1.1 PENGENALAN
Dalam mengenalpasti perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid,
peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu
merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran,
menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti
melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara
salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara
sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau
psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam
sesuatu peperiksaan yang dijalankan.
Sebagai seorang guru, kita pasti melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau
soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya
agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya
penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat
membantu kami untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang
bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar. Sepertimana lazimnya, kita sudah mengetahui
bahawa terdapat dua jenis item ujian bertulis iaitu (a) item objektif, seperti item yang
memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau melengkapkan ayat; dan (b) item subjektif
yang memurlukan pelajar mengubal jawapan sendiri.
Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah
dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk
digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi
kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu
kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis
ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut.
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah ditugaskan untuk membina satu
ujian bilik darjah yang merangkumi satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang meliputi salah
satu sukatan pelajaran sekolah menengah. Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan
ini, kami telah memilih tajuk “Sistem Brek” yang diambil daripada huraian sukatan
matapelajaran Teknologi Automotif Tingkatan 4. Berdasarkan tajuk ini kami telah membina
satu unit JSU bagi memudahkan kami untuk menggubal satu set soalan.
1.3 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )
Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) adalah carta dua
– hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini
menyenaraikan objektif – objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan
konsep – konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri – ciri yang terdapat pada
JSU ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang digunakan,
kemahiran dan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta jumlah
keseluruhan soalan. JSU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan
pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JSU ialah, kertas ujian dapat digubal secara
teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran,
memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah ditetapkan dan
perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang telah dipelajari. Di
samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item
dibina oleh pembina soalan yang berbeza.
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah membentuk satu Jadual
Spesifikasi Ujian ( JSU ) yang meliputi sukatan pelajaran bagi Tingkatan 4 sepertimana yang
terdapat pada Jadual 1.1 berikut. Berdasarkan JSU tersebut, kami telah memecahkan tajuk
‘Sistem Brek’ kepada 7 sub-topik iaitu memahami fungsi sistem brek kenderaan ,
mengenalpasti komponen yang terdapat pada sistem hidraulik , mengenalpasti ciri bendalir
brek, mengenal pasti jenis brek gelendong dan ceper, mengenal pasti jenis brek gelendong
dan ceper. mengetahui punca-punca brek tidak efisyen,dan memahami istilah menjujuh
sistem brek. Daripada sub-topik ini kami telah membina I set soalan aneka pilihan yang
meliputi kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom.
Soalan – soalan yang telah kami gubal adalah terdiri daripada 7 soalan aras pengetahuan dan
4 soalan aras kefahaman. Soalan – soalan yang dibina juga adalah terdiri daripada 3 soalan
aras rendah, 4 soalan aras sederhana dan 4 soalan aras tinggi.
JADUAL SPESIFIKASI UJIANUJIAN FORMATIF
AUTOMOTIF KENDERAAN TINGKATAN 4
BIL
PEMBINAAN
ISI (SILIBUS)
TAHAP KEMAHIRAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS
PE
NG
ET
AH
UA
N KE
FA
HA
MA
N
PE
NG
GU
NA
AN
AN
AL
ISIS
SIN
TE
SIS
PE
NIL
AIA
N
RE
ND
AH
SE
DE
RH
AN
A
TIN
GG
I
NO
. SO
AL
AN
TO
TA
L
1 MEMAHAMI FUNGSI SISTEM BREK KENDERAAN
X X 1 1
2 MENGENALPASTI KOMPONEN YANG TERDAPAT PADA SISTEM HIDRAULIK
X X11
1
3 MENGENALPASTI CIRI BENDALIR BREK
X X 2
2X X 10
4 MENGENAL PASTI JENIS BREK GELENDONG DAN CEPER
X X 3 1
5 MENGENAL PASTI KOMPONEN YANG TERDAPAT PADA BREK GELENDUNG DAN BREK CEPER
X X 62
X X 7
6 MENGETAHUI PUNCA-PUNCA BREK TIDAK EFISYEN
X X 5
3
X X 8
X X 97 MEMAHAMI
ISTILAH MENJUJUH SISTEM BREK
X X 4 1