Pengenalan Perakaunan Kos

21
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 1 OBJEKTIF: PENGENALAN OBJEKTIF KHUSUS : Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat: 1. Mendefinisikan perakaunan kos dengan betul. 2. Menyenaraikan kepentingan perakaunan kos kepada pihak pengurusan. 3. Menyatakan perbezaan perakaunan kos OBJEKTIF AM : Memahami definisi, kepentingan perakaunan kos serta perbezaan perakaunan kos dan perakaunan kewangan.

Transcript of Pengenalan Perakaunan Kos

Page 1: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 1

OBJEKTIF:

PENGENALAN

OBJEKTIF KHUSUS :

Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat:

1. Mendefinisikan perakaunan kos dengan betul.

2. Menyenaraikan kepentingan perakaunan kos kepada pihak pengurusan.

3. Menyatakan perbezaan perakaunan kos dengan perakaunan kewangan.

OBJEKTIF AM :

Memahami definisi, kepentingan perakaunan kos serta perbezaan perakaunan kos dan perakaunan kewangan.

Page 2: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 2

1.0 PENGENALAN

Dalam topik ini anda akan mempelajari dan memahami definisi, kepentingan perakaunan kos serta perbezaan perakaunan kos dan perakaunan kewangan. Topik ini akan membantu anda melihat penggunaan perakaunan kos dalam unit-unit yang seterusnya.

1.1 DEFINISI PERAKAUNAN KOS

Perakaunan kos di takrifkan dengan pelbagai takrifan oleh beberapa pihak dan di bawah ini disediakan beberapa takrifan yang dipetik daripada buku-buku rujukan:

1. Perakaunan kos merupakan sebahagian daripada perakaunan pengurusan yang menyediakan kos yang dibelanjawankan serta kos piawai dan kos sebenar bagi operasi, proses jabatan atau keluaran serta analisis varian, keboleh untungan dan kegunaan kewangan kepada sosial (Costing T. Lucey, m/s 1).

2. Perakaunan kos adalah pemprosesan dan penilaian data kos operasi untuk mengeluarkan maklumat bagi pelaporan kewangan, perancangan dan kawalan dalaman dan bagi keputusan-keputusan tertentu. (Perakauan pengurusan, Daeng Mohd. Nasir, m/s 10)

3. Perakaunan kos ditakrifkan oleh CIMA (Chartered Institute of Management Accountants) sebagai ‘penggunaan prinsip, kaedah dan teknik perakaunan dan pengekosan di dalam penentuan kos dan penganalisaan simpanan @ lebih berbanding dengan pengalaman 2 standard yang lepas.

INPUT

PENGENALAN

Oh!…Ini bermakna perakaunan kos mengeluarkan maklumat untuk tujuan perancangan, kawalan dan pembuatan keputusan.

Page 3: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 3

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

1.1 Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, jelaskan apakah perakaunan kos mengikut kefahaman anda?

Jawapan:

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

_________________________________________________________________

AKTIVITI 1A

PENGENALAN

PENGENALAN

Page 4: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 4

Perhatian! Anda hanya boleh berpindah ke input

selanjutnyajika anda dapat menjawab kesemua soalan

dalam aktiviti 1A

1.2 Cadangan jawapan :

Perakaunan kos merupakan proses penilaian dan pemprosesan data daripada aktiviti yang berlaku dalam industri tertentu seperti industri pengilangan dan maklumat daripada data yang telah diproses digunakan dalam proses perancangan, pembuatan keputusan dan kawalan.

MAKLUMBALAS 1A

Anda memang pandai, kerana dapat mendefinisikan perakaunan kos dengan tepat.

Page 5: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 5

1.2 KEPENTINGAN PERAKAUNAN KOS KEPADA PIHAK PENGURUSAN. Terdapat 4 kepentingan perakaunan kos yang utama:

1. Sebagai kawalan kos Kawalan penting kepada pihak pengurusan untuk menentukan operasi

jabatan, proses dan kos dalam keadaan terkawal. Dengan adanya kawalan, ia membolehkan setiap bahagian dalam

organisasi bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif syarikat yang telah ditetapkan.

Data-data yang diperolehi dari perakaunan kos boleh digunakan untuk mendedahkan segala pembaziran dan kerugian yang telah berlaku disebabkan oleh kurang kecekapan supaya tindakan yang cepat dapat diambil.

2 Untuk membuat keputusan. Maklumat kos yang dipersembahkan dengan betul dan tepat amat

berguna kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan yang boleh memberi kesan terhadap prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan sama ada dalam jangka masa pendek atau pun panjang.

Contohnya perakaunan kos membolehkan pihak pengurusan menentukan kos pelbagai kerja dan proses , ia juga dapat menentukan pelbagai kerugian dan pembaziran sebelum kerja disiapkan, dengan ini keputusan yang cepat dapat diambil untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar berlaku.

3 Untuk membuat perancangan. Dengan menganalisis maklumat dan aktiviti kos yang lepas serta

membandingkan dengan maklumat kos yang terkini ia akan membantu di dalam membuat perancangan yang lebih baik seterusnya dapat mempertingkatkan perfoman pada masa hadapan.

Perakaunan kos dapat menyampaikan maklumat-maklumat untuk membolehkan sesuatu perniagaan merancang aktivitinya untuk mencapai sesuatu objektif, seperti mempertingkatkan untung atau memperkukuhkan kedudukan kewangannya.

INPUT

PENGENALAN

Page 6: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 6

Contohnya perakaunan kos menyediakan analisis terhadap ketidak

cekapan yang telah berlaku dalam pebagai bentuk seperti pembaziran bahan mentah, masa, perbelanjaan, kegunaan mesin, alatan dan pelbagai lagi, dengan ini pihak pengurusan dapat membuat perancangan yang lebih rapi untuk mengurangkan ketidak cekapan ini di masa hadapan.

4 Penentuan dan anggaran harga. Dalam penentuan harga faktor kos merupakan faktor yang penting di

samping beberapa faktor yang lain seperti pasaran, persaingan dan lain-lain.

Data-data kos dari perakaunan kos membolehkan kos sesuatu item dikira untuk tujuan menetapkan harga sebelum item tersebut dijual.

Apakah 4 kepentingan perakaunan kos utama?

Sebagai kawalan kosUntuk membuat keputusan

Untuk membuat perancangan.Penentuan dan anggaran harga.

Page 7: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 7

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

1.2 Apakah kelemahan sesuatu syarikat yang tidak menyediakan perakaunan kos?

PENGENALAN

AKTIVITI

Page 8: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 8

Perhatian! Anda hanya boleh berpindah ke input

selanjutnyajika anda dapat menjawab kesemua soalan

dalam aktiviti 1B

1.2 Terdapat beberapa kelemahan sekiranya syarikat tidak menyediakan parakaunan kos . Sekiranya jabatan perakaunan kos tidak ada di sesebuah syarikat maka:

1. Syarikat tersebut tidak akan mempunyai sistem kawalan kos dengan itu sukar bagi pihak pengurusan untuk menentukan operasi di setiap jabatan dalam keadaan terkawal dan ini menyukarkan sesuatu objektif tercapai.

2. Menyukarkan pihak pengurusan membuat keputusan bagi meningkatkan prestasi dan keputusan berkaitan kewangan syarikat dalam jangka masa pendek dan panjang.

3. Proses perancangan agak kurang tepat tanpa mengetahui maklumat-maklumat daripada perakaunan kos.

4. Sukar untuk membuat penentuan dan anggaran kos produk yang dikeluarkan.

PENGENALAN

MAKLUMBALAS 1B 1B

Page 9: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 9

1.3 Perbezaan perakaunan kos dengan perakaunan kewangan.

Perakaunan kos dan perakaunan kewangan merupakan suatu bidang yang berbeza, perbezaan ini boleh dilihat daripada pelbagai sudut seperti yang diterangkan dari jadual 1.1.

PERAKAUNAN KOS PERAKAUNAN KEWANGAN

1. DEFINISI Perakaunan kos adalah proses menyediakan kos yang dibelanjawankan dan piawai serta kos sebenar bagi operasi, proses, jabatan atau keluaran serta analisis varian.

Perakaunan kewangan adalah proses mengumpul, mengelas, merekod dan mengintepretasi urusniaga mengikut standard yang telah ditetapkan.

2. PENGGUNA Untuk pengguna dalamanContoh: iaitu pihak pengurusan dalaman.

Untuk pengguna dalam dan luaran.Contoh: Pemegang saham, bakal pelabur, pihak pengurusan dalaman, pemiutang dan pihak berkuasa.

3. PRINSIP Tidak ditetapkan apa-apa prinsip yang khusus.

Tertakluk kepada prinsip yang diterima umum(GAAPs)Contoh; IAS, MASB dan tertakluk kepada akta syarikat 1965.

INPUT

PENGENALAN

Page 10: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 10

4. UNIT PENGUKURAN

Selain daripada nilai wang sebagai alat pengukuran perakaunan kos juga menggunakan unit pengukuran dalam jam buruh, jam mesin dan unit keluaran untuk tujuan analisa dan pembuatan keputusan.

Semua maklumat berkaitan perakaunan kewangan adalah dalam ukuran nilai wang.

5. MASA YANG DIGUNAKAN

Laporan perakauan kos disediakan apabila perlu.Contoh; mungkin setiap hari, mingguan, bulanan dan lain-lain.

Penyata perakaunan kewangan disediakan mengikut masa yang telah ditetapkan biasanya setahun sekali dan mengikut jangka masa yang sama setiap tahun.Contoh; mungkin setahun sekali, setengah tahun dan lain-lain.

6. PENUMPUAN MASA

Tumpuan lebih kepada masa hadapan.Contoh: Menggunakan maklumat lepas untuk membuat keputusan, mengawal dan merancang untuk masa hadapan.

Tumpuan lebih kepada masa lepas.Contoh: Mencatatkan urusniaga yang telah berlaku di dalam rekod perakaunan.

7. PENUMPUAN KEPADA BAHAGIAN.

Penumpuan kepada bahagian tertentu di dalam sesuatu organisasi.Contohnya: Bahagian pengeluaran.

Penumpuan kepada keseluruhan organisasi.

8. TANGGUNG- JAWAP

Menyediakan ramalan kewangan, belanjawan, analisis varian, maklumat kewangan dan pengkosan, penentuan harga yang mana ia menyumbangkan maklumat untuk proses pembuatan keputusan, perancangan dan

Menyediakan akaun – akaun dan penyata kewangan untuk dilaporkan kepada pemilik dan kepada pihak tertentu untuk maklumat terhadap kedudukan kewangan organisasi.

Page 11: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 11

kawalan.

Jadual 1.1: Perbezaan perakaunan kos dengan perakaunan kewangan.

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

1.3 Apakah perbezaan perakaunan kos berbanding perakaunan kewangan?.

Perakaunan kos Perakaunan kewangan

PENGENALAN

AKTIVITI

Page 12: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 12

Perhatian! Anda hanya boleh berpindah ke input

selanjutnyajika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 1C

1.3 Lihat input 1.3 untuk menyemak jawapan anda.

PENGENALAN

MAKLUMBALAS 1C

Page 13: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 13

ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan

semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda.

S

Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 1-1

Apakah definisi perakaunan kos ?

Jawapan:

Soalan 1-2

Senaraikan 4 kepentingan perakaunan kos kepada pihak pengurusan.

Jawapan:

1. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENILAIAN KENDIRI

PENGENALAN

Page 14: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 14

2. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan 1-3

Perakaunan kewangan adalah proses:

1.__________________________________

2.__________________________________

3.__________________________________

4.__________________________________

Page 15: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 15

Adakah anda telah mencuba dahulu?Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 1-1

Perakaunan kos boleh didefinisikan sebagai sebahagian daripada perakaunan pengurusan yang akan menyediakan kos yang dibelanjawankan dan piawai dan kos sebenar bagi operasi, proses, jabatan @ keluaran serta analisis varian, keboleh untungan dan tanggung jawab kewangan social.

Jawapan 1-2

Kepentingan perakaunan kos kepada pihak pengurusan.

a. Sebagai kawalan kosb. Untuk membuat keputusanc. Sebagai perancangand. Sebagai penentuan dan anggaran harga.

(Sila semak nota untuk huraiannya.)

Jawapan 1-3

Perakaunan kewangan adalah proses

1. mengumpul2. Mengelas3. Merekod4. Mengintepretasi urusniaga mengikut piawai yang telah ditetapkan.

MAKLUMBALAS

PENGENALAN

Page 16: Pengenalan Perakaunan Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 / 16