"Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

19

description

Tajuk: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi & Manhajnya" Penulis: Muhammad Fathi Ali (http://ansarul-hadis.blogspot.com/) Disemak oleh: Mohd `Adlan bin Mohd Shariffuddin (http://ad-diyari.com/) Edisi: Revisi Disember 2010 (edisi revisi dengan tambahan isi)* * antara isi baru yang ditambah ialah nama yang sebenar dan tepat untuk Sunan Al-Tirmizi Muka Surat: 20 muka termasuk kulit Hak Cipta: Buku ini adalah waqaf penulis kepada seluruh umat Islam, tiada hak cipta mana-mana syarikat percetakan, dianjurkan untuk menyebarkannya dan mencetaknya dengan sebarang alat percetakan, dilarang plagiat sama sekali, dan dilarang meniagakannya tanpa izin >> http://ansarul-hadis.blogspot.com/

Transcript of "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

Page 1: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]
Page 2: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

Pengenalan kepada Sunan Al-Tirmizi &

Manhajnya

Oleh: Muhammad Fathi Ali

Edisi revisi dengan penambahan isi Disember 2010

Page 3: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

1

Page 4: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

2

Pengenalan kepada Sunan Al-Tirmizi & Manhajnya oleh: Muhammad Fathi bin Ali

disemak: Mohd `Adlan bin Mohd Shariffuddin

itab Sunan Al-Tirmizi adalah merupakan sebuah kitab hadith yang

terkenal, dan merupakan salah sebuah daripada kitab hadith yang enam (disebut sebagai Kutub Al-Sittah1) iaitu Sahih Al-Bukhari, Sahih

Muslim, Sunan Al-Tirmizi, Sunan Abi Daud, Sunan Al-Nasa‟i dan Sunan Ibn

Majah. Kitab ini disusun oleh Imam Al-Tirmizi (279H) atau nama penuhnya Muhammad bin „Isa bin Saurah bin Musa bin Al-Dhihak Al-Sulami Al-Bughi

Al-Tirmizi, nama gelaran (kunyah) beliau ialah Abu „Isa2. Imam Al-Tirmizi adalah salah seorang imam hadith dan hafiz hadith, serta

salah seorang daripada mujtahid mutlak dalam hadith, hidup sezaman dengan Imam Al-Bukhari, Imam Muslim dan lain-lain huffaz hadith iaitu pada

zaman kegemilangan kajian hadith (sekitar kurun ke-2 and ke-3 Hijrah). Kitab Sunan Al-Tirmizi ini antara karya monumental dan terpenting imam

Al-Tirmizi rahimahullah (279H). Kitab ini kebiasaannya disebut dengan nama „Al-Sunan Al-Tirmizi‟ atau

Sunan Al-Tirmizi, dinamakan „Al-Sunan' kerana kitab ini mengandungi hadith-hadith hukum dan susunan hadith-hadithnya berdasarkan tertib bab-

bab fiqh. Selain daripada itu, ia juga turut dikenali dengan beberapa nama lain dalam kalangan „ulama‟-‟ulama‟ hadith. Juga ia seringkali disebut sebagai „Jami‘ Al-Kabir‟,perkataan „Al-Jami„ bermaksud 'merangkumi', iaitu

1 Kutub Al-Sittah, atau buku-buku yang enam iaitu Sunan Al-Tirmizi, Sunan Ibn Majah,

Sunan An-Nasa’i, Sunan Abi Daud, Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim. Sesetengah memanggil kitab-kitab ini sebagai Al-Usul Al-Sittah dan Al-Sihah Al-Sittah. Digelar Usul Al-Sittah adalah kerana kitab-kitab ini telah menjadi pokok dalil bagi umat Islam seluruhnya, biasanya kita tidak akan terlepas daripada enam kitab ini dalam sumber dalil fiqh.

Walau bagaimanapun, nama Al-Sahih Al-Sittah adalah tidak digalakkan kerana ia memberi gambaran yang kurang tepat seolah-olah keenam-enam kitab ini semuanya mengandungi hadith-hadith yang sahih, sedangkan bukan semuanya sahih.

Nama kutub Al-Sittah adalah nama yang paling popular antara semuanya. Perlu diberi perhatian, sesetengah orang menggelar kitab-kitab ini sebagai Sunan Al-Sittah, penamaan kitab-kitab ini sebagai Sunan Al-Sittah adalah tidak tepat, kerana kitab Sunan yang popular hanyalah empat (iaitu Sunan Ibn Majah, Sunan Al-Tirmizi, Sunan Abi Daud, Sunan An-Nasa’i) dan dikenali sebagai Sunan Arba‘ah.

2 Rujuk Tahrir Taqrib Al-Tahzib susunan Syaikh Syu‘aib Al-Arna’ut & Dr. Basyar ‘Awwad Ma‘ruf, rijal no. 6206, jld. 3, hal. 302, cetakan Mu’assasah Al-Risalah, Beirut 1998.

K

Page 5: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

3

kitab ini merangkumi pelbagai bidang Ilmu seperti sirah, adab, tafsir, aqidah dan lain-lain.

Antara nama-nama lain bagi 'Sunan Al-Tirmizi' ialah:

1- Sahih Al-Tirmizi: disebut oleh Al-Khatib Al-Baghdadi (463H)

2- Al-Jami‘ Al-Sahih: disebut oleh Al-Hakim (405H)

3- Al-Jami‘ Al-Kabir: disebut oleh Al-Kuttani dalam kitab Al-Risalah Al-Mustadrafah (nama ini sangat jarang digunakan)

4- Al-Jami‘ Al-Tirmizi: nama ini sangat masyhur digunakan bagi kitab ini.

5- Al-Jami‘ Al-Mukhtasar min Al-Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu Al-

Sahih wa Al-Ma‘lul wama ‘Alayhi ‘Amal, dan nama yang terakhir

inilah yang paling sahih, bahkan nama ini sangat penting kerana ia menggambarkan manhaj Imam Al-Tirmizi dalam menyusun kitab ini.

Sesungguhnya penamaan kitab ini dengan 'Sahih Al-Tirmizi' dan „Al-Jami„ Al-Sahih' adalah tidak tepat kerana ia tidak memberi gambaran yang benar

terhadap kitab ini.

Berkata Dr. Nuruddin „Itir dalam tesis kedoktorannya (Ph.D) bertajuk Imam Al-Tirmizi Wa Al-Muwazanah Bayna Jami‘uhu Wa Bayna Al-Sahihayn:

“Tidak tepat bagi orang yang mencetak kitab ini dengan nama 'Sahih Al-Tirmizi' atau „Al-Jami„ Al-Sahih' kerana perkataan ini seolah-olah

membayangkan kesemua hadith yang terdapat dalam kitab ini adalah sahih, sedangkan pada hakikatnya adalah tidak begitu”3

Begitu juga dengan penamaannya dengan „Al-Jami„ Al-Kabir‟ juga adalah tidak tepat, Imam Al-Tirmizi sendiri menamakan kitab beliau dengan nama

„Al-Jami„ Al-Mukhtasar‟ maka amat jauhlah penamaan kitab ini dengan „Al-Kabir‟.

Nama yang sebenar untuk Sunan Al-Tirmizi: Sesungguhnya mengetahui nama yang benar lagi tepat bagi sebuah kitab adalah sangat penting, kerana nama sesuatu kitab itu menggambarkan

manhaj penulisan sesebuah kitab. Bagi kitab Sunan Al-Tirmizi ini, sebagaimana yang telah disebut terdapat sekurang-kurangnya 5 nama yang

biasa dinisbahkan untuk kitab ini.

3 Rujuk buku Imam Al-Tirmizi Wa Al-Muwazanah Bayna Jami‘uhu Wa Bayna Al-Sahihayn

oleh Nuruddin ‘Itir, dinukil daripada buku Biografi Ulama-Ulama Hadis oleh Prof. Madya Dr. Ariffin bin Omar, H.M Yusuf Sinaga Lc, cetakan Jahabersa 2005, hal. 46

Page 6: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

4

Namun nama yang sebenar dan sahih untuk kitab ini sebagaimana yang

diberikan oleh Imam Al-Tirmizi sendiri ialah: „Al-Jami‘ Al-Mukhtasar Min Al-Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu Al-Sahih wa Al-Ma‘lul Wama ‘Alayhi

‘Amal‟. Kata Dr. Hatim Syarif Al-„Awni dalam kitabnya bertajuk: „Al-‘Unwan Al-

Sahih Lil-Kitab Ta‘rifuhu Wa Ahammiyatuhu Wasa’ilu Ma‘rifatihi Wa Ihkamihi Amthilatu Li Akhta’i Fihi‟ berkenaan nama yang sebenar bagi

Sunan Al-Tirmizi: “...Sesungguhnya nama bagi kitab ini (yang sebenar –pent) adalah: „Al-

Jami‘ Al-Mukhtasar Min Al-Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu Al-Sahih wa Al-Ma‘lul Wama ‘Alayhi ‘Amal‟ , dan telah tercetak kitab Al-Tirmizi ini

dengan cetakan yang banyak dan pelbagai, namun tidak terdapat walau satupun dari cetakan-cetakan tersebut yang menggunakan nama yang sebenar untuk kitab ini!! Bahkan telah mengisytiharkan cetakan kitab ini

yang ditahqiq oleh Syaikh Ahmad Syakir (1377H) dengan nama (Al-Jami„ Al-Sahih Wa Huwa Sunan Al-Tirmizi).

Dan ini adalah kesilapan yang nyata, ia bukanlah nama yang sebenar baginya, bahkan ia juga tidak bertepatan dengan isi, maksud serta manhaj

penulis kitab. Berbanding dengan nama yang sebenar baginya, ini merupakan contoh paling ketara bahawa tajuk yang diletakkan oleh

pengarang kitab (yang asal –pent) adalah tajuk yang paling layak, bagi memperkenalkan kitab tersebut dengan pengenalan yang lebih mendalam dan lebih jelas dalam perkataan yang mudah

Saya katakan ini, kemudian dicetak pula kitab Al-Tirmizi ini dengan cetakan

yang baru dengan nama (Al-Jami„ Al-Kabir)!!, Al-Tirmizi telah menamakan kitabnya sebagai (Al-Jami„ Al-Mukhtasar) tetapi pentahqiq menamakannya dengan (Al-Kabir)!!!”4

Manhaj Imam Al-Tirmizi dalam kitab Al-Jami‘ Al-Mukhtasar: Imam Abu „Isa Al-Tirmizi telah menulis satu buku kecil pada bahagian akhir

kitab Sunannya yang pada kebiasaannya dicetak bersama kitab Sunan Al-Tirmizi, buku ini dikenali dengan nama Kitab Al-‘Ilal, atau lebih tepat lagi

disebut Kitab Al-‘Ilal Al-Soghir.5 Dalam Al-„Ilal, beliau rahimahullah ada

4 Al-‘Unwan Al-Sahih Lil-Kitab Ta‘rifuhu Wa Ahammiyatuhu Wasa’ilu Ma‘rifatihi Wa

Ihkamihi Amthilatu Li Akhta’i Fihi, Dr. Hatim Syarif Al-’Awni, hal. 54, cetakan Dar ‘Alim Al-Fawa’id, Makkah Al-Mukarramah, 1419H

5 Ini kerana Imam Al-Tirmizi mempunyai satu lagi kitab ‘Ilal yang ditulis berasingan dan dikenali dengan nama Al-‘lal Al-Kabir.

Page 7: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

5

menjelaskan beberapa poin-poin penting sebagai pendahuluan kepada kitab Sunannya, ini bertujuan untuk memberitahu para pembaca berkenaan apa

yang telah beliau masukkan dalam Sunannya. Kitab Al-„Ilal ini sangat penting untuk kita membacanya, terutamanya bagi memahami manhaj

Imam Al-Tirmizi dalam menyusun Sunannya, agar kita tidak tersalah faham atau tersilap tafsir apabila kita membaca kitab Sunan Al-Tirmizi ini.

Dalam tulisan ini, penulis akan mengambil beberapa poin-poin penting daripada kitab Al-„Ilal dan juga daripada sumber-sumber yang lain untuk

menerangkan manhaj Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya. Berikut adalah beberapa poin tersebut:

1- Tujuan ditulis kitab Al-Jami„ Al-Mukhtasar:

Dr. Nuruddin „Itir menukilkan kata Imam Al-Tirmizi berkenaan hal ini dalam tesis kedoktorannya, kata Imam Al-Tirmizi:

“(Yang) kami perkatakan dalam kitab ini (Sunan Al-Tirmizi) ialah berhubung dengan kata-kata fuqaha‟ dan „Ilal Al-Hadith (kecacatan-kecacatan hadith)

kerana kami telah diminta memperkatakan masalah ini, tetapi kami telah lama tidak dapat melaksanakannya, kemudian kami laksanakannya, mudah-mudahan (kitab ini) akan memberi manfaat”6

Bahkan, tujuan penulisan kitab ini jelas dinyatakan oleh Imam Al-Tirmizi

sendiri melalui tajuk asal kitabnya iaitu: „Al-Jami‘ Al-Mukhtasar Min Al-Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu Al-Sahih Wa Al-Ma‘lul Wama ‘Alayhi ‘Amal‟ yang bermaksud „Himpunan koleksi secara ringkas daripada sunan

Rasullullah dan penjelasan kesahihannya serta kecacatannya yang mana diamalkan fiqhnya‟.

Dan oleh sebab itu, jika kita perhatikan dalam Sunan Al-Tirmizi, setiap hadith-hadith dalam kitab ini akan diterangkan darjat/ statusnya oleh beliau

sendiri, dan jika terdapat „ilal (kecacatan) pada hadith itu, beliau akan menyebutkannya. Selain itu, beliau turut menyebutkan pendapat para ahli

ilmu („ulama‟) berkenaan fiqh hadith itu setelah menyebutkan darjat/ statusnya.

2- Kesemua hadith-hadith yang terdapat dalam kitab Al-Jami„ Al-Mukhtasar adalah hadith yang kandungannya diamalkan sebahagian para ahli ilmu

kecuali dua hadith, berkata Imam Al-Tirmizi:

Hal ini jelas dinyatakan oleh Imam Al-Tirmizi sendiri melalui tajuk asal kitabnya iaitu: „Al-Jami‘ Al-Mukhtasar Min Al-Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu Al-Sahih Wa Al-Ma‘lul Wama ‘Alayhi ‘Amal‟ yang bermaksud

6 Rujuk buku Imam Al-Tirmizi Wa Al-Muwazanah Bayna Jami‘uhu Wa Bayna Al-Sahihayn

oleh Nuruddin ‘Itir, dinukil daripada buku Biografi Ulama-Ulama Hadis oleh Prof. Madya Dr. Ariffin bin Omar, H.M Yusuf Sinaga Lc, cetakan Jahabersa 2005, hal. 46

Page 8: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

6

„Himpunan Koleksi Ringkasan daripada Sunan Rasulullah dan Penjelasan Kesahihannya serta Kecacatannya yang mana diamalkan fiqhnya‟.

Melalui tajuk asal kitab yang dinamakan oleh Imam Al-Tirmizi ini, dapat kita

ketahui dan fahami bahawa beliau mengumpulkan secara ringkas hadis-

hadis Baginda Nabi yang diamalkan para fuqaha‟ Salaf, tidak mengira

samada ia sahih atau dha„if, iaitu hadis-hadis sahih yang diamalkan Salaf

dan hadis-hadis dha„if yang diamalkan Salaf.

Bahkan, hal ini lebih jelas dengan kenyataan Imam Al-Tirmizi sendiri iaitu katanya: “Segala hadith-hadith yang terdapat dalam kitab ini adalah hadith-hadith yang kandungannya diamalkan, sebahagian para ahli ilmu telahpun

mengambil hadith-hadith ini, kecuali dua hadith iaitu (pertama) hadith Ibn

„Abbas bahawa sesungguhnya Rasulullah menjama„kan solat Zuhur dan

„Asar, dan juga solat Maghrib dan „Isya' di Madinah bukan kerana takut atau

hujan. Dan (kedua) hadith bahawasanya Rasulullah bersabda: “Apabila

seseorang meminum arak hendaklah kamu sebat, jika dia mengulanginya pada kali keempat, hendaklah kamu bunuhnya, dan aku telah pun menjelaskan kecacatan kedua-dua hadith ini dalam kitab ini”7

Dalam hal ini, Imam Al-Tirmizi kebiasannya menyebutkan setelah memberi

status sesuatu hadith dalam Sunannya dengan lafaz “ عند أكثر والعمل على ىذا atau lafaz ,(dan diamalkan (hadith ini) oleh kebanyakan ahli ilmu) ”أىل العلم

dan) “ والعمل على ىذا عند أكثر أىل العلم من أصحاب النب صلى اللو عليو وسلم “

diamalkan (hadith ini) oleh kebanyakan ahli ilmu daripada kalangan Sahabat

Nabi ), atau lafaz “ والعمل على ىذا عند أىل العلم” (dan diamalkan (hadith ini)

oleh ahli ilmu), atau lafaz “والعمل على ىذا عند ب عض أىل العلم “ (dan diamalkan

(hadith ini) oleh sebahagian ahli ilmu), atau lafaz “ والعمل على ىذا عند ب عض dan diamalkan (hadith ini) oleh) ”أىل العلم من أصحاب النب صلى اللو عليو وسلم

sebahagian ahli ilmu daripada kalangan Sahabat Nabi ), atau lafaz “ ص رخ ,(telah memperakui (hadith ini) oleh sebahagian ahli ilmu) ”ب عض أىل العلم

dan lain-lain lafaz.

Dan kebiasaannya beliau akan turut memberi tahu nama ahli ilmu („ulama‟) atau mazhab atau sahabat Nabi yang beramal dengan hadith-hadith yang

7 Rujuk Sunan Al-Tirmizi, Muhammad bin ‘Isa Abu ‘Isa Al-Tirmizi, kitab Al-‘Ilal

Page 9: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

7

beliau sebutkan itu, contohnya dengan lafaz “ حديث حسن صحيح والعمل وىذا hadith ini 'Hasan Sahih', dan) ”على ىذا عند ب عض أىل العلم وىو ق ول أحد وإسحق

diamalkan ia oleh sebahagian ahli ilmu, dan ia adalah daripada pendapat

(pegangan) Ahmad dan Ishaq).

Perlu difahami bahawa apabila Imam Al-Tirmizi menyebutkan sesuatu hadith itu 'diamalkan oleh sebahagian ahli ilmu', itu bererti fiqh hadith itu menjadi masalah khilaf antara „ulama‟ sama ada khilaf muktabar atau tidak. Dan

apabila beliau menyebutkan sesuatu hadith itu 'diamalkan oleh sebahagian

ahli ilmu daripada kalangan Sahabat Nabi , itu bererti fiqh hadith itu

adalah masalah khilaf antara sahabat sendiri (khilaf muktabar). 3- Berkenaan pendapat fiqh para Fuqaha' yang beliau sebutkan dalam kitab

kitab ini (yang kebiasaannya beliau sebutkan selepas beberapa bab atau darjat hadith), kebanyakannya beliau rahimahullah mengambil daripada

pendapat Sufyan Al-Thauri, Malik bin Anas, Ibn Al-Mubarak, Al-Syafi„i, Ahmad bin Hanbal serta daripada Ishaq bin Ibrahim, kata Imam Al-Tirmizi8:

3.1) Berkenaan pandapat Sufyan Al-Thauri

“Dan apa sahaja yang disebutkan dalam kitab ini daripada pendapat Fuqaha':

apabila disebutkan sesuatu pendapat (fiqh) itu daripada Sufyan Al-Thauri,

maka kebanyakannya diriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin „Uthman Al-Kufi (dia berkata): “Menceritakan kepada kami „Abdullah bin

Musa daripada Sufyan Al-Thauri”. Dan sebahagiannya diriwayatkan kepadaku daripada Abu Al-Fadhl, Maktum bin Al-„Abbas Al-Tirmizi (dia berkata): “Muhammad bin Yusuf Al-Firyabi menceritakan kepada kami

daripada Sufyan”.

3.2) Berkenaan pendapat Malik bin Anas “Apabila disebutkan dalam kitab ini (pendapat fiqh) daripada Malik bin Anas,

kebanyakannya ialah apa yang diceritakan kepada kami oleh Ishaq bin Musa Al-Ansari (dia berkata): “Ma„n bin „Isa Al-Qazzaz menceritakan kepada kami

daripada Malik bin Anas”. Dan apa sahaja yang berkaitan bab puasa, ia dikhabarkan kepada kami oleh Abu Mus„ab Al-Madini daripada Malik bin Anas, dan sebahagian daripada kata-kata (pendapat) daripada Malik juga

adalah daripada apa yang diceritakan kepada kami oleh Musa bin Hizam (dia berkata): “Abu Maslamah Al-Qa„nabi menceritakan kepada kami daripada

Malik bin Anas”

8 Rujuk Sunan Al-Tirmizi, Muhammad bin ‘Isa Abu ‘Isa Al-Tirmizi, kitab Al-‘Ilal.

Page 10: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

8

3.3) Berkenaan pendapat Ibn Al-Mubarak

“Apabila disebutkan dalam kitab ini (pendapat fiqh) daripada Ibn Al-Mubarak, ia adalah apa yang diriwayatkan kepada kami oleh Ahmad bin

„Abdah Al-Amuli daripada para ashab (sahabat-sahabat/pengikut-pengikut) Ibn Al-Mubarak daripada Ibn Al-Mubarak sendiri, iaitu antaranya ialah apa yang diriwayatkan daripada Abu Wahab Muhammad bin Muhazim daripada

Ibn Al-Mubarak. Antaranya juga ialah apa yang diriwayatkan „Ali bin Al-Hasan daripada „Abdullah (Ibn Al-Mubarak). Antaranya juga ialah apa yang

diriwayatkan daripada „Abdan, daripada Sufyan bin „Abdul Malik, daripada Ibn Al-Mubarak. Antaranya juga ialah apa yang diriwayatkan daripada Habban bin Musa, daripada Ibn Al-Mubarak. Antaranya juga ialah apa yang

diriwayatkan daripada Wahbi bin Zam„ah daripada Fadhalah Al-Nasawi daripada „Abdullah bin Mubarak. Dan terdapat lain-lain perawi yang namanya

disebutkan (dalam kitab ini) yang turut meriwayatkan pendapat daripada Ibn Al-Mubarak.

3.4) Berkenaan pendapat Al-Syafi„i

“Apabila disebutkan dalam kitab ini (pendapat fiqh) daripada Al-Syafi„i, kebanyakannya ia adalah apa yang dikhabarkan kepada kami oleh Al-Hasan bin Muhammad Al-Za„farani daripada Al-Syafi„i. Manakala, perkara yang

berkaitan wudhu' dan solat, ia diceritakan kepada kami oleh Abu Al-Walid Al-Makki daripada Al-Syafi„i, dan antaranya ialah apa yang diceritakan

(riwayatkan) kepada kami daripada Abu Isma„il Al-Tirmizi (dia berkata): “Yusuf bin Yahya Al-Qurasyi Al-Buwaiti (mengkhabarkan kepada kami) daripada Al-Syafi„i. Juga disebutkan dalamnya daripada Al-Rabi„ daripada Al-

Syafi„i, dan sesungguhnya Al-Rabi„ telah memberi kebenaran kapada kami untuk meriwayatkannya, dan dia (Al-Rabi„) menulis (kebenaran itu) untuk

kami. 3.5) Berkenaan pendapat Ahmad bin Hanbal dan Ishaq bin Ibrahim

“Apabila disebutkan dalam kitab ini (pendapat fiqh) daripada Ahmad bin

Hanbal dan Ishaq bin Ibrahim, ia adalah apa yang dikhabarkan kepada kami daripada Ishaq bin Mansur daripada Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq (bin

Ibrahim), kecuali dalam bab haji, diyat dan hudud, di mana aku tidak mendengarnya terus daripada Ishaq bin Mansur, akan tetapi ia adalah daripada Muhammad bin Musa Al-Asamm yang mengkhabarkannya daripada

Ishaq bin Mansur daripada Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq (bin Ibrahim). Dan sesetengah kenyataan daripada Ishaq (bin Ibrahim) juga diberitakan kepada

kami oleh Muhammad bin Fulaih daripada Ishaq (bin Ibrahim). Dan perkara ini telah kami jelaskan sebaiknya dalam kitab ini…”

4- Berkenaan sumber kritikan terhadap hadith dalam kitab ini (sama ada berkaitan „Ilal Hadith, Rijal atau Tarikh), beliau telah berbincang dan

Page 11: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

9

mengambilnya daripada Al-Bukhari, „Abdullah bin „Abdur-Rahman dan Abu Zur„ah, berkata Imam Al-Tirmizi9:

“Apabila disebutkan dalam kitab ini berkenaan „Ilal Hadith (kecacatan-

kecacatan hadith), berkenaan rijal hadith, atau tarikh (sejarah), maka aku mengambilnya daripada Kitab Al-Tarikh. Kebanyakan penilaian ialah daripada pendapat yang dipegang Muhammad bin Isma„il (Imam Al-

Bukhari), dan ada juga daripada pendapat „Abdullah bin „Abdur-Rahman dan Abu Zur„ah. Majoritinya adalah daripada penilaian yang dipegang Muhammad

(bin Isma„il/ Imam Al-Bukhari), dan sedikit daripada penilaian „Abdullah bin „Abdur-Rahman dan Abu Zur„ah. Aku tidak melihat dan mengetahui sesiapapun di Iraq atau di Khurasan yang lebih berpengetahuan dan

berpengalaman berkenaan maksud „Ilal Hadith, Tarikhnya, serta keupayaan mengenal dan mahir dengan jalur-jalur periwayatan (sanad) yang banyak,

melainkan Muhammad bin Isma„il…” 5- Istilah yang digunakan Imam Al-Tirmizi untuk menyatakan kesahihan

atau kedha„ifan sesuatu hadith dalam Al-Jami‘ Al-Mukhtasarnya:

Syaikh Al-Muhaddith „Abdul „Aziz Al-Tarifi telah membuat kajian terhadap istilah-istilah yang digunakan oleh Imam Al-Tirmizi dalam mensahihkan atau mendha„ifkan sesuatu hadith dalam kitab Sunannya10, dan penulis

ringkaskannya kepada tiga jenis seperti di bawah11:

5.1) Jenis 1 Apabila Imam Al-Tirmzi (rahimahullah) berkata:

1- Hadith Hasan Sahih - حسن صحيح, atau

2- Hadith Sahih Hasan - صحيح حسن, atau

3- Hadith Sahih - صحيح, atau

4- Hadith Sahih Gharib - صحيح غريب, atau

5- Hadith Gharib Sahih - غريب صحيح, atau

6- Hadith Sahih Hasan Gharib - صحيح حسن غريب

9 Rujuk Sunan Al-Tirmizi, Muhammad bin ‘Isa Abu ‘Isa Al-Tirmizi, kitab Al-‘Ilal.

10 Dalam kitabnya Sifat Hajj Nabi, hal. 62-68

11 Kesemua jenis-jenis yang akan disebutkan penulis adalah istilah-istilah yang kebiasaannya dan kerap kali digunakan Imam Al-Tirmizi. Walau bagaimanapun, masih terdapat lagi istilah-istilah lain yang digunakan beliau dan memerlukan penerangan lanjut. Untuk lanjut, sila rujuk Sifat Hajj Nabi, hal. 62-68, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Al-Tarifi.

Page 12: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

10

Ini bemaksud Al-Tirmizi mensahihkan hadith dalam kebanyakan keadaan (majoriti kes). Dan tahap yang paling tinggi dalam jenis ini ialah dengan

istilah “Hasan Sahih” dalam kebanyakan keadaan (majoriti kes), ini kerana kebanyakan hadith-hadith yang disebutkan Al-Tirmizi sebagai “Hasan Sahih”

adalah dijumpai dalam kitab Al-Sahihayn (iaitu Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim) atau salah satu daripada keduanya (iaitu sama ada dalam Sahih Bukhari atau Sahih Muslim) atau menepati syarat keduanya atau salah satu

daripada duanya, atau datangnya hadith itu dengan sanad yang sahih dan kuat.

Di bawah tahap “Hasan Sahih” ialah istilah “Sahih” dan ia sama dengan “Jayyid”, akan tetapi Al-Tirmizi tidak menggunakan istilah “Jayyid”

bersendirian (iaitu tanpa adanya tambahan perkataan lain bersama Jayyid) kecuali pada tempatnya (keadaan yang sesuai).

Penyebutan Al-Tirmizi dengan istilah “Sahih Gharib Hasan” adalah jarang digunakan dan digunakan beliau pada sejumlah kecil hadith-hadith Sahih,

dan ia adalah lebih kuat daripada istilah “Gharib Hasan Sahih” di mana beliau menggunakannya (Gharib Hasan Sahih) pada sebilangan kecil hadith

yang sebahagian darinya Sahih dan sebahagian darinya terdapat kelemahan. Penyebutan Al-Tirmizi dengan istilah “Gharib Hasan Sahih” adalah sama dengan istilah “Sahih Hasan Gharib” yang digunakannya.

Adalah jelas bagi mereka yang mengkaji “Al-Sunan” (Sunan Al-Tirmizi)

bahawa sesungguhnya Imam Al-Tirmizi tidak menggunakan istilah “Sahih Gharib” kecuali pada bahagian akhir Sunannya, dan kebanyakannya beliau gunakan pada hadith-hadith yang tidak bersangkutan hukum. Dan jelas,

istilah ini adalah tahap pentashihan paling rendah daripada beliau, dan kadang-kala beliau menggunakan istilah ini pada hadith yang dilemahkan

oleh Muhaddithin lainnya, dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. 5.2) Jenis 2

Apabila Imam Al-Tirmzi (rahimahullah) berkata: حديث حسن - “hadith Hasan”

Apabila Imam Al-Tirmizi ingin menyatakan kedha„ifan pada hadith itu, beliau

menggunakan istilah “Hadith Hasan”. Sesetengah pihak tertipu dengan istilah ini dan menyangka bahawa maksud istilah “Hasan” oleh Imam Al-

Tirmizi adalah sama seperti yang biasa difahami umum (dalam Mustolah Hadith), akan tetapi ia tidak begitu.

Apabila Imam Al-Tirmizi menggunakan istilah “Hasan”, yang dimaksudkan oleh beliau ialah hadith itu Dha„if dan Tidak Sahih.12

12

Dr. Mustafa Al-Muhammadi menyebut hal yang sama dalam tesis kedoktorannya: Al-Syaz Wa Al-Munkar Wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin wa Al-Muta’akhkhirin (tesis yang diselia oleh guru beliau Dr. Basyar ‘Awwad sendiri) berkenaan maksud istilah "Hasan / Gharib / Hasan Gharib" di sisi Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya secara

Page 13: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

11

khusus. Beliau menjelaskan hal ini berkali-kali pada banyak tempat dalam tesis PHDnya, antaranya adalah seperti di bawah:

1- Kata Dr. ‘Abdul Qadir Mustafa Al-Muhammadi:

فهو يطلقو ويريد بو يف جامعو فإنو خصو لنفسو،... عند اإلمام الرتمذي "حسن" ن إطالق مصطلحأ احلديث الضعيف

"...Sesungguhnya telah menggunakan istilah "Hasan" di sisi Al-Imam Al-Tirmizi ...dalam Jami‘ nya, sesungguhnya ia adalah istilah yang khusus disisnya, iaitu dia menggunakan dan menginginkan padanya bahawa hadith itu adalah hadith Dha‘if..." (rujuk: Al-Syaz Wa Al-Munkar Wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin Wa Al-Muta’akhkhirin, nukilan terpotong, m/s 334) 2- Kata beliau lagi:

كما بينو يف عللو ادللحق " معلول"وقد اتضح لنا مما سلف أنو يريد باحلديث إذا حسنو يف مجيعو خاصة أنو باجلامع

"Dan telah kita jelaskan (dalam perbincangan - pent) sebelum ini, sesungguhnya apa yang diinginkan dengan sesuatu hadith yang dihasankannya (iaitu Imam Tirmizi -pent) dalam kitab Jami‘nya (Sunan Tirmizi) secara khusus ialah bermaksud hadith itu "Ma‘lul (cacat / dha‘if - pent), sebagaimana yang telah dijelaskan oleh beliau sendiri dalam ‘Ilalnya yang tercantum dalam kitab Jami‘nya (iaitu bab akhir Sunan Tirmizi -pent) - (rujuk: Al-Syaz Wa Al-Munkar Wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin Wa Al-Muta’akhkhirin, nukilan terpotong, m/s 336)

3- Katanya lagi:

: وعرفنا مراده من قولو ،"غريب"أو " حسن غريب"أو " حسن" إذا حكم عليها بأهنا حديث:... فاخلالصة أنو يريد بو احلديث ادلعلول: حسن أو غريب كما أسلفناه

"Maka kesimpulannya:....apabila beliau menghukum atas sesuatu hadith itu dengan katanya "Hasan" atau "Hasan Gharib" atau "Gharib", dan telah kita jelaskan apa yang diinginkan dengan katanya: Hasan atau Gharib sebagimana yang telah disebut ialah sesungguhnya beliau mengingin akan padanya hadith itu ma‘lul (cacat/ dha‘if)- (rujuk: Al-Syaz Wa Al-Munkar Wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin Wa Al-Muta’akhkhirin, nukilan terpotong, m/s 336) Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, buku " Al-Syaz Wa Al-Munkar Wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin Wa Al-Muta’akhkhirin " ini adalah tesis PHD Syaikh Dr. Mustafa ‘Abdul Qadir Al-Muhammadi yang diselia oleh guru beliau Syaikh Dr. Basyar ‘Awwad Ma‘ruf. Maka besar kemungkinan juga tesis Dr. Mustafa al-Muhammadi ini adalah buah fikiran Dr. Basyar. Kerana dimaklumi bahawa buah fikiran penyelia sesebuah tesis akan mempengaruhi isi kandungannya.

Page 14: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

12

Berikut adalah bukti untuk pernyataan ini:

1- Imam Al-Tirmizi sendiri menerangkan hal ini dalam buku „Ilal beliau:

“Apabila kami sebutkan dalam Kitab ini sesuatu hadith itu sebagai “Hadith Hasan”, maka apa yang dimaksudkan kami ialah ia baik (hasan) daripada segi sanadnya yang nampak kepada kami, iaitu

mana-mana hadith yang tidak terdapat dalamnya perawi yang bertaraf disyaki berdusta, dan juga hadith itu tidak Syaz”. Kenyataan

Imam Al-Tirmizi ini jelas menunjukkan bahawa beliau menghadkan penggunaan istilah “Hadith Hasan” ini untuk hadith-hadith yang tidak

Bahkan, Dr. Basyar dalam tahqiq beliau ke atas Tarikh Baghdad, (11/530, cetakan tahun 2000) ketika mengomentari dan mengulas sebuah hadith yang dinilai "Hasan Gharib" oleh Al-Tirmizi, kata beliau berkenaan "Hasan Gharib" di sisi Al-Tirmizi :

وىذه العبارة تدل على ضعف احلديث عند الرتمذي كما ىو واضح للدارس لعبارة الرتمذي"Dan ibarat (iaitu istilah "Hasan Gharib" -pent) ini menunjukkan bahawa dha‘if nya hadith di sisi Al-Tirmizi, sebagaimana yang telah jelas berdasarkan pengkajian mendalam yang telah dilakukan ke atas ibarat-ibarat yang digunakan oleh Al-Tirmizi" Dan pada Disember 2009, saya sendiri telah bertanya kepada Syaikh Dr. Basyar meminta penjelasan lanjut berkenaan ta‘liq beliau dalam Tarikh Baghdad di atas. Soalan saya kepada Syaikh Dr. Basyar: Adakah "Hasan Gharib" itu bermaksud dha‘if di sisi Al-Tirmizi? Jawab Syaikhuna Dr. Basyar ‘Awwad:

عند الرتمذي ىو احلديث الضعيف ، واحلديث الذي أشرت إليو عند الرتمذي برقم " احلسن"نعم، مفهوم ي نتيجة وىذه النتيجة اليت توصلت إليها ى. ىو حديث منكر جدا كما بينتو يف تعليقي عليو( 0263)

استقرائية لصنيع الرتمذي، واهلل ادلوفق للصواب"Ya, mafhum bahawa istilah "Hasan" di sisi Al-Tirmizi adalah Hadith Dha‘if.. dan hadith yang telah diisyaratkan (dengan "Hasan Gharib" dalam Tarikh Baghdad -pent) oleh Al-Tirmizi (no. 3620) itu adalah hadith Munkar Jiddan sebagaimana yang telah saya jelaskan dalam ulasan dan komentar saya padanya, dan natijah (iaitu kesimpulan bahawa istilah "Hasan" di sisi Al-Tirmizi adalah dha‘if - pent) yang terhasil ini adalah natijah selepas pengkajian mendalam atas karya-karya Al-Tirmizi..." Maka jelas dari kenyataan Syaikh Dr. Basyar sendiri bahawa istilah "Hasan" di sisi Al-Tirmizi adalah dha‘if, walaupun saya bertanya berkenaan istilah "Hasan Gharib", namun Syaikh Basyar menjawab bahawa istilah "Hasan" itu sendiri adalah bermaksud hadith dha‘if bagi Al-Tirmizi dalam sunannya, dan natijah (kesimpulan) ini adalah berdasarkan pengkajian mendalam yang telah beliau lakukan atas karya-karya dan kenyataan Al-Tirmizi. Maka memang tidak syak lagi bahawa isi kandungn tesis PHD Syaikh Mustafa ‘Abdul Qadir Al-Muhammadi ini adalah juga buah fikiran Syaikh Basyar selaku penyelia tesis tersebut, dan beliau turut berpegang dengan pendapat yang sama.

Page 15: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

13

mengandungi perawi yang bertaraf disyaki berdusta atau sesuatu hadith yang Syaz sahaja, akan tetapi beliau tidak menghadkan

daripada menggunakan istilah “Hadith Hasan” ini untuk perawi yang bertaraf bawah daripada disyaki berdusta tetapi tetap dan masih lagi

berada dalam daerah dan lingkungan perawi yang Dha„if (contohnya – perawi yang bertaraf Dha„if, Dha„if Jiddan, Fasiq, Su' Al-Hifzi, atau disebabkan kecacatan pada sanad seperti 'Sanadnya Tidak

Bersambung', atau disebabkan „Ilal (yang tersembunyi pada sanad atau matan) dan lain-lain kecacatan yang menyababkan hadith itu

Dha„if), bahkan beliau tidak menyebutkan bahawa hadith yang disebut sebagai “hadith Hasan” dalam kitabnya ini boleh digunakan sebagai hujah atau tidak.

2- Juga adalah menjadi amalan para Imam Hadith daripada kalangan

huffaz Al-Mutaqaddimin menggunakan istilah “Hasan” untuk menyatakan eloknya dan istiqamahnya matan sesuatu hadith itu sahaja (Husn dan Istiqamah pada matan), walaupun daripada segi

sanad hadith itu terdapat kecacatan dan tertolak. Perkara ini dapat diketahui daripada amalan dan kata-kata para Imam Huffaz Hadith Al-

Mutaqaddimin itu sendiri.

3- Dan perkara ini adalah sesuatu yang sangat biasa, jelas dan diketahui

umum bagi sesiapa yang mengkaji dengan mendalam akan cara dan metod Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya dan membuat perbandingan

dengan penilaian, pentashihan dan kata-kata daripada Imam-Imam Mutaqaddimun yang lainnya.

4- Perkara ini juga jelas dalam pengamalan Imam Al-Tirmizi sendiri dalam Sunannnya, iaitu setelah beliau menyebutkan sesuatu hadith

itu sebagai “Hadith Hasan”, beliau akan turut menyatakan kedha„ifan hadith tersebut dengan memberitahu sebab kenapa hadith itu Dha„if, atau dengan memberitahu bahawa terdapat hadith lain yang lebih

terpilih. Dalam Sunannya, apabila beliau menyebutkan sesuatu hadith itu sebagai “Hadith Hasan”, beliau akan menyambung dengan

berkata: “sanadnya tidak bersambung”, atau “sanadnya tidak kuat”, atau “sanadnya bukan begitu kuat, ia lemah” dan lain-lain lafaz.

Antara contohnya:

a) Pada hadith berkenaan wudhu', no. 37, kata Imam Al-Tirmizi:

ناده بذاك القائم ىذا حديث حسن ليس إس (ini “Hadith Hasan”, dan

sanadnya tidak kuat)

b) Pada hadith berkenaan membaca Al-Quran, no. 2917, kata Imam Al-Tirmizi:

ini “Hadith Hasan”, dan) ىذا حديث حسن ليس إسناده بذاك

sanadnya bukan begitu kuat (ia lemah)

Page 16: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

14

c) Pada hadith berkenaan doa masuk dan keluar masjid, hadith no. 315, kata Imam Al-Tirmizi:

حديث فاطمة حديث حسن وليس إسناده بتصل وفاطمة بنت احلسي ل ا عاشت فاطمة ب عد رى إن النب صلى اللو عليو وسلم أشهرا تدرك فاطمة الكب

(Hadith Fatimah ini “Hadith Hasan”, dan sanadnya tidak

bersambung, dan Fatimah bint Al-Husin tidak pernah bertemu (tidak hidup pada waktu neneknya) Fatimah binti Muhammad

…)

Apa yang telah disebutkan sebelum ini ialah penggunaan istilah “Hasan” oleh

Imam Al-Tirmizi dalam banyak (majoriti) kes. Walau bagaimanapun, beliau terkadang turut meggunakan istilah “Hasan” untuk menyatakan kecacatan yang ada pada sanad sesuatu hadith, namun kecacatan itu tidaklah sampai

menyebabkan hadith itu menjadi Dha„if, atau apabila beliau berasa tidak pasti sama ada hendak menolak atau menerima sesuatu riwayat itu, ini

dapat dilihat apabila beliau pernah menggunakan istilah “Hasan” untuk hadith yang (jika disemak) turut terdapat dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Contohnya, setelah meriwayatkan hadith yang

menggalakkan untuk solat sunat (solat nafil) itu dilakukan di rumah, iaitu bahawa Rasulullah bersabda: “Afdal solat-solat kamu dilakukan di rumah-

rumah kamu, kecuali solat wajib - ب يوتكم إل المكتوبة يف أفضل صالتكم – hadith

no. 450”, pada hadith ini beliau menyatakan perbezaan yang terdapat dalam

riwayatnya, iaitu: sesetengah meriwayatkan kata-kata itu daripada Nabi

(bersambung), dan sesetengah yang lain meriwayatkannya daripada

Sahabat Nabi (tidak bersambung).

Setelah beliau menyatakan perbezaan ini, beliau menyebutkan istilah “Hasan” pada hadith tersebut, dan beliau sendiri kemudiannya mentarjihkan

bahawa riwayat yang bersambung adalah lebih sahih. Sedang perbezaan itu sendiri (yang disebutkan tadi) bukanlah satu kecacatan yang merosakkan

kekuatan riwayat (hadith) itu (disebut sebagai 'Ilah Ghayru Qadilah) 5.3) Jenis 3

Apabila Imam Al-Tirmizi (rahimahullah) berkata:

Gharib - غريب -1

Hasan Gharib - حسن غريب -2

Gharib Hasan - غريب حسن -3

Laysa bi l-Qawi (tidak kuat) - ليس بالقوي -4

Page 17: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

15

Isnaduhu Laysa bi Zak (sanadnya tidaklah kuat, ia - إسناده ليس بذاك -5

lemah)

Laysa Isnaduhu bil-Qa‟im (sanadnya tidak kuat) - ليس إسناده بالقائم -6

Laysa Isnaduhu bi Sahih (sanadnya tidak sahih) - ليس إسناده بصحيح -7

Isnaduhu Dha„if (sanadnya dha„if) - إسناده ضعيف -8

La Yasih (ia tidak sahih) - ل يصح -9

Hadith Munkar (hadith yang tertolak/Munkar) - حديث منكر -10

Fihi Fulan Laysa bil-Qawi (pada rawi ini terdapat si - فيو فالن ليس بالقوي -11

Fulan yang tidak kuat)

Apabila Imam Al-Tirmizi menggunakan istilah-istilah ini, ia bermaksud beliau

sedang memberitahu kelemahan sesuatu hadith tersebut/ sedang mendha„ifkan hadith tersebut. Dan tahap pendha„ifan yang paling tinggi

dalam kategori ini ialah istilah “Munkar” (istilah Munkar untuk hadith yang tahap paling lemah dalam sunannya, dan beliau menggunakan istilah ini sangat jarang). Istilah yang beliau gunakan lebih kerap daripada “Munkar”

ialah istilah “Gharib”, diikuti dengan istilah “Hasan Gharib”, di mana ia memberi erti bahawa teks hadith itu bebas daripada kecacatan yang

disebabkan oleh “kepelikan” (syuzuz, nakarah, dan gharabah), akan tetapi sebaliknya kecacatan itu terdapat pada sanad hadith tersebut, yang mungkin mempunyai „Illah (kecacatan) menyebabkan riwayat/hadith itu tertolak.

Secara umumnya dan dalam majoriti kes, hadith-hadith yang disebutkan

Imam Al-Tirmizi sebagai “Gharib” adalah lebih lemah daripada hadith yang disebutnya sebagai “Hasan Gharib” atau “Hasan”. Akan tetapi, hadith-hadith yang disebutnya sebagai “Hasan Gharib” adalah lebih lemah daripada hadith

yang disebutnya sebagai “Hasan”.

Adakalanya apabila beliau menyebutkan sesuatu hadith itu sebagai “Gharib” atau “Hasan Gharib”, beliau akan turut menjelaskan „Illah (kecacatan) yang

terdapat padanya. Contohnya pada hadith yang berbunyi: “ لكل نب رفيق ن ورفيقي ي عن يف اجلنة عثما - setiap Nabi mempunyai teman (Rafiq) dan temanku

di syurga ialah „Uthman” – hadith no. 3698”, setelah menyebutkan hadith ini

dalam Sunannya, Imam Al-Tirmizi berkata: “ ب ىذا حديث غري – hadith ini

Gharib”, dan kemudiannya beliau menyambung dengan berkata: “ ليس إسناده -قط ع بالقوي وىو من sanadnya tidak kuat dan ia terputus”.

Page 18: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

16

Terdapat banyak lagi contoh-contoh dalam hal ini dan penulis tidak berniat

untuk menyebutkan kesemuanya.

Juga penggunaan istilah “Hadith Munkar” dan “La Yasih” adalah sangat jarang digunakan Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya, dan hadith yang dinyatakan oleh beliau sebagai “Munkar” dan “La Yasih” adalah daripada

kelompok hadith-hadith yang sangat sangat tertolak (Munkar Jiddan) dan Palsu (Batil).

Pandangan ‘ulama’ terhadap Al-Jami‘ Al-Mukhtasar susunan Imam Al-Tirmizi: Berkata Imam Al-Tirmizi: “Setelah aku siapkan kitabku ini (Sunan Al-

Tirmizi), aku bentangkan kepada „ulama‟-‟ulama‟ Hijaz, Iraq, dan Khurasan, mereka semua menerima kitab ini” 13

Menurut Al-„Allamah Thasy Kubra, Imam Al-Tirmizi (rahimahullah) mempunyai banyak karya, tetapi Sunan Al-Tirmizi merupakan kitab beliau

yang paling bernilai. Banyak memberikan faedah, susunannya sangat menarik, tidak banyak berulang. Kitab ini mempunyai keistimewaan daripada segi menyebutkan mazhab-mazhab (iaitu mazhab fiqh bersesuaian dengan

hadith-hadith yang disebutkan) dan cara mengambil dalil, menerangkan nilai (status) bagi setiap hadith sama ada ia Sahih, Hasan, dan Gharib14, ada

menyentuh masalah Jarh wa Ta„dil15. Pada akhir Sunan Al-Tirmizi terdapat satu tajuk yang dinamakan “Kitab Al-

„Ilal” yang sangat berfaedah dan tidak dapat dinafikan oleh mereka yang mengkajinya”16.

13 Rujuk Tahzib Al-Thazib (389:9), dinukil daripada bahagian muqaddimah tahqiq kitab

Sunan Al-Tirmizi oleh Ahmad Muhammad Syakir, cetakan Dar Ihya’ Turath Al-‘Arabi, Beirut. Edisi CD-Rom Maktabah Syamilah, version 1.

14 Maksud istilah-istilah ini telah kita bincangkan dalam tulisan ini.

15 Jarh wa Ta‘dil: salah satu bidang dalam ilmu hadith, satu ilmu yang mengkaji para rijal (perawi) hadith dalam menentukan kedudukan dan status mereka dalam satu periwayatan hadith, sama ada boleh diterima atau tidak. Ilmu ini bermula sejak penghujung zaman sahabat dan terus berkembang demi membezakan antara periwayat hadith yang benar-benar diyakini kebenarannya dan ketepatannya. Ilmu ini amat amat mendalam dan berkembang dengan hebat pada zaman kegemilangan hadith iaitu sekitar kurun kedua dan ketiga Hijrah.

16 Rujuk Biografi ‘ulama’-’ulama’ Hadith, Prof. Madya Dr. Ariffin bin Omar & H.M Yusuf Sinaga Lc, cetakan Jahabersa, Malaysia 2005. hal. 47

Page 19: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

17

Antara kitab-kitab yang mensyarahkan Al-Jami‘ Al-Mukhtasar Al-Tirmizi:

Terdapat banyak kitab-kitab yang mensyarahkan Sunan Al-Tirmizi, antaranya:

1- ‘Aridh Al-Ahwazi Fi Syarh Al-Tirmizi, oleh Al-Hafiz Abu Bakr

Muhammad bin „Abdullah Al-Syibili (543H).

2- Al-‘Arf Al-Syaza ‘Ala Jami‘ Al-Tirmizi, oleh Siraj Al-Din „Umar bin Ruslan Al-Bulqini Al-Syafi„i (805H).

3- Qut Al-Mughtazi ‘Ala Jami‘ Al-Tirmizi, oleh Al-Suyuti (911H).

4- Al-Tib Al-Syazi Fi Syarh Al-Tirmizi, oleh Isyfaq Al-Rahman

Kandahlawi.

5- Tuhfah Al-Ahwazi Li Syarh Jami‘ Al-Tirmizi, oleh „Abdul Rahman

Al-Mubarakfuri

6- Miftah Al-Kunuz Al-Tirmizi, oleh Muhammad Fu‟ad Abd Al-Baqi„.

Sekian, moga penulisan yang serba ringkas dan lemah ini dapat memberi manfaat in sya‟a Llah.

Allahu a„lam.

Selesai.

Muhammad Fathi bin Ali 16 Muharram 1432H 22 Disember 2010M

Iskandariah, Mesir