Pengenalan Jsu 1

7
1.1 PENGENALAN Dalam mengenalpasti perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan. Sebagai seorang guru, kita pasti melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kami untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar. Sepertimana lazimnya, kita sudah mengetahui bahawa terdapat dua jenis item ujian bertulis iaitu (a) item objektif, seperti item yang memerlukan pelajar memilih jawapan

Transcript of Pengenalan Jsu 1

Page 1: Pengenalan Jsu 1

1.1 PENGENALAN

Dalam mengenalpasti perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid,

peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu

merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran,

menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti

melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara

salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara

sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau

psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam

sesuatu peperiksaan yang dijalankan.

Sebagai seorang guru, kita pasti melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau

soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya

agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya

penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat

membantu kami untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang

bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar. Sepertimana lazimnya, kita sudah mengetahui

bahawa terdapat dua jenis item ujian bertulis iaitu (a) item objektif, seperti item yang

memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau melengkapkan ayat; dan (b) item subjektif

yang memurlukan pelajar mengubal jawapan sendiri.

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah

dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk

digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi

kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu

kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis

ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah ditugaskan untuk membina satu

ujian bilik darjah yang merangkumi satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang meliputi salah

satu sukatan pelajaran sekolah menengah. Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan

ini, kami telah memilih tajuk “Sistem Brek” yang diambil daripada huraian sukatan

matapelajaran Teknologi Automotif Tingkatan 4. Berdasarkan tajuk ini kami telah membina

satu unit JSU bagi memudahkan kami untuk menggubal satu set soalan.

Page 2: Pengenalan Jsu 1
Page 3: Pengenalan Jsu 1

1.3 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )

Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) adalah carta dua

– hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini

menyenaraikan objektif – objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan

konsep – konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri – ciri yang terdapat pada

JSU ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang digunakan,

kemahiran dan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta jumlah

keseluruhan soalan. JSU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan

pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JSU ialah, kertas ujian dapat digubal secara

teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran,

memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah ditetapkan dan

perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang telah dipelajari. Di

samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item

dibina oleh pembina soalan yang berbeza.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah membentuk satu Jadual

Spesifikasi Ujian ( JSU ) yang meliputi sukatan pelajaran bagi Tingkatan 4 sepertimana yang

terdapat pada Jadual 1.1 berikut. Berdasarkan JSU tersebut, kami telah memecahkan tajuk

‘Sistem Brek’ kepada 7 sub-topik iaitu memahami fungsi sistem brek kenderaan ,

mengenalpasti komponen yang terdapat pada sistem hidraulik , mengenalpasti ciri bendalir

brek, mengenal pasti jenis brek gelendong dan ceper, mengenal pasti jenis brek gelendong

dan ceper. mengetahui punca-punca brek tidak efisyen,dan memahami istilah menjujuh

sistem brek. Daripada sub-topik ini kami telah membina I set soalan aneka pilihan yang

meliputi kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom.

Soalan – soalan yang telah kami gubal adalah terdiri daripada 7 soalan aras pengetahuan dan

4 soalan aras kefahaman. Soalan – soalan yang dibina juga adalah terdiri daripada 3 soalan

aras rendah, 4 soalan aras sederhana dan 4 soalan aras tinggi.

Page 4: Pengenalan Jsu 1

JADUAL SPESIFIKASI UJIANUJIAN FORMATIF

AUTOMOTIF KENDERAAN TINGKATAN 4

BIL

PEMBINAAN

ISI (SILIBUS)

TAHAP KEMAHIRAN (TAKSONOMI BLOOM)

ARAS

PE

NG

ET

AH

UA

N KE

FA

HA

MA

N

PE

NG

GU

NA

AN

AN

AL

ISIS

SIN

TE

SIS

PE

NIL

AIA

N

RE

ND

AH

SE

DE

RH

AN

A

TIN

GG

I

NO

. SO

AL

AN

TO

TA

L

1 MEMAHAMI FUNGSI SISTEM BREK KENDERAAN

X X 1 1

2 MENGENALPASTI KOMPONEN YANG TERDAPAT PADA SISTEM HIDRAULIK

X X11

1

3 MENGENALPASTI CIRI BENDALIR BREK

X X 2

2X X 10

4 MENGENAL PASTI JENIS BREK GELENDONG DAN CEPER

X X 3 1

5 MENGENAL PASTI KOMPONEN YANG TERDAPAT PADA BREK GELENDUNG DAN BREK CEPER

X X 62

X X 7

6 MENGETAHUI PUNCA-PUNCA BREK TIDAK EFISYEN

X X 5

3

X X 8

X X 97 MEMAHAMI

ISTILAH MENJUJUH SISTEM BREK

X X 4 1

Page 5: Pengenalan Jsu 1