PENGENALAN personaliti

17
PENGENALAN Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Soalan ini kerap kali ditanya oleh seseorang apabila membincangkan mengenai personaliti.Adakah personaliti ini mempunyai kaitan dengan tingkah laku manusia ? Dalam tajuk personaliti ini kami akan membincangkan mengenai konsep personaliti yang sebenar berdasarkan daripada pendapat-pendapat beberapa ahli psikologi yang terkenal seperti Alder, Crow and Crow dan sebagainya Selain itu kami akan mengkaji mengenai perbezaan di antara personaliti, watak dan trait. Disini kita akan mengetahui sama ada personaliti, watak dan trait adalah berbeza ataupun merupakan satu konsep yang sama. Personaliti juga dapat diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang utama iaitu PENGERTIAN PERSONALITI Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Dalam perbualan sehari-hari kita dapat mendengar kenyataan- kenyataan seperti ’Encik A memang mempunyai personaliti yang baik’, ’Cik Siti ialah personaliti televisyen yang terkenal’.

Transcript of PENGENALAN personaliti

Page 1: PENGENALAN personaliti

PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Soalan ini kerap kali ditanya

oleh seseorang apabila membincangkan mengenai personaliti.Adakah personaliti ini

mempunyai kaitan dengan tingkah laku manusia ? Dalam tajuk personaliti ini kami

akan membincangkan mengenai konsep personaliti yang sebenar berdasarkan

daripada pendapat-pendapat beberapa ahli psikologi yang terkenal seperti Alder,

Crow and Crow dan sebagainya Selain itu kami akan mengkaji mengenai perbezaan

di antara personaliti, watak dan trait. Disini kita akan mengetahui sama ada

personaliti, watak dan trait adalah berbeza ataupun merupakan satu konsep yang

sama. Personaliti juga dapat diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang utama iaitu

PENGERTIAN PERSONALITI

Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Dalam perbualan sehari-hari

kita dapat mendengar kenyataan-kenyataan seperti ’Encik A memang mempunyai

personaliti yang baik’, ’Cik Siti ialah personaliti televisyen yang terkenal’.

Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan

seseorang. Sebenarnya pengertian personaliti dapat dibahagikan kepada beberapa

pendapat seperti berikut :

PEMBENTUKAN PSIKOLOGI

Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara

kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai aspek seperti berikut:

Perangai Kecerdasan Sentimen Sikap Minat Kepercayaan Cita-cita

Page 2: PENGENALAN personaliti

Nilai-nilai

Personaliti seseorang individu dibayangkan oleh tensensinya untuk bertingkah

laku mengikut suatu cara tertentu.

MISHEL (1968)

Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku

seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. Ini

bermaksud segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat

mengambarkan personality mereka yang sebenar.

ALLPORT (1961)

Allport pula mendefinasikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik

sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan

fikirannya yang khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di

dalam kualiti tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi

bahawa semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait.

Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan,

emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk psikologi tetapi yang mempunyai

asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan

HANS EYSENCK (1981)

Menurut Eysenck pula personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek,

bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik

terhadap persekitarannya.

KAGEN,J & SEGAL,J (1988)

Kagen,J dan Segal,J mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan

seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir,

berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.

Page 3: PENGENALAN personaliti

PENGERTIAN PERSONALITI

PEMBENTUKAN PSIKOLOGI MISHEL (1968)

ALLPORT (1961)

WATSON (1919)

BAHASA LATIN

KAGEN,J & SEGAL,J (1988)

EYSENCK

WATSON (1919)

Watson berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku

seseorang dan behaviorisme.

ekstrovert, introvert dan ambivert yang juga akan dibincangkan di dalam tugasan ini.

teori psikoanalisis yang telah diasaskan oleh Sigmund Freud dan membincangkan

mengenai perkembangan personaliti berdasarkan teori psikoanalis serta aplikasi teori

ini di dalam bilik darjah dimana semua guru harus mempraktikkannya. Kami juga

akan membincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti dan

bagaimanakah faktor-faktor ini mempengaruhi personaliti seseorang?.Aspek terakhir

yang akan dikaji didalam tugasan ini adalah mengenai pengaruh personaliti terhadap

pembelajaran serta bagaimana cara guru melayani personaliti murid yang berbeza.

Diharapkan, kajian ini sedikit sebanyak dapat memberikan kefahaman

terhadap konsep personaliti yang sebenar serta diharapkan kajian ini juga dapat

membantu bakal pendidik untuk mengaplikasikan konsep personaliti ini didalam

Page 4: PENGENALAN personaliti

proses pembelajaran agar falsafah pendidikan kebangsaan dapat diteruskan untuk

generasi yang akan datang.

Ciri- ciri utama teori psikoanalisis adalah berdasarkan kepada manusia itu

sendiri. Freud percaya bahawa manusia lahir berdasarkan desakan atau dorongan

kepada naluri semulajadi manusia. Daripada pandangan itu timbul pendapat yang

menyatakan bahawa manusia ini tidak rasional (antirasionalisma). Maksudnya,

manusia itu seringkali didorong oleh keinginan daging sendiri yang kelaknya

merosakkan dirinya dan sekaligus mempengaruhi kepada nasib haluannya. Tingkah

laku manusia itu biologikal atau dipengaruhi oleh dorongan kepuasan diri sendiri.

Oleh sebab itu, ciri- ciri sosialisma harus ada, maksudnya manusia perlu belajar

daripada pengalaman-pengalaman yang pernah berlaku dalam masyarakat.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI

Terdapat dua faktor utama yang akan mempengaruhi personaliti seseorang

itu.Dua faktor yang utama tersebut adalah factor baka/genetik dan factor persekitaran.

Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi pembentukan personaliti

seseorang individu tersebut.

1. 0 FAKTOR BAKA/GENETIK

Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan

mempengaruhi personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan,

keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya.

Page 5: PENGENALAN personaliti

a.Menurut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkaitann rapat

dengan bentuk tubuh badannya. Beliau telah menggolongkan bentuk badan

manusia kepada tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf,

yang berkaitan dengan ciri-ciri personaliti. Jadual dibawah menerangkan

serba ringkas berkenaan dengan perkaitan antara bentuk tubuh badan

manusia dengan ciri-ciri personaliti yang berkenaan.

Jenis bentuk badan Rupa bentuk badan Ciri-ciri personaliti

Endomorf Bulat dan lembut Trait Viscerotinia:

Suka bergaul, cepat mesra,

berlega, mengandur.

Mesomorf Otot-otot kuat, berkemahiran

psikomotor

Trait Somatotonia:

Tegas, agresif, suka riadah, sedia

menghadapi cabaran.

Ektomorf Kurus dan tinggi Trait Cerebrotonia:

Tidak suka bergaul, introvert,

tidak suka aktiviti fizikal.

b. Selain daripada bentuk badan, keadaan fizikal, khasnya

penyakit seperti lelah(asma), kencing manis dan sebagainya, yang

kebanyakkannya disebabkan oleh faktor genetik, pula mempengaruhi

perkembangan personaliti seseorang. Seseorang kanak-kanak yang

Page 6: PENGENALAN personaliti

kerapkali jatuh sakit dan tidak dapat menyertai segala aktiviti sosial dan

lambat laun akan membantutkan perkembangan sosialnya. Hal ini akan

mempengaruhi perkembangan personalitinya. Kebiasaannya individu ini

mempunyai personaliti introvert dan bersifat pendiam serta pemalu.

c. Sebagaimana yang diketahui umum, kecerdasan seseorang adalah

berkait rapat dengan baka ibu bapa. Oleh sebab itu, baka memainkan

peranan yang penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti

seseorang. Misalnya, individu yang mempunyai darjah kecerdasan yang

tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi

bicara, berpewatakan bijaksana dan bersifat berani. Disamping itu,

kadangkala pelajar yang terlalu cerdas juga mengalami masalah

penyesuaian sosial. Ini adalah kerana kanak-kanak seperti itu mungkin

berasa bongkak dan dengan itu boleh menjadikannya tidak popular.

d. Disamping itu emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi

personaliti seseorang. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak

stabil akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah.

Manakala seseorang individu yang mempunyai emosi yang lebih stabil

serta dapat mengawal perasaan kekecewaan merupakan seorang individu

yang lebih popular serta suka dihampiri oleh kanak-kanak yang lain.

UNSUR-UNSUR DALAM KESUSASTERAAN.

Page 7: PENGENALAN personaliti

 

Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :

a. Intelek.

Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah

Karya sastera.

a. Emosi.

Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.

a. Imaginasi.

Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu-satu benda dan peristiwa.

a. Teknik.

- Merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengan dalam lakonannya dan lain-lain.

 

2.0 FAKTOR PERSEKITARAN

Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi

personaliti seseorang individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan

dan perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah,

rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya.

Page 8: PENGENALAN personaliti

A. KELUARGA

Sesungguhnya pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang

bermula dalam keluarga. Bermula dengan keadaan ataupun suasana

didalam rumah tersebut. Suasana yang mesra dan harmonis boleh

menggalakkan perkembangan personaliti yang sihat. Perhubungan ibu

bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yang tenteram yang amat

diperlukan untuk perkembangan personaliti seseorang individu tersebut.

Selain daripada itu, pemakanan juga mempengaruhi didalam

perkembangan personaliti seseorang itu. Makanan yang seimbang yang

disediakan adalah penting perkembangan secara menyeluruh bermula dari

peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa makanan yang seimbang, mungkin

akan membantutkan perkembangan seseorang individu tersebut dan akan

mengangu didalam perkembangan personaliti seseorang itu.

Disamping itu, taraf sosioekonomi keluarga juga memainkan peranan

didalam pembentukan dan perkembangan personaliti. Kedudukan

kewangan sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan

yang boleh disediakan untuk anak-anaknya. Dengan adanya segala

kemudahan yang disediakan ini akan dapat memberikan pendedahan yang

luas terutamanya kepada kanak-kanak. Seseorang individu yang

memperoleh pencapaian akademik yang baik serta boleh bermain pelbagai

permainan dan alat muzik memang mempunyai aras keyakinan yang tinggi

berbanding dengan individu yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah.

Page 9: PENGENALAN personaliti

B. KEBUDAYAAN

Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng

berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai didalam sesebuah kebudayaan

tertentu akan mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak juga.

Didalam kebanyakan kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai

murni sepertihormat-menghormati, bertoleransi, tolong-menolong dan

banyak lagi nilai-nilai murni yang ditekankan. Individu yang dibesarkan

dengan kebudayaan seperti ini tentu akan menjadi seorang yang penuh

kesopanan dan akan menonjolkan personaliti yang seimbang.

C. PENGARUH SEKOLAH

Sebahagian masa yang ada dihabiskan disekolah bagi pelajar-pelajar. Oleh

sebab itu pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding pengaruh

keluarga. Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi

perkembangan personaliti kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung kepada

corak pentdbiran yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua. Jika corak

pentadbiran menitik beratkan soal disiplin, maka akan membentuk

personaliti pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi

arahan. Jika sebaliknya, jika pengetuanya kurang tegas dalam segala hal

maka pelajar akan menjadi lebih pasif,menarik diri, takut mengambil risiko,

kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Selain itu guru

Page 10: PENGENALAN personaliti

berperanan didalam membentuk perkembangan personaliti pelajarnya. Jika

sikap yang ditonjolkan oleh guru adalah sikap yang positif, maka pelajar

akan terikut-ikut dengan sikap positif yang ditonjolkan oleh guru tersebut

dan begitu jugalah sebaliknya.

D. RAKAN SEBAYA

Rakan sebaya juga adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting

didalam mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Ini kerana

setiap rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga

adalah orang kedua terpenting selepas keluarga bagi remaja. Oleh sebab

itulah kebanyakkan tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka.

Samaada nilai ataupun sikap yang dibawa itu adalah ynag positif ataupun

yang negatif.

E. MEDIA MASSA

Pada zaman yang moden membangun ini, media massa adalah

merupakan medium perhubungan yang terpenting didalam kehidupan

Page 11: PENGENALAN personaliti

seharian. Maka tidak hairan jika media massa juga memainkan peranan yang

penting didalam membentuk perkembangan personaliti seseorang. Oleh

sebab itu, pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk

menjamin perkembangan personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa

didedahkan kepada tayangan video atau filem yang berunsurkan keganasan,

kezaliman dan sebagainya, maka mereka akan bertendensi untuk

berkelakuan yang lebih agresif. Sebaliknya jika kanak-kank lebih

didedahkan dengan tayangan yang bercorak ilmiah seperti taman sesame dan

sebagainya, akan dapat membantu perkembangan intelek seseorang pelajar.