PENGENALAN KAJIAN EMPIRIKAL

3
KAJIAN EMPIRIKAL KONSEP KAJIAN EMPIRIKAL Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Kajian empirikal dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu ramah. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat diperolehi. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan satu turutan aktiviti yang harus diikuti untuk memudahkan kajian yang dilakukan. Turutan aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti berikut:- Turutan aktiviti kajian empirikal Kajian empirikal bermula dari suatu pemerhatian ke atas sesuatu situasi.Pemerhatian tersebut akan mencetuskan satu inferens atau kesimpulan awal. Walaubagaimanapun, inferens atau kesimpulan awal tidaklah muktamad kerana kajian belum dijalankan untuk mengetahui kesahihannya. Bagi menjalankan kajian, seseorang pengkaji perlu membuat hipotesis dan seterusnya mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat. Hipotesis yang dikemukakan hendaklah dikaji melalui kaedah penyiasatan yang telah dirancang termasuklah cara pengumpulan data, pentafsiran data dan membuat kesimpulan. Laporan

description

PENGENALAN KAJIAN EMPIRIKAL

Transcript of PENGENALAN KAJIAN EMPIRIKAL

Page 1: PENGENALAN KAJIAN EMPIRIKAL

KAJIAN EMPIRIKAL

KONSEP KAJIAN EMPIRIKAL

Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh

diuji     dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain.

Kajian empirikal dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah iaitu

soal selidik dan temu ramah. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data

atau maklumat terkini dapat diperolehi. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan satu

turutan aktiviti yang harus diikuti untuk memudahkan kajian yang dilakukan. Turutan

aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

Turutan aktiviti kajian empirikal

Kajian empirikal bermula dari suatu pemerhatian ke atas sesuatu

situasi.Pemerhatian tersebut akan mencetuskan satu inferens atau kesimpulan awal.

Walaubagaimanapun, inferens atau kesimpulan awal tidaklah muktamad kerana

kajian belum dijalankan untuk mengetahui kesahihannya. Bagi menjalankan kajian,

seseorang pengkaji perlu membuat hipotesis dan seterusnya mengenal pasti

pemboleh ubah yang terlibat. Hipotesis yang dikemukakan hendaklah dikaji melalui

kaedah penyiasatan yang telah dirancang termasuklah cara pengumpulan data,

pentafsiran data dan membuat kesimpulan. Laporan eksperimen perlulah

dikemukakan untuk dimanfaatkan oleh pengkaji.

            Berdasarkan pemerhatian, satu kesimpulan awal dapat dibuat yang dikenali

sebagai inferens. Inferens merupakan satu kesimpulan awal berdasarkan

Page 2: PENGENALAN KAJIAN EMPIRIKAL

pemerhatian awal. Berdasarkan inferens, para pelajar dapat mengenal pasti

masalah seterusnya membuat hipotesis umtuk diuji.

            Hipotesis pula merupakan satu penyiasatan andaian yang perlu dibuat

berdasarkan sesuatu kajian atau isu. Kajian dibuat dan selepas itu menguji

ketepatan andaian itu atau sebaliknya.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian empirikal ini penting dan perlu dijalankan. Kajian terhadap alam

semulajadi termasuk flora dan fauna harus dilakukan dari semasa ke

semasa.Maklumbalas ini perlu untuk mengetahui tentang penemuan-penemuan

baru, fungsi-fungsi serta habitat flora dan fauna ini. Jika kajian terhadap alam

semulajadi ini diteruskan, bermakna alam semulajadi ini akan dapat dikekalkan dan

generasi akan datang dapat merasai peluang melihat dan mengenali alam

semulajadi ini dengan lebih dekat.

Kajian empirikal ini juga dapat menarik minat para pelajar unuk lebih meminati

aktiviti rekreasi dan mendekatkan diri dengan alam semulajadi.