Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

12
Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah Kokurikulum ialah aktiviti pendidikan yang dirancang dan diperlaksanakan selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah, berasas dan lanjutan pelajaran sesi persekolahan. Menurut Peraturan Kursus Pengajian, Akta Pelajaran 1956, kokurikulum adalah extra curriculum atau ‘kegiatan luar darjah’. Dalam pada itu, Peraturan-peraturan Kokurikulum Kebangsaan di bawah Warta Kerajaan, Akta Pendidikan 1995 yang bertarikh 31.12.1997 pula menyifatkan kokurikulum sebagai “kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah”. Kokurikulum juga dikenali sebagai kurikulum tambahan (extra-curriculum) atau pendidikan untuk waktu lapang (education for leisure) atau aktiviti kelas tambahan (extra-class activities). Aktiviti-aktiviti kokurikulum sebahagian besarnya dilakukan di luar bilik darjah. Ia merupakan aktiviti amali sebagai lanjutan kepada mata pelajaran di dalam bilik darjah, iaitu sebahagian daripada kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta unit beruniform yang dijalankan sebelum atau selepas waktu persekolahan. Proses pembelajaran dan pengajaran dalam aktiviti kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung, di mana ia menekankan perkara dan aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan

description

GEKKO

Transcript of Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

Page 1: Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

Kokurikulum ialah aktiviti pendidikan yang dirancang dan diperlaksanakan

selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah, berasas dan

lanjutan pelajaran sesi persekolahan. Menurut Peraturan Kursus Pengajian, Akta

Pelajaran 1956, kokurikulum adalah extra curriculum atau ‘kegiatan luar darjah’.

Dalam pada itu, Peraturan-peraturan Kokurikulum Kebangsaan di bawah Warta

Kerajaan, Akta Pendidikan 1995 yang bertarikh 31.12.1997 pula menyifatkan

kokurikulum sebagai “kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar

peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah”.

Kokurikulum juga dikenali sebagai kurikulum tambahan (extra-curriculum)

atau pendidikan untuk waktu lapang (education for leisure) atau aktiviti kelas

tambahan (extra-class activities). Aktiviti-aktiviti kokurikulum sebahagian besarnya

dilakukan di luar bilik darjah. Ia merupakan aktiviti amali sebagai lanjutan kepada

mata pelajaran di dalam bilik darjah, iaitu sebahagian daripada kurikulum formal

yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta

unit beruniform yang dijalankan sebelum atau selepas waktu persekolahan.

Proses pembelajaran dan pengajaran dalam aktiviti kokurikulum lebih

banyak dilaksanakan secara tidak langsung, di mana ia menekankan perkara dan

aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan

sebagainya. Pada tahun 60-an dan 70-an, masyarakat dan pendidik menganggap

kokurikulum sebagai tempelan sahaja, sebagai sesuatu yang berasingan,

tambahan dan tidak begitu penting dalam perkembangan dan proses pengajaran

serta pembelajaran pelajar di sekolah. Walau bagaimanapun, pendapat itu telah

berubah dan kini kokurikulum telah diterima. sebagai sebahagian daripada

kurikulum sekolah.

Sebenarnya, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat mengukuhkan dan

mengayakan pembelajaran pelajar di dalam kelas. Ini kerana kokurikulum

mengutamakan pembelajaran melalui amalan di mana pengetahuan yang

diperoleh di bilik darjah diamalkan melalui aktiviti praktik, samada latihan sukan,

persatuan atau unit beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum

sebenarnya berperanan membentuk dimensi-dimensi sosial, di samping sifat-sifat

dan kualiti kognitif, afektif serta psiko-motor.

Page 2: Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

Komponen Gerak Kerja Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:-

1.    Pasukan Pakaian Seragam / Unit Beruniform

2.    Persatuan / Kelab

3.   Sukan dan Permainan

Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah adalah untuk

mengembangkan potensi serta bakat seseorang pelajar dalam bidang jasmani,

sosial, kebudayaan dan  khidmat masyarakat. Selain ini, ia juga turut membentuk

sahsiah dan sikap positif seseorang pelajar.

Oleh itu, bakal-bakal guru yang menuntut di Institut Perguruan akan diberi

penekanan dalam kemahiran asas, kebolehan mengurus, kebolehan mempimpin,

kepegawaian dan kejurulatihan.

Struktur gerak kerja kokurikulum dalam kursus pengurusan adalah

dirancang mengikut tiga komponen utama iaitu: -

1.    Kemahiran dan Pengurusan Pasukan Pakaian Seragam / Unit Beruniform

2.    Kemahiran dan Pengurusan Persatuan / Kelab

3.    Kemahiran dan Pengurusan Sukan dan Permainan

Pasukan Pakaian Seragam / Unit Beruniform

Semua pelajar sekolah adalah digalakkan untuk mengambil bahagian

sekurang-kurangnya salah satu Pasukan Pakaian Seragam sebagaimana yang

dicatatkan dalam Laporan Kabinet 1979.

Page 3: Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

Persatuan / Kelab

Matlamat penubuhan sesebuah Persatuan / Kelab di sekolah adalah untuk

menggalakkan seseorang pelajar untuk berkomunikasi dengan pelajar lain yang

berasal daripada pelbagai latar belakang serta bangsa. Selain ini, ia juga

bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan membolehkan

seseorang pelajar untuk mencapai kemahiran di dalam sesuatu bidang atau hobi.

Persatuan / Kelab dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu:-

(i)    Persatuan / Kelab yang berasaskan akademik atau mata pelajaran

(ii)  Persatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobi

Persatuan / Kelab yang berasaskan akademik atau mata pelajaran

Persatuan / Kelab dalan kategori ini adalah bertujuan untuk memupuk

serta  menambahkan minat dan kemahiran pelajar dalam sesuatu mata pelajaran

tersebut. Persatuan / Kelab-kelab yang dikategorikan dalam komponen ini adalah

seperti Persatuan Bahasa Kesusasteraan, Persatuan Sains, Persatuan

Matematik, Persatuan Muzik, Persatuan Komputer, Persatuan Seni Lukis dan

sebagainya.

Persatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobi

Persatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobi adalah

bertujuan untuk menarik minat dan memberi pengetahuan dalam sesuatu bidang

tertentu. Contohnya Bimbingan dan Kaunseling, Pembimbing Rakan Sebaya,

Koperasi Sekolah, Pencinta Alam, Perpustakaan atau Pusat Sumber dan

sebagainya. 

Sukan dan Permainan

Semua pelajar sekolah adalah diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam

sesuatu sukan dan permainan seperti Bola Sepak, Bola Keranjang, Badminton,

Ping Pong, Olahraga, Bola Tampar dan sebagainya.

Perancangan, pengurusan dan pelaksanaan sesuatu sukan dan permainan di

peringkat antara sekolah-sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan adalah

tanggungjawab Majlis Sukan Sekolah-Sekolah.

Page 4: Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

Rajah 1 : Struktur, Komponen dan Jenis Aktiviti Kokurikulum

(Sumber: Pengurusan Kokurikulum & Pendidikan Sukan, Mok Soon Sang, 2008,

ms 38)

Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum di Sekolah Rendah

Pengenalan

Terdapat beberapa perbincangan, kajian dan tinjauan telah dilaksanakan

oleh pihak-pihak tertentu bagi mengetahui keberkesanan dan masalah yang

dihadapi dalam pelaksanaan dan pengurusan kokurikulum di sekolah. Antaranya

ialah yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran 1979,

Asiah Abu Samah (1985), Haji Hussin Mamood (1985), Haji Razali Ismail (1992),

Annamalai (1994) serta Abd. Alim Abdul Rahim (1988 dan 2000).

Antara isi kandungan perbincangan tersebut ialah :

Ø  penglibatan pelajar aktif dalam gerak kerja kokurikulum hanya tertumpu pada

bidang tertentu sahaja

Ø  penyertaan pelajar dalam gerak kerja kokurikulum bergantung pada peraturan

sekolah yang dikenakan ke aas mereka

Ø  kebanyakan pelajar menyatakan ibu bapa dan penjaga menggalakkan mereka

menyertai gerak kerja kokurikulum

Ø  sebahagian besar pelajar menyatakan peryertaan mereka dalam gerak kerja

kokurikulum tidak menjejaskan pencapaian mereka dalam bidang akademik

Page 5: Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

Beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membentuk organisasi ini agar

dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah:

¨      fungsi dan tanggungjawab setiap ahli

¨      kekerapan mengadakan mesyuarat

¨      pembentukan jawatankuasa kecil

¨      pelaporan berkala

¨      dokumentasi

Carta Organisasi Kokurikulum di Sekolah

Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah

Jawatankuasa khas untuk menguruskan hal ehwal kokurikulum

Aktiviti tahunan:

menghadiri mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun

merancang program tahunan dengan menyediakan satu takwim yang sama

bagi semua aktiviti kokurikulum

menyebarkan takwim kepada semua guru dengan mempamerkan di papan

notis bilik guru

melaksanakan aktiviti mengikut carta Gantt yang sudah diselaraskan oleh

pihak sekolah

mengedarkan semua minit mesyuarat yang telah dibincangkan

mengurus dan menjaga rekod

menyediakan laporan dan pemantauan

Page 6: Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

Carta Organisasi Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum

Deskripsi tugas mengikut jawatan

Ø  Tugas Penaung

§  Memastikan setiap perancangan aktiviti kokurikulum adalah berdasarkan Dasar

Kementerian Pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas.

§  Memantau, menilai dan memperbaiki aktiviti kokurikulum sekolah

Ø  Tugas Pengerusi

§  Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai

§  Memajukan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah

§  Mewakili guru besar menjalankan segala tugas yang diagihkan termasuk

mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa kokurikulum

Ø  Tugas Setiausaha

§  Menyelaras semua aktiviti kokurikulum

§  Memastikan keseimbangan agihan ahli pelajar dalam setiap persatuan, kelab, unit

dan pasukan

Page 7: Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

§  Menyediakan jadual mesyuarat agung dan perjumpaan bagi semua unit

kokurikulum

§  Menyediakan laporan dan minit mesyuarat

Ø  Tugas Ketua Penyelaras Kokurikulum

§  Membantu setiusaha untuk menyediakan jadual aktiviti kokurikulum tahunan

berdasarkan perbincangan dan keputusan mesyuarat semua guru penasihat

kokurikulum

§  Bertanggungjawab dalam pelaksanaan program kokurikulum berjalan lancer tanpa

masalah

Ø  Tugas Penasihat Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan dan Unit

Beruniform

§  Bertindak sebagai penasihat, pembimbing, pengurus, penyelia, penilai dan pelapor

§  Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah

§  Merancang aktiviti tahunan dengan pelajar

Perbezaan di antara Jawatankuasa Kokurikulum dan Jawatankuasa

Pelaksanaan

Jawatankuasa Kokurikulum mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelum

dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan

Jawatankuasa pelaksanaan melaksanakan polisi dan aktiviti yang telah

ditentukan oleh Jawatankuasa Kokurikulum sekolah

Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah

1)    menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum

Sekolah

2)    menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (Rujuk Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil. 1/1985 bertarikh 2 Januari 1985)

3)    merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum sekolah dan

menghebahkanna kepada guru-guru dan pelajar-pelajar

Page 8: Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

4)    menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan Kerja Pengurusan dan

Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum yang terdiri daripada guru-guru penasihat

persatuan/kelab, pasukan pakaian seragam dan sukan/permainan

5)    mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan

kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar,

pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan

6)    memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru

pelaksanaan kokurikulum yang telah dirumuskan

7)    menyediakan keperluan asas pentadbiran

8)    menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-

kemudahan asas

9)    mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan

10) memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta modal

bidang kokurikulum

11) menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum

sekolah

12) menubuhkan persatuan/kelab/badan beruniform dan melantik guru-guru

penasihat

13) menyediakan kegiatan kokurikulum setiap persatuan/kelab

14) melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru

15) menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform

berdasarkan objektif/matlamat setiap persatuan/kelab/badan beruniform

berkenaan, rangka perancangan kokurikulum sekolah dan jadual aktiviti

kokurikulum peringkat daerah dan negeri

16) memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokurikulum

17) menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan oleh setiap

persatuan/kelab/badan beruniform

18) melaksanakan Skema Penilaian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar

19) merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan

20) meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar

dalam kegiatan kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan

antarabangsa

21) menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum

Page 9: Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum

1)    menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang

menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum

2)    merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk

aktiviti

3)    dalam semua program kokurikulum penekanan diberi kepada pemerolehan dan

peningkatan ilmu dan kemahiran baru

4)    dalam semua program kokurikulum penekanan diberi secara sedar kapada

usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat

perpaduan antara kaum dan wilayah

5)    menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi

6)    menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan

kepimpinan

7)    semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan

kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat

8)    menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan

bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai

9)    menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum

yang dirancang

10) mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan,syarikat-

syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian

tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan

pelajar dalam kegiatan kokurikulum

11) mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya saing dan

daya tahan masing-masing

12) merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan

kokurikulum yang dianjur

DIRUJUK DAN DIAMBIL DARIPADA LAMAN WEB :

http://treebuilder.blogspot.com/2011/01/pengenalan-gerak-kerja-kokurikulum.html