuka minat kepada golongan rakyat Amerika Syarikat. Ciri-ciri permainan ini membolehkan peminatnya untuk menceburkan diri tanpa mengira tahap kecekapan. Sama ada ia dimainkan semasa perkelahan atau dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Permainan ini tetap pantas, bertenaga, menyeronokkan dan mencabar. Bola tampar boleh dianggap sebagai sukan sepanjang hayat dan ia boleh diserapkan kepada semua peringkat umur dan kemahiran. Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai permainan rekreasi di kalangan liga dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat, dan program intramural sekolah. Dalam kejohanan Bola Tampar Amerika Syarikat setiap tahun sebagai tambahan kepada kejohanan terbuka, pemenangnya diiktiraf dalam senarai senior (perempuan melebihi 30 tahun, lelaki 35 tahun ke atas) dan Golden Masters (lelaki 45 tahun ke atas). Kedua-dua kumpulan yang ditubuhkan ini memberi peluang kepada pemain untuk terus bergiat dalam permainan bola tampar pada peringkat pertandingan yang tertinggi walaupun umur telah meningkat. Selain peringkat pertandingan, bola tampar juga sangat popular dimainkan di perhimpunan sosial kerana permainan ini boleh di sesuaikan iv

description

rujukan @ assgment

Transcript of PENGENALAN GERKO

Page 1: PENGENALAN GERKO

PENGENALAN

Bola tampar merupakan sukan yang dimainkan di kebanyakan negara

didunia. “Tinjauan tahun 1970 bagi pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa,telah

melaporkan bahawa bola tampar dan bola keranjang mempunyai jumlah pemain

berdaftar yang sama banyak, dengan bilangan lebih kurang 65 juta pemain untuk

setiap jenis sukan itu” (Buku Panduan Jurulatih Antarabangsa, hal.12).

Populariti permainan ini meningkat apabila Jepun menyertakan bola tampar

sebagai sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik 1964. Walaupun Amerika

Syarikat merupakan negara asal yang mencipta permainan bola tampar, tetapi

hanya pada pertengahan tahun 1980-an barulah negara ini menyediakan

kepimpinan dan perkembangan yang pesat untuk permainan ini. Pada tahun 1984,

pasukan lelaki dan wanita Amerika Syarikat buat kali pertamanya memenangi pingat

bola tampar Sukan Olimpik.

Pasukan lelaki menewaskan pasukan Brazil untuk merangkul pingat emas,

dan pasukan wanita tewas kepada pasukan China dengan memperolehi pingat

perak. Kemenangan ini telah membuka minat kepada golongan rakyat Amerika

Syarikat. Ciri-ciri permainan ini membolehkan peminatnya untuk menceburkan diri

tanpa mengira tahap kecekapan. Sama ada ia dimainkan semasa perkelahan atau

dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Permainan ini tetap pantas, bertenaga,

menyeronokkan dan mencabar. Bola tampar boleh dianggap sebagai sukan

sepanjang hayat dan ia boleh diserapkan kepada semua peringkat umur dan

kemahiran.

Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai permainan rekreasi di

kalangan liga dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat, dan program intramural

sekolah. Dalam kejohanan Bola Tampar Amerika Syarikat setiap tahun sebagai

tambahan kepada kejohanan terbuka, pemenangnya diiktiraf dalam senarai senior

(perempuan melebihi 30 tahun, lelaki 35 tahun ke atas) dan Golden Masters (lelaki

45 tahun ke atas). Kedua-dua kumpulan yang ditubuhkan ini memberi peluang

kepada pemain untuk terus bergiat dalam permainan bola tampar pada peringkat

pertandingan yang tertinggi walaupun umur telah meningkat. Selain peringkat

pertandingan, bola tampar juga sangat popular dimainkan di perhimpunan sosial

iv

Page 2: PENGENALAN GERKO

kerana permainan ini boleh di sesuaikan kemahirannya dan mempunyai peraturan-

peraturan yang boleh dipermudahkan dan membolehkan permainan ini dapat di

nikmati oleh kesemua orang.

Bola tampar dimainkan di beberapa negara asing pada tahap profesional dan

mendapat ganjaran kewangan yang banyak. Walau bagaimanapun di Amerika

Syarikat, liga profesional yang pertama mengalami masalah kewangan dan akhirnya

dibubarkan pada tahun 1982. Suatu aspek yang menarik dalam liga ini ialah

pasukan campurannya. Walaupun lelaki dan wanita mempunyai peranan yang

berlainan dalam pasukan (wanita bermain sebagai benteng pertahanan dan lelaki

sebagai penyerang), kejayaan tercapai hasil daripada kerjasama semuaanggota

pasukan.

Pada tahun 1987, sebuah liga wanita ditubuhkan tetapi tidak diiktiraf sebagai

liga profesional. Buat masa ini, pendapatan daripada segi kewangan untuk sukan ini

bergantung kepada minat daripada peminat-peminat bola tampar. Dengan

bertambahnya jumlah peminat di seluruh negara dari setahun kesetahun harapan

masa depan permainan ini masih cerah. Daripada dorongan kejayaan pasukan bola

tampar Sukan Olimpik 1984, permainan bola tampar terus berkembang di Amerika

Syarikat pada semua peringkat.

Kejayaan kewangan bergantung kepada imej permainan ini dan sokongan

peminat. Ini akan menjadi kenyataan apabila mendapat galakan dan bantuan

daripada pihak media sama ada media cetak atau media elektronik. Di bawah sistem

kiraan mata yang sedia ada, jangka masa sesuatu perlawanan bola berlangsung

antara 1 hingga lebih dari 3 jam. Bergantung kepada tahap kemahiran kedua-dua

pasukan yang bertanding. Masa yang panjang ini menyukarkan pihak media

terutamanya pihak televisyen. Pelbagai kajian telah dijalankan untuk membuatkan

permainan ini boleh dijangka daripada segi masa permainan dijalankan. Oleh sebab

kesulitan ini, kerap kali permainan ini tidak dapat ditayangkan pada keseluruhan

masa pertandingan.

Perubahan daripada segi kiraan mata dan/ atau masa permainan boleh

membuatkan bolatampar lebih menarik untuk liputan media. Terdapat tiga

pertubuhan yang menentukan peraturan-peraturan pertandingan bola tampar di

Amerika Syarikat. Kejohanan terbuka lelaki dan wanita, dan pertandingan kolej lelaki

v

Page 3: PENGENALAN GERKO

menggunakan peraturan-peraturan Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat

(USVBA). Untuk kejohanan peringkatkolej wanita dan sekolah peraturan-peraturan

dikendalikan oleh Persatuan Kebangsaan Sukan Wanita dan Perempuan (NAGWS).

Majoriti daripada Sekolah Tinggi Perempuan dan semua Sekolah TinggiLelaki

ditentukan oleh Persekutuan Kebangsaan Sekola-sekolah Tinggi Negeri (NFSHSA).

USVBA mengawal semua kejohanan terbuka di Amerika Syarikat.Negara ini

dibahagikan kepada bahagian, dengan setiap bahagian dipertanggungjawabkan

untuk menjadualkan kalender pertandingan masing-masing untuk ahli-ahlinya.

Pertandingan peringkat kolej untuk lelaki dan wanita dikawal olehPersatuan

Olahraga Kolej Kebangsaan (NCCA), Persatuan KebangsaanOlahraga Antara Kolej

(NAIA), atau Persatuan Olahraga Kolej RemajaKebangsaan (NJCAA). Pertubuhan-

pertubuhan ini mengawasi danmengelolakan permainan bermusim dan mentadbir

kedua-dua kejohanankebangsaan.

vi